Tuesday 26 June 2012

:: PERBUALAN SEHARIAN WITH BOBOIBOY ::










JOM BELAJAR ARAB DENGAN SERONOK BERSAMA BOBOIBOY..:) 

MuDAHkan bElaJar bahaSa arab?????



 
صَبَاحَ الخَيْرِ
sobahal khair  
selamat pagi

صَبَاحَ النُّوْرِ
sobahannur
 selamat pagi 

  كَيْفَ الحاَلُك؟
khaifahaluka-untuk lelaki
khaifahaluki-untuk perempuan
apa khabar?

الحمد لله، أنا بِخَيْرٍ
alhamdulillah,ana bikhair
 alhamdulillah, baik

إلى اللقاء
ilalliqo
jumpa lagi
 
مع السلامة
maa'ssalamah
selamat jalan 


 ***cubalah!!.selamat beramal..;)
 






MaRi BerMain...



assalamualaikum....
anda semua pasti suka bersukan ataupun minat sukan...
jadi jom kita semua belajar nama-nama sukan dalam bahasa arab....

BADMINTON


PINGPONG 



BOLA TAMPAR




SEPAK TAKRAW
BOLA SEPAK

Mukjizat Al Quran

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh..
kaifa halukum ya sodiqi?
alhamdulillah, mari kita tambah ilmu dan meneroka bahasa syurga kita. (:


Al Quran diturunkan di dalam bahasa yang paling indah dan paling mulia dan tidak ada mana pun makhluk yang mampu menandingi kehebatan Al Quran. Isi Al Quran itu penuh dengan kebenaran dan ianya menjadi panduan dalam kehidupan seharian manusia.  Jika dititipksn disini contoh-contoh kebenaran dan mukjizat Al Quran, ianya terlalu banyak. Infiniti. Sehingga tidak mamapu digapai oleh akal fikiran manusia.
Salah satu contoh paling dekat dengan manusia mengenai kebenaran Al Quran adalah AIR. Bagaimana dan apa yang dikaitkan dengan air dengan kebenaran Al Quran??

Tahukah nada bahawa Air Asas kepada Segala Hidupan?



Air Asas kepada Segala Hidupan?
Air tidak hanya penting dalam proses kejadian langit dan bumi, ia juga penting bagi hidupan-hidupan di dunia. Hal ini ditegaskan Allah di beberapa tempat dalam Al-Quran, sebagai contoh, dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata, "Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup."

Ia juga terdapat dalam surah an-Nur ayat 45 yang bermaksud, "Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air."

Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (Space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya, kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, ia tidak boleh berterusan tanpa air.

Kenyataan bahawa hidupan bermula daripada air mendapat kekuatan tambahan dengan penemuan terbaru yang mendapati hidupan mungkin bermula di bawah lautan. Mengikut BBC News Online bertarikh 9 September 1998, di segmen Sci/Tech bawah tajuk Springing To Life Under The Sea, saintis-saintis mengatakan rahsia mengenai kewujudan hidupan yang awal di dunia mungkin wujud 9 000 kaki di bawah lautan Atlantik. Di situ para saintis menemui semburan hidrogen dan selepas mereka mengkaji persekitarannya, mereka merasakan ia sesuai bagi melahirkan kehidupan di peringkat awal.

Setiap hidupan  terbina daripada sel dan kehidupan sel bergantung kepada protoplasma dan protoplasma memerlukan air untuk hidup kerana 80 peratus daripadanya adalah air, justeru tidak boleh wujud sebarang hidupan tanpa air.

Kesemua penemuan ini menunjukkan kenyataan al-Quran bahawa segala kehidupan bermula daripada air adalah benar dan dapat disahkan melalui kajian sains.
Dalam surah al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata, 
"Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup".

Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting. Pertama mengenai asal-usul kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu, kemudian dipisahkan antara kedua-duanya. Hal ini adalah selari dengan kejadian BIg Bang yang berlaku lebih kurang 14 bilion tahun dahulu. Kedua, ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan. Tanpanya hidupan tidak wujud sama sekali.



oleh itu..
setiap kali anda dikurniakan nikmat dan menggunakannya..
jangan lupa menyebutt..

ALHAMDULILLAH!! Allah MAha Kaya.

ataupun..

 MASHAALLAH! Hebatnya ciptaan Allah.

atau..

ALLAHUAKABAR! Allah, engkau terlalu hebat dan kau maha hebat.

 secara tidak langsung, anda telah berzikir dan menggunakan Bahasa Arab, bahasa syurga, bahasa agung, tanpa disedari.

MUDAH BUKAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB?? 

haiyya bil arabiah!
(:
 jom baca Al Quran dan mentadabburnya!!

حَيَاتِي اليَوْميَّة كَطَالِبِ المَدْرَسَةِ

حَيَاتِي اليَوْميَّة كَطَالِبِ المَدْرَسَةِ

أَقُوْمُ مِنَ النّومِ كُلَّ صَبَاحٍ فِىْ السَّاعَةِ السَّادِسَةِ.أَغْتَسِلُ وَأَتَوَضَّأُ لِصَلاةِ الصُّبْحِ.أَدْخُلُ غُرْفَةً خَاصَّةً وَأُصَلِّىْ فِيْهَا صَلاةَ اْلجَمَاعَةِ معَ اَلأُسْرَةِ.ثُمَّ أَلْبِسُ مَلاَبِسَ اْلمَدْرَسَةِ وَأَخُذُ حَقِيْبَةَ الْكُتُبِ.وَبَعْدَ أَنْ أَتَنَاوَلَ الْفُطُوْرَ أَذْهَبُ إِلَى الْمَدْرَسَةِ بِالأُتُوْبِيْسِ فِى السَّاعَةِ السّابِعَةِ تَمَامًا.وَأَصِلُ إِلَيْهَا فِى السّاعَةِ السّابِعَةِ وَالنِّصْفِ.أُحِبُّ أَنْ أُطَالِعَ الْكُتُبَ فِى مَكْتَبَةِ الْمَدْرَسَةِ فَلِذَلِكَ أَدْخُلُ فِيْهَا عَادَةً فِى وَقْتِ الرَّاحَةِ.لَيْسَتْ مَكْتَبَةِ الْمَدْرَسَةِ كبيرة وَلَكِنَّهَا تَحْتَوِى علَى الْكُتُبِ وَالْمَجَلاَّتِ وَالْجَرَائِدِ الهَامَّةِ لِلطُّلاَّبِ.أَرْجِعُ مِنَ الْمَدْرَسَةِ فِى السَّاعَةِ الْوَاحِدَةِ وَالنِّصْفِ.أَتَنَاوَلَ الْغَدَاءَ ثُمَّ أُصَلِّى الظُّهْرَ وَأُؤَدِّى جَمِيْعَ وَاجِبَاتِ الْمَدْرَسَةِ.وَأُذَاكِرُ دُرُوْسِىْ بِاللَّيْلِ بَعْدَ الْعِشَاءِ.وَأَنَامُ فِى السَّاعَةِ الْعَاشِرَةِ لَيْلاً.

Mengenal bulan-bulan HIJRAH


Muharram
Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.

Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.

Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.

Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.

Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.

Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.

Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.

Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.

Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.

Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.


sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/bulan-islam/1249-bulan-bulan-islam.html

"RAHSIA MAHIR BERBAHASA ARAB"


"RAHSIA MAHIR BERBAHASA ARAB"

Ramai di kalangan kita pernah belajar Bahasa Arab samada secara rasmi ataupun tidak. Walaubagaimanapun kebanyakan mereka masih ada yang mengeluh menyatakan belum dapat menguasai kemahiran Bahasa Arab.
Ada juga yang bertanya “Apakah rahsia untuk mahir berkomunikasi dalam Bahasa Arab? Apakah tips mudah untuk menguasai bahasa Nabi ini? Apakah teknik mudah untuk memahami dan mendalami bahasa ini dengan mudah? Berapa lama pula masa yang diperlukan?”Sehubungan itu, penulis inigin mengajak para pembaca untuk sama-sama berkongsi pengalaman bagaimana kita boleh meningkatkan kemahiran berbahasa Arab.Secara umumnya, jika kita tahu cara dan teknik yang betul dan sesuai untuk mahir dalam bahasa Al-Quran, ia adalah sangat mudah. Pendekatan teknik mudah inilah yang jarang didedahkan kepada para pelajar. Dalam hal ini, kita memiliki banyak kelebihan anugerah Allah yang kita tidak manfaatkan secara maksima.Dengan ertikata lain, kita perlu memasukkan beberapa unsur yang sering dilupakan dalam pembelajaran biasa. Antara unsur itu ialah konsep kata pinjaman, zikrullah, panggilan mesra berkomunikasi, intonasi yang sesuai, bahasa badan yang meyakinkan dan penggunaan ayat Al-Quran dan al-Hadis. Pendekatan belajar mudah bahasa Arab ini menggabungkan beberapa elemen penting dan beberapa konsep unik yang kita abaikan sebelum ini.

 Antara konsep itu ialah:
Kita sebagai rakyat Malaysia yang telah menguasai Bahasa Melayu dikira cukup bertuah berbanding rakyat Argentina, Jepun, Brazil dan lain-lain. Bahasa yang mereka tuturkan hampir tiada persamaan dengan bahasa Arab. Ini berbeza dengan bahasa Malaysia yang kita gunakan seharian. Dalam Kamus Dewan sahaja terdapat lebih 1,700 perkataan berasal daripada perkataan Arab. Jadi apalah salahnya, kata pinjaman yang berasal daripada bahasa Arab itu kita gunakan semula dalam membina ayat mudah dalam bahasa Arab.
Dalam peperiksaan Bahasa Arab SPM, calon dikehendaki menulis karangan sekurang-kurangnya 150 patah perkataan. Ini sudah tentunya sangat senang kerana kita ada lebih 10 kali ganda daripada itu iaitu 1700 patah perkataan dalam bahasa ibunda kita. Cuma, persoalannya bagaimana kita menggunakan kelebihan ini.
Untuk itu, satu kaedah baru telah diperkenalkan yang diberi nama MUKADDAM. Kaedah MUKADDADAM ini adalah singkatan (“Membandingkan Unsur-unsur Kalimah Arab Dengan Dialek Alam Melayu”). Ia adalah satu pendekatan mudah belajar bahasa Arab terutamanya untuk rakyat Malaysia yang sudah menguasai Bahasa Melayu. Konsep yang ingin diketengahkan sebenarnya cukup mudah.
Setiap hari cuma satu kata pinjaman sahaja yang akan dihuraikan, digunakan dan dipraktikkan. Inilah yang dikatakan, sehari sehelai benang, lama-kelamaan menjadi selembar kain. Begitu juga dalam konteks belajar bahasa Arab yang mudah ini. Sehari satu kata pinjaman lama kelamaan “as-hala qamusin”. Apa yang dimaksudkan dengan “as-hala qamusin” ialah sebuah kamus yang paling mudah difahami.


Sehari sehelai benang,
Lama-kelamaan selembar kain.
Sehari satu kata pinjaman
Lama kelamaan “as-hala qamusin”.

Kedua : Konsep Zikrullah
Ada satu soalan yang sering ditanya kepada kita. Kebanyakan daripada kita pun pasti akan menjawabnya dengan jawaban yang sama atau hampir sama. Soalan itu ialah “Kaifa haluk?” Terjemahannya “Apa khabar saudara?” Jawabannya ialah “Ana bikhair wal hamdulillah” Terjemahannya “Saya baik dan alhamdulillah”
Apa yang ingin dibicarakan di sini ialah jawaban “alhamdulillah” iaitu menyebut nama Allah. Persoalannya kenapa soalan ini sahaja kita menjawabnya dengan menyebut nama Allah? Kenapa dalam soalan lain atau suasana yang lain kita tidak mampu menyebut nama Allah? Sehubungan itu kita akan mengaitkan apa saja ayat yang kita bina dengan satu zikrullah yang paling sesuai. Dalam hal ini sekiranya kita mudah mengingati Allah, Allah akan memudahkan kita untuk belajar mengingati perkataan lain.

Ketiga : Konsep Panggilan Mesra
Dalam komunikasi berkesan kita digalakkan menyebut nama, gelaran atau pangkat seseorang. Dalam Al-Quran, perkataan ya... (seruan yang bermakna wahai…) disebut sebanyak 361 kali. Sehubungan itu kita boleh mulakan dengan panggilan mesra atau panggilan mesra diletakkan di awal atau di hujung percakapan.
Terdapat dua faedah utama yang boleh kita peroleh sekiranya kita menggunakan konsep ini. Faedah pertama kita dapat membanyakkan atau memanjangkan ayat yang kita bina. Faedah kedua pula dapat mengeratkan hubungan komunikasi antara kita dan orang yang kita hubungi.

Keempat : Konsep Intonasi 
Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar dikehendaki membaca beberapa ayat dalam satu intonasi sahaja. Oleh itu dalam kaedah mudah ini, pelajar dikehendaki melakonkan satu perkataan dalam pelbagai intonasi.
Sebagai contohnya perkataan “La” yang bermakna tidak atau penafian. Seorang pelajar yang menghayati bahasa Arab mampu membuat pelbagai intonasi yang sesuai berdasarkan masa, tempat dan kedudukan walaupun hanya satu perkataan. Perkataan “la” boleh dialunkan intonasinya dalam keadaan biasa, menafikan cara lembut, menafikan secara bersungguh-sungguh, menafikan cara keras, secara mengada-ngada, geram, marah, bersahaja, terkejut, kagum dan sebagainya.


Kelima : Konsep Bahasa Badan 
Ini diambil dari konsep iman iaitu membenarkan dalam hati, melafazkan dengan lidah dan melakukan dengan anggota badan. Dalam pembelajaran bahasa Arab secara tradisional, para pelajar hanya menggunakan dua pertiga sahaja. Mereka jarang sekali menggunakan anggota badan untuk membantu pertuturan mereka.
Sehubungan itu, berteraskan modal insan, para pelajar dikehendaki menggunakan bahasa badan mereka sebagai sokongan. Ini secara tidak langsung akan memudahkan mereka berinteraksi dengan lebih menyakinkan dan menyenangkan mereka menghafal perkataan baru.

Dalam hal ini, kita ambil satu contoh mudah. Mr Bean, seorang pelakon popular telah mengaplikasikan konsep iman ini dengan menjadikan bahasa badan sebagai teras dalam aksi komedinya. Filem beliau terkenal, difahami dan diterima pakai di seluruh dunia. Kini, beliau boleh dikatakan seorang yang berjaya dalam bidang lakonan. Kenapa anda tidak mahu mencuba konsep iman ini semasa belajar Bahasa Arab?


Keenam : Konsep Pengukuhan Dengan ayat Al-Quran, Al-Hadis dan Kata-kata hikmat 
Untuk pengukuhan kita gunakan perkataan yang digunakan dalam Al-Quran, Hadis atau kata-kata hikmah. Sebagaimana kita maklumi, bahasa Al-Quran tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pakar bahasa. Begitu juga dengan Al-Hadis dan kata-kata hikamt dalam bahasa Arab yang boleh dijadikan sebagai panduan penting dalam mempelajari bahasa Arab ini.
Sehubungan itu kita sepatutnya menggunakan kekuatan yang kita ada ini berbanding pelajar yang belajar bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa Arab tidak dapat menggunakan kelebihan ini. Jika kita tidak memanfaatkan kelebihan ini, sudah tentu kita akan mengalami suatu kerugian besar.

Keenam-enam konsep ini telah diterapkan sedikit demi sedikit dalam program MAHIR. Pemilihan perkataan MAHIR ini berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ialah mahir adalah kata pinjaman yang berasal daripada Bahasa Arab. Ia mudah difahami dengan mudah oleh kebanyakan warga Malaysia.

  • Bahan
  • Kekerapan
  • Pencapaian
  • Tugas
  • M-Majalah
  • Majalah MAHIR
  • Sebulan sekali
  • Keluaran ke 11 sejak Mei 2007
  • Ketua Pengarang
  • A-Akhbar
  • H-Harian
  • Utusan Malaysia, Bahagian Mega, Ruangan “Kenali bahasa Al-Quran”
  • Dua kali seminggu
  • Siri ke 189 sejak 27 Jan 2006
  • Kolumnis
  • I-Internet
  • Blog http://drarabic.blogspot.com
  • Dikemaskini setiap minggu
  • Memuatkan pelbagai isu bahasa Arab sejak Jan 2008
  • Penulis
  • R-Radio
  • Radio IKIM, rancangan “Haiya Bil Arabiah”
  • Setiap hari Isnin hingga Jumaat
  • Sebanyak 250 siri belajar dirakamkan dalam tempoh setahun (Julai 2006 hingga Jun 2007)
  • Tetamu rancangan






Selamat belajar bahasa Arab dan menguasainya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara!!!!

Teka-Teki Arab


Okey, Kalau korang bijak bistari, cuba jawab soalan-soalan di bawah ini dalam Bahasa Arab daaaa... Ngeee~    

Soalan (1)
Seorang Tua jatuh dari tingkat 40 lalu mati.......

Soalan (2)
Siti Nurhaliza berlari keliling padang tanpa seurat benang....

Soalan (3)
Bulan depan gaji Rahim naik $1 juta.......

 
Jawapan :
v
v

v
v
v
v
v
v


(1) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn. ....

(2) Astagh'firullah' hal'azimm. ......

(3) Al'hamdulillah. .........

Hahahaha... Selamat malam. Panjang umur esok kita jumpa lagi k... (",)

~HADAPI DENGAN SENYUMAN~

Kata Pinjaman Arab Merentasi Kehidupan Harian


Politik Siasah, khalifah, imam, makmum, wakil, rakyat
Ekonomi Iktisad, dinar, dirham, baitul mal, mudharabah, takaful
Sosial Muamalat, mujtamak, silaturrahim,
Pendidikan Tarbiyyah, murabbi, ustaz, ilmu,
Kesihatan Sihat wal afiat, tabib,
Alam sekitar Alam, dunia, akhirat
Pengurusan Tadbir, iltizam, waktu, syarikat, syura
Geografi Khatulistiwa, kutub, alamat
Astronomi Falak, orbit, nujum,
Sains Ulum, ilmiah, makmal, tabie, alkohol,
Sifat Mahmudah, mazmumah, amanah, khianat
Kemanusian Insan, jasad, ruh, badan, kalbu
Matematik Hisab, nisbah, kadar, sifar,
Undang-undang Hukum, hakim, mahkamah, adil, kanun, zalim
Bahasa Loghat, nahu, kaedah, jamak
Sejarah Tarikh, ahad, isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu,
Haiwan Haiwan, arnab, zirafah, himar,
pertanian Nabati, hayat, tamar,
Teknologi Global, tekun, satelit,