NUFFNANG

Monday 13 January 2014

Sah DAP Lagakan Umat Islam

Sah DAP Lagakan Umat Islam

Semasa PRU13 gambar ini bermain diruang legar twitter rata rata dari 
penyokong DAP yang menyemarakan api islamphobia dikalangan 
penganut Kristian dan bukan melayu kononnya Kalimah Allah sedangkan 
dari cara penulisan provokasi seperti ini secara terang merujuk "angkat 
bakul sendiri" pakatan pembangkang.


Setelah KALAH semasa PRU13 yang lepas. Pembangkang terus terusan mempolitikan 
isu Kalimah Allah inidisemenanjung Malaysia kononnya mahu menyamaratakan keadaan di 
Sabah Sarawak yang kita sedia maklum dibenarkan penggunaanya mengikut Menteri di 
Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah mengumumkan bahawa kalimah Allah boleh digunakan 
oleh orang bukan Islam di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Kenapa dibenarkan?!

Tetapi yang terjadi hari ini adalah di Selangor dan PELIKNYA di Pulau Pinang tidak ada langsung
serangan terhadap Kalimah Allah sedangkan disana BOLEH digunapakai oleh orang Kristian. 
Silakan dan aku mahu lihat bagaimana impaknya jika belaku di Pulau Pinang.

Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak dibenar menggunakan kalimah Allah dalam upacara 
sembahyang dan keagamaan kerana secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.

Langkah itu juga mengambil kira kebiasaan penduduk Islam di kedua-dua negeri berkenaan terhadap 
amalan penganut Kristian itu.

Bagaimanapun Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, penganut 
Kristian dan pihak gereja di Semenanjung tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah 
Allah di dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan.

Larangan tersebut katanya, turut melibatkan penganut Kristian Sabah dan Sarawak yang 
tinggal di Semenanjung.

''Penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu ini kerana ia sudah menjadi 
tradisi mereka.

''Malah saya pernah hadir di dalam satu upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan 
saya mendengar perkataan Allah disebut di gereja berkenaan,'' katanya seperti dipetik oleh 
akhbar The BorneoPost hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan dari Borneo Post, 
Utusan Borneo dan Oriental Daily di pejabatnya di sini semalam.

Isu penggunaan kalimah Allah telah mencetuskan kontroversi apabila akhbar Herald-The Catholic Weekly 
telah membuat tuntutan menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya .

Ketika ditanya mengapa perlu ada dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah di antara 
penganut Kristian di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, beliau berkata, ia bukan satu amalan 
yang unik.

Mengulas lanjut Mohamed Nazri berkata, situasi di Semenanjung amat berbeza dengan 
Malaysia Timur kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan 
dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun lalu.

''Umat Islam di Semenanjung tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan 
di dalam upacara agama (Kristian) sehinggalah baru-baru ini.

''Oleh itu mereka (umat Islam) telah mempersoalkan motif di sebalik penggantian 
perkataan Tuhan dengan perkataan Allah,'' jelasnya.

Jelas Mohamed Nazri, Perlembagaan Persekutuan juga telah menetapkan bahawa agama lain 
tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu Islam dan ia berkuat kuasa di semua negeri 
di Malaysia.

Dalam pada itu beliau berkata, penganut Kristian perlu sedar bahawa penggunaan kalimah 
Allah sama ada di dalam upacara agama atau di dalam penerbitan di Semenanjung merupakan 
satu perkara yang amat sensitif bagi umat Islam.

''Kerajaan sebenarnya bertanggungjawab untuk menghentikan sebarang tindakan provokasi yang 
boleh mencetuskan huru-hara khususnya yang menyentuh isu agama dan kaum walaupun tiada 
undang-undang menyatakan ia salah.

''Sebagai contoh, tiada undang-undang yang menyatakan memijak kepala lembu salah tetapi 
apabila dilakukan oleh sekumpulan orang Melayu di hadapan kuil, tindakan terpaksa kita 
ambil atas alasan mereka tidak menghormati agama Hindu,'' tambahnya. - The Borneo Post


HARI INI KEPALA UMAT ISLAM SUDAH DIPIJAK LAWRANCE ADA APA TINDAKKAN?!

source : daeng selili

No comments: