PENGUMUMAN

Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuh
Para Pengunjungi yang dihormati,

BLOG ini dalam PROSES PEMBINAAN. Ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Harap Maklum.
Terima kasih, Wassalam.

Sekretariat
Maenpo Jubah Putih
SYARAT, YURAN DAN PAKAIAN

SYARAT BELAJAR

  1. Maenpo Jubah Putih terbuka kepada semua Ikhwan Jami'atul 'Ubudiyah (EXTRO), lelaki dan beragama Islam serta sihat tubuh badan dan berfikiran waras. Bagi mereka yang belum menjadi ahli, ia terlebih dahulu dikehendaki mengisi Borang Keahlian dan menghantar permohonannya kepada Sekretariat EXTRO. Bagi pelajar, ia perlu mendapat keizinan daripada ibu bapa atau penjaga.
  2. Berumur sekurang-kurangnya 16 Tahun (sebaik-baiknya 18 tahun) dan ke atas kerana mereka dianggap sudah mempunyai fikiran yang matang. Kanak-kanak tidak dibenarkan mempelajari Maenpo Jubah Putih kerana beladiri ini bukan bersifat permainan atau seni silat tari.
  3. Tidak menolak, menentang atau memusuhi ajaran kesufian (tasawwuf sunni) serta aliran Thariqah Mu'tabarah.


YURAN

Terdapat dua (2) bentuk yuran dikenakan iaitu:

  1. Yuran Keahlian (tahunan).
  2. Yuran Latihan (bulanan).

Pembayaran ini digunakan untuk membiayai segala urusan pentadbiran, utiliti dan sebagainya kerana pertubuhan tidak dapat bergerak tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada ahli-ahlinya. Bagaimanapun, kedua-dua yuran di atas dikecualikan bagi anak-anak yatim dan golongan miskin. Ia dibiayai sepenuhnya oleh Jami'atul 'Ubudiyah (EXTRO).


Bagi mereka yang tiada kemampuan kewangan dan sangat berhasrat untuk mempelajari Maenpo Jubah Putih, mereka bolehlah menghubungi Sekretariat EXTRO untuk mendapatkan Pelepasan Yuran.

PAKAIAN

Pakaian serba putih.

  1. Baju Berlengan Panjang (putih).
  2. Seluar Panjang (putih).
  3. Kopiah (putih).
  4. Selendang / Selempang (hijau).

 
LOGO


FALSAFAH
Sepintas lalu dari segi estetik, logo ini kelihatan sangat biasa. Namun secara falsafah, penggalian makna tersembunyi yang terdapat di dalamnya mempersembahkan nilai sufistik yang sangat tinggi dan mendalam terhadap penghayatan ketuhanan. Penerokaannya dapat dilihat dari Empat (4) ciri utama iaitu :
  1. Segi Empat (4) Sama
  2. Huruf LAM ALIF
  3. Warna
  4. Huruf ALIF

1) SEGI EMPAT (4) SAMA :
Membawa maksud
Martabat Empat (4) iaitu :
  • SYARI'AT
  • THARIQAT
  • HAKIKAT
  • MA'RIFAT
Posisi martabat empat (4) adalah posisi terpenting dalam mengetengahkan sudut penghayatan dalam beragama secara sempurna. Ia merupakan tulang belakang dalam pengkajian ilmu tasawwuf agar piawaian penelitiannya tetap teratur atas lantasan Islam yang sebenar. Demikian keadaannya penghayatan yang dihidupkan dalam Maenpo Jubah Putih agar setiap ikhwan dapat menjadi pengamal yang sempurna dari sisi hidup beragama.

2) HURUF LAM ALIF
Terdapat Empat (4) Huruf Lam Alif yang saling bersambungan pada setiap sesiku Segi Empat (4) Sama. Secara sufistik ia membawa makna Empat (4) MAQAM FANA' iaitu:
  • FANA' fi AF'AL ALLAH
  • FANA' fi ASMA' ALLAH
  • FANA' fi SIFAT ALLAH
  • FANA' fi ZAT ALLAH

3) WARNA :

Terdapat
Lima (5) Warna utama yang di ketengahkan di dalam logo di atas dengan literatur Empat (4) Warna yang disusun secara hierarki menaik. Kelima-lima warna berkenaan hakikatnya mewakili ALAM AMAR sebagaimana yang terdapat di dalam Sistem Sains Kesufian (Sufistic Science System) yang di kenali sebagai LATHAIF iaitu wadah kehalusan yang menjadi sumber limpahan Ilahiyah. Kelima-lima posisi ini bertepatan dengan fungsinya di dalam reaktor ALAM AMAR sebagai Perisian Kejuruteraan Kerohanian Manusia (Human Software Spiritual Engineering) yang mentadbir ALAM KHALQ melalui manifestasi empat (4) elemen mekanikal fitrah insani iaitu Physical Quotient (PQ), Intelectual Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ).
  • KUNING :
Warna Kuning merupakan Maqam Pertama (1) dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia mewakili Lathifah al-Qalb.

  • MERAH :
Warna Merah merupakan Maqam Kedua (2) dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia mewakili Lathifah ar-Ruh.
  • PUTIH :
Warna Putih merupakan Maqam Ketiga (3) dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia mewakili Lathifah as-Sirri.
  • HITAM :
Warna Hitam merupakan Maqam Keempat (4) dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia mewakili Lathifah al-Khafi.

  • HIJAU
Warna hijau tidak mewakili sebarang Maqam dalam hierarki pengolahan riyadhah Maenpo Jubah Putih namun penzahirannya terdapat di dalam Jami'atul 'Ubudiyah (EXTRO) itu sendiri. Dengan ciri yang tersembunyi, ia menjadi tunjang terhadap pembentukan riyadhah yang dijalankan di dalam Maenpo Jubah Putih melalui manifestasi simbol Huruf ALIF yang mewakili Lathifah al-Akhfa.

4) HURUF ALIF :
Jika
Huruf LAM ALIF membawa gambaran maksud Maqam Fana', maka Huruf ALIF pula membawa maksud natijah daripada Maqam yang terdapat di dalam Huruf LAM ALIF berkenaan iaitu MAQAM BAQA'. Itulah simbol bagi MAHKOTA TAUHID.

 
HUBUNGI KAMI...

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi kami. Dengan senang hati, insya Allah kami akan membalasnya secepat mungkin.



NAMA
E-MAIL
ALAMAT
NO. TELEFON
SUBJEK
PESANAN
Image Verification
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]

 
TERIMA KASIH...


TERIMA KASIH
Kerana Menghubungi Kami...


Kami Sangat Berbesar Hati Atas Keikhlasan Anda Untuk Berkomunikasi Dengan Kami.


InsyaAllah, Kami Dengan Seberapa Segera

Akan Memberikan Maklum Balas Atas Pertanyaan Anda.



Maenpo Jubah Putih
Kelantan - MALAYSIA.



Klik Untuk Kembali Ke Halaman Depan

HOME

 
SLOGAN

Oleh : Abu Habib al-'Ubudiy

Aku Redha Allah Sebagai Tuhanku

Islam Agamaku

Muhammad Nabi & Rasul-NYA


Semoga slogan ini akan menghidupkan ruh para Ikhwan Maenpo Jubah Putih kepada sebuah kehidupan yang sejati dan diredhai Allah. Ungkapan ini akan menjadi dasar kepada segala gerak kerja para Ikhwan agar segala apa yang mereka lakukan tetap di atas garis panduan Syari'at Allah.


Memahami sebuah makna "Aku Redha..." bukan sekadar kefahaman menerima sebaliknya Menyerah sepenuhnya jiwa dan raga kepada Allah dan Rasul di bawah panji Islam sebagai ad-Din. Menerima merupakan sebuah konsep yang boleh dipertikaikan lagi ketelusannya kerana ia boleh diperdayakan dengan sebuah sikap yang menunjukkan penerimaan. Seorang murid sebagai contoh, boleh kelihatan sedang khusyu' membuat catatan salinan pengajaran gurunya sedangkan bila dihampiri dari dekat dia sebenarnya sedang melakar sesuatu yang langsung tidak ada kena-mengena dengan pembelajarannya. Demikianlah sebuah sikap yang boleh dizahirkan tetapi tidak wujud kesejatiannya dalam jendela batinnya. Berbeza dengan sebuah makna Penyerahan. Apabila seseorang mengungkapkan sebuah kepasrahan, itu bermakna ia lahir dari kemurnian hatinya lantas terdampak pada luaran akhlaknya dalam realiti perlakuan kehidupan yang penuh kesedaran dan keikhlasan.


Kerana itu apabila Ikhwan Maenpo Jubah Putih mengungkapkan "Radhitu billahi Rabba, wa bil-islami diina, wabi-muhammadin nabiyyan wa-rasuula," itu bermakna ia telah tenggelam di dalam lautan kepasrahan yang terdalam yang dengannya hiduplah sebuah kehidupan kehambaannya ('ubudiyah) dengan menjunjung kemuliaan Syari'ah Muhammadiyah atas kesedaran "Sami'na wa-atho'na" (kami dengar dan kami taat). Mereka tidak bertanya...tetapi MELAKUKANNYA dengan penuh keimanan.

 
KAIFIYAH RIYADHAH

Oleh : Abu Habib al-'Ubudiy

Setiap amalan mempunyai Kaifiyah atau Tatacara pengamalannya yang tersendiri. Pentingnya sebuah aturan sedemikian adalah untuk menghasilkan nilai latihan yang maksima terhadap para pengamal. Kerana itu, segala susuncara ibadah dalam Islam juga mempunyai kaifiyah tersendiri yang sengaja diatur bagi penghasilan identiti ibadah yang optimal kepada para 'abidin (pengamal). Demikian juga dengan Riyadhah Maenpo Jubah Putih. Ia di susun dengan lima (5) tertib asas sebagai langkah pengamalan yang merangkumi Sebelum, Semasa & Selepas latihan sebagaimana berikut:

1) MUQADDIM AL-HIKMAH

Muqaddim al-Hikmah atau Pembukaan Hikmah merupakan proses sufistik pengaktifan Sistem Generator Batiniah atau Lathaif yang terdapat di dalam tubuh halus manusia melalui Kunci Syahadatain.

Terdapat tujuh (7) Sistem Lathaif merangkumi lima (5) pada sandaran Alam Amar iaitu:

  • Lathifat al-Qalb
  • Lathifat ar-Ruh
  • Lathifat as-Sirri
  • Lathifat al-Khafi
  • Lathifat al-Akhfa

Kemudian dua (2) pada sandaran Alam Khalq iaitu:

  • Lathifat an-Nafs Natiqa
  • Lathifat Kull al-Jasad

2) SALAM AL-HIKMAH

Salam Hikmah merupakan penghubung dimensi ghaib yang menjadi rantaian amalan agar segala riyadhah yang dilakukan akan membuahkan kemakbulan dan terlimpahkan keberkatan daripada Allah Ta'ala.

3) KANZ AL-HIKMAH

Pemancaran Kuasa Niat yang menjadi wadah bagi menampung segala manifestasi Ilahiyyah melalui kepasrahan dalam sandaran kehambaan. Posisi ini akan membukakan sebuah tuntunan hakiki dari Maha Kuasa yang akan menghasilkan Energi Transendental yang tiada batas (infinity).

4) RIYADHAH AL-HIKMAH

Setelah melakukan tiga (3) kaifiyah di atas yang merupakan sebuah sikap sebelum latihan, maka barulah ikhwan memulakan riyadhah berpandukan maqamah atau tahap pelatihan masing-masing.

5) MUKHATAM AL-HIKMAH

Setelah Ikhwan tamat melakukan latihan, maka ia akan menutupinya dengan Mukhatam al-Hikmah atau Penutup Hikmah sebagai sebuah proses penyimpanan energi ilmu di dalam Rahsia Batin. Dengan demikian, setiap ilmu itu tidak teraktifkan pada saat atau tempat yang tidak diperlukan sebaliknya hanya bangkit dalam waktu atau situasi yang dibutuhkan sahaja kerana energi ilmu itu telahpun diprogramkan di dalam Chip Rahsia Batin yang bertindak secara intelegensi.

Penutupan dan penyimpanan ilmu adalah proses terpenting kerana tanpa melalui proses berkenaan ia boleh memberikan impak yang tidak diingini sebagaimana berikut :

i. Penyimpangan Energi yang mana ia boleh menyebabkan ia berfungsi bukan pada tempat dan saatnya. Kita mungkin pernah mendengar bahawa orang yang belajar Ilmu Pembisa Tangan sebagai contoh tidak dapat berkebun kerana boleh menyebabkan pohon yang ditanamnya itu mati, tidak dapat menyentuh perut isteri yang mengandung kerana boleh menyebabkan keguguran dan sebagainya. Situasi sedemikian hanya menyulitkan diri sendiri dalam menjalani kehidupan normal.

ii. Kebocoran Energi yang mana energi yang diraih hasil pengolahan riyadhah boleh berkurang malah hilang. Ini berlaku kerana aura energi sentiasa keluar dan teralirkan secara tidak menentu dan tanpa tujuan. Keadaan ini terkadang boleh menyebabkan pengamal kerap mengalami keletihan keterlaluan, mudah marah, sensitif, emosional dan sebagainya. Sifat ini terutamanya sangat berhubung rapat dengan ilmu yang khususnya bersifat kanuragan seperti kekebalan, hulubalang dan sebagainya.

iii. Bebanan Energi yang boleh menyebabkan pengamal mengalami sindrom kundalini. Masyarakat Melayu menyebutnya dengan istilah gila isim atau sebagai salah amal sesuatu ilmu yang menyebabkannya mengalami gangguan jiwa.

iv. Kontradiksi Energi yang lahir dari sifat ilmu yang berbeza dari ciri asy-Syams dan al-Qamar. Konflik berkenaan akan menyebabkan tubuh pengamal menjadi medan pertembungan energi yang tidak teratur yang sebahagian impaknya boleh menyebabkan pengamal mengalami ketidak serasian ilmu seperti kepanasan atau kedinginan yang terlampau dan sebagainya.

v. Pengesanan Energi oleh pihak musuh yang demikian boleh menyebabkan mereka waspada dan menyedari keberadaan atau kehadiran pengamal malah mereka mampu menganalisa kemampuan atau tahap sebenar pemilik ilmu berkenaan sekaligus dapat menewaskannya.

Sesetengah energi ilmu itu sebahagiannya baik dalam perkara tertentu tetapi tidak baik pada sesetengah perkara yang lain. Ini kerana bentuknya hanya berfungsi secara terbatas pada titik tujuan khusus yang menjadi ciri khas pengolahan sesuatu keilmuan tersebut. Oleh yang demikian, ia perlu mengetahui kaifiyah riyadhah bagi mengatur segala sifat ilmu yang dipelajarinya agar mampu diolah dan dikendalikan secara benar dan tepat.

 
KONSEP

Oleh : Abu Habib al-'Ubudiy


Maenpo Jubah Putih memposisikan Konsep Riyadhah (latihan) kepada dua (2) bentuk modul iaitu:

1) Zahir

2) Batin

Konsep ini menempati piawaian al-Quran itu sendiri yang mempunyai manifestasi zahir dan batin. Sisi zahirnya sebagaimana yang kita fahami secara lafaz bacaannya yang tersurat manakala sisi batinnya pula tersirat suatu lautan rahsia yang tidak terbatas yang tak mampu untuk kita selami lantaran infinity Ilahiah technology yang terdapat di dalamnya.


Dalam menempati dua (2) konsep Maenpo Jubah Putih, Elemen ini bersandarkan kepada firman Allah Ta'ala :

Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya dan meniupkan ke dalamnya RuhNYA. dan jadilah ia (dengannya) pendengaran, penglihatan serta hati (akal fikiran), amatlah sedikit kamu bersyukur. (QS. As-Sajadah: 9)


Ayat di atas memberikan gambaran Makna Sebuah Kesempurnaan yang mana sisi zahirnya (jasmaniah) hanyalah sebuah wadah untuk menampung kemampuan batin (rohaniah) yang mana ia termasuk di dalam Eksplorasi Teknologi Rohani (EXTRO) yang sangat luar biasa.


Pemahaman ini memperjelaskan bahawa riyadhah yang diterapkan di dalam Maenpo Jubah Putih merangkumi aspek zahir dan juga batin. Adalah tidak mungkin mencapai matlamat riyadhah hanya dengan sebuah latihan jasmaniah sahaja tanpa adanya "ruh" riyadhah itu sendiri yang termasuk di dalam makna "tiupan" bagi rahsia ketuhanan.


Ayat di atas telah memberikan tuntunan bahawa segala bentuk pendengaran, penglihatan dan deria rasa (hati) hanya bangkit setelah dimasukkan instrumen batinnya iaitu Ruh. Apa itu ruh dalam konteks Human Power?

Dan mereka bertanya kepadamu tentang ruh. Katakanlah: "Ruh itu dari urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan pengetahuan melainkan sedikit sahaja"

(QS. Al-Isra': 85)


Dalam silibus Maenpo Jubah Putih, posisi ruh atau batinnya ilmu tidak perlu kita perdebatkan atas keterbatasan kita dalam menggalicari falsafah terjemahannya. Namun harus di selami agar kita mencapai ke suatu ruang tanpa batas yang terdapat dalam rahsia ketuhanan yang sekaligus mempertegaskan lagi bahawa elemen batin riyadhah adalah suatu hal yang harus dijalani dan dibuktikan sendiri pernyataannya dalam wadah peribadi. Intipati penerokaan batinnya Jubah Putih bukanlah pada sisi meraih kesaktiannya tetapi pada menggapai keredhaan Allah. Orang yang sakti belum tentu diredhai Allah lantaran mungkin apa yang diperolehinya adalah bersifat istidraj atau perkara luar biasa yang Allah berikan kepada orang-orang yang fasik yang dengan sebab pemberian itu menjadikan mereka bertambah jauh dari Allah. Sebaliknya orang yang diredhai Allah sebagaimana Para Rasul, Nabi, Wali dan hamba-hamba yang soleh yang mana Allah Ta'ala zahirkan pada diri mereka suatu penzahiran dari tanda Kehampiran-NYA berupa Mu'jizat, Karomah dan Ma'unah yang sangat berbeza nilai kehambaannya kepada Khaliq (Maha Pencipta). Tiadalah dengan sebab penzahiran anugerah berkenaan kepada diri mereka melainkan menjadikan mereka bertambah lagi keimanan dan ketaatannya kepada Allah.


Dalam pemahaman Maenpo Jubah Putih, adalah tidak mungkin hikmah dapat di raih tanpa melalui olah batin. Sebagaimana Jasad dan ruh yang tidak dapat dipisahkan yang bila dipisahkan matilah seseorang, demikian pulalah zahir dan batin dalam posisi riyadhah Jubah Putih yang juga tidak mungkin dapat dipisahkan yang jika dipisahkan hilangkan hikmahnya. Ini bukan bererti latihan fizikal semata-mata seolah langsung tidak memberi apa-apa nilai tetapi dalam konteks meraih sumber kekuatan Ilahiah yang tidak terbatas, maka seseorang itu tidak dapat tidak mestilah melalui fasa riyadhahnya dengan penerapan zahir & batin tergantung kepada kemampuan wadah ikhwan itu sendiri.


Menjawab persoalan, apakah mungkin boleh mengambil sisi batinnya sahaja tanpa melalui proses zahiriah? Jawapannya, boleh. Tapi kurang sempurna umpama ruh tanpa jasad. Dimana penzahirannya? Lantaran kerana kita ingin menciptakan sebuah kesempurnaan, wajarlah untuk kita menggembleng kedua-dua posisi berkenaan. Zahir dan batin secara berurutan dan bersama.

 
MOTTO


"GERAK RAHSIA BATIN"

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka (musuh) daripada segala jenis kekuatan dan angkatan-angkatan berkuda yang lengkap, untuk menggerunkan dengannya musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; (sedang) Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

(QS. Al-Anfal: 60)

 
free counters