NUFFNANG

Monday 27 January 2014

Guru kena tukar ke sekolah lain

Guru kena tukar ke sekolah lain

DUA orang murid yang dihukum secara keterlaluan oleh guruBahasa Inggerismereka di Sungkai, Perak Khamis lalu.


KUALA LUMPUR – Guru Bahasa Inggeris Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai, Perak yang didakwa memperlakukan dua orang muridnya bagaikan lembu dengan memaksa mereka memakan rumput kerana gagal menyiapkan kerja sekolah telah dikenakan tindakan tegas bertukar ke sekolah lain.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, guru tersebut juga turut diberikan surat amaran kerana bertindak secara keterlaluan mendenda murid yang tidak menyempurnakan kerja sekolah.
Surat amaran tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Perak, Muhamat Roli Hassan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2rYgdEnYp 
Hakcipta terpelihara 


source : kosmo

No comments: