NUFFNANG

Sunday 18 August 2013

Kalau Rasa Jawatan Pegawai Khas Si Anak Tidak Salah, Kenapa Tukar Nazri Aziz?

Kalau Rasa Jawatan Pegawai Khas Si Anak Tidak Salah, Kenapa Tukar Nazri Aziz?

Sebelum ini CTS ada mengeluarkan satu posting, di sini, mengenai Menteri di Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia yang melantik anaknya sendiri menjadi Pegawai Khas. Posting CTS mendapat liputan daripada The Malaysian Insiders, di sini, yang turut memuatkan nama blog CTS sehingga menyebabkan ianya menjadi salah satu posting yang mendapat hits puluhan ribu pengunjung.

Nazri Aziz, dengan bongkak dan takburnya menemplak orang ramai yang mengutuknya dengan berkata,  "And of course he doesn't have to be paid, he has a lot of money, his father is rich", "I don't care what people think. I don't care what bloggers, netizens, journalists write about me" dan " I don't please anybody but myself". Lihat video di bawah:


Tup ... tup ... akhirnya, pengendali web rasmi Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menukar jawatan anak Nazri Aziz kepada "Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas (Urusan GenY)"

Jawatan Asal:


Jawatan Baru:


Beberapa persoalan CTS kepada Menteri "Corky, Arrogant Minister (CAM)":

1. Kenapakah tukar jawatan anak sendiri kalau sebelum ini beliau ada berkata tidak perdulikan pendapat sesiapapun. Kalau tidak buat salah kenapa tukar? Bukankah Majikan anda sendiri, Perdana Menteri Malaysia sendiri memberi lampu hijau bahawa apa yang dilakukan oleh Nazri Aziz adalah tidak salah. Lihat komen Perdana Menteri di bawah:


2. Kalau jawatan Nedim adalah untuk "Pegawai Khas Ahli Parlimen Padang Rengas", kenapa diletakkan jawatan tersebut di dalam 'website' Kementerian? Bukankah sepatutnya diletakkan di dalam 'website' Parlimen Padang Rengas?

CTS rasakan kalau betullah Nazri Aziz ingin melantik seorang Pegawai Khas untuk memenangi hati pengundi-pengundi Gen Y di Padang Rengas, lebih baik beliau lantik Nora Danish berbanding Nedim. Rasanya lebih ramai pengundi Gen Y Padang Rengas akan tertarik kepada Nora Danish berbanding Nedim. Lihat saja gambar Nora Danish seperti di bawah, pasti ramai yang tertarik!!!


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/08/kalau-rasa-jawatan-pegawai-khas-si-anak.html#hMcuQipcAgDwqsGd.99

source : http://khairulryezal.blogspot.com/2013/08/kalau-rasa-jawatan-pegawai-khas-si-anak.html

No comments: