NUFFNANG

Tuesday 7 January 2014

ALAHAI MARINA MAHATHIR.....

ALAHAI MARINA MAHATHIR.....

PDFCetakEmel

Anak perempuan mantan PM Malaysia yang ke empat Marina binti Tun Mahathir buat kejutan besar kepada rakyat Malaysia hari ini, khasnya umat Islam, dengan jelas mengkritik Jabatan Agama Islam Selangor yang membuat serbuan ke atas premis gereja kristian. Petaling Jaya khamis lalu dan merampas naskhah bible yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

Lebih ganas lagi, Marina mengkritik kerajaan Malaysia kerana berdiam diri tidak melarang Majlis Agama Islam Selangor atau JAIS berbuat demikian...!
Biasanya yang berani kritik kerajaan ini hanyalah Tun Mahathir atau Tun M sejak beliau bersara...tetapi kini anak perempuannya Marina... persoalannya adakah ia mencerminkan pandangan Tun M sendiri?, tentulah tidak kerana Tun M adalah orang yang diketahui umum sentiasa mempertahankan agama Islam yang maha suci ini..

Jika demikian mengapa beliau tidak melarang anak perempuan kemanjaannya itu daripada mengeluarkan kenyataan yang amat bidab itu terhadap JAIS dan kerajaan?..Sedarkah beliau bahawa mahkamah tingginegara ini telah melarang penganut kristian dari menerbitkan buku bible mereka itu ke dalam bahasa Malaysia?

JAIS di pihak yang benar..janganlah Marina dijadikan alat oleh pihak penganut kristian untuk mengkritik JAIS  dan kerajaan...

Cukuplah Marina diperalatkan oleh satu badan anti Islam di negara ini yang menggelarkan diri mereka sebagai NGO yang menamakan diri mereka 'sisters in islam' yang sering mengkritik hokum-hukum dan perundangan islam di negara ini yang juga tak pernah dilarang oleh bapanya Tun M selama ini.

Saya tak pasti, samada suami baru berbangsa Indonesia yang dikahwini itu beragama Islam atau kristian...sebab di Indonesia sebelum ini, memang sering berlaku orang yang beragama islam berkahwin dengan orang yang beragama kristian...kerana bila diperhatikan, sejak berkahwin dengan jurufoto dari indonesia itu, Marina kelihatan kerap menyokong orang-orang yang mengkritik Islam di negara ini.

Alahai Marina..kalau nak cari nama glamor yang menerima tepukan ramai ketika anda hadir di tempat orang berhimpun, carilah khalayak ramai yang menyokong bapa anda...!!!

No comments: