NUFFNANG

Thursday 9 January 2014

MISTERI MERZ S300: HANGPA INGAT MUKHRIZ TU MACAM "KHALIFAH" HANGPA KAT PENANG TU KAAA?

MISTERI MERZ S300: HANGPA INGAT MUKHRIZ TU MACAM "KHALIFAH" HANGPA KAT PENANG TU KAAA?


Apa "rahsia" di sebalik Merz S300, KBV 8, dan tulisan "Menteri Besar Kedah" ni...?
Tu yang payah.. bila nak sanggah sesuatu, biarlah perkara yang pasti. Kalau tak pasti, cari
dan siasat dulu sebelum panggil media dan bloggers PAS untuk persoal sesuatu.. Helmi
Khalid ni... ishhhh....Cuba la buat kerja cara Islam... ni dok buat perkara syubhah fitnah ni
apa cerita ni..?

Untuk pengetahuan Helmi dan rakan bloggers PAS yang terbabit... begini cerita sebenar
tentang kereta Merz S300 dan nombor plate KBV 8 yang hangpa dok "sorak" sakan tu... 

Cuba relax..bertenang.. Mukhriz bukan macam Guan Eng yang dok guna duit rakyat melaram
beli Merz bernilai lebih RM500,000 tuuuu... Begini ceritanya...


Memang betul sebuah Mercedes Benz S300 telah dibeli... tapi bukan Mukhriz yang beli,
PKNK yang beli sebenarnya. Untuk apa PKNK beli Merz S300 baru tu? Untuk siapa? Apa
rasional beli kereta baru tu?

Merz S300 tu sebenarnya dibeli PKNK untuk kegunaan DYMM Yg DiPertuan Agong di
Langkawi. Kereta rasmi untuk kegunaan DYMM Yg DiPertuan Agong sebelum ni dah
lama.. model tahun 90'an.. selalu rosak pulak tu.. sebab tu PKNK belikan yang baru.. salah
ke tindakan tu?

Okay.. selesai bab beli Merz S300... sekarang kita masuk bab plate number KBV 8 tu...

KBV 8 tu adalah sebuah plate number, bukan kereta tau.. berbeza tu antara plate number
dan sebuah kereta..kan? Harap Helmi jelas perbezaaannya...

KBV 8 tu sebenarnya merupakan sebuah plate number milik Kerajaan Negeri Kedah.
Oleh kerana nombor itu cantik, KBV 8 tu sengaja di "retained" di JPJ untuk Merz S300
yang baru dibeli untuk DYMM Yg DiPertuan Agong tu... dosa ke tindakan tu?

Okay..selesai bab tu... kita masuk bab yang dipertikaikan Helmi..."Adakah nombor
plat itu dibeli individu lain dan digunakan pada S300 miliknya, tetapi kenapa ada tertera
menteri besar pada plat itu,"

KBV 8 tu dibeli oleh PKNK, bukan Mukhriz Mahathir. Faham? Jelas? 

Menurut sumber dalaman, bila PKNK beli Merz S300 tu...maka timbul "khabar angin"
dalam PKNK yang menuduh mengatakan Merz S300 dibeli untuk kegunaan MB Kedah
(Mukhriz la tu)...

Dipercayai khabar angin itu disebar oleh salah seorang penyokong PAS yang diserap
masuk dalam PKNK ketika PAS menjajah Kedah selama lima tahun sebelum ini..

Jadi, mungkin disebabkan khabar angin dan tersalah sangka, maka pegawai di bawah
SUK (Dato' Puat Ali) selamba memasang plate bertulis "Menteri Besar" pada Merz S300
(KBV 8) tu... faham?

Saya malas la nak ungkit sangat pasal "khabar angin" yang tersebar dalam PKNK tu
berpunca dari penyokong PAS yang di "implant" dalam PKNK dan tak boleh nak dibuang
(jawatan tetap)... biarlah Allah SWT saja yang balas perbuatan syubhahnya tu...

Namun apa yang saya harapkan ialah supaya Helmi Khalid jelas dengan penjelasan ini
dan tidak lagi buat "dosa besar kering" melalui tuduhan yang berunsur syubhah dan fitnah...
kan? Helmi tu pun saudara saya jugak.. kalau boleh saya taknak la dia buat dosa..kan? 

KCX 8 ni puak PAS yang beli untuk arwah Ustaz Azizan pakai masa jadi 
MB hari tu...tak ingat? PAS yang beli Merz mewah ni pakai duit rakyat...sama 
la macam "khalifah" depa kat Penang tuuu..kan?
Harap maklum...Err... ada soalan lagi? Silakan... heh!

Cuba baca penjelasan Mukhriz dan Dato' Puat Ali kat bawah ni...

Penjelasan terbaru Mukhriz, MB Kedah... 
Yang pertamanya, kenyataan saya sebelum ini bersifat penjelasan.
Ianya bukan penafian. Dan saya nyatakan hari itu bahawa yang
pertamanya, kenderaan yang saya gunakan di Kedah ini adalah kenderaan
yang telah dibeli di zaman Almarhum Ustaz Azizan dahulu. 

Yang keduanya, kenderaan yang saya pakai di Kuala Lumpur adalah s
ebenarnya kenderaan peribadi saya yang telah saya beli, mungkin tiga tahun
yang lepas, kalau tak silap. Nombornya G1M 6. Plet nombonya. 

Tetapi oleh kerana ianya saya juga untuk urusan rasmi, itu sebabnya
saya letak nama Menteri Besar di situ. Mudahlah urusan rasmi itu. 

Saya baru dimaklumkan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Setiausaha
Kerajaan bahawa pihak PKNK ada membeli kenderaan Mercedes Benz
S300, menggunakan nombor yang lama iaitu KBV 8 untuk kegunaan
Yang di-Pertuan Agong di Pulau Langkawi. 

Jadi mungkin itulah menyebabkan salah faham itu timbul tetapi
bukan untuk kegunaan Menteri Besar. Untuk kegunaan Agong di
Langkawi. Kenderaan itu ditempatkan di Pulau Langkawi.

Penjelasan Dato Wira Puat Ali (SUK Kedah)...
Berlaku silap faham itu apabila kita mendapatkan peruntukan daripada
PKNK, kita beli S300 tu. Pegawai di pejabat saya menyangkakan Dato’
Paduka yang nak pakai kereta tu. That’s why they put the plate Menteri Besar.
Ada confusion. 

Sebenarnya, Dato’ Paduka masih pakai kereta KCX 8. KBV 8 itu, sebab
nombor yang cantik. Kita retained, kita akan bawa ke Langkawi. 

Kereta yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Jemaah Pemangku
dah tua, model tahun 90an, selalu rosak. Kita beli kereta itu dan dalam
proses untuk dibawa ke Langkawi.

No comments: