Saturday 26 February 2011

Saya Nak Cuti!


saya nak cuti!!
bila tengah pening fikir pasal Majlis Bercukur Jambul Zharif neh, terasa cam nak bercuti pulak.
bila fikir-fikir kan, lamanya kami tak bercuti, last kami gi bercuti bulan May 2010. bercuti bersama warga GIADian ke villa kajara, A Famosa Resort Melaka.
"Babymoon" ke Cameron Highland pun terpaksa dibatalkan.
so, lepas lahirkan Zharif ni rasa cam nak bercuti-cutian lah.
dulu, lepas bersalin Zahra kami gi bercuti ke Besut+Kota Bharu.tapi masa tu Zahra dah 3bln++.itulah percutian pertama Zahra.
so, kali ni perlu lah jugak gi cuti-cuti bersama Zharif mucuk pulak.hehe
mama plan nak gi selepas Majlis Bercukur Jambul & Aqiqah Zharif nanti.
tapi nak ke mana ye???
mama kalo boleh nak ke Langkawi.

boleh pergi naik ferry atau flight.lagipun, Zahra teringin nak naik kapal terbang.

 boleh jugak mandi-manda kat pantai chenang
dan..
melihat keindahan pulau
dan yang paling penting...

boleh shopping.
tapi...
 
^
 
^
 
^
 
^
 
papa takmo lah.
Jangankan Bandung, Langkawi pun kena rejek.huhuhu
sebabnya...
papa dah tetapkan syarat-syarat percutian kami...
syaratnya ialah:-
1. dekat, takmo jauh-jauh sangat. Negeri 9 atau Melaka atau sempadan Perak atau sempadan Pahang atau KL sudahhh!sedih!
2. percutian BAJET.sebabnya kami baru lepas buat kenduri aqiqah Zharif kan.
3. Rest & Relax. takmo buat aktiviti yg susah-payah.lagipun Zharif kan kecik lagi.
bila dengar syarat-syarat papa je, terus hilang idea...kowang ada idea tak?share lah ngan mama. suggestkan tempat percutian tapi perlu memenuhi syarat2 yang papa dah tetapkan tu.


tolong ye!!!
oh mama lupaaaaaaa.....kami nak bercuti sekitar bulan 4,5 atau bln 6...tenkiu in advance ye!!!!


 
love: mamazahra ^__^

Thursday 24 February 2011

Busy Bee

Korang sehat?
lamakan mama tak update blog.
busy sesangat sekarang ni.

busykan apa?

mama busy buat persediaan tuk Majlis Bercukur Jambul & Aqiqah Dayyan Zharif.
banyak benda nak pikir...haih!

mama busy pikir pasal kambing

pasal kambing golek

pasal kad jemputan


pasal buaian berendoi

pasal door gift



pasal kumpulan marhaban

pasal alatan cukur jambul

pasal bunga telur

pasal photographer

pasal khemah

pasal goodie bag

pasal menu makanan -selain kambing golek


Alhamdulillah, setakat hari ni ada yang mama dah setelkan,dan masih ada yang belum setel.huwwwaaaa :(

yang dah SETEL:-
khemah - kakak mama dah gi booking
kambing - dah call Pak Yahya [tenkiu ayu!!!n TQ niza gak sbb gtau bapak Ayu jual kambing]
so, kambing & kambing golek setel,Alhamdulillah
kad jemputan,bunting & paper bag - TQ kak Yan!!!love u very strong lah!!!
kumpulan marhaban- dah booking, kumpulan Hj Salleh [bapak peserta AQ5]
Buaian berendoi-masih dalam dilema, samada nak deco sendiri, atau sewa je.huhuhu.feninggg!!!!

benda yang BELUM setel:-
isi goodie bag-tatau nak bg kek atau chocolate atau lolli choc.peningggg!!!!
bunga telur- lom pikir nak beli design apa.hadoilah.
photographer -wahai semua photographer, awatlah kowang busy time majlis mama eyh????sedih sbb regular OP mama tak bleh nak amik gambar kami.huhuhu
menu makanan - tak discuss lagi ngan kakak2 and abang2.huhuhu

hope mama dapat setelkan secepat mungkin.ada kengkawan nak tolong kasi contact ka???





love: mamazahra ^__^

Tuesday 22 February 2011

2 appointment dalam 1 hari

Hari ni, awal pagi dah bangun.
walopon malam tak cukup tidur gara-gara Zharif aseklah nangis nak menyusu.
serius,memang kuat menyusu betul lah anak bujang mama ni.haih.
hari ni, ada 2 appointment tuk Zharif. so, kakak Zahra menumpang kasih ibu lah. mandi dan bersiap gi sekolah dengan ibu, sebabnya nak kuar kul 7pg kan.takut ramai orang.
sebelum kul 8pagi, dah terpacak kat Klinik Desa Rantau Panjang tuk check up sebulan & ambil suntikan.hehe.nombor giliran:6

Hasil Pemeriksaan Am Zharif :
Berat : 4.4kg
Panjang: 55cm
Lilitan Kepala: 36cm
Pemeriksaan Fizikal: memuaskan
Aktiviti: Aktif
Warna: Pink
Jaundis: Nil [mama tengok gelap jek, PINK ke???hehe]
Penilaian Penyusuan: BF on demand
next appoinment tuk Zharif ,24/03/2011.

Hasil Pemerisaan Am tuk mama:
Berat: turun 11.2kg [another 5-10kg to go tuk ramping seperti sedia kala.boleh ke???DIET lagi!!!!]
Luka jahitan: OK.dah baik
Perancang Keluarga: Pil
next appointment tuk mama 09/03/2011 tuk MGGT.[fuhhh!ni yg tak sukeeeee!!!]

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.kul 9 dah setel appoinment kat KK.

balik dr KK singgah gi beli sayur, papa sorang lah yg turun kereta.mama ngan Zharif dok dalam kereta jek.ye lah, kami kan masih berpantang. baru 36hari, ada 8hari lagi...
lepas beli sayur, balik umah breakfast.
kul 10 gi office mama ambil GL dan terus ke Sri Kota Specialist Medical Centre tuk appointment dgn Dr P.Nathan,consultant surgeon.
jumpa Dr Nathan tak sampai pun 10minit, tapi menunggu sampai sejam. letih!!!
Alhamdulillah, tak perlu wat minor operation.Dr gunakan chemical tuk kecutkan tali pusat tu macam appointment sebelum ni.
dan next appointment 8/03/2011.

Alhamdulillah, dua-dua appointment hari ni berjalan lancar seperti yg mama harapkan. terima kasih kawan2 yg doakan kami :)


love: mamazahra ^__^

Sunday 20 February 2011

Superwoman

Salam Ahad semua :)
apa plan korang hari ni?JJCM ka? atau shopping?
papa ada kelas hari ni. so, sehari suntuklah papa takde.kelas papa dari kul 8pagi sampailah 6petang.
makanya, mama perlu menjadi SUPERWOMAN hari ni tuk menguruskan 2 orang anak, putera-puteri kami tu.hukhuk

ini kali kedua mama menguruskan anak-anak sendiri masa pantang ni.
memang mencabar menguruskan anak-anak sendiri tau. lagi-lagi dalam keadaan berpantang.
nak atau taknak, mama PERLU kuat gak. kalo tak, tunggang terbalik lah.huhuhu

tapi hari ni mungkin tak seDASYAT masa pertama kali mama menjadi superwoman. memang menitis air mata lah time tu.
1st time mama menjadi superwoman, 23-01-2011.masa tu baru 6 hari berpantang.masih sakit lagi woh.
nak-nak pulak, mama kena gi check darah Zharif kat HTAR plak tuh.semua gara-gara jaundis. masa tu, nak drive sendiri gi spital pun tak boleh lagi. terpaksa mintak belas kasihan kakak dan abang ipar mama tuk hantar gi HTAR. kul 7.30pagi dah bertolak gi spital.dengan harapan, "cepat pergi-cepatlah balik".
tapi, pepaham jek la spital kerajaan kan, kalo tak menyiksa pesakit, memang TAK SAH.
kul 8 daftar kat wad kecemasan nak check Zharif, kul 9 baru nombor dipanggil tuk amik darah.memang naik darah lah kan. padahal masa mama daftar tu nombor giliran 0023 dan nombor giliran mama 0024.tak pelik ke???, tu bukan kira menyiksa batin ibu dalam pantang ke???
 pastu, result darah keluar kul berapa????cuba teka???

^

^


^

^

kul 12 tengahari baru result keluar. haramjadah kan??
apa sekarang ni zaman batu lagi ke?derang kena check darah secara manual... bukan ke sekarang semuanya guna mesin canggih..ntah lah.
dah namanya hospital kerajaan kan, FREE pulak tu. layankan jek lah..huhuhu :(

tu lah bahana, bila buat check up bulanan kat Klinik kerajaan, memang derang suh refer spital kerajaan lah kalo ada pape masalah.
padahal, mama check up jugak kat Hospital UMRA dan bersalin pun kat sana. tapi, sebab dah gatal nak wad gak buku merah kerajaan tu, mama check up gak kat KK.ni semua gara-gara MITOS "kalo bersalin spital swasta dan ada komplikasi, swasta akan tolak ke spital kerajaan sbb takmo amik risiko dan kalo takde kad merah, spital kerajaan TAK LAYAN" tu lah, semua tu mama tanggung.huhu

so, hari ni mama lebih bersedia. harapnya semua berjalan lancar.
sebelum pergi kelas tadi pun, papa dah tolong mama sapu lantai walopon tak satu rumah cuma hall jek dan tolong sidai baju. syukurlah.at least mama tak terkejar-kejar buat semua tu.

mujurlah hari ni pun mak ada, dapatlah mak tolong-tolong mama.TQ mak!!!

okeh la, nak mandi.air rempah pun dah didih. pasneh, nak mandikan budak berdua tu pulak.
selamat berhujung minggu kawan-kawan!!


love: mamazahra ^__^

Friday 18 February 2011

Masalah Perut Buncit?

hai semua :)
Salam Jumaat nan indah.
sementara si kecik Zharif tidur, boleh lah mama update blog kejap.hehe

berbalik pada tajuk entry.
mama nak share masalah mama, masalah perut buncit.
hari ni, mama dah berpantang 32hari. tapi, mama masih belum pantang 'betul2' sebab mama masih lom amik jamu dan ubat periuk memandangkan kuning Zharif masih nampak sikit.
so, kalo next check up 22/02/2011 ni Dr cakap, Zharif bebas jaundis baru mama akan telan segala mak nenek jamu tu.
mak mama dah standby nak bancuh jamu tuk mama tu. setiap hari dok cakap, muka mama pucat lah sebab tak makan jamu.

masalah perut buncit mama ni memang ketara. lebih teruk dari lepas berpantang Zahra.
dulu anak pertama kan, taklah teruk sangat buncit tu. tapi, kali ni memang serius punya buncit.cam peknen 2 bulan jek.
so, mama nak try lah ubat ni.ramai orang dok cakap tentang keberkesanannya.
model dia pun mantop, mak janda nora danish kan.
mama ni mula gedik-gedik nak cuba kan.hehehe

Losyen Mustajab Pati Halia

dan Kapsul Pati Hali Nightriem

kalo korang nak tahu pasal 2 produk neh KLIK website ini

korang pernah try tak losyen dan kapsul pati halia ni?
berkesan tak? ke omong kosong jek?

mama serius nak try ni demi nak mengecutkan perut buncit mama ni.huhuhu
tapi kan, pasal losyen tu mama tak takut sangat nak try sebab losyen ni tuk kegunaan luar jek kan.tapi kapsul pati halia tu, takut lak mama nak try. ye lah, mama kan fully breastfeed Dayyan Zharif. takut lak ada effect pada Zharif kan, tak pun mama takut susu akan berkurang kalo makan kapsul pati halia tu. takmo lah hanya kerana nak kempiskan perut, mama terpaksa stop breastfeed Zharif. mama kalo bleh nak bf Zharif sampai setahun lebih.

so, mama memang mengharapkan korang tolong mama. mana tahu, korang pernah dengar pasal kapsul pati halia ni sesuai ke tak tuk ibu yg bf baby. tak pun, korang tahu produk yg sesuai tuk mommies yg bf baby dalam masa yg sama boleh kempiskan perut kan..

tolong mama eyh????



love: mamazahra ^__^

Thursday 17 February 2011

Sebulan sudah

Alhamdulillah.
semalam genap SEBULAN mama lahirkan Zharif. maknanya,Zharif dah berumur 31hari lah hari ni.
Zharif dah makin sihat. badan pun dah semangat. mana tak semangat nya, asal celik mata jek, uk ek uk ek nak menyusu. isnin lepas, masa jumpa Paed timbang si budak kecik ni, dah naik 1.25kg.skang si kecik DZ tu dah 4.25kg.
Zharif dah 31hari, ini gak bermakna, mama dah berpantang selama 31 hari dan ada 13hari lagi nak abeskan pantang.haih, lama tu!!!hehe
selama sebulan ni, banyak tul 'benda' berlaku.

Jaundis a.k.a Demam Kuning
dari hari ke-4 lahir, Zharif kena jaundis. selama 7 kali ulang-alik gi KK tuk check darah Zharif.
1. 21/01/2011-check darah kat KK Bkt Kuda-day 4 of life-bacaan 224/umol
2. 22/01/2011-check darah kat Klinik Anika-day 5 of life -bacaan 242/umol
3. 23/01/2011-check darah kat wad kecemasan HTAR-day 6 of life-bacaan 253/umol
4. 24/01/2011-check darah kat KK Pandamaran-day 7 of life-bacaan 200/umol
5. 25/01/2011-check darah kat KK Pandamaran-day 8 of life-bacaan 178/umol
6. 27/01/2011-check darah kat KK Pandamaran-day 10 of life-bacaan 161/umol
7. 28/01/2011-check darah kat KK Bkt Kuda-day 11 of life-bacaan 150/umol
TQ kat SIL mama yang banyak tolong sepanjang mama check darah kat KK Pandamaran. mama tak perlu tunggu giliran. semua dia uruskan. dari bab amik darah, hantar gi makmal, dan jumpa Dr .
TQ kak eilah!!!love u much lah..heeee :D
TQ gak kat my beloved sista, Endek a.k.a ibuzahra sebab hantar mama gi HTAR, masa kali ke-3 check darah.KK tutup on Sunday, so kena check kat wad kecemasan HTAR. setengah hari kita berkampung kat sana.papa takleh nak hantar masa tu sbb ada kelas. Pastu, next Jumaatnya hantar plak mama dan Zharif ke KK bkt kuda, masa kali ke-7 check darah, masa tu Zharif umur 11hari. mujur tu last sekali, pastu jaundis Zharif dah turun paras normal.Alhamdulillah.
TQ endek!!!love u very strong!!!!muahx
sepanjang Zharif kena kuning tu, bermacam cara kami cuba semata-mata nak hilangkan jaundis tu.apa saja petua orang bagi, kami cuba.asalkan kuning tu turun.
Alhamdulillah, walopon sampai saat ni, kuning tu still nampak kat Zharif tapi bersyukur tak perlu lalui ujian darah lagi. Paed pun cakap, normal dah.cuma still ada kat muka sikit. lega lah sikit hati mama ni.
TQ pada kawan2, jiran2, sedara-mara yang bagi petua hilangkan kuning. ada yang suruh jemur, mandikan air inai, mandikan air sinseh cina, mandikan air dukung anak, minumkan susu kambing, titiskan anggur hitam, minumkan air halwa kundur, minumkan air gula batu. takde satu pun dari petua tu yang mama tak ikut. tapi, dah Allah nak bagi Zharif lalui ujian darah sampai 7kali kan, redha jek la.

hal jaundis tak abes lagi, datang pulak 'benda' baru

Nafas Berbunyi

bukan nafas berbau tau!!hehe
seminggu lepas Zharif lahir tu, mama perasan setiap kali breastfeed ada bunyi time dia bernafas. dan selalu sangat dia tersedak dan tercungap-cungap. memula mama ingat disebabkan air susu yang laju. tapi bila mama dah pump setiap kali sebelum bf pun, nafas Zharif masih berbunyi. so, mama decide tuk bawak Zharif gi klinik cam yg mama story kat ENTRY INI.
lepas bagi makan ubat[walopon xdisiplin] dan buat exercise yang Dr suruh[pun xdisiplin gak], bunyi tu still ada but lendir dah start keluar ikut najis dia.
harapnya, akan terus berkurangan bunyi nafas tu.

dan dugaan datang lagi buat kami. dengan 'benda' ni...

tali pusat

mama perasan tali pusat Zharif tak kering since last 2weeks. lepas tali pusat tanggal, mama perasan ada lagi balance tali pusat yg tinggal. so, mama suruh papa beli ubat pusat lagi kat Klinik Noraini. kami try cuci pusat Zharif 2kali sehari lepas mandi dengan harapan tali pusat tu akan kering.
but...
after a week, tali pusat masih berair dan keluar cecair. dah bermacam petua yang wak chamah, tukang urut tu bagi dan kami cuba. masih takde perubahan.
akhirnya, mama decide tuk bawak Zharif gi Poliklinik Utama. Lepas Dr check, Dr bagi refer letter tuk jumpa Dr Pakar Kanak-Kanak a.k.a Paed.
memula plan nak bawak gi UMRA semula, tapi oleh kerana rasa kecewa kami decide tuk bawak gi Panel Hospital mama, Hospital Sri Kota.
Isnin lepas, kami bawak Zharif gi jumpa Dr David Foo, Paediatrician Hospital Sri Kota. dan dia explain apa jadi kat pusat Zharif tu. Dr bagitau yg Dr yg sambut Zharif tu clip tali pusat Zharif depan sangat, so bila tali pusat yg kering tanggal, ada baki lagi sikit yg masih lekat pada pusat. tali pusat yg baki tu lah yg berair. Dr cakap, tali pusat tu akan tanggal jugak but amik masa yg lama. mungkin 6bulan atau lebih.
Dr David cakap, ada 2 cara nak selesaikan kes Zharif ni.
1. biar kering sendiri secara natural but amik masa yg lama
2. minor operation but akan baik cepat
maka, papa nak buat minor operation dan kami tak perlu tengok lagi tali pusat tu yang mengerikan sebab berair kan.haih!
 so, Dr David refer kes Zharif pada Consultant Surgeon, Dr P. Nathan. Lepas jumpa Dr. Nathan, dan dia explain. ada 2 option:
1. if buat operation, Zharif perlu warded dan diberi ubat bius dimana akan menyakitkan dia sbb Zharif kecik sgt,xsampai sebulan pun lg. dan...
2. Dr akan bagi chemical tuk kecutkan tali pusat tu dan tali pusat tu akan kering naturally, cuma...amik masa sikit dan kena follow up sampai tali pusat tu habis
and Dr Nathan recommend kami tuk buat 2nd option, sbb kesian kat Zharif..so, kami setuju
Alhamdulillah, now tali pusat tu half dah kering and tanggal.so, next week 22/02/2011 ada appointment lg dgn Dr Nathan tuk another half tu. harapnya pasneh, takde masalah tali pusat lagi.huhu

dan..semoga segala episod sedih ni cepatlah berlalu

jom, kita layan gambar sepanjang 30hari ni...

1st week

2nd week

3rd week


4th week


dan..gambar2 mama yang langsung takde perubahan pun.tak kurus lagi pun.perut masih buncit pun.hahaha
gelakkan diri sendiri sebenarnya...

korang ada petua tak, kalo boleh yang confirm berkesan tuk kurangkan perut buncit mama ni. dah puas berbengkung, dah puas tenyeh ngan body contour gel leesa formula tapi masih gak buncit. masa time bersalinkan Zahra dulu, takde lah susah cenggini. sebulan berpantang mama berjaya kurangkan 11kg.
kali ni, nan ado. agaknya lemak dah mula degil kot.huhuhu

cepatlah korang, tak sanggup nak tengok perut buncit ni dah.hukhuk :(


love: mamazahra ^__^

Saturday 12 February 2011

Sama, Tak Serupa ?

Salam Sabtu semua :)
apa plan aineh?
mama?takde benda pun, maklumlah orang dalam pantang lagi.dok umah jek la.
kalo dah abes pantang, takde maknanya nak dok umah kan.kompom plan dah tersedia dari Jumaat lagi.ekeke

okeh, sementara menunggu air rebusan mandi siap, layan belog dulu lah.
anak-anak pun masih tidur.
okeh, di pagi Sabtu nan indah ni nak cerita pasal anak-anak lah. cam comel jek kan sebut "anak-anak"? cam ramai jek anak.hikhik
ramai lah kan, 2 orang dah. kire produktif gak lah.dalam 4thn lebih berumahtangga, dah 2 orang anak.hehe :P

meh, nak tayang gambar Zahra dan Zharif...
nak tengok samada derang ni sama atau tak serupa langsung...
ramai yang datang "muyi" atau ziarah Zharif, cakap yang tak serupa langsung muka Zahra dan Zharif.
tapi, mama rasa cam sama jek.
OK, kowang tengok seniri dan nilai...sama atau tak serupa

^


^



^


^


^

hari pertama kelahiran Zahra dan Zharif

mama rasa bentuk muka, hidung mulut cam SAMA cuma warna kulit berbeza.ye tak????
ke TAK SERUPA langsung???

dan gambar senyuman anak-anak mama ni, mama rasa cam SAMA.. ke TAK SERUPA?

Zahra punya gambar baby banyak dah hilang.yg ada pun kat henpon lama mama. henpon tu plak takde bluetooth, yang ado cuma infrared. tatau nak transfer cemana. so, kita compare kan gambar mana yang ado jek la eyh...

gambar Zahra tu, masa Zahra sebulan lebih. gambar Zharif pulak, masa dia 17hari...
apa yang SAMA?
hidung kembang semangkuk dan senyuman derang sama kan??? ke TAK SERUPA?
tapi, mama rasa dua-dua muka jawa, tul tak?? tapi dua-dua dagu runcing kan?SAMA kan?


k, la. masa tuk mandi :)
sementara dapat mandi rempah ni, nak nikmati betul-betul.
pas 44hari nanti, tak merasa.mandi air paip sudaaaa!!!


love: mamazahra ^__^

Thursday 10 February 2011

mama zahra jr

filem terbaru Prod. A Razak Mohaideen...
mama zahra junior.heeee :D
takde maknanya, Prof tu nak buat cerita merepek camni, tak komersial langsung.ye tak?
aineh, terlebih rajin lak mama.sampai 2 entry satu hari.
selalunya, satu entry satu minggu pun payah.hehe
sementara anak-anak tidur ni, boleh lah update sikit.lagipun, tenet cam OK la pulak kan.

okeh, jom mama nak cerita pasal mama zahra junior neh.
suka sangat meniru aksi mama kalo budak Zahra ni tau.
apa yang mama buat, sebok dia nak buat gak.
yang the latest, tiru aksi mengepam susu...
ni dia...

^^


^^

^^


^^


^^

setelah hampir 20hari dia tengok aksi mama mengepam susu tuk Zharif, akhirnya Zahra berjaya tiru aksi mama.hahaha
masa kantoi dia tiru aksi ni, tergelak besar mama.memang tak sangka Zahra boleh tiru aksi mengepam susu neh.
aksi ni, mama kantoikan Sabtu lepas.
tengah syok mama ngadap fb kat laptop, zahra syok mengepam susu.

kelakar tau tengok aksi dia neh...dah macam betul-betul, beriya-iya mengepam.
dia cakap, dia pam susu tuk adik baby.adik baby haus.
pepandai jek Zahra ni...

sejak ada adik ni, macam-macam tingkah Zahra tau.
kadang tu, menguji kesabaran sungguh.kadang pulak mencuit hati. tergelak mama dengan aksi dia.

setakat ni, Zahra sangat sayang adik dia. sampai takmo jauh dari adik dia.
lepas balik sekolah jek, terus kat rumah.takmo gi umah ibu.
takut ada orang datang amik adik baby,katanya.
tapi, mama tak berani tinggalkan Zahra berdua jek ngan Zharif.
ye lah, Zahra lom boleh pikir mana elok,mana bahaya kan.
so, memang takut lah. takut dia apa-apa kan Zharif.
sebab kadang-kadang tu, Zahra cam geram-geram sayang kat Zharif. dia pun tak reti nak pegang baby pelan-pelan. takut menyakitkan.ye lah, Zharif kan kecik sangat.

tapi setakat ni, tak pernah lagi dia buat benda yang merbahaya kat adik dia.
tapi sebelum berlaku, baik dijauhkan.ye tak???

ok la, nak rehat lah.
sok kalo rajin mama buat entry saat melahirkan Zharif eyh...


love: mamazahra ^__^

Kisah Zahra

lama kan mama tak story pasal Zahra sejak bersalin ni.
bukan lupa atau tak sayang, tapi tak sempat nak transfer gambar dr camera henpon ke PC, nak bubuh watermark lagi lah tak sempat kan.
so, hari ni mama nak cerita pasal anak dara mama nan satu tu.
sejak Zahra sekolah kan, banyak perubahan Zahra yang mama perasan.

tak garang lagi
kalo dulu, pantang ada orang tegur dia.samada tegur benda baik atau sebaliknya, zahra akan tunjuk penumbuk atau buat muka gengster.hikhik
cthnya, orang A tegur zahra: "cantiknya Zahra aineh,nak gi mana??",laju jek Zahra tunjuk penumbuk.hukhuk
atau
Orang B tegur Zahra: "hi Zahra!!!",zahra terus tunjuk penumbuk.pastu Orang B:"eee...sombongnyeee!!!!".sekali lagi tunjuk penumbuk.
kadang tu, puas mama bagitau tak baik buat cenggitu.tapi, zahra tetap dengan pe'el sombongnya tu.
tapi, Alhamdulillah.sejak sekolah, Zahra dah tak garang dah.kalo orang tegur, Zahra dah tak tunjuk penumbuk.cuma masih buat muka sombong lah.slowly, mama rasa dia kan berubah.

suka membaca dan menulis
balik dari sekolah jek, terus kuarkan buku mintak mama ajar membaca dan menulis.even, belum pandai membaca dan menulis tapi dia rajin belajar.
part ni mama mmg cukup suka, sebabnya dulu masa dia belum gi sekolah.berpuluh mama belikan buku, takde satu pun dia suka baca dan tulis. dia cuma suka wat coloring jek.
sampai susah ati mama bile kawan2 yang ada anak lebih kurang sebaya dengan Zahra, bagitau yg anak dia dah kenal 1-10, A-Z. now, rasa bimbang tu dah takde. walopon Zahra a bit slow, but dia nak belajar.itu yg penting..

lebih disiplin
Zahra dah tahu sekolah masuk kul berapa[ bukan tahu tgk jam pun].tapi, bila mama bagitau dah nak kul 8, loceng nak bunyi.Zahra akan stop nangis dan cepat2 bersiap nak gi skolah. dan bile sampai kat sekolah, dia akan buat-buat manja,merengek nak itu-ini tapi bila loceng berbunyi, laju jek salam dan nak cepat-cepat masuk kelas.tahu pulak dia, loceng berbunyi maknanya sekolah dah mula dan dia kena masuk kelas.hikhik

kurang manja
dah takde dah nak mintak dukung.dia nak jalan sendiri even dia tengah menangis. kalo dulu, subhanallah.mama yang tengah sarat mengandung pun, kalo dia cakap nak dukung, mama kena dukung gak.mengada-ngada.now, tak lagi.Alhamdulillah.

tapi kan, apa yang dia masih buat walopon dah sekolah lebih sebulan...
ni, part ni memang takleh nak ubah...
menangis merengek setiap pagi...time nak gi sekolah
adoyaii!!abes susu sebotol baru nak masuk bilik air..

jenuhlah mama nak pujuk...haih!

tp, lepas mandi jek terus OK.bile dah siap pakai baju sekolah cenggini..

baru lah nampak Zahra dah big girl..

abaikan bilik yg bersepah.dengan zharif masih tidur tu eyh..

ok, Zahra nak gi skul dah!!!babai...


love: mamazahra ^__^

Tuesday 8 February 2011

22 hari dah...another 22days to go!!!

nampak sangatlah tak sabar nak abes pantang kan??hahaha
bukan pe, sekejapan betul lah dah 22 hari. rasa cam semalam baru jek rasa sakit contraction.heee :D [nampak sangat lah menipunya tu!!]
lately, takde masa langsung nak mengupdate belog.banyak sangat benda nak cerita. tapi, macam malas nak on pc. yelah, baru on jek, si Zharif dah uk ek uk ek.potong stim betul.
kalo tak pun, tenet sangat lah slow motion, sampai hilang mood nak blogging.
kadang tu, time Zharif tidur siang dan Zahra lom balik sekolah.ada lah on lappy papa sekejap. tu pun, dapat blogwalking jek.nak tinggal komen pun tak sempat.
si Zharif tu "ciwek" sikit lah, asek lah nangis. tidur tak pernahnya lena. setiap setengah jam jek, mula lah uk ek uk ek. nak menyusu. geram jek. siang malam, sama jek.
selama 22 hari ni jugaklah mama tidur tak lena, pendek kata, tak cukup tidur. macam mana lah mama kamu ni nak kekalkan kecantikan, Zharif oii. kalo kamu asek uk ek uk ek, mata mama dah macam mata panda tau!!!
kalo camni, comel la kan??

tapi..
kalo camni???sedihhhh...

tapi, comel lagi panda ni dari mama tau....hukhuk

selama 22hari ni, makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena.huhuhu
kalo tidur pun tak cukup, confirmlah automatik selera jadi takde kan.hukhuk.tapi bab mandi tak basah tu, penambah perasa jek.ekeke
harapnya 22hari yang mendatang ni, Zharif dah boleh tidur lena.
bukan pe, nak kata dia salah urat, mama dah panggil tukang urut tuk Zharif...
nak kata kembung perut, nenek dah letak daun mengkudu kat perut.
tapi, Zharif tetap uk ek uk ek gak...
sudahnya, Isnin mama bawak Zharif gi Klinik Keluarga Firdaus kat shah alam.terbang RM270. harapnya, baik lah.
Doktor cakap, Zharif bukan kembung dan bukan jugak salah urat.tp, ada lendir kat paru-paru dia.masa lahir, pihak hospital tak sedut abes lendir tu menyebabkan dia tak selesa tuk bernafas dan menyebabkan dia aseklah uk ek uk ek.
mama ingat Zharif ni terlebih manja.hehehe.rupanya, dia tak selesa.
ye lah, kalo tak gi klinik memang tak tahu yang ada lendir kat paru-paru dia. mama ada perasan yang Zharif ni, tiap kali BF dia akan tercungap-cungap.mama ingat sebab air susu laju sangat.so, mama pump dulu setiap kali sebelum BF dia. but, Zharif masih tercungap-cungap dan ada bunyi tiap kali dia bernafas. mama ingatkan, bunyi tu disebabkan kahak.ye lah, mama kan batuk masa mengandungkan dia.so, mama bajet kahak lah kan.pependai jek mama ni kan??
so, Dr ada ajar teknik nak hilangkan lendir tu selain bagi ubat. InsyaAllah, akan OK la Zharif lepas ni.kawan-kawan mama tolong doakan Zharif ye!!!

dan...
doakan mama berjaya mengharungi 22hari lagi.hehe
kan hari tu mama ada cakap yang mama akan start berpantang "betul2" bila Zharif dah 20hari kan?
nampaknya, kena tangguh lagi lah, sebab Dr cakap jaundis Zharif still ada disebabkan oleh lendir kat paru-paru dia tu menyebabkan jaundis lambat sikit turun.
so, Dr suruh mama elakkan makan jamu lagi. dan elak benda-benda kuning.

makanya, tak "berpantang" lagi lah mama. dan nampaknya lambat sikit lah berat badan ni nak turun. mama harapkan bengkung dan penjagaan makanan jek yang menurunkan berat badan mama ni. walopon tak dapat nak turunkan 20kg, at least ada lah yg turun kan. tapi, mama tak tahu lah dah berjaya turunkan berapa kg setakat ni sebab penimbang rosak. kena tunggu gi check up Zharif 22/02/2011 nanti, baru timbang berat badan.harapnya, ada "kejutan" lah.hehehe

tapi kan, mama dah berjaya sarung skirt cotton on size S. mama beli masa peknen hari tu, kononnya sebagai pembakar semangat tuk turunkan berat badan.yeyyy!!!!!akan terus menjaga makan supaya dapat turunkan berat badan lagi.chaiyok-chaiyok!!!!




love: mamazahra ^__^

Friday 4 February 2011

Happy Chinese New Year :)

[terpaksa bubuh gamba ni, tak jumpa gambar bersesuaian.hikhik :P]

dah masuk hari ke-2 CNY, baru mama hegeh-hegeh nak wish kan, apa daa!!!
takpe lah, orang cina kan sambut CNY selama 15hari.so, kire ok lg la nak wish kan.hehe
kami di ~Our Lil Sweet Home~, mama,papa, Zahra & Zharif nak ucapkan Happy Chinese New Year pada semua yang berbangsa tiong hwa.

sebenarnya, semalam dah draft entry ni.tapi tak cukup tangan nak update blog.mana nak layan Zahra yang sibuk nak buat keje sekolah, Zharif yang kuat menyusu tu.
so, paham-paham jek la.mama kan dah jadi mak beranak dua, so amatlah busy.hahaha.alasan tak boleh terima ye tak?
orang lain, beranak 3, 5,7 masih sempat nak buat keje lain.kite yang baru beranak 2, muka dah macam apa.serebeh semacam.hehehe

korang buat apa cuti CNY ni? ke korang gi bersesak-sesak sama kat jeti kuala kedah nak ke Langkawi?mesti aktiviti korang best kan.mama jek la, TERPAKSA dok kat umah.walopon dah start boring ni.hahaha
baru 17hari berpantang, rasa cam lambat betul masa berlalu.tak sabar nak kuar jenjalan dah.haha
semalam, papa sebok ajak gi umah k.ngah.tapi, mama malas nak ikutkan, walopon hati meronta-ronta nak gi..hehe

cuti CNY ni, sunyi sepi sikit. Ibuzahra a.k.a Endek dan Andak balik kampung. so, takde lah mama teman sembang. sepanjang berpantang ni, derang tetiap hari datang. Andak tolong masakkan mama, Endek lak tolong kemaskan rumah dan mandikan Zharif.
sejak ada adik ni, Zahra langsung taknak naik gi umah ibu.manjang nak dok kat umah ngan adik.so, ibu kena datang mandikan dan buatkan susu Zahra lah. ntah apa kena ntah, langsung takmo gi umah ibu.padahal selalunya, sampai kena hambat suruh balik.dia kalo boleh nak angkut kain-baju nak duduk umah ibu.

dalam seronok-seronok kita bercuti CNY ni, teringat rakyat mesia yg ada kt Cairo, Mesir. sepupu mama pun ada kat sana, baru pergi sebelum raya hari tu. harapnya, dia baik-baik jek kat sana. adik kawan mama, Zura pun ada kat Mesir.sure derang sekeluarga tengah risaukan adik dia.harap, adik Zura baik2 jek kat sana dan sentiasa dilindungi-Nya...


ok, sekali lagi HAPPY CHINESE NEW YEAR!!! dan selamat bercuti!!!
love: mamazahra ^__^

Wednesday 2 February 2011

2 minggu dah...

sekejapan betul masa berlalu...
hari ni dah 15hari Dayyyan Zharif lahir, dan dah 15hari gak lah mama berpantang.
ala, bukan berpantang sangat pun.macam yang mama story kat entry lepas mama lom start berpantang "betul2" sbb Zharif ada jaundis.
walopon jaundis Zharif dah normal, dan tak perlu ulang check up lagi tapi mama tetap takut nak pantang "betul2", at least sampai 20hari.sbb Dr ada cakap, kalo hari ke-20 masih ada jaundis kena ulang amik darah lagi.tapi, harapnya tak lah kan.harapnya, Zharif terus sehat.
setakat ni, jamu, manjakani, ubat periuk semua mama tak makan lagi. so, harapan tuk kurus cepat tu hanya tinggal harapan jek la kan.hehe
takpe, slow-slow lah. at least bengkak dan sembab kat muka dan kaki dah surut.bab lemak-lemak yang tersebar luas seluruh badan tu, mama pelan-pelan kurangkan lah.
sekarang pun, mama tengah usaha ambil makanan yg berkhasiat jek.takde makanan berlemak.
dan since hari ke-5 lahirkan Zharif, mama dah mula buat stock susu tuk Zharif. so, makanan yg mama makan perlulah makanan berkhasiat kan.
setakat ni, mama makan nasi 2kali sehari.kul 11pg dan 6ptg.pagi dan malam, mama minum horlicks dan biskut hup seng. tengahari pulak, susu fresh dan epal.
bile dekat2 CNY ni, banyak lak papa bawak balik limau lokam cina tu, pastu Atam mama lak datang bawak sekotak. umakaihh, terliur mama nak makan limau tuh.hukhuk
ada lah, mama kecoh2 pasal limau lokam ni kat FB.ada yang kata bleh makan, ada gak yang cakap tak boleh.so, mama yang berani-berani takut ni tak makan pun walaupun mama terpaksa telan air liur tiap kali tengok orang makan.hukhuk. kata dalam pantang kan, haruslah jaga makan.huhuhu

okeh, jom layan gambar mak beranak dua yg tengah berpantang.hehe

ni gambar 19-01-11, hari pertama berurut, masa ni baby tak kena kuning lg,tu yg semangat berparem dan berpilis bagai.hehe

dan..

Muhammad Dayyan Zharif...
hari pertama lahir, petang lepas discharge


papa dan anak-anak

dan...
my lil soldier...hero dihati mama

nampak tak jari Zahra dok cuit2 Zharif?jari tu xpernah lepas dari adik dia, takut kena amik dek orang.hikhik

k la, nanti mama update lg.pengalaman lahirkan Zharif, cerita pantang mama dll.




love: mamazahra ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!