NUFFNANG

Thursday 16 January 2014

Pecat Azmin Ali Dari PKNS Adalah Keputusan Khalid Ibrahim Sendiri, Malaysiakini Dedahkan Segalanya

Pecat Azmin Ali Dari PKNS Adalah Keputusan Khalid Ibrahim Sendiri, Malaysiakini Dedahkan Segalanya

Berikut adalah kenyataan Khalid Ibrahim dalam Sinar Harian (rujuk sini) bahawa bukan beliau yang putuskan untuk tamatkan kontrak Azmin Ali di PKNS tetapi adalah keputusan PKNS sendiri. 

Malang bagi Khalid Ibrahim, bila Malaysiakini bertanyakan perkara yang sama kepada Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek lain pula kenyataan yang diberikan. 


"Merujuk kepada isu jawatan YB Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Perbadanan PKNS yang dilaporkan di media, PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada YB Mohamed Azmin Ali bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013".

Siapa yang pengerusikan dan sahkan minit mesyuarat MMKN kalau bukan Khalid Ibrahim? Nampaknya memang benarlah kesimpulan yang menyatakan Khalid Ibrahim akan bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR dan penyingkiran jawatan Azmin Ali sebagai ahli PKNS adalah satu langkah awal untuk proses tersebut.

Kini Azmin Ali dan Xavier sudah bergabung untuk melawan Khalid Ibrahim di Selangor. Apa rakyat Selangor untung dari pergaduhan mereka ini ? DAP lah parti yang untung, dalam diam diam desakan dan racun DAP untuk tutup pusat Giat Mara nampaknya sudah dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor. 



No comments: