Jumaat, 19 Mac 2010

Poligami

Salam semua...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi..

Hari ini saya ingin mengupas mengenai Poligami. Pada istilahnya Poligami bererti mengamalkan beristeri lebih daripada satu iaitu dua,tiga atau had maksimumnya empat dalam satu masa.

Walaupun pada syarak mengharuskan poligami,namun telah di tetapkan bahawa sekiranya seorang lelaki itu ingin berkahwin lagi beliau mestilah berlaku adil dengan tidak mengzalimi isteri pertama dan anak-anaknya dari segi nafkah,kasih sayang dan giliran.

Inilah satu syarat yang sukar untuk diberikan perhatian oleh mereka yang berpoligami lantaran dibuai oleh keseronokan beristeri baru.

Allah berfirman :-
maksudnya; Maka berkahwinlah(dengan)sesiapa yang kamu berkenan daripada perempuan-perempuan(lain):dua,tiga atau empat.Kemudia jika kamu bimbang tidak berlaku adil(antara isteri kamu)maka(berkahwinlah dengan)seorang sahaja atau (pakailah)hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.Yang demikian itu adalah lebih dekat(untuk mencegah)supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(Surah al-Nisa':3)

Daripada ayat di atas,Islam tidak menghalang seseorang untuk mengamalkan perkahwinan melebihi satu tetapi harus mengambilkira keadilan terhadap isteri-isteri dan keluarga supaya tidak berlaku kezaliman moral.


Sebab Islam Mengharuskan Poligami

1. Lelaki atau suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yang luar biasa sehinggakan isteri tidak dapat memenuhi keinginannya.

2. Keadaan isteri yang sentiasa uzur dan sabit membolehkan suami berkahwin lagi.

3. Menjadi pembela kepada kaum wanita yang menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.

4. Menyelamatkan kaum wanita "andalusia" yang belum berpeluang mendirikan rumah tangga.


Hikmah Poligami

1. Dapat melahirkan zuriat terhadap pasangan yang tidak dapat melahirkan anak kerana mandul,sakit dan lain-lain.

2. Poligami ialah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang dan sebagainya.

3. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat, kerna nafsu lelaki tidak pernah kurang.Sedangkan nafsu wanita semakin berkurang dengan bertambahnya usia.

4. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang tidak berkahwin kerna semakin ramai bilangannya daripada kaum lelaki.

5. Mengekalkan kerukunan rumah tangga akibat krisis antara suami dan isteri terutamanya tentang seks.Dengan adanya kebenaran poligami,keadaan suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan.

6. Menambah zuriat umat manusia di muka bumi Allah melalui cara yang halal.


Kesan Poligami Yang Tidak Mengikut Syariat

1. Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya.

2. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan yang tidak baik.

3. Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.

4. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.

Sabda Rasulullah S.A.W :
Bermaksud ; Daripada Aisyah r.ha telah berkata;Sesungguhnya Rasulullah S.A.W membahagikan giliran sesama isterinya dengan adil dan Baginda berdoa "Ya Allah! Ini bahagian aku yang dapat aku laksanakan kerna itu janganlah Engkau cela aku tentang apa-apa yang Engkau kuasai sedangkan aku tidak menguasainya." Berkata Abu Daud: Maksudnya ialah "hati".
(Riwayat Abu Daud,al-Tarmizi,al-Nasa'i,ibn Majah)