TUHAN memberi 3 hari,Kemarin yg berlalu,Sekarang yang berlaku,Esok yg kita tidak tahu

3 perkara pilih hat mana???

Thursday

SYUKURI RAHMAT ALLAH PADA TANAH BERTUAH MALAYSIA.




1. Di tengah kesuburan budaya asing yang banyak melalaikan jiwa generasi baru, alunan2 qasidah, selawat, madah dan puisi Cinta Rasul dalam pelbagai versi semakin tumbuh segar. 

2. Di tengah perlombaan membina kemewahan dan kekayaan, masih ada insan2 seperti Ebit Liew dan lain2 serta pihak2 NGO & agensi berkenaan yang tampil bantu bahkan selesaikan banyak kes miskin tegar. Keprihatinan membela fakir miskin, anak yatim dan gelandangan juga semakin subur.

3. Di tengah berkembangnya minat masyarakat untuk mendalami Agama, semakin ramai " selebriti agama " yang merancakkan lagi perkembangan budaya ilmu walaupun masih terdapat polemik khilafiah, debat dan aliran2 mazhab. Namun semakin berkembang juga usaha menghidupkan kembali " Jiwa Agama" yang mampu memurnikan Tauhid, Akhlaq, Cinta dan keharmonian sesama insan.

4. Di tengah gejolak isu politik kepartian, sistem Raja Berperlembagaan semakin wibawa meredakan keadaan. Rakyat pula semakin matang menilai kebenaran, keadilan dan kemakmuran dan semakin mengerti kemudaratan Demokrasi berparti. 

5. Di tengah serangan wabak mengancam negara, sokongan kepada " barisan hadapan" serta tindakan kerajaan makin tertib dan sepakat. Perbezaan agama,bangsa dan wilayah bukan penghalang untuk kita berpadu bersama pertahankan Kedaulatan Negara.

6. Di tengah cengkaman sistem ekonomi Kapitalis yang menjadi punca bebanan hidup masyarakat, semakin nyata buruknya akibat " sistem tamak profit, ikatan hutang & riba " yang menjadi barah membunuh kemakmuran dan keimanan. Semakin terbit pula kesedaran kemanusiaan serta pihak2 yang saling tolong bantu dalam ekonomi dan kewangan. Semoga tumbuh golongan yang akan meruntuhkan kapitalis dan menggantikannya dengan sistem yang lebih sejahtera serta di redhai Allah.

Semuanya di timpakan kepada kita sesuai dengan kadar kemampuan kita kerana Allah tidak akan menguji hambaNya dengan apa yang tidak mampu di tanggung.

Semuanya berlaku dalam naungan Ilmu Allah, seakan Allah sedang mengatur dan menyiapkan Tanahair bertuah ini untuk suatu hal yang sukar untuk akal kita menanggapi. 

Hanya Allah dan Rasul serta Para Pewaris Baginda jua yang mengetahui. 

Semoga Ramadhan yang hampir ke penghujung ini menjadi momen untuk Allah menyiapkan rohani, emosi, mental dan jasmani kita untuk berkhidmat pada AgamaNya ( Sistem Hidup yang di redhaiNya). 

#SyukurPedomanAyah@Murobbi
#RebutLailatulQadar

Bicara Salik

Bicara Salik

Setelah ketiadaan diri ku
Ternyata Dia pada diri ku

Hati ibarat cermin 
mampu  menerima dua pantulan
Tika terpantul aku
Hilanglah DIA
Tika terpantul DIA 
Hilanglah aku..

Cermin Hati yang gelap 
tak mampu terpantul DIA
Hanya terpantul dirinya sahaja
Hidup dalam tadbir sendiri
Takbur dan keresahan

Cermin hati yang terang
Dapat terpantul melihat DIA
Hingga hilang dirinya
Hidup dalam tadbir الله
Faqir dan penuh ketenangan

Kegelapan cermin hati 
Hanya zikirullah yang bersanad
Bersungguh dan dibimbing
Dapat mengilapkan kembali
Hingga terpantul  WAJAHNYA

Istighfar dan Selawat
Wajib mengiringi zikir
Tanpa keduannya
segala amal adalah kosong..

-AN🌹BJ-