NUFFNANG

Thursday 5 September 2013

Alahai Rafizi...ingatlah bahawa ALLAH SWT itu wujud..udah-udahlah tabur fitnah..ingatlah bahawa dosa fitnah itu benar! OOPPSSS....... @RAFIZIRAMLI KANTOI ISU KENAIKAN HARGA PETROL !! @KHAIRYKJ

OOPPSSS....... @RAFIZIRAMLI KANTOI ISU KENAIKAN HARGA PETROL !! @KHAIRYKJ

Sebenarnya MiM malas untuk kantoikan si Rafizi Ramli sekali lagi kerana sebelum ini beliau kantoi tentang perbezaan di antara masa Facebook dan Twitter ketika Anwar hilang hampir 2 jam dari media sosial.


Tetapi apabila MiM baca entri Fizi tentang isu kenaikan harga petrol dan kenyataan berjela, beliau bakal kantoi dan malu diri beliau sendiri.

Blog Rafizi : Klik Sini

1. Lihat printscreen di bawah :


2. Yang kantoinya ialah Fizi hanya menunjukkan graf hingga bulan Jun 2013. Tetapi, apabila kita rujuk graf di bawah, kita akan lihat kenaikan harga minyak mentah daripada bulan Jun 2013 hingga ke bulan Ogos 2013!


3. Kenapa Fizi hanya mengambil graf hingga bulan Jun 2013 sahaja dan tidak merujuk kepada indeks graf yang terbaru hingga bulan Ogos seperti di atas?

4. Apakah beliau sengaja berbuat demikian untuk putar belit dan menipu rakyat ?



5. Rafizi Ramli juga menulis : 
Tidak pernah sekali pun harga petrol dan diesel diturunkan apabila harga minyak mentah ini menurun di pasaran dunia. seterusnya  
6. Benarkah kenyataan tersebut atau Fizi berbohong sekali lagi ? 

7. Sila baca printscreen di bawah : 

sumber : klik sini

8. Bukankah kerajaan pernah menurunkan harga petrol RON97 sebanyak 20 sen pada 22 Mei 2013 dan ketika itu graf harga minyak mentah memang rendah bulan itu?

9. Apakah Rafizi Ramli tidak tahu atau beliau mahu berbohong kepada rakyat sekali lagi?

10. Beliau juga mendakwa "matawang ringgit telah hilang nilainya dan susut secara mendadak dalam tempoh sebulan yang lepas."

11. Kenyataan Pengarah Strategi PKR ini ternyata tidak berasa. Sila baca :
Ringgit mencatatkan rekod tertinggi sejak tiga minggu lalu hari ini, mengatasi prestasi beberapa mata wang di ASEAN selepas kerajaan mengambil keputusan mengurangkan subsidi bahan bakal untuk mengurangkan defisit fiskal negara. 
Kenaikan selepas pengumuman kenaikan harga minyak itu berlaku dipercayai hasil daripada aktiviti pembelian oleh pelabur di pasaran luar pesisir. 
Ringgit diurusniaga pada 3.2645 (setakat 3 petang) berbanding Dolar Amerika Syarikat (AS) iaitu meningkat 0.29 peratus, selepas mencecah 3.2590 iaitu rekod terbaik sejak 13 Ogos lalu. 
Kenaikan itu lebih tinggi berbanding kenaikan Baht Thailand yang meningkat 0.23 peratus, diikuti 0.27 peratus bagi Peso Filipina berbanding Dollar AS. seterusnya
12. Apakah Rafizi Ramli tangkap muat sahaja atau beliau sekali lagi mahu menipu rakyat? 

13. Ada beberapa lagi omongan Rafizi Ramli yang sangat meragukan dan menimbulkan persoalan, sama ada beliau ini sengaja putar belit dan berbohong kepada rakyat. 

14. Anda baca entri menarik ini : KLIK SINI 

15. Jika segala di atas gagal dijawab oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR itu, MiM sarankan agar beliau letak jawatan sahaja.

16. Dan tidak perlulah Khairy Jamaluddin melayan pelawaan si Fizi ini untuk berdebat. Buang masa sahaja.

source : Dr MiM

No comments: