Ucapan Pengerusi KRT Magentahomes

    Syukur alhamdulillah kerana buat julung kalinya saya berkesempatan untuk mengabadikan kata alu-aluan dalam buletin sulung KRT Magentahomes Bandar Saujana Putra (BSP). Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa KRT Magentahomes yang telah memberikan idea untuk menerbitkan Buletin KRT Magentahomes untuk tatapan warga-warga Magentahomes di BSP.

        Mengimbas kembali sejarah penubuhan KRT Magentahomes BSP pada bulan Oktober 2014, dan dalam masa tidak sampai 1 tahun pelbagai aktiviti-aktiviti perpaduan telah dijalankan di kawasan KRT Magentahomes. Aktiviti-aktiviti seperti Gotong-royong Magentahomes, Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 2014, Santai@Magentahomes – BBQ, Futsal, Badminton dan sebagainya. Mesyuarat-mesyuarat AJK-AJK KRT Magentahomes juga terus berlangsung hampir setiap 2 bulan sekali untuk membincangkan pelbagai isu dan aktiviti-aktiviti perpaduan untuk warga-warga Magentahomes BSP.

      Perpaduan dan sifat tolong-menolong sesama jiran adalah amat penting terutamanya di dalam komuniti Magentahomes yang bolehlah di kira agak kecil. Sikap pentingkan diri sendiri atau enggan bergaul dengan jiran tetangga wajarlah di buang jauh-jauh. Orang yang terdekat untuk membantu kita di dalam waktu kesusahan adalah jiran-jiran yang tinggal berhampiran dengan kita. Insya’Allah kami AJK-AJK KRT Magentahomes BSP akan terus komited untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perpaduan yang boleh membabitkan lebih ramai warga-warga Magentahomes. Dan saya amat yakin KRT Magentahomes akan terus bergerak ke hadapan dalam memacu program-program KRT dan memastikan KRT Magentahomes BSP terus cemerlang dan mendapat sambutan daripada semua pihak.

         Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada AJK-AJK KRT Magentahomes yang terus memberi sokongan padu dalam meneruskan agenda perpaduan and integrasi warga-warga Magetahomes BSP. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada barisan pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Daerah Kuala Langat yang diketuai oleh En. Razi selaku Pegawai Perpaduan Daerah atas sokongan yang berterusan terhadap KRT Magentahomes BSP.

Terima Kasih.

Yang Ikhlas

Mohd Khairuddin bin Haji Reduzan
Pengerusi KRT Magentahomes

Sessi 2014~2015

0 comments :

Post a Comment