NUFFNANG

Thursday 15 August 2013

Wahai Umat Melayu Islam! Susah Sangatkah Melayu Muslim Nak Bersatu?

Susah Sangatkah Melayu Muslim Nak Bersatu?

August 15, 2013   ·   9 Comments
pas-dan-umno-400x267
Sejak BN berjaya mengekalkan kuasa pada PRU ke-13 pada awal Mei lalu, seluruh umat Melayu beragama Islam dan para pemimpin di Malaysia termasuk institusi DiRaja telah dicabar pelbagai pihak yang kurang ajar.

Insiden demi insiden berlaku. 

Penghinaan demi penghinaan terjadi seolah-olah ia menjadi satu “trend” terkini di negara kita. Macam-macam yang berlaku.

Antara yang paling hangat ialah iklan berbuka puasa dengan Bak Kut Teh oleh Alvivi, kad ucapan selamat menikmati juadah Aidilfitri dengan rendang khinzir dan terbaru ialah insiden mencemarkan sebuah surau awam di Johor.

Sebelum itu, beberapa pengguna laman sosial dilaporkan telah menghina institusi DiRaja dan mempersoalkan kedudukan tertinggi yang diberikan kepada Baginda-Baginda yang selama ini bertakhta sejak di zaman nenek moyang kita lagi.

Diikuti kemudiannya, beberapa pihak yang dilihat seolah-olah “cari pasal” dengan DYMM Yang DiPertuan Agong dan mencabar kedaulatan baginda dengan cubaan menawan Istana Negara oleh beberapa individu yang dipercayai kurang waras.

Ada yang bertanya, sampai bilakah kita sebagai bangsa pribumi Melayu dapat bersabar dengan provokasi tersebut? Bolehkah kita dapat menahan sabar dengan sikap golongan yang tidak lagi menghormati sensitiviti di negara ini?

Mengapa Islam dan kedaulatan institusi DiRaja menjadi sasaran? Mengapa pula semua itu berlaku di zaman yang dikatakan semakin “moden” ini?

Saya kira, ada di kalangan kita yang sudah “naik angin”. 

Ada yang marah “menyinga” dan ada yang nak mengamuk. 

Kalau boleh, mahu dihuru-harakan riwayat hidup golongan yang kurang ajar dan biadap tersebut.

Namun saya yakin, hanya kerana dibatasi undang-undang, ramai yang hanya mampu menggetap bibir menahan geram. 

Marah bukan kepalang, namun tiada tindakan yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya selain melaporkan kebiadapan tersebut kepada pihak berkuasa.

Pihak pendakwaraya pula hanya perlu berdepan dengan peguam-peguam pembangkang yang mengambil kesempatan mewakili pihak-pihak yang kurang ajar dan membuat provokasi melampau itu. 

Silap sedikit, pencacai Pakatan Haram itu akan terlepas begitu saja…

Bagaimana mahu diselesaikan semua masalah-masalah ini? 

Apakah dengan menyerang dan menyalahkan Perdana Menteri, Timbalannya dan para Menteri maka segala masalah itu akan “ghaib” sekelip mata?

Cuba renung dalam diri kita masing-masing dan bermuhasabah sendiri dengan segala persoalan tersebut. 

Apa jawapan hati kecil kita? 

Dan bandingkanlah dengan akal yang Allah kurniakan pada kita, apa jawapannya?

Pada hemat saya, 

segalanya berlaku berpunca dari kedudukan bangsa Melayu Muslim di Malaysia yang hidup berpecah belah. 

Melayu dipecahkan oleh politik kepartian dan disusuli pula dengan aqidah ummah yang cuba diserap pengaruh Syiah serta lain-lain fahaman.

Cuba bayangkan jika Melayu bersatu seperti sebelum di zaman Merdeka dulu. 

Cuba bayangkan jika Melayu kuat ukhuwahnya dan benar-benar ikhlas menjaga kepentingan Islam, Melayu dan Tanahair seperti di zaman itu. 

Apakah semua ini akan terjadi?

Saya yakin, jika kita umat Islam berbangsa Melayu di Malaysia ini bersatu, jangankan mempersoalkan kedudukan Islam dan bangsa kita di Tanah Melayu ini, nak bersuara untuk minta tapak kedai basikal pun “ada” yang terketar-ketar. 

Mereka takkan berani!

Malangnya, masih ada di kalangan kita yang kononnya “open minded” dan perasan dirinya terlaluliberal sehingga lupa pada asas kehidupan masyarakat pribumi di negara ini. 

Mereka lupa mereka beragama Islam, berketuanan Melayu dan lupa tentang bumi yang mereka warisi dari nenek moyang ini.

Perlukah saya memaksa semua umat Melayu beragama Islam di Malaysia untuk bersatu? 

Rasanya itu tindakan yang kebudak-budakan. 

Tapi cuba fikirkan, apalah harga ego dan kedegilan diri jika Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini tergadai kelak?

Baru nak menyesal?

Bukan saya yang menyeru supaya umat Islam di Malaysia ini bersatu. 

Tapi Allah! Dia yang suruh kita bersatu melalui firman-Nya. 

Persoalannya, susah sangatkah kita nak tunaikan apa yang Allah suruh kita lakukan itu? 

Lebih pentingkan kepuasan hati dari Kalamullah?

source : mykmu.net

No comments: