TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Tuesday

Minda Tajdid - Demokrasi

Salam pilihanraya

Demokrasi adalah sistem yg ada kebaikannya dan banyak hampiri dengan prinsip Islam, namun banyak juga perlu dimurnikan agar sesuai dengan sebuah Negara yang berpegang atas Agama, budaya dan masyarakat majmuk..

Salah satu kebaikan sistem demokrasi adalah memberi kebebasan rakyat untuk bersuara dan memilih pemerintah yg dikehendaki utk diamanah mentadbir negara dan kebaikan untuk mereka, dalam masa yang sama rakyat dididik agar tiada percaya sepenuh pada semua parti yang diundi untuk menjadi kerajaan, mereka perlu dinilai dalam tempoh 5 tahun sekali, jika mereka baik dan telus dalam pemerintahan,maka mereka harus diberi peluang lagi, jika tiada baik tadbir urusnya maka akn diganti dengan parti yang lain pula utk diamanah mentadbir..

Prinsip Dahulu,sekarang dan selamanya tidak menempati dengan sistem demokrasi dan juga Islam

Para Khalifah Islam memberi ucapan " Kami bukan org yg terbaik utk kamu ,jika kami benar taati lah, jika kamu salah maka perbetulkan.."

Bangun seorang pemuda berkata " Ya Umar, Pedang ini akn perbetulkan mu jka engkau salah" yang bermaksud aku bunuh kamu jka kau salah.

Saidina Umar berkata ' Syukur, kerana ada umat Muhamad ﷺ yang akan perbetulkan umar dgn pedang"

Para khalifah sedar mereka bukan Rasululllah yang bersifat maksum( terpelihara dari dosa), mereka hanya insan biasa yg tiada menjamin akan sentiasa benar dan boleh berubah kepada tidak baik

Jika sahabat yang bertaraf khalifah bersifat seperti ini, apalah sangat dengan pemimpin kini hatta dari golongan ulama sekalipun, seorang yang berpengetahuan agama tidak semestinya nafsunya dengan sendiri mencapai mutmainnah, yang ramai ahli agama kini tak faham tasawwuf malah ada yg menentangnya,amat perlu ditakuti ialah ulama su' (jahat) yang ramai bertebaran diakhir zaman ini, maka meletakkan kepercayaan dan kesetiaan pada mereka atau jemaah secara mutlaq sama taraf kpd Allah dan Rasul adalah amat salah bertentangan dgn prinsip al Quran.

Ayahanda mahu anak² matang dalam politik,jgn mudah terpedaya dengan isu kaum,agama atau apa jua isu semasa jika ia hanya bersandar ucapan parti politik semata²,kita perlu kaji dari banyak sisi dengan ikhlas, fakta baik dan rasional, mungkin ada kebenaran dan mungkin hanya andaian politik demi pengaruh apalagi jika ia mengajak kepada kebencian, permusuhan, fitnah dan bersifat menghukum..

Sifat orang dan parti politik  sentiasa berubah², yang musuh jd kawan,yg kawan menjadi musuh,tika bermusuh dibawa fakta dan dalil al Quran untuk membenarkan boleh bermusuh,tika berbaik dibawa hujah, fakta dan dalil al Quran untuk membenarkan sifat kenapa perlu berbaik..

Perubahan tiada masalah malah amat dituntut jika ia bersifat membawa kebaikan, perbezaan juga tiada masalah , yang salah ialah tiada dapat menerima perbezaan malah perbezaan amat diperlukan untuk mendapat keputusan yang terbaik..

Perbezaan politik adalah perkara ijitihad @andaian bukannya Qatei dlm Al Quran, jika merasa mereka benar dengan Al Quran berdasakan ijitihad mereka,silakan,tetapi memaksa orang lain untuk mempunyai pandgan yang sama adalah salah dan bukan adab yang baik.

Fokus pada isu terkini yg perlukan perubahan segera dalam memilih dalam undian nanti, apakah keutamaan sekarang dari yg utama, jangan melihat agama hanya dalam aspek hukum semata² atau laungan kalimah Islam, lihat pada isinya, agama juga amat menentang rasuah,penyelewengan, menghentikan kezaliman, kebajikan, keadilan, memberi kebaikan pada rakyat, mewujudkan kasih sayang masyrakat, membantu taraf hidup golongan miskin, membaiki sistem yang salah dan lainnya , jika hal ini menjadi faktor dia mengundi, maka undinya juga adalah untuk demi agama,negara dan rakyat.

(W.A.M🌹)