NUFFNANG

Friday 17 January 2014

Apa macam Tan Sri Khalid..ada berani keluar suratbaru pada Giat Mara

Apa macam Tan Sri Khalid..ada berani keluar suratbaru pada Giat Maranoh-giatmaraxx


KEMASKINI :Ketika menjelaskan isu Pusat Giat Mara Selayang pada sidang media Rabu, Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri bersedia menarik balik keputusan untuk menutupnya sekiranya pihak pengurusan boleh menaiktaraf bangunan sedia ada serta mempertingkatkan latihan.

Sebaliknya Kerajaan Negeri sudah lama bercadang mahu memberikan tapak itu kepada SR Technics, sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelenggaraan dan membaikpulih bagi industri penerbangan yang dijangka memulakan operasi pada hujung tahun 2013.
Pada sidang media di Shah Alam, Khamis, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, mendedahkan kepada wartawan surat yang mengesahkan keputusan berkenaan.
Surat daripada Pejabat Tanah Daerah Gombak itu yang bertarikh 2 Disember memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) telah bersetuju dengan tiga perkara, iaitu supaya notis dikeluarkan kepada Giatmara Sdn Bhd  mengosongkan tapak dalam tempoh setahun sehubungan cadangan Kerajaan negeri untuk mengambil alih pusat latlihan berkenaan dan menjadikannya sebagai pusat latihan industri penerbangan.
Surat itu juga mendedahkan arahan MMKN supaya Pentadbir Tanah Gombak mengadakan perbincangan dengan SSIC Berhad berkaitan cadangan menawarkan tapak berkenaan kepada SRTechnics.
Dalam surat itu juga Majlis Perbandaran Selayang (MPS) diminta mengeluarkan tapak seluas satu ekar yang menempatkan bangunan dan mewartakan baki tanah seluas lebih kurang tiga ekar sebagai kawasan lapang. Manakala bangunan dewan hendaklah dikekalkan.
“Apa yang Khalid cakap dalam sidang media bercanggah dengan kandungan surat ini. Surat langsung ini tidak langsung menyebut Kerajaan Negeri bersedia menarik balik keputusan mengarahkan Pusat Giat MARA berpindah jika ia dapat menambahbaik prasarana dan latihan seperti yang diumumkan oleh Khalid," kata Noh.
Sehubungan itu Noh mencabar Khalid untuk berpegang kepada janjinya jika dia benar-benar maksudkan apa yang diperkatakannya.
“Menteri Besar jangan putar-belit. Kerajaan Negeri harus mengeluarkan surat baharu dan memberi jaminan Pusat Giat Mara akan terus beroperasi jika ia mampu menunaikan syarat yang ditetapkan seperti yang diumumkan oleh Khalid pada sidang media itu,” tambah Noh.
“Menteri Besar Selangor buat sesuatu keputusan dan apabila keputusan dilaksanakan, dia tak tahu kenyataannya bercanggah dengan pegawai-pegawai di bawah. Inilah yang kita lihat di Selangor. Apabila satu keputusan dibuat mendapat  tekanan daripada rakyat, maka mereka mudah nak mengubahnya,” kata Noh.
Noh, yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang, tidak menolak kemungkinan sikap berdolak-dalik dan putar-belit Khalid ada kena mengena dengan “tekanan daripada pihak tertentu”  yang tidak menyenangi usaha-usaha  kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertingkatkan kemahiran Bumiputra.
“Kerajaan negeri Selangor cukup “allergic” dan takut dengan MARA. Apakah kerajaan Negeri sudah mula ditekan oleh pihak tertentu yang mempertikaikan kewujudan MARA yang dilihat menolong Bumiputra?
“Adakah pihak lain terutama DAP yang menekan Menteri Besar? Kerajaan Negeri Selangor jangan putar belit. Kalau ikhlas nak tolong Bumiputra, Khalid sebagai Menteri Besar boleh overrule keputusan MMKN. Kita minta Khalid berpegang kepada kenyataan yang dibuatnya pada sidang media untuk memberi peluang kepada Pusat Giatmara mempertingkatkan latihan dan menaik taraf bangunan sedia.   
“Jangan putar belit. Kita nak Khalid beri peluang Giatmara buat permohonan tanah. Bila mereka mohon berilah kelulusan,” katanya. – 16/1/14- OLEH NOOR HASILAH ISMAIL.

source : agenda daily

No comments: