Wednesday 28 July 2010

Pantang Larang Semasa Mengandung

ekceli, ada banyak cerita & gambaw nak share. cerita wiken, cerita pasal mak.
tapi, mama kesuntukan masa lah.
kat opis, PC lak buat hal.lagipun dah 2 hari mama tak dok opis sepajang hari sbb mama turun site tuk 'projek' memutihnggelapkan kulit gebu mama.
so, nanti-nanti lah mama stori-mori ye citer mama.
skang neh, mama nak share cerita peknen..hehe [kemaruk sungguh mama ni kan???egege]
ala, skang ni kan ramai kawan blogger yang tgh peknen.so, bleh lah mama share info yg tak seberapa neh.hehe

kali ni, kita share cerita pantang larang orang dolu-dolu tuk wanita mengandung ekk...
ada yg bleh di jadiakan panduan & ada gak yang karut-marut.yang kurafat pun ada...
tapi, sekadar berkongsi lah ye...

pantang larang orang Melayu, semasa mengandung...

  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. [dlm Islam pun ade ckp, mengumpat tu berdosa.tak kesahlah samada mengandung atau tak, mmg berdosa kalo buat kan.so, tapayah buat.selain tak dapat dosa, anak pun akan terhindar dari terikut perbuatan tak baek tuh]

  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan. [masyaAllah, mintak jauh lah kan.doa jek la...anak yg dikandung sihat n sempurna tubuh badan.nnt, mama share doa tu, nak kena scan dulu la article psl doa tuk mintak bb sehat sempurna...doa tu mak mama yg ajar, ekceli dari sepotong ayat Quran gak]

  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya. [kalo lepas maghrib tak pe kan??kalo malas masak, camne pun kena kuar dinner gak.hikhik.tp, kan mmg tak elok kuar time maghrib, kan ke elok, lepas solat baru kuar, ye tak???hehe]

  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. [insyaAllah, semua kawan2 mama baik akhlak & jujur.malah setiakawan semuanya kan??]

  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap. [InsyaAllah, mintak jauh lah ye..]

  • Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak. [aduhai, yg ni cam payah jek, sbb umah mama ada tangga.mmg salu melepak ngn mak & kakak2 kt tangga.amik angin sambil menyembang.hikhik.yg penting selalu berdoa kpd ALlah tuk permudah bersalin, dan baca selawat syifa byk2.itu pesan mak mama.]

  • Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.[abes tu, kalo terpaksa cemana?misalnya, ibu mengandung tu mmg petani yg menanam pokok pisang, takkan sepanjang mengandung dia nak kene tanam anggur pulak??ekeke]

  • Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya. [tempurung kelapa pun payah nak jumpa.kalo kt kampung ada lah kot kan..hehe]

  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. [ye ke???ni mama tak pasti, yg penting bykkn doa n zikir.tul tak??]

  • Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar. [tidur ptg tak pe kan?atau kalo tertidur tanpa disengajakan takpe kan??ekeke]

    pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung [istimewa tuk papa-papa semua]

  • Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis. [cam merepek jek kan??nasiblah papa langsung tak reti main alat muzik.satu hape pun tak tahu.hikhik]

  • Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya. [yang ni mmg papa takkan buat lah, skang ni mane lah nak beli ayam hidup pastu nak sembelih.beli kat kedai yg dah siap sembelih, lg senang.hikhik]

  • Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut. [masyaAllah, mintak jauh lah kan.papa tuh dah lah extra berani bile nampak ular.serreemmm!!!]
tapi,  ni semuakan ketentuan ILLAHI.kita sebagai hamba-Nya, hanya mampu berdoa tuk yang terbaik jek lah. pantang larang ni, byk yg cam kurafat lah pulak. sebagai hamba-Nya...sebaiknya, banyakkan membaca Al-Quran dan surah2 seperti:-


    • Surah Yusuf

    • Surah Maryam

    • Surah Taubat

    • Surah Al-Imran ayat 38: tuk peroleh anak yg baik

    • Surah AL-Imran ayat 8-9: tuk memohon rahmat

    • Surah Ibrahim ayat 40: doa tuk anak kerjakan solat

    • Surah Al-Baqarah ayat 128: anak patuh

    • Surah Yassin ayat 22-23: jaga aqidah

    • Surah A-Furqan ayat 74: anak yg menyenangkan hati

    • lagi bagus, baca 30 juzuq Quran terus.byk pahalanya.
        p/s: renung-renungkan, dan selamat beramal.kalo ibu2 mengandung yg lain, ada nak kongsi.buatlah entry n link ke mama eyh..syok gak dpt share info kan...

    Peringatan: ini entry auto-publish.jgn ingat mama mengulau time keje tau!!!

     
    love: mamazahra ^__^

    Monday 26 July 2010

    siapa lah yang kurang ajar neh???

    tujuan mama bubuh cebisan en.nuff punya hits neh bkn nak show off bape byk hits mama.
    alaaa...mamma ni bkn blogger tegar pun.
    berbelog hanya tuk suka-suka.
    sekadar berkongsi cerita ttg keluarga kecil kami ni..
    tapi kan,kuwang asam tul lah...
    kecik ati mama baca keywords yg orang type tuk masuk ke belog mama yg tak seberapa neh...
    ada ke patut kowang taip MAMA BUNCIT?
    sedih mama baca tau...
    buncit sgt ke mama neh?
    huduhs sgt ke?


    hahaha...kelakar pun ada gak senarnya, bile tgk balik...
    ye lah, apa yg korang type tu mmg mende betul.
    mmg dah sah-sah mama buncit skang neh..ekeke
    mama kan dah peknen 13minggu..
    mmg pewot neh makin membuncit, dah macam org peknen 5bulan..huhu
    tatau nape jadik cenggini...hehe
    mama terlebih makan kot...

    ok, lah..itu jek...
    saje nak buat sesi luahan perasaan..hehe

    p/s: mama kena tuwun padang aineh.nak buat asset varification tuk disposal. so, sedang bersedia tuk mengputihhitamkan muka dah ni..hukhuk


     

    love: mamazahra ^__^

    Friday 23 July 2010

    Belly Belt Combo Kit

    apekebendanya belly belt combo kit neh?
    ekceli, belly belt ni digunakan oleh ibu-ibu mengandung.
    kirenya sebagai alternatif tuk ibu mengandung yang tak nak spend banyak duit tuk beli maternity wear lah. [kedekut gak mama neh!!ekeke]

    Want more choice in your maternity wardrobe and don't want to rush out to buy huge maternity clothes the moment you can't button your jeans Use a Belly Belt! [jimat weyh!!!]
    Invented in Australia, and officially endorsed by the Australian Society of Independent Midwives, the Belly Belt allows you to continue to wear your favourite jeans, trousers, shorts and skirts for the majority of your pregnancy. [so, blehlah TETAP pakai levi's jeans masa mengandung.tapayah pikir nak beli maternity jeans.hooyehh!!] .It's also ideal for using after the baby is born until you can fit into all your old pre-pregnant clothes again. [sesuai tuk org yg payah nak turun berat badan time dlm pantang,cam mama neh.egege]
    Belly Belt Combo Kit
    Whether the waist band has a button, clasp or side fastening, this kit allows you to look great in your own clothes throughout pregnancy.
    The Belly Belt Combo Kit contains:
    2 sizes of Belly Belt button-up
    2 sizes of Belly belt Slide
    3 polyester/cotton panels (blue, black and white) to cover the gap


    cane nak pakai mendalah neh???
    cam ni...
    senang jok...
    mama beli belly belt combo kit ni dari Littlewhiz. tp, mama tak beli online, mama gi beli terus kat kedai derang kat Setia Alam.tak jauh pun dari umah mama.

    sementara peha & muntot ni belom mengembang dgn jayanya, bleh lah pakai belly belt neh.tapayah spend byk duit beli maternity pants.suar keje pun masih boleh dipakai dgn adanya belly belt neh.

    bape rege??
    mama dah survey kat kat beberapa maternity wear boutique cam modernmum, 9month.tapi, derang takde jual mendalah ni.yang ada kat mothercare & littlewhiz jek.dan harga kat littlewhiz neh adalah lebih murah berbanding mothercare.kalo korang byk duit, boleh jek beli kat mothercare.tp, mama ni, kalo ada yg lebih murah tapi jenama yg sama.baik amik yg murah.boleh jimat duit.hehe



    love: mamazahra ^__^

    Tuesday 20 July 2010

    Earlybird Movie : Inception


    Cast and Crew
    Director: Christopher Nolan
    Cast: Leonardo DiCaprio, Joseph Gordon-Levitt, Ellen Page, Tom Hardy
    Genre: Action
    Run Time: 150mins



    Synopsis
    Dom Cobb is a skilled thief, the absolute best in the dangerous art of extraction, stealing valuable secrets from deep within the subconscious during the dream state when the mind is at its most vulnerable. Cobb's rare ability has made him a coveted player in this treacherous new world of corporate espionage, but it has also made him an international fugitive and cost him everything he has ever loved. Now Cobb is being offered a chance at redemption. One last job could give him his life back but only if he can accomplish the impossible - inception. Instead of the perfect heist, Cobb and his team of specialists have to pull off the reverse: their task is not to steal an idea but to plant one. If they succeed, it could be the perfect crime. But no amount of careful planning or expertise can prepare the team for the dangerous enemy that seems to predict their every move. An enemy that only Cobb could have seen coming.

    mama tgk citer neh Sabtu Lepas (17/07/10) kul 11.15pagi.
    gile awal tgk. papa ni ha, teringin nak tgk movie awal pagi "earlybird".
    ekceli, dah lama papa ajak tgk movie time pagi, tp selalunya lajak bangun kalau hujung minggu tuh.
    sekali aituh, since dari Khamis papa dah plan n dah booked ticket awal2.
    dari sebelum mak masuk wad lagik.memula tu, rasa tak sedap gak nak gi tgk movie, ye lah kan.mak kan dok kt spital.tp, sbb dah beli tiket kan, kami teruskan jek niat tu. pas abes movie baru gerak gi spital.

    dari 5 bintang, mama bleh kasi 4 lah tuk movie neh.bukan sbb hero dia, Leonardo DiCaprio eyh, tp serius best citer neh. kenapa mama tak bagi bintang penuh kalo siyes citer ni best??? sbb mama tak puas hati tang ending dia, cam tergantung.ke akan ada inception part 2??
    tapi kan, memang puas hati lah.orang kata, berbaloi-baloi.

    korang dah tengok ke citer ni??
    best kan???




    love: mamazahra ^__^

    Sunday 18 July 2010

    Dugaan lagi....di Bulan Syaaban

    masyaAllah, Allah menguji kami lagi...
    kali ni mak masuk sekali lagi kat Hospital...
    dan kali ni, bukan kerana asthma, jugak bukan kerana high cholestrol..
    tapi, kerna SERANGAN JANTUNG..
    dugaan yg maha hebat buat kami sekeluarga...

    kami tak tahu, apa puncanya..
    dimana silapnya...
    mak diserang sakit jantung pula...
    moga mak kuat hadapi ujian dari-Nya..
    DIA mahu menguji hamba-Nya...

    adakah aku bleh melihat emak tergelak dan tersenyum sebegini semula??


    atau boleh kah mak bersama kami adik-beradik lagi??

    Ya Allah, Kau berikanlah aku kesempatan itu lagi...
    kau berilah aku peluang lagi tuk bersama mak lagi...
    sayu hati ni bile melihat mak enggan memakai lampin dewasa...
    aku paham perasaan seorang yg bernama EMAK...
    aku paham sungguh perasaan ITU...

    Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat emak..
    Kau berilah dia kesihatan yg baik..moga..
    dia kan terus bersama kami...

    walopon aku tak pernah pamerkan rasa SAYANG itu, tp aku yakin emak faham maksud aku itu...



    love: mamazahra ^__^

    Friday 16 July 2010

    Kue Teow Kungfu..... vanilla loaf with blueberry filling

    Syukurlah....angin malas dah beransur pergi..
    skang ni, mama dah boleh masak...yeyyy!!!
    sonok sangat dapat masak tuk org2 yg tersayang kat rumah tu.
    so, kepada Tauke2 kedai makan kat area umah mama ni, "sowi lah guys, i tak dapat nak mkn mlm kt kedai u ols lagik".hikhik
    semalam, balik jek keje, gigih sediakan bahan-bahan nak buat kue teow kungfu & vanilla loaf.
    maka, berkungfu lah mama sorang2 kat dapur tuh.hehe
    memula siapkan kuah tuk kue teow kungfu dulu.
    pastu, gigih gi bancuh vanilla loaf.
    bile dah masukkan dalam oven butterfly kaler hitam tuh, terus berkungfu lagik kat dapur.
    kali ni sediakan kue teow telur plak.
    kul 7, setel semua. ready tuk makan jek.
    mama siap tapau kan kue teow kungfu tuk kak ngah mama yg dtg jengah mak ptg semalam.

    inilah rupa kue teow kungfu mama...

    sowi lah, gambar lom di makan lupa nak amik.ni gambar dah nak hampir abes.hikhik
    papa suka, zahra pun suka.
    tp, zahra lebih ghairah makan udang berbanding kue teow tuh..huhu

    mama guna bahan yg simple jek.lenkali, bleh lah guna bahan yg grand sikit.

    bahan2 tuk kue teow kungfu (tuk 4 hidangan)
    kue teow sebungkus (basuh kasi bersih) - jadikan 4 bahagian
    1 paket kiub ikan bilis/kiub ayam
    sawi secukup rasa (potong sedang2 jek)
    kobis secukup rasa (hiris sedang2)
    lobak 1/2 batang (potong ikut creativity anda)
    fish cake - 2pcs (potong kecik2 haa!!!)
    fishball - sepaket kecik (potong dua)
    4 biji telur (tuk sadur kue teow)
    cili padi 12biji (tumbuk halus)
    bawang besar 2 biji -ricih halus
    bawang putih 3ulas - ricih halus
    garam & bahan perasa secukup rasa
    4 mangkuk air (mangkuk tu sedang2 jek)
    2 sudu makan tepung jagung
    cili besar merah  sebatang-potong halus
    udang & sotong secukup rasa (mama guna 8 ekor udang size sedang & sotong 3ekor)

    cara-cara nak masak kuah
    tumis bawang besar & putih, pastu masukkan cili.
    bile dah harum bau dia, masukkan air & tutup.biar sampai didih.
    pastu masukkan kiub ikan bilis, lobak, fishcake, fishball, udang & sotong.
    pastu masukkan sayur-sayuran & cili besar merah
    akhir sekali, masukkan tepung jagung yg dah dibancuh dgn kuah tu.
    kacau bagi tepung sebati. dah siap

    cara2 nak buat kue teow dadar
    pukul telur. 1 bj telur tuk 1 bahagian kue teow.campurkan keduanya (kue teow & telur)
    letakkan minyak sikit dalam kuali, then dadarkan kue teow telur tadi.
    agak2 dah garing coklat keemasan. terbalikkan.
    dan, dah siap.

    tuk hidang, bubuh kue teow dadar dalam pinggan dan curah dgn kuah.siap tuk dimakan.nyum-nyum

    wah!dah macam chef mama ni.
    saje jek berkongsi resepi sendiri [resepi org malas.hikhik]
    ye lah, mana tau korang nak diet kan, malam takmo makan nasi.
    so, masaklah kue teow kungfu ni.
    kuahnya, boleh gak dimakan dgn nasi putih. [kalau hubby kowang tetap nak mkn nasi kan]
    sedap wooo!

    dan..inilah vanilla loaf with blueberry filling.
    ekceli, filling tu sengaja mama bubuh.ada balance masa mama buat blueberry ciskek aituh.
    tu yg campak jek dalam bahan tadi.hehe

    nampak cam hangus kan?
    maklumlah mama guna oven butterfly yg kaler hitam tuh.tu yg tak sekata kaler dia.
    tapi, rasa dia, tetap mantap tau!!!ekeke

    yg ni, dah siap dipotong.
    nyum-nyum.
    cik Zahra sgt suka bile dia nmpak mama buat kek ni.
    dia jerit2, "yey!mama uat kek!ye yey!ama uat kek". kelakar!!

    lama sangat tak masak tuk seisi rumah.rasa bahagia bile memasing seronok makan kue teow kungfu & vanilla loaf ni.



    love: mamazahra ^__^

    Thursday 15 July 2010

    Setelah sekian lama....akhirnya...

    ....berasap jugak dapur mama.
    sejak 11minggu yang lepas plus beberapa minggu sebelum tuh, dapur mama elok terletak jek.
    tak berusik langsung.
    hanya digunakan tuk masak air.hehe
    sowi lah, umah amma tak pakai kettle electric sbb mak mama tak reti nak guna.
    so, mak suka sgt pakai cerek biasa yang kena tenggek atas dapur.
    sebab tu gas kat rumah boleh tahan lama.hehe
    so, setelah sekian lama...akhirnya berasap jugak dapur mama, ni semua gara-gara char kue teow udang.

    [nampak buwuk jek, tapi sedap hgga menjilat jari tau.hah!ni tipu, semua org mkn guna sudu.apesal pulak nak jilat jari.hehe]

    balik kerja Selasa lepas, tekak ni terliur nak makan char kue teow.
    so, balik keje tuh terus jek singgah kedai beli bahan-bahan.
    nasiblah udang dah sedia dlm fridge.dah dekat 2minggu tak berusik.hehe
    membeli punyalah semangat, tapi tuk masak...takdemaknenye...
    kalo kat rumah, mmg asek nak baring.kalo bleh taknak ngape-ngape, nak baring sajok.

    tapi sebab dah teringin sangat, mama masak gak lah.
    at least, berasap gak lah dapur tuh.
    kalo tak, walopon papa perli macam mana pun, "dapur tuh dah macam tukun" atau "dapur tuh dah berhabuk", tapi...tuk mama masak, mmg takdelah..mama buat dono jek.hikhik
    tapi, bile papa tanya jek Selasa aitu, malam ni nak makan katne???
    mama laju jek jawab, mama dah masak char kue teow udang.
    senyum jek papa.hikhik
    agaknya, apa lah dalam pale otak papa masa tu kan. mesti dia cakap, reti pun nak masak, asek makan luar jek.hikhik


    p/s: aineh, terasa nak makan kue teow kungfu pulak.harap angin rajin datanglah.bleh mama masak tuk dinner mlm ni.kalo tak, order jek lah kue teow kungfu tu kat sikun nazifah.hehe



    love: mamazahra ^__^

    Cik Zahra dan Kiddos Ride

    akhirnya dapat gak budak kecik sorang ni naik kereta ni.
    dah berapa kali dia request nak naik mendalah ni.
    1st time dulu, masa kat SACC Mall.time tu mama & zahra jek yg ada. papa gi register kat UiTM.
    dia request nak naik, so mama pun gi lah bayaw kat kaunter tu.
    amik yg RM3/5minit.
    sekali, elok jek mama nak angkat dia tuk naik kereta tuh, dia keraskan kaki dia.
    siap meronta-ronta takmo.
    geram jek mama.
    nasiblah abang yang baik hati tu, pulangkan semula duit mama.
    ngengada sungguh.

    dan kali kedua zahra request nak naik kereta ni, adalah Ahad lepas.
    time tu papa nak register Maxis.
    elok jek kiddos ride ni kat depan stall Maxis tuh.
    Zahra pun berempan-rempan lah nak naik. tak reti nak tunggu barang seminit.
    so, papa layankan jek la.sementara mama sibuk isi registration form kat Maxis.
    memula nak naik tuh, dia keraskan gak lah badan dia.
    takut.
    sekali, bile papa ugut cakap nak cancel jek.terus dia duduk.
    papa amik yg ada remote control.
    sebab Zahra bukan reti nak control sendiri mendalah tu.

    excited sungguh cik Zahra naik kereta kuning neh.
    menyengih jek sepanjang 5 minit tu.hikhik
    papa pun excited gak senarnya.hehe
    1st time kan papa bawak anak dara dia naik kereta control neh.hehe

    abes jek 5 minit, cik Zahra takmo turun gak.
    dia suh papa dia sambung lagi.
    tp, jangan harap lah kan.naik lemak kalo turutkan jek kemahuan dia.
    lagipun time tu, proses registration tuh dah siap.tinggal papa nak sign jek.
    so, papa pun pujuk lah zahra smp dia redha.hehe

    lepas ni, papazahra mmg kena stenby la.asal zahra jumpa bendalah ni jek, kompom dia akan merempan nak naik.hikhik
    tu lah, manjakan sangat!!!



    love: mamazahra ^__^

    Tuesday 13 July 2010

    Buat Pertama Kali...

    ....mama nak memperkenalkan adik kepada cik Zahra....
    ni 1st time mma scan setelah 11weeks peknen.
    eksited wohh!!
    baby masih kecik cinonet.
    but, mama happy sgt dpt tahu baby OK.
    kedudukan baby pun OK.
    so, takde lah asek susah hati jek.hehe

    semalam lepas urut, Wak Salmah kan cakap yg peranakan mama turun sikit.
    tu yg sakit kt bawah perut tu.

    so, bile mama gi klinik Dr Shima petang semalam.
    mama bagitau yg ari-ari mama sakit.
    dan mama bagitau gak yg mama aseklah buang air besar sampai 6kali sehari. sampai tak bermaya.
    asal mama makan jek, pasti membuang.rasa cam tak berbaloi pulak makan.hikhik
    badan jadik lemah sgt2.
    so, papa mintak Dr Shima scan baby.takut betul ke peranakan mama jatuh sikit.
    dan...setelah scan, Dr Shima bagitau punca mama sakit bawah perut sbb mama terlalu kerap membuang.
    tu yg jadi sakit tu.
    dan keadaan dan kedudukan baby OK.
    anggota badan baby dah ada.bleh nampak kepala, telinga, mata, mulut, tangan dan kaki.
    tp, masih belum jelas.
    yang penting baby OK. tu dah cukup buat mama & papa senang hati.

    tapi, Dr tak boleh bagi ubat tuk cherry-berry.Dr bagi hexbio jek tuk cuci perut. dan bagi vitamin B tuk tambah selera makan mama.
    jangan nanti, badan makin naik mendadak sudahlah...hehe
    tak sanggup nak tengok badan berkembang dgn pesatnya.


    love: mamazahra ^__^

    Mari Membuat Tart : Stoberi Cheese tart, Blueberry Cheese Tart & Choc Tart

    Ni cerita dah nak basi ye.
    cerita hari Sabtu.
    sowi lah, lama sgt mama peram.
    mama tak berapa sehat.
    semalam pun mama MC.
    sakit kat bawah perut.awal pagi, papa nak bawak gi Klinik DrShima, tp malangnya klinik tutup.so, pas bekfes balik jek. plan pegi petang.
    lepas Zuhur semalam, mama call tukang urut(Wak Salmah) tuk legakan sakit pinggang & seluruh badan ni. Wak salmah cakap, peranakan mama turun.mungkin sbb mama byk sgt bergerak bebas.so, kena limitkan sikit pergerakan takut janin belum kuat berpaut.hukhuk
    macamlah buat keje berat cuti hujung minggu tu, padahal seharian duk baring depan TV ngadap novel.hehe

    okeh, Sabtu tu cambiasa.kalo papa tak masuk opis, mmg kami bangun lewat sikit dari biasa.
    lepas subuh ekceli dah bangun ngadap PC.
    tapi, badan ni rasa sakit-sakit.tu yang join sekali appa& zahra tidur membongkang.hikhik

    bangun kul 8 pagi, siap-siap sebab banyak sgt plan tuk Sabtu tu.
    papa pas bersiap jek, terus ke Pejabat Pos tuk hidupkan lesen memandu. sementara tu, mama siapkan si kecik tuh.
    Lepas singgah sarapan kat tepi highway shapadu tu, terus ke MBSB, Klang. lama gak urusan kat situ.
    lepas tu, terus shoot ke Ss.19,Shah Alam tuk amik coklat conveture yg mama kirim dari kak watie.
    tapi, malangnya.kak watie keluar ke Puchong tuk amik stok acuan coklat.
    so, sementara tunggu kak watie sampai, kami ke Ss.20 tuk lunch. papa makan nasi ayam & mama mkn mee celup yg tak sedap.
    kul 12.30 terus ke umah Kak Watie. "TQ k.watie, belikan norly cokelat neh"
    Sebelum balik, singgah pulak Ss 7 tuk amik comforter kat Kedai Dobi Nur.mama hantar 6helai comforter last week.
    punyalah banyak mama peram. aituh, masa kenduri khatan anak sedara mama tuh, ramai adik-beradik amma tidur rumah tu yg kena basuh semua comforter tuh.
    Balik dari kedai dobi, singgah pulak ke BS Bakery, Jln Meru tuk beli bahan buat cistart.
    dah lama sgt ngidam nak buat, tapi tak berkesempatan nak buat.

    Lepas zuhur jek, bermulalah operasi membuat Cheese Tart.
    mama buat 3 perisa. Stoberi, Blueberry Cheese Tart & Chocolate badam Tart.
    Resepi buat Tart ni mama amik dari Kak Hanielieza.
    ni kali kedua mama buat ikut resepi dia.
    mmg terbukti menjadi.hehe
    kalu kowang nak cuba klik sini.
    mama tatau kak hanieliza ni dah ada lom buku tuk tart & biskut. tapi, mama mmg beli buku masakan dia.especially buku masak seafood. resepi yg mudah & sedap.
    kalo nak amik jek resepi dia...[kak, ampun ye, sy copy resepi dr blog akak tuk kongsi dgn kawan2.hehe]

    Bahan2 tuk sweet pastry
    125 gm butter
    125 gm majerin
    100 gm gula halus
    1 biji telur B
    500 gm tepung gandum [ayakkan]
    Filling
    250 gm blueberry/stoberi filling [mama guna sikit jek, tuk setiap tart mama guna kat hujung sudu jek, takut manis sgt.kalo mama beli 250gm ni, mama bleh byk kali buat tart & siap bleh mkn dgn pancake.hehe]
    Keju Kerim
    250 gm keju kerim
    50 gm butter
    50 gm gula halus
    [Pukul rata semua bahan]
    Cara
    1. Pukul butter, majerin dan gula sehingga kembang.
    2. Masukkan telur dan kacau rata
    3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
    4. Pamkan adunan dalam acuan tat dan bakar dalam oven pasa suhu 170 selama 12 - 15 minit.
    5. Kelaurkan tat dan masukkan blueberri filling dan keju kerim.
    6. Bakar semula selama 5 minit lagi.
    7. Angkat tat dan sejukkan.
    8. Hidangkan.


    Okeh, ni la hasilnya....

    stoberi filling cheese tart. yg ni siap ada seketul-seketul stoberi dia.
    filling ni, mama beli kt bakery shop tuh.
    ekceli, jem dia masam sikit, so mama bubuh sikit gula ising & kacau.kasi manis sikit.tak sedaplah kalo cheese tu dah masam, pastu filling pun masam kan??
    yang ni pulak, stoberi filling jek.
    sowi lah huduh sket rupanya.
    mama kasi chance anak-anak sedara mama, Irfan & Iqbal yg tolong.memaseng sibuk nak tlg bubuh cheese cream tuh, nak bubuh filling & nak tlg corakkan.
    tu yg macam-macam pesen ada.hehe

    selain stoberi, mama gak buat blueberry & choclate badam.
    semua bahan ni mmg dah ada kat umah.
    tapi, chocolate badam tart tu tak berapa lawo, tak licin.
    tatau nape.
    kalo ada yg tahu, petua nak kasi coklat tu berkilat jek kt atas tart, sila kongsi dgn mama.please!!!

    petang tu, kul 4 lebih kot. Andak mama datang umah.
    mintak tolong buatkan shaffiya kek tuk hari jadi dia mlm minggu tu. ekceli, besday shaffiya minggu lepas, 4/07/2010
    Andak tak sempat nak beli kek sbb sibuk masak juadah majlis hari jadi tu.
    walopon badan dah letih, mama buat gak lah.
    kek yg simple jek.
    bahan yang ada pun cuma cream cheese, so mama buatlah Baked Cheese Cake.
    resepi, mama ikut resepi catlinaflybaby .siyes, mmg mudah.
    tapi, mama buat tak secantik catlina lah kan.
    ni 1st time mama buat.tp, rasa mmg sedap.

    nak resepi nya?

    tuk Cookies Base
    120g biskut marie biasa @chocolate (lebih kurang 12-15 keping - aku agak2 je..) [tp, mama guna digestive biscuit.dah itu yg ada kan...hehe]
    120 g melted butter
    1.hancurkan biskut dgn blender
    2.gaul dgn melted butter
    3.tekan dlm loyang rapat2, pastu balut dgn plastic wrapper & simpan dlm fridge dulu smbil sediakan adunan kek....
    tuk Simple Cheesecake
    Bahan-bahan ( Loyang 18 cm ) [mama bedal pakai loyang yg ada, tatau apa size.hehe]
    250g cream cheese
    200cc/ml fresh cream @ plain yogurt (aku gune plain yogurt..) [mama guna fresh cream]
    2 sudu besar jus lemon(kalau tak mo masam sgt, letak 1 sudu je) [mama tak bubuh pun, sbb tu xberapa cun kott!!!next time, br nak bubuh lah]
    3 sudu besar tepung gandum(kalau guna tepung naik sendiri, dia akan jadi gebu sikit) [mama pun guna self-raising flour]
    2 biji telur
    90g gula
    Cara-cara
    1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
    2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
    3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
    4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
    5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap. [mama tak masukkan dlm fridge pun sbb nak potong mlm tu jugak]

    dan satu lagi faktor penyebab kenapa cheesecake mama comot.adalah sbb kek tu tak simpan dalam fridge. dan masa mama bubuh buttercream tuh, kek masih hangat.tu yg cair jek buttercream tuh.huhuhu
    tapi, rasa mmg sedap.
    cuma, kakak mama cakap, manis sikit.sbb mama bubuh byk topping blueberry filling tuh kot.huhu

    Happy Birthday yg ke-9 Shaffiya Natasha Muhammad Nawi.
    moga jadi anak yg baik & rajin-rajin belajar tau.
    bkn belajar mekap jek.ekeke

    Dan gara-gara kepenatan Sabtu tu, abes sakit pinggang dan segala sendi mama dan menyebabkan mama MC semalam.hahaha


     


    love: mamazahra ^__^

    Ke Full House lagi...

    Ni cerita jumaat lepas.
    bile buat keje luar, especially area sunway ni.
    mmg ini lah keje kitorg.
    makan besar tetiap hari.
    abes kopak poket.hehe
    lately, mama mmg tak leh nak masuk nasi putih kecuali nasi putih ayam penyet AP.
    Padahal selalunya, kalu gi buat keje kt sunway.mmg destinasi lunch adalah Restoran Jaring.
    tapi, lately nasi putih & lauk-pauk kat jaring tu langsung tak masuk kat tekak ni.
    kembang semacam jek.
    tekak ni asek dok nak makan western jek, tak pun fastfood.
    so, Jumaat tu mama ajak Kak Pah ke Full House.
    sehari sebelum tu, kami makan kat Kenny Rogers,Sunway Pyramid.
    yang ni siap licin-licau mama bedal.mmg selera abes.
    Hari Rabu sebelum tu, kami makan kat Laksa Shack.mama cuma dapat telan 3,4 suap jek Asam Laksa tuh.
    yg lain tinggalkan camtu jek.
    Terasa sedap pulak Laksa Johor yang Kak Pah pesan.hikhik
    hari-hari sebelum tuh, mmg mama bedal KFC la, Pizza lah.pendek kata, mmg western sajok.no makanan melayu.hahaha
    gile perasan omputih tekak mama kebelakangan ni.huhu

    so, pilihan tuk Jumaat nan indah tu adalah...

    ni kali kedua mama ke Fullhouse.
    aituh gi ngan my BFF, Ejan.dan kali ni dgn Kak Pah pulak.
    "TQ kak pah sudi layankan tekak saya..hehe"

    tuk kali kedua, mama tetap pesan Set Lunch 2: Carbonara Spagetty,Ice Lemon Tea, Mushroom soup & Choc Tart.
    ni lah rhupa mak buyung yang makin berkembang pesat pipi & badan.hikhik
    ntah lah sejak pertama kali ke FullHouse, dah jatuh cinta dgn dekorasi restoran ni.
    rasa tenang walopon kiri-kanan-depan-belakang semua amoi-amoi & apek-apek yang cakap sikit punya kuat. walopon bingit sikit telinga ni tapi still suka tgk keliling putih berseri jek.ekeke
    rasa sgt suka carbonara spagetty ni, tak muak cam mkn kt PH.hehe
    kuah dia cair sikit, kalo kat PH punyalah likat.muak.

    Jumaat tu adalah hari terakhir mama kerja kat Sunway.dah abes fieldwork.
    so, bermulalah kerja kat ceruk pelabuhan ni.hehe
    nak makan sedap2 kena tggu Jumaat lah..huhuhu


    love: mamazahra ^__^

    Thursday 8 July 2010

    Bila dan di mana???Pendapat kowang pliss!!

    yang kowang sedia maklum, skang ni mama baru peknen 10minggu lebih.
    tu pon kalo kowang tengok ticker kat bawah tu lah.
    kalo tak, takdemaknenya nak tahu kan.
    walopon dah nak masuk 11 minggu, mama lom start monthly check up lagik.
    scan pun tak penah lagik.
    bukan tak eksited, tapi taknak orang cakap over sgt pulak.
    senarnya, mmg eksited pun.hikhik
    masa dapat tau ada janin dalam rahim mama ni pun, mama dah mula jatuh sayang pd baby dlm belly.
    sama jek masa time peknenkan zahra dulu. takde beza pun.

    mama ada gak mintak pendapat kakak-kakak mama, bila mama patut gi check up.
    derang suruh mama start check up bile kandungan masuk 16minggu.
    so, mama tak gi lagik.

    tapi, hati ni selalu bimbang.
    baby dalam tummy ni sehat tak, ok tak..
    kalo ikutkan hati, mmg nak sgt gi check up dah, tapi..takut Dr ckp mama over excited pulak.macamlah 1st time ngandung kan.adehh!
    pening mama pikir benda ni.

    kalo tak gi check up, mama tatau condition baby dlm tummy, mama tatau tahap kesihatan mama, darah ok tak, berat badan ok tak, gula terlebih ke tak..aduhaii..serabut.
    nak harapkan mama record sendiri kenaikan berat badan, mmg takdemaknanya lah jawabnya.hikhik

    pastu kan, soklan keduanya.kat mana mama nak kena check up?
    masa ngandungkan zahra dulu, mama buat monthly check up kat klinik kerajaan. sebab mama nak bersalin kat hospital kerajaan.
    dan, mama sangat puas hati dengan servis mereka walopon orang ramai banyak dok ngutuk jururawat kerajaan.
    tapi, kali ni mama plan nak bersalin kat hospital swasta. nak merasa lah pulak kan.
    tapi, mama dengar hospital swasta ni kalo check up tak berapa rapi.tak macam klinik kerajaan.betul ke?
    tapi, layanan masa bersalin mmg tip-top.
    so, kalo derang check up tak rapi, mama plan nak check up kat klinik kerajaan lagi.
    tapi, tetap nak bersalin kat swasta.OK tak?
    kalo check up kat kerajaan, bila patut mama pergi?
    dan kalo check up kat swasta, bile mama kena pergi?

    so, kalo kowang ada pendapat silalah bagitau mama.
    ni kali kedua mama peknen, peknen kali ni mmg siyes tak sama dgn 1st pregnancy dulu.
    dan mama penah dengar orang cakap, bile peknen kali kedua, perkembangan baby cepat sikit dari pertama.
    betul ke??
    kepada korang yang ada pengalaman mengandung lebih dari sekali, silalah bagi pendapat dan pandangan korang.
    mama butuh banget pendapat kalian. [wahh!tetiba speaking indon lah pulak.ni gara-gara BBC lah ni.ekeke]
    tapi, serius.mama mmg tak tahu dan nak sgt pendapat kowang.pliss!!!
    tapi, kalo kowang baru sekali mengandung tapi tahu dan sudi nak bagi pendapat, mama alu-alukan ye!!!



    love: mamazahra ^__^

    Monday 5 July 2010

    Cerita Ahad Kami (^__^)

    ni bukan cerita ahad ni, tapi cerita ahad lepas.
    ahad 27/06/2010.
    mama plan dgn Andak nak gi bertandang ke rumah Atam mama kat Jalan Kebun.
    Atam renovate umah dia, so mak teringin sangatlah nak jenguk.
    makanya, Andak nak bawak mak kesana lah. Pastu, Andak ajaklah mama sekali.
    oleh kerana, kami mmg takde aktiviti ahad tu, laju jek la mama nak join sekali.
    so, layankan jek la gambaw mama posing kt umah Atam.hikhik


    mama dgn pintu gerbang baru.before this, atam guna pagar besi biasa jek.

    anak Along mama, Aein pun join sekaki posing sakan.hikhik

    gazebo tuk lepak2...ni mmg dah ada before this, tp Atam tambah sket aksesori.ala, mak tak pandang plak!!!
    okeh, baru mak nak pandang kamera.hehe

    landskap nak ke ruang rehat tepi...
    Aein....lagik :)
    pintu masuk kedua...
    pintu masuk utama, Atam tambah kolam ikan koi & air pancut.tp, mama tak amik gambaw.
    next time lah.
    ada satu ruang rehat kt tepi rumah, tu pon mama tak amik gambar.lenkali la ye!!

    kakak ipar mama teringin nak masukkan landskap umah dia dlm magazine, tapi tatau caranya camne.
    kowang tahu tak???
    bleh mama tlg kakak ipar mama ni.
    Atam & wife dia ni mmg suka hiasan dalam antik.siap sanggup gi serata Semenanjung Malaysia semata2 nak dapatkan barang2 lama tuk hias kt umah derang.
    nnt, mama buat full entry tuk setiap ruang kat umah derang ekkk...
    yg ni intro jek.negh3

    aktiviti semalam, apa ye???lepak2...dan mkn2 jek..xde aktiviti lain.hukhuk

    love: mamazahra ^__^

    Friday 2 July 2010

    Projek menggentel karipap

    pagi-pagi Jumaat cerita pasal karipap.
    syok kan?
    ekceli, semalam petang masa mama balik keje.
    mak dok cakap nak buat karipap.
    makanya, kami berdua menjayakan projek menggentel karipap ni petang semalam.
    semalam kan Khamis, mak mama puasa.
    so, dia nak berbuka makan karipap ayam.
    bile buat berdua sekejap jek boleh siap.

    inilah hasil karipap kami.
    bile menggentel karipap ni, teringat zaman sekolah dulu, masa tuh mak mama supply kuaih-muih tuk kantin sekolah dan kantin kilang. masa tuh, kami hidup susah.
    mak akan mula mebancuh n menguli kuih dari petang.
    mama & kakak-kakak akan tolong mak menggentel karipap, keria & onde-onde bile mama balik sekolah.
    pagi lak, kul 5 lebih mama dah bangun, nak tolong mak buat kuih pau dan kadang-kadang kuih dadar/ketayap.
    lepas tu terus bersiap nak gi sekolah.
    sebelum gi sekolah, singgah hantar kuih kat kantin sekolah dulu.
    bile kakak-kakak dah kawin, mama  berdua ngan mak buat kuih.
    macam-macam kuih.
    pernah gak mama merungut, agaknya sebab tu lah mama ni tak berapa pandai buat kuih-kuih melayu ni banding dgn kakak-kakak mama.
    derang sume terer bab membuat kuih-muih.
    korang pandai tak gentel karipap?
    sure lah korang pandai kan, korang kan pakar bab masak-memasak neh.ekeke
    mama sebab dari kecik dah bergelumang dgn tepung, tu yg kire pandai gak lah gentel karipap neh.hehe

    ok, inilah hasil karipap kami...
    tarrraaaa!!!

    abaikan surat kabar tu ek, ni mmg tabiat mak mama, kalau menggoreng pape mesti nak lapik dgn surat kabar, katanya bagi minyak resap kat surat khabar tuh.ntah lah...
    tapi, mmg superb karipap ni, walopon kurang masin sikit.ekeke

    k, dah...tu jek...
    inilah sarapan petang semalam dan pagi ni.mama siap tapau gi opis lagik.hehe


    love: mamazahra ^__^

    Thursday 1 July 2010

    Dulu Lain, Sekarang Lain

    " Dulu lain..sekarang dah lain...
    dulu bujang, sekarang dah kawen...
    dulu lain, sekarang lain.."
    wahhh, tetiba nyanyi lagu Dato' SM Salim pulak.
    ekceli, takde mengena n3 ni dgn lagu tu.hikhik
    mama bukan nak cerita pasal time bujang, dgn time dah kawen neh.
    kawen pun dah nak masuk 4 tahun...hehehe



    sebenarnya, mama nak cerita mengandung dulu, dan mengandung sekarang..
    mengandungkan zahra, dan mengandungkan baby dalam pewot neh...
    siyes memang lain...
    apa yang lain?
    [gambo cilok dari yahoosearch.takde gambar seniri]

     
    time mengandungkan zahra

    1. Kuat : mama bleh bangun awal pagi tuk make sure, mama sampai kat stesen komuter klang/padang jawa kul 7pagi, pastu bleh plak jalan kaki, dari stesen Kg Dato Harun ke Bangunan commercedotcom (sebelah wisma bawal 1 & 2), time tu mama keje di MPH, HQ. boleh jek meredah hujan & banjir time jln kaki blek keje tuk ke stesen komuter. penah gak, mama berdiri dalam komuter dari Kg Dato Harun sampai Shah Alam walopon tgh sarat. Penah gak, shopping sakan, round satu mall tuk shopping raya walopon tgh tunggu masa tuk bersalin.

    2. Makan: mama bleh makan ape jek.takde mual or kembang tekak. mama suka minum teh tarik kurang manis, kuih wadeh, sayur lemak kuning & ikan keli. tgh2 malam pun, bleh ajak papa lepak kedai mamak tuk pekena mee goreng atau roti canai. [ tu badan naik smp 15kg.hikhik]

    3. Masak: mama bleh masak, apa pun mama larat nak masak.hujung minggu, mama akan masak tuk papa.takde mual or kembang tekak kalo bau nasi putih panas.

    4. Sihat: takde mual, pening atau payau tekak.sehat sejahtera jek.Alhamdulillah
    time mengandung "baby" dlm pewot ni
    1. Lembik: tak larat nak buat ape benda pun.asek melepek 24jam.dah macam kain buwuk jek. kalo bleh takmo gi opis pun, nak berehat sepanjang masa.tapi, apakan daya, terpaksa gagahkan jua.hukhuk
    2. Makan: asek kembang tekak jek. kalo bleh, dalam mulut tak lepas asam.ngengada sgt tekak ni, asek loya dan mual jek.tapi, kemain teringin nak makan itu ini, bile dapat, sesuap dua jek tekak ni terima, yg selebihnya, direjek.sian kat papa dok tunaikan permintaan tekak mama yang mengada nak makan memacam, tapi bila papa dapatkan, sikit jek jamah.
    3. Masak: yang ni memang mama surrender.langsung tak bleh masak.cuma sekali-sekala jek boleh.itu pun, hanya menggoreng atau masak maggie.tp, tu pun maggie bujang kosong, tak bubuh bawang atau cili.cuma air & serbuk maggie.jangan haraplah nak buat pizza atau pasta atau cupcakes, nak buat pancakes pun malas.
    4. Tak Sihat: macam-macam penyakit ada.gatal-gatal sbb alahan lah, tak penah-penah tau jadik cenggini.selalunya, mama lah manusia yang tak alah pada makanan apa pun.ni, tak pasal2 kena alahan.dah tak pasal-pasal Doktor suruh kawal makan.huhuhu
    5. Malas: dan kali ni, ada extra sikit.mama jadik manusia paling pemalas kat dunia.sampai nak selimut sendiri pun, papa yang kena buat.kerja-kerja rumah cam membasuh baju & menyidai baju, mmg mama dah serah bulat-bulat kat papa.sian kat papa.tapi, nak buek camno?terpaksa.takde hati langsung nak buat pape.huhuhu

    love: mamazahra ^__^

    Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!