(Riwayat lmam Bukhari dan Muslim)
Isi Penting
Sedekah Untuk Diri Sendiri
"Anggota" dimaksudkan dalam hadis menurut sebahagian ulama ialah tulang manusia. Ulama perubatan mengatakan bahawa sekelian tulang pada badan manusia ada sebanyak 240 tulang. Ada pula mengatakan bahawa ada sebanyak 360 tulang, yang dapat dirasa ada sebanyak 265 tulang, sedang bakinya kecil-kecil lagi halus.
Jadi, jumlah anggota tersebut menghasilkan sedekah bagi seorang manusia setiap hari, atau dalam erti kata lainnya sedekah baginya adalah sebanyak jumlah tulang itu pada setiap hari, kalau ia tahu cara sedekahnya.
Sabda baginda s.a.w. pada hadis lain dari Abi Dzar melalui riwayat Abi Al-Aswad Al-Dailami:
"Bagi seorang manusia ada sebanyak 360 tulang (atau 360 anggota) yang menjadi sedekah atasnya pada tiap-tiap hari. Mereka bertanya: Bagaimana orang yang tiada dapat (tidak mampu)? Rasulullah berkata: Ia menyuruh dengan kebaikan, dan melarang dari kejahatan. Mereka berkata: Bagaimana orang yang tiada upaya? Rasulullah berkata: Ia boleh mengangkat (membuang) tulang di jalan. Mereka berkata: Bagaimana pula orang yang tiada kuasa? Rasulullah berkata: Hendaklah menolong orang yang dhaif. Mereka berkata lagi: Ia tiada kuasa juga? Rasulullah berkata: Hendaklah dia berhenti dari melakukan kejahatan terhadap manusia."
Sedekah Untuk Orang lain
Antara sedekah untuk orang lain ialah mendamaikan 2 orang yang berbalah. Jauhilah mencari faedah diri sendiri disebalik usaha tersebut atau memihak suatu keadaan dan pengaruh hingga orang atau pihak yang benar tidak menjadi benar, sedang yang bersalah menjadi benar.
Inilah keadilan yang mendatangkan kebaikan, tetapi perkara ini amat payah dilakukan. Ada perkara lain yang dapat dilakukan sepertimana baginda s.a.w. bersabda:
1- Menolong seorang lelaki menaiki kenderaan, menolong mengangkat barang kepunyaannya untuk memudahkan dia, atau menolong kesusahan orang lain
2- Perkataan yang baik, yang berfaedah walaupun hanya sepatah kata, pendek lagi ringkas tapi bernas. Di antara perkataan baik itu ialah memberi salam dan menjawab salam, memberi nasihat dan teguran dan sebagainya.
3- Setiap langkah kaki ke masjid untuk beribadat atau meramaikan masjid.
4- Membuang atau menghilangkan apa saja bahaya di tengah jalan, sama ada duri, kaca, kayu mahupun binatang dan najis untuk menyenangkan pengguna lain di jalan itu.
Akhir sekali, perjalanan seorang kawan untuk menyempurnakan janjinya dalam suatu perkara. Setiap langkahnya yang dekat atau jauh sepanjang perjalanan itu, adalah dikira sebagai sedekah kepadanya. Demikian pula kebaikan budi seorang dengan menempuhkan atau melanjutkan masa pembayaran hutang seorang kerana kepayahan. Hal ini seperti sabda baginda s.a.w.:
"Barangsiapa menempuh orang yang payah maka baginya adalah sedekah pada tiap-tiap hari sebelum masa pembayaran hutangnya. Kemudian apabila sampai masanya, lalu ditempuhnya lagi maka baginya sedekah yang seperti itu pada tiap-tiap hari."
Pengajaran Hadis
(1) Seperti hadis 25, hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang-kadang dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah.
(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan.
(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.
(4) Syukur menurut Islam ialah menggunakan anggota dan nikmat me arah yang baik. Syukur juga bererti menjauhi segala maksiat dengan mencegah anggota lahir dan batin dari melakukannya, sepertimana kata ulama salaf:
"Syukur itu meninggal segala maksiat"
(5) Pekerjaan dalam Islam tidaklah terbatas pada diri sendiri, tetapi meliputi juga pada diri orang dan makhluk yang lain. Pekerjaan itu kalau baik dipandang sebagai satu sedekah untuk orang yang melaksanakannya tidak kira banyak atau sedikit, susah atau mudah, asal saja maksudnya baik atau suci.
detail via --> link
SETIAP KESABARAN AKAN DIGANTI DENGAN KEMENANGAN
SETIAP KEDUKAAN AKAN BERGANTI DENGAN KEBAHAGIAAN
SETIAP PERPISAHAN PASTI BERMULA DENGAN SATU PERTEMUAN
SETIAP YANG BERAKHIR AKAN BERTUKAR DENGAN SUATU PERMULAAN
SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA.............
Saya ada satu epal, anda ada satu epal. Kita tukar epal, anda ada satu dan saya tetap ada satu.
Jika anda ada satu ilmu Dan saya ada satu ilmu, kemudian kita tukar ilmu tersebut, anda ada dua ilmu dan saya ada dua ilmu...
Lets Feel The Beauty Of Islam
No comments:
Post a Comment