Jom join izan

Monday, August 4, 2008

Peria Goreng



Ini lauk semalam punya…selalu masak sayur dengan anak2 memang tak laku…tak taulah ngapa anti-sayur. Tapi untuk suami zan ni la sayur yang paling disukainya. Hari-hari pun takpa. Cara memasaknya zan tengok makcik yang masak. Tak suka layu sangat sebab nanti warnanya berubah kuning dan kurang terasa pahitnya.

Bahan A:

3 ulas bawang kecil (dimayang nipis)
2 ulas bawang putih (dimayang nipis)
4 tangkai cili api (dipotong kecil)
Sedikit ikan bilis/4 ekor udang basah (dipotong kecil)

Bahan B:

3 biji peria kecil (dihiris nipis)

Bahan C:

2 biji telur
Sedikit garam
Secubit ajinomoto
Minyak untuk menggoreng
Sedikit air

Caranya:

Panaskan minyak didalam kuali. Tumiskan bahan A sehingga naik baunya. Kemudian masukkan peria. Dikacau seketika kemudian letak sedikit garam secukup rasa dan secubit ajinomoto bersama sedikit air. Akhir sekali pecahkan 2 biji telur dan biarkan masak sambil sesekali dikacau supaya ia sebati bersama sayur.

No comments :

Petua izan mak nenek

~~~~mari cuba-cuba~~~

Petua 1 - masak kuah bersantan

gulai lemak santan, sediakan bahan terlebih dahulu siap semua baru naik atas api. kacau sentiasa gulai lemak perlahankan api. jangan dibiar gulai lemak menggelegak takut2 pecah minyak. hidangan nampak tak cantik dan rata. bila terdapat sedikit santan atas dari kuah di keliling dinding periuk tanda gulai sudah cukup masak. terus diangkat dari api, sebab walaupun api telah dipadamkan paras kepanasan dapur masih ada. kalau boleh terus diangkat kedalam bekas makanan.

Petua 2 - cili bergoreng

Sambal goreng tak rasa pedau. biasanya orang akan masak dulu cili yang dah dipotong-potong kemudian toskan dan basuh bersih. semasa masukkan sambal kedalam kuali masukkan sekali sedikit asam keping. kemudian masak seperti biasa.

Petua 3 - Acuan loyang / rose tak melekat

jangan sesekali acuan loyang dikenakan pada air basuhan. pantang acuan loyang ialah air. cuma dilap bersih dan disimpan ditempat yang bersih dan selamat.

Petua 4 - Anak2 berselera makan

Petuanya macam ni... lama dah izan amalkan dari anak pertama umurnya 4 tahun. Utk sesiapa jugalah yang merasa hidangan kita. Selalu masak nasi... bila kita angkat tudung periuk nasi, selalu kan ada wap pada bawah tudung periuk tu.. bersih je bukan tak bersih... air wap tu jatuhkan keatas nasi. terpulanglah nak dikelilingkan ke ... sekali alir ke tapi ... jatuhkan air wap tu keatas nasi.. :D

Petua 5 - lauk pauk terasa dihargai :D

ini zan dapat dari mak utih. lama dah zan amalkan dari mula2 kena memasak .... kui3x.... kalau kita pi beli lauk daging ke ikan ke ayam ke apa-apa lauk basah. dah siap2 bersih dan basuh, basuhan terakhir tu selawat 3 kali dan toskan airnya... InsyaAllah.

lalu lintas

warna warni ijan

Flag Counter