NUFFNANG

Tuesday 17 June 2014

ALAHAI....PAS Mahu Kerajaan Selangor Hapus Kuasa Eksekutif MAIS

ALAHAI....PAS Mahu Kerajaan Selangor Hapus Kuasa Eksekutif MAIS

AIDCNews –  Empat Ahli Parlimen PAS dari Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri agar meminda undang-undang untuk menghapus kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi.
Empat Ahli Parlimen PAS itu, lapor Malaysiakini adalah Khalid Samad (Shah Alam), Hanipa Maidin (Sepang), Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), dan Che Rosli Che Mat (Hulu Langat).
Dalam sidang media bersama di lobi parlimen hari ini, mereka berkata MAIS adalah institusi yang dilihat rapat dengan Sultan Selangor.
“Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi itu sendiri,” kata Khalid Samad yang turut dihadiri bersama tiga Ahli Parlimen PAS dari Selangor yang lain.
Mereka berkata demikian sebagai maklum balas kepada keengganan MAIS dan JAIS untuk memulangkan Bible bahasa Melayu dan Iban yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lalu.
source : aidc

No comments: