NUFFNANG

Friday 10 January 2014

Ahli Parlimen Evangelista DAP Fitnah JAIS

Ahli Parlimen Evangelista DAP Fitnah JAIS

Helen Ang – Nampaknya ia parti Kristian evangelis yang sedang mengurus tadbir Selangor.
PKR dan PAS tunduk sahaja kepada DAP.
Bukan Adun, bukan exco tapi …
Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago, memberitahu satu sidang akhbar kelmarin yang kerajaan negeri Selangor bercadang akan mengenakan kawalan ke atas Jais.
Charles Santiago ini tidak duduk dalam Dewan Undangan Negeri apatah lagi seorang exco.
Jadi kenapa pula dia yang bercakap kepada pemberita kecuali kalau memang benar andaian bahawa DAP lah yang sekarang paling berkuasa dalam memerintah Selangor.
Dan maka dengan itu, bermakna selepas berlakunya perUBAHan, ianya pemimpin-pemimpin DAP juga lah yang paling berhak menentukan dasar kerajaan negeri, termasuk yang menyentuh Islam.
Parti Islam SeMalaysia menggadai agamanya
Sebaliknya exco Hal Ehwal Islam wakil PAS itu membisu seribu bahasa. ‘Sallehen takut hilang jawatan macam Hasan Ali?‘ (MyKMU, 7 Jan 2014)
Mungkin kerana terlalu sayangkan gaji tinggi (RM20,250 sebulan) dan imbuhan lumayan, PAS merelakan Kristianevangelista DAP bermaharajalela.
Dan PAS membiarkan DAP bukan setakat ke depan dalam hal ehwal Islam tetapi pun merelakan Yang Berhormat DAP memfitnah Jais.
Tuduhan palsu DAP terhadap Jais
Persatuan Bible Malaysia ialah syarikat yang mengimport dan mengedar Bible. Anda boleh lihat dengan biji mata sendiri bahawa ia bukan sebuah rumah ibadah. Ia adalah tempat stor bagi menyimpan kitab-kitab Kristian untuk dijual nanti.
Akan tetapi YB evangelista itu dipetik akhbar The Sun Daily sebagai berkata — “Santiago said JAIS must beaccountable for its actions and justify raids on houses of worship” (‘JAIS must be accountable‘, The Sun Daily, 7 Jan 2014).
Ia tidak betul bagi Charles Santiago untuk berkata Jais menyerbu “houses of worship” — lihat gambar atas. Manaada gereja yang diserbu?
MB tidur, Mem Besar kuasa di sebalik taktha
Jais di bawah bidang kuasa siapa?
Akhbar itu juga melaporkan Santiago sebagai mendakwa Jais telah bertindak di luar undang-undang serta “tidak akauntabel”.
YB-YB Kristian Pakatan mahu Jais dibuat supaya akauntabel kepada kerajaan negeri yang dikuasai DAP.
Bukankan Jais pada masa kini akauntabel kepada Mais? Mengikut perlembagaan, perkara-perkara agama Islam adalah di bawah bidang kuasa Sultan di sesebauh negeri itu.
Justeru itu, apa maksud asakan DAP yang terbaru ini? Adalah parti Kristian itu mahu kuasa yang pada masa kini milik raja Islam?
Baca juga komen Calvin Sankaran2014/01/08 at 10:11 am
source : aidc

No comments: