NUFFNANG

Wednesday 18 December 2013

AKSI TENDANG TERAJANG DALAM PAS TERBONGKAR !! @dzainalabidin

AKSI TENDANG TERAJANG DALAM PAS TERBONGKAR !! @dzainalabidin

Cerita asalnya ialah tentang Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang yang secara terbuka mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi.




Dan ini pula adalah entri MiM :
Memang kelakar tahap Raja Lawak. Sebelum ini PAS Pulau Pinangtampak begitu garang bengis mengugut akan keluar daripada Pakatan di Pulau Pinang. Mereka 'sangat kecewa' kerana slogan CAT yang dilaung-laungkan oleh Lim Guan Eng DAP tidak dipraktikkan dalam hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang. 
Pokoknya, naik bulu roma ini gerun dengan kenyataan berapi-api wakil Perhubungan PAS negeri yang begitu lantang menuntut hak mereka yang selama dipinggirkan. Maka, tampaklah sedikit cahaya untuk PAS negeri membuktikan mereka bukan boneka DAP sahaja atau diperlukan ketika 'bulan Ramadhan sahaja'. 

Rupa-rupanya, ianya indah khabar dari rupa sahaja!

Hanya dengan sekali perjumpaan dengan juara CAT di Pulau Pinang ini, seluruh kepimpinan perhubungan PAS negeri terkedu dan berjaya di'zipkan mulut' mereka. Begitu senang sekali!
Tetapi tidak semua rakyat bodoh dan terbeli dengan adegan zip mulut ini. Jika benar ada 'ruang untuk menyuarakan pandangan' sebelum ini seperti yang didakwa oleh Lim Guan Eng, tidak mungkin akan berlakusidang akhbar PAS Pulau Pinang. 
Tidak mungkin Perhubungan PAS negeri melenting mengugut mahu keluar daripada Pakatan negeri! seterusnya
Malah, PAS Pulau Pinang dihina sendiri oleh media-media pro-pembangkang.


Sila baca : Klik Sini

Lebih menambah malu PAS negeri Pulau Pinang ialah bukannya 4 tuntutan mereka didengar dan di'zip mulut' tetapi kepimpinan PAS negeri ditendang daripada jawatannya !!

Mat Sabu yang berdepan dengan isu Syiah memegang jawatan Pengerusi PAS negeri Pulau Pinang dan Salleh Man, Pengerusi PAS negeri sebelum ini dan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang mengigit jari.

MiM berasa kesihan dengan PAS negeri Pulau Pinang kerana ibarat bola yang disepak kiri dan kanan serta sudah hilang integriti dan kekuatan sebagai partipolitik di Pulau Pinang.

Kepimpinan PAS pusat akan memberi pelbagai alasan tetapi rakyat tidak mungkin akan percaya kepada alasan-alasan tersebut. 

Rakyat lebih percaya parti PAS di Pulau Pinang hanya sekadar yes man kepada parti DAP sahaja. Bila kepimpinan PAS negeri bersuara mempertikaikan parti DAP, mereka ini akan susah.

Dan perlantikan Mat Sabu yang dilihat mesra Lim Guan Eng DAP sebelum ini mengukuhkan lagi persepsi rakyat tentang betapa rendahnya maruah dan integriti parti PAS.

Kesihan....

Maka benarlah kenyataan ini KLIK SINI

source : Dr MiM

No comments: