NUFFNANG

Sunday 12 January 2014

ANWAR PEMBOHONG - SAYA TIDAK PERNAH MOHON MAAF KEPADANYA

ANWAR PEMBOHONG - SAYA TIDAK PERNAH MOHON MAAF KEPADANYA



Pengerusi International Movement for a Just World (Just International), 
Dr Chandra Muzaffar hari ini tampil menafikan dakwaan bahawa beliau
telah memohon maaf dan membayar pampasan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan kes saman fitnah yang dibuat Ketua pembangkang 
itu pada tahun 2008.
“Saya tidak pernah memohon maaf atau membayar sebarang pampasan 
kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan oleh beberapa 
portal pro-Anwar, “kata Dr Chandra yang dipetik dari mykmu.net
Menurut Dr Chandra, Anwar memfailkan saman malu (defamation suit) ke 
atasnya pada 6 Mac2008 atas tiga tuntutan. Bagaimanapun Anwar 
menggugurkan dua tuntuntan (i) it would be “disastrous” if Anwar became 
prime minister (ii) that Anwar had lied to Malaysians.
“Disebabkan beliau telah menggugurkan dua tuntutan pertama, saya 
bersetuju untuk menarik balik kenyataan saya mengenai insiden Kampung 
Rawa.
“Anwar, melalui peguam beliau, turut bersetuju (bahawa) beliau tidak 
mencari sebarang kos, ganti rugi mahu pun permohonan maaf dari saya,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Dr Chandra turut menyelar laporan Malaysiakini yang 
tidak seimbang dan komen-komen dari pembaca portal tersebut yang tidak 
adil.
Pada 7 Januari, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad merekodkan kes saman itu sebagai selesai selepas peguam N Surendran, 
yang mewakili Anwar memaklumkan kedua-dua pihak telah mencapai 
persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes itu.
Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, yang mewakili Dr Chandra memberitahu mahkamah, anak guamnya bersetuju menarik balik keseluruhan perkataan-perkataan berunsur fitnah yang dinyatakan dalam artikel itu.
Bagaimanapun, tiada sebarang kos dan ganti rugi ditetapkan mahkamah.
Dalam saman yang difailkan pada 6 Mac 2008, Anwar mendakwa Dr Chandra mengeluarkan komen-komen berunsur fitnah terhadapnya melalui forum dianjurkan Star Publication (M) Bhd, di Menara Star, 
Petaling Jaya, pada 3 Mac 2008.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Anwar mendakwa komen itu diterbitkan 
akhbar The Star melalui artikel bertajuk ‘Disaster if Anwar is PM’ dan 
‘Chandra breaks silence on Anwar’ yang diterbitkan akhbar The New Straits Times pada 5 Mac 2008.
Dr Chandra dalam pembelaannya menafikan mengeluarkan komen jahat, 
palsu atau memfitnah Anwar dan berkata ia disiarkan dengan perlindungan bersyarat.

source : mymassa

No comments: