NUFFNANG

Monday 20 January 2014

PULAK DAHHH !!! GEMPARR..!!! BONDA RAJA MANA LAK NAK JADI SULTAN MELAKA NI..???!!!

GEMPARR..!!! BONDA RAJA MANA LAK NAK JADI SULTAN MELAKA NI..???!!!

Adoi la... "Sultan Melaka" dah kena tangkap...Sekarang ni timbul pulak "Permaisuri" dari Seri Kembangan, Selangor, nak tuntut jadi Raja kat Melaka. Adoi laaa... macam-macam gila sekarang ni...

Paling best, orang kanan permaisuri tu.. (mungkin bertaraf "Datuk Pujangga" atau "Datuk Nikah Kahwin" la kot...) kata, "permaisuri" dia tu boleh buat macam-macam "magic" kalau "naik angin"..!

Perghhhh...! Siap boleh buat angin ribut dan hujan lebat kalau dia marah? Adoi laa.. ni dah setaraf dengan bomoh hujan ni... Jangan main-main... nanti dia marah nanti tak boleh motong getah la kita...

Ni cuba baca kat bawah ni.. lawak sangat aihhhh...!


Orang Gila Baru – Bonda Ratu Kuasa Alam Pulak Tuntut Takhta Melaka


NAMPAKNYA Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron kini terpaksa menghadapi tuntutan demi tuntutan ke atas hak Kesultanan Melaka kerana ia bukannya datang dari Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebaliknya ada tuntutan lain.

Raja Noor Jan kini di dalam tahanan polis untuk membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Kini, muncul seorang yang mendakwa dirinya ‘permaisuri’ dari Seri Kembangan, Selangor pula juga menuntut perkara yang sama.

Tambahan pula, dia melabelkan Raja Noor Jan sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya yang merupakan anak kelahiran Melaka, berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta itu.

Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), seorang warga Indonesia dengan campuran Turki-Aceh itu menuntut Idris memberikan ikrar taat setia kepadanya.

Idris juga dituntut mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kerajaan untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan kembali zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah lama berlalu.

Sharifah membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di Ayer Keroh, Melaka dua minggu lalu tetapi gagal.

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya pembantu peribadi Sharifah, Hidhir Yusof berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.

“Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.

“Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau,” kata Hidhir, memetik laporan MStar Online.

Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa ‘permaisuri’ tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat. –Mynewshub.my

No comments: