Wahai teman...
Alam ini penuh pancaroba
Sana sini fitnah belaka
Sungguh untung mereka yang pilih agama
Kiri kanan depan dan belakang tak mampu menduga
Wahai teman...
Nasihatku ini sebagai sahabat
Yang tak sanggup lihat temannya terjerat
Dengan dunia yang tak henti-henti memikat
Hinggalah tertutupnya pintu taubat
Wahai teman...
Kepada Allah kita merayu
Kerana padaNya kita semua menuju
Pesan Nabi usah diragu
Jangan disana menangis tak berlagu
Wahai teman.
Masa ini belum terlambat
Ayuh kita kembali cepat
Kepada Allah mohonlah hidayat
Agar dijauhi insan yang sesat