Sunday 29 May 2011

Himpunan Sejuta Belia, Putrajaya

Since malam semalam, kami sekeluarga berkampung di himpunan sejuta belia, Putrajaya.
semata-mata kerana papa join tournament futsal Kosmo tuk Himpunan Sejuta Belia 2011 ni lah.
tak pasal-pasal anak-beranak berkampung kat Putrajaya.haih!

malam semalam, kami gerak ke Putrajaya kul 8.30malam sebab papa punya game dijangka start kul 9malam.
punyalah bersemangat waja papa nak ke sana, angkut sekali bini ngan anak-anak.
sepanjang jalan, anak-anak dah tidur.
mama memang dah dapat agak, futsal tu akan berlangsung lama sebab papa ada cakap, lebih 100 team join tournament tu. dan, tournament tu ekceli dah mula since khamis lagi.
oleh kerana team papa, team ke 83, derang bajet dapat main Jumaat kul 9malam.
sampai kat gelanggang futsal sejuta belia tu, kat Presint 18.kiri-kanan jalan dah penuh dengan kereta, bas, motor dan ntah macam-macam kenderaan lagi lah.
parking toksah cakap lah, penuh manjang.puas papa pusing-pusing cari parking tapi takde pun.sudahnya, park kat tepi jalan dekat ngan petronas presint 18 nun.
sikit punya jauhlah kalo nak menapak ke gelanggang futsal tu. dengan anak-anak dah tidur, memang seksa.
sudahnya, papa cakap biar dia sorang jek jalan gi gelanggang futsal tu dan amma ngan anak-anak dok dalam kereta sampai papa dapat tau mana gelanggang dia akan main dan ada port tuk kami lepak.
tunggu punya tunggu, papa sendiri tak tahu bila turn dia sampai nak main.tempat nak lepak pun takde, orang macam semut kat area gelanggang tu.
akhirnya, mama pakat ngan anak sedara mama Eiqa yang dok kat Presint 11 tu tuk keluar lepak sama-sama memandangkan anak-anak dah bangun dan perut mama dah lapar. Eiqa abes keje kul 9lebih.tapi last minit ada pulak patient yang pengsan time nak balik tu.ops, Eiqa bukanlah Doctor eyh, nurse jek.hehe
so, terpaksalah berkorban masa. mama tunggulah sampai Eiqa abes keje. kul 10baru Eiqa datang amik amma & anak-anak.
oleh kerana dia pun baru balik keje siap beruniform, terpaksalah kami anak-beranak ikut Eiqa balik umah dulu mandi & siap-siap baru keluar.
Kul 12 malam, baru keluar.Eiqa ajak jalan-jalan ke downtown Cheras memandangkan Putrajaya tu takde tempat happening nak lepak dan ...

bazar himpunan sejuta belia tu pun dah tutup.
khemah belia-belia dari Puteri Umno melambak-lambak lah kat area tapak himpunan tu.
happening gila babas lah.
masa otw nak ke Cheras tu, papa sms bagitau yg turn dia punya team maybe kul 5pagi so dia nak join.
tak pasal-pasal patah balik ke Presint 18 tuk ambik papa.
maka, kami ke downtown lah memalam buta & anak-anak tak tidur pun. nak patah bahu mendukung si bulat Zharif tu. mujur Zahra masih mampu berjalan. elok jek jalan kat downtown tu dan selamat mengepau papa dia baju spongebob.lantaklah situ, janji tak merengek.
elok tengah shopping, member papa gitau yang lagi sejam maybe turn papa.masa tu baru kul 3pagi.punyalah papa gelabah katak disitu. sudahnya cepat-cepat makan steamboat terus berdesup hantar papa gi gelanggang balik.
otw balik tu, anak-anak dah separuh sedar,pengsan memasing. memula tu nak join papa kat gelanggang, tapi bila melihat keadaan anak-anak yang dah kepenatan sudahnya decide balik umah Eiqa jek.
punyalah seksa nak mendukung budak berdua tu naik tingkat 10 pangsapuri Eiqa. mujur Eiqa nak dukung Zahra dan mama dukung si bulat tu. nak patah tangan lah walopon ada lift.haih.
sampai atas, bukan anak-anak jek pengsan. tapi dengan mama & Eiqa sekali.haha
letihnya lah..
lepas subuh papa call, bagitau yang team dia tak main lagi. kul 7 baru sampai turn.subhanallah!!cian sungguh kat papa. tapi, dah itu minat dia kan...sendiri tanggung lah...
abes jek game, papa berdesup balik umah Eiqa nak hantar baju anak-anak. team papa berjaya mara ke peringkat seterusnya tapi tak sure lagi kul bape baru bleh main.
so, lepak kat umah Eiqa sementara kengkawan papa tuinggu giliran. lepak punya lepak, sampai kul 10.dasattt sungguhlah!dan lebih12jam tu berkampung kat putrajaya.kerja gila betul lah!semuanya kerana futsal.
pastu, member papa gitau yang maybe game derang kul 11malam. dari menunggu lagi 12jam kat Putrajaya, better balik umah jek. lagipun, keperluan anak-anak dah takde.
selamat balik Klang kul 11pagi tadi.umakkaihhh, badan sikit punya letih. mama & nak-anak selamat tidur sepanjang perjalanan.
sampai umah, papa punya turn pulak tidur.hehe
mama ngan anak-anak bleh lagi gerak gi Sementa, umah kak ngah mama sebab nak tolong kakak-kakak mama buat cookies tuk sponsor makcik mama yang nak buat kenduri kawen anak dara dia next week.
walopon penat, kena gak lah tolong kan.walopon mama curik-curik tidur sementara tunggu cookies siap.haha
dan waktu dan saat ini, anak-anak dah lena diulit intan dan papa dah selamat sampai kat Putrajaya semula.
kali ni, mama & anak-anak dah tak sanggup nak join papa buat kerja gila dia ni.tak sanggup nak berkampung kat himpunan sejuta belia tu. mintak mahap banyak-banyak.lotih!!
mama doakan dari jauh jek...hope papa & teamnya akan maju ke pusingan seterusnya dan berjaya bawak balik RM20000.mak ko!!!sikit punya tinggi harapan.hahaha
ye lah, takkan nak doakan papa lingkup pulak dah kan.walopon kalo bleh nak papa ada kat rumah kan.hehe

okeh, itu jek laporan mama tentang himpunan sejuta belia.hikhik
korang ada jugak ke yang berkampung kat sana?atau korang sempat jalan-jalan melawat segala booth yg ada kat situ?
mama tak sempat pun, kalo rajin sok nak kesana jemput papa. itu pun kalo rajinlah nak drive gi sana ngan budak berdua neh.ekeke
kalo tak rajin, papa tumpang geng dia lah.heeee :D

OK, selamat berhimpun di Himpunan Sejuta Belia 2011!!!gi lah beramai-ramaikan himpunan tu. kang tak cukup lah nak himpunkan 1,000,000 belia yang ada.hikhik

p/s: kerja gila betul!!!!kepala sudah weng...mahu berehat sebab kurang tidur.haih.

love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Thursday 26 May 2011

Semakin menyedihkan :'(

Sejak balik dari outstation,keadaan makin menyedihkan.
Stok susu dalam fridge dah zero.
Hasil pumping pulak tak smp 6oz pun sehari.langsung tak dapat nak memenuhi keperluan Zharif.
Mama tak pernah bayangkan keadaan akan jadi seteruk ni dan secepat ni.
Seminggu kat Kuantan tu,hasil pumping Alhamdulillah memberangsangkan.
Sehari mama bleh dpt 14-16oz.
Sejak Ahad,secara tiba-tiba mama dah tak boleh nak pump.
Memula tu,mama rasa mebi sebab Zharif kemaruk direct breastfeed sbb tu asek bf je smp breast tak sempat nk bengkak.lagipun,Zharif demam+selsema+batuk.so,asek merengek dan nak nenen je 24jam.
Isnin plak,mama cuti.ada urusan kt bank n pejabat peguam kt KL,Zharif tinggal ngan ibu.oleh kerana Zharif tak sehat dan asek merengek,banyak sgt Zharif minum.dan mama pulak,tak sempat nak pump.
Selasa pulak,mama dah start period.breast langsung dah tak bengkak.memula ingat sebab Zharif kuat bf,sbb tu xbengkak.try pump jek.xkeluar pun.tak sampai 1oz pun keluar.sedih sgt..
Sampai hari ni,mama cuma bleh pump 4oz je sehari.stok susu dalam fridge dah abes guna..now,langsung tak leh nak penuhi kehendak Zharif.
Makanya,mama terpaksa bagi susu formula tuk Zharif.menanges mama...kecewa sangat!!!
Papa pujuk gak,mungkin sampai situ je rezeki susu tuk Zharif.tapi,mama taknak putus asa.akan cuba terus bf Zharif time malam.tapi,Zharif dah tunjuk signal yg susu dah tak cukup.asek mengamuk jek tengah-tengah malam.sedih sgt!!!rasa looser sgt!!
Macam-macam usaha mama dah buat,pil hormon dah telan,halba dah minum,alfalfa dah telan.masih tade tanda2 breast membengkak pun...sedihnyaaa!!!
Mama tetap teruskan pumping kt opis,walopon hasilnya semakin menyedihkan....
Sian sangat kat Zharif...

Apa mama nak buat eyh????


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 25 May 2011

Gaya Mutu Keunggulan

ni bukan nak cerita gaya si Muthu samy ke hape...
nak cerita gaya rambut mama yang terbaru.ececeh, macaml;ah cun sangat!!egegege
sejak-dua-menjak mama ada 2 askar kat umah ni, sejak tu lah rambut mama dah tak terurus. setakat basuh, bubuh syampu pastu lap dan sikat.setel!
kalo kat umah, manjanglah rambut ni diikat jek,kalo keluar kompomlah pakai tudung kan.
rambut ni, cuma papa & anak-anak jek yang tengok.
kalo kusut masai pun, papa sorang jek yang hadap.
sejak ada budak Zharif, rambut mama makin teruk.gugur cam hape, kalo pas mandi tu, berlumba-lumba rambut tu nak lekat kat sikat.segumpal jek.
pastu, belum lagi yang tertinggal kat getah rambut.setiap kali bukak ikatan getah rambut, yang gugur tu kalo tak segumpal memang tak sah. dah macam pesakit leukimia jek.huhu
bile keadaan rambut mama yang panjang paras pinggang ni berserabut, papa request mama potong jek rambut ni.
walopon sayang sangat nak potong, ye lah rambut ni sikit punya lama nak bagi panjang. last potong rambut masa 31/12/2009.masa tu mama potong paras bahu.
dan kali ni, mama potong lagi pendek dari tu...
macam ni


^

^

^

^

^

^
ala-ala cinta melody ni lah...kononnya.hikhik


walopon rambut dia ni, jauh beribu-ribatu batu lagi cun dari rambut mama.

ye lah...dia potong kt salon yang ada professional hairstylist..
lagi pun, bentuk muka dia ni bujur, mama punya muka bentuk patsegi!!hahha
lagi nak compare dengan orang yg cun kan...

mana mama potong?

^

^


^


^


^

potong FREE jek!!!ibu zahrazharif yang potong kan.hikhik
walopon tak bape nak cun, kire oraitlah.
janji selesa, janji tak senget sudah ler.ekekek
tapi kan, nak jugak lah gi salon repair rambut ni.makin tak terurus rasanya. at least setahun sekali mesti nak buat treatment, blow sikit rambut ni kan..
tengok lah esok lusa kalo ada geng..ada sesapa nak join mama gi salon???angkat tangan!!!



love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Friday 20 May 2011

Berita Gembira :)


Yeyyyy!!!!last day keje kat Kuantan.
smile kat atas tu menggambarkan perasaan mama. walopon hakikatnya lebih dari tu. senyum tu tak berapa nak real lah...hikhik
perasaan mama sekarang ni berbunga-bunga cinta riang gitu.
best sangat!!!!
rindu dah tak tertahan....
mulut ni dah asek dok sebut jek tentang papa & anak-anak. sampai rasanya naik bosanlah opismet mama mendengarnya. hahaha
punyalah excited.
abes jek keje tadi, terus packing barang.
dah letak siap-siap tepi katil.hahaha
see, punyalah excited.heeee :D

kalo ikutkan hati nak balik malam ni gak, tapi tumpang opismet kan.so, kenalah ikut time dia.huhuhu
ini pun, dah baik punya nego ngan dia. dapat gak nak balik pagi-pagi.yesss!!!lebiu lah Kak Siti.mmuuuahhhhhh!!!!nanti yana buatkan tiramisu kek tuk akak eyh.hehe

rasa macam dah tak boleh tidur jek.
kangen sangat dah...

kalau nak tahu...
macam ni lah sekarang muka mama...


^



^



^



^



^


happy kan???heheheheh
semoga perjalanan esok dilindungi Allah, dan mama dapat memeluk erat semula anak2, papa dan mak mama.
rindu sangat-sangat!!!!
sampai rasa nak menitik airmata lah...hukhuk


mintak kowang doakan mama selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta dengan sihat dan selamat eyh!!!!


p/s: baru lepas dinner kat "the best murtabak in Pekan town", Murtabak Mengkasar cawangan Kuantan. but, unfortunately rasanya dah tak sesedap 2 tahun lepas.but, Thanks Firdaus a.k.a our auditee belanja makan :)




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Thursday 19 May 2011

Home Sick :(


tak boleh nak cakap apa...sakit sangat ni...dah paras kronik.
sakit rindu teringat rumah dan isi rumahnya sekali...
rindu papa, anak-anak dan mak...
rindu nak makan kt rumah...
rindu nak borak ngan papa...
rindu nak main ngan anak-anak...
rindu nak dengar cerita Zahra...
rindu nak gomol-gomol Zharif...
 dan rindu nak gossip-gossip ngan mak..rindu!!!!

nak balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Wednesday 18 May 2011

Berita Sedih

Ada ada satu berita sedih nak kongsi...

Papa bagitahu,stok chilled EBM Zharif dah habis.
Zharif mengamuk 2,3 malam takmo tidur.so,cambese kalo dia tak tidur dia nak menyusu.so,stok yang mama bajet boleh cukup sampai mama balik jadi tak cukup.
Makanya,dengan rasminya mama umumkan Zharif dah campur minum susu formula s-26.uuwwwaaaaa!!!!
Sedihnya,mama tak dapat fully breastfeed zharif.mama dah agak,masa Boss bagitau mama kena outstation 2minggu kompom stok susu Zharif tak cukup.dan....ia dah jadi kenyataan pun.sedih sangat2...sobsob

Rasa macam mama dah gagal,mama gagal fully breastfeed Zharif macam yg mama harapkan.hukhuk

"Ya Allah,kenapa ini terjadi?adakah ini yang terbaik kamu susunkan tuk aku?Kau kuatkanlah hati ini,Ya Allah supaya aku terus dapat susukan anakku dgn susu badanku,murahkanlah rezeki susu tuk anakku....amin."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Happy 4th months Birthday Hero Kecil mama :)

takde 1st, 2nd, 3rd, tetiba terus 4th month birthday..hebat tak mama?
nampak sangat mama kamu sangat malas kan, Zharif...hehe
bile berjauhan dan rasa rindu, baru lah rajin nak update milestone anak. kalo anak depan mata, buat tak reti jek.ekeke

[gambar terbaru kamu.papa MMS semalam]

[gambar kamu malam last kat Kuantan :)]
Anak bujang mama genap 4bulan hari ni, 18th May 2011. Happy 4th months birthday cayang!!! mama sayang kamu banget....
windunya kat kamu..windu kat pipi gebu kamu yang macam pau goreng itu...windu kat pewot boroi kamu...windu kat bau kamu yang masyam... windu nak dengar kamu menjerit [padahal selalu, cepat2 diamkan kamu kalo kamu menjerit.cepat2 sumbat puting.hahaha]...windu nak gomol-gomol kamu...
pendek kata, sangat rindukan segala tentang kamu!!!

malam tadi, masa mama videocall kamu..sedih sangat mama rasa.mama nampak kamu dah besar, sayang. bertambah-tambah tembam. kalo boleh mama nak cium-cium kamu,tapi dari jauh jek mama boleh cium kamu.tu pun kat screen henpon. pastu, kamu bulat-bulatkan mata kamu, bila mama panggil kamu.oh, sedih sangat waktu tu.rasa nak nangis, tapi mama tahan.malu kat roomate mama.hahaha
ibu cakap, kamu rindu mama eyh?kamu taknak tidur dan mengamuk sampai kul 2pagi.tak lama jek lagi, sabtu ni mama balik, dan kamu bleh ngempeng ngan mama eyh...

[kamu suka sangat bulat-bulatkan mata sekarang.rindu!!!]

Zharif sayang, mama windu nak tengok kamu golek-golek kat katil sampai tertiarap.comel sangat!!!
mama bangga kamu leh meniarap sebelum kamu umur 4bulan pun.hebat sungguh hero kecik mama ni.hikhik
yang paling best, kamu bleh tunjuk skill meniarap kamu seblum kamu balik Klang,tinggalkan mama kat Kuantan ni. buat mama tambah-tambah rindu kat kamu, sayang..

[senyum kamu buat mama tak leh tidur malam sayang.kangennya...]

[tengok, macam budak 6bln tau kamu neh.botol sikit punya besau.haha]

sorry sayang, mama takde saat kamu meningkat umur 1 bulan lagi...
apa yang kamu dah pandai eyh, selain senyum & gelak2,meniarap dan pandai pegang botol susu sendiri?sayangnya mama tak dapat tengok....dalam masa seminggu, mesti banyak yang kamu dah pandai kan?
esok mama balik, kamu tunjuk skill kamu eyh..hehe

i lap u so much hero kecikku yang botak plus bambam!!!miss u beribu-ribu lemon :)


p/s: windu papa, zahra & zharif yang terlalu sangat-sangat rindu.cium dari jauh.mmuuahhhhh!!!




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Monday 16 May 2011

Makanan Pantai Timur

Sepanjang seminggu lebih dok kat Kuantan neh, ada makanan yang jadik febret mama...
mama tatau lah, bagi orang lain kan.tapi bagi mama, makanan ni bagi hari-hari pun takpe. sedap!!!hehe
[ni kalo Asyrani baca neh, dia mesti cakap.."kak yana ni takde benda yg xsedap.sumenya sedap.kalo namanya makanan, sume sedap jek kat tekaka dia".ekekeke]
antaranya yang mama suka time kat Kuantan ni...

1. Sata atau satar


mama tatau mana yang betul.
ada setengah tempat kat Kuantan ni, derang tulis SATA. tapi, kalo kat kemaman derang tulis SATAR.
tak kesah lah, yang penting sedap.
tapi kan, ada satu tempat mama beli kat Sg Karang, Kuantan ni. TAK SEDAP langsung. bile gigit sata tu, rasa kelapa jek.langsung tak rasa ikan.
pehhh!!!sedap..lagi-lagi kalo makan panas-panas...

fuhhh!terbaik lah... sata paling sedap, mama rasa kat Kemaman.kat area Masjid Geliga kalo tak silap mama.hehehe
ye lah, setahun sekali jek kan gi Kemaman.hehehe

cer tengok isi dalam dia...terbaekkk!!!

bila gigit jek, ada rasa kelapa, rasa ikan dia.bila tergigit cili tuh, pehhh...terbaikkk...best!!!!

2. Keropok Ikan Segera

ni memang mama suka wat kudapan. sambil buat keje kat opis, sambil kudap keropok ikan ni.memang terbaekkk!!!
tapi kan, mama suka yang tebal-tebal.tak suka yang nipis. kalo makan yg tebal tu, baru thrill.sampai sakit langit-langit mama.tapi, tetap suka nak kudap.hehe

3. Keropok Lekor
kalo gi Pantai Timur ni, tak sah lah kan kalo tak makan keropok lekor. tapi kan, keropok lekor yang paling sedap kan, kat Pantai Cherating. makan panas-panas tepi pantai, memang sedap.makan banyak pun tak perasan.hehehe

rangup jek keropok dia, lembut lak isi dia.pastu cicah lak sambal yang pedas manis.pehhhh!!!hingga menjilat jari...

4. Nasi Dagang
kalo kat Kuantan ni, febret mama Nasi Dagang warung B12. memang terbaik!!!
dia punya nasik tu lembut jek, ikan gulai dia lak tak hanyir pun. acar dia pulak, tak masam sangat.sedap lah pendek kata.
kalo nak carik warung ni, cat dia kaler hijau. bawah pokok besar kat area Pantai Balok gak. kalo dari Kuantan, warung ni belah kanan.


5. Ikan Bakar & Seafood
kalo gi Pantai Timur ni, rugi lah kalo tak bedal seafood or ikan bakar kan..sebabnya, seafood dia memang besar n fresh.
kalo gi Kuantan, tempat febret mama...

Ana Ikan bakar Petai


walopon mama tak makan petai, tapi mama makan ikan or seafood bakar dia...pelik kan??

mama alihkan ketepi petai dia, bedal jek ikan & seafood dia. memang sedap. cicah lak ngan cili dia. memang sedap.
kalo korang gi Kuantan, try lah!!!

6. Nasi Ayam
sepanjang seminggu lebih ni, dah 2 kali mama makan Nasi Ayam Ain.kat area Balok gak.sebelah jek ngan KFC.
sedap nasi ayam dia tau. nasi dia lembut, ayam dia pun lembut, sambal dia pedas-pedas-manis, tapi sup dia kureng skit. banyak sangat aras stok ayam.

sepanjang kat Kuantan ni, banyak sangat mama nampak signboard mee calong. tapi mama lom pernah try lagi.
mama ni cerewet sket bab sup. takut tak sedap. so, lom penah try lagi.
korang pernah try ke?sedap ke?
tapi, nak gak try sebelum balik Klang.


ok, itu jek nak story ... sonok gak kan, cerita jalan-jalan cari makan. semangat dia lain macam kan.hikhik


apa pulak nak makan esok eyh??
esok cuti Wesak Day kan, apa plan korang? mama tatau nak kuar gi mana kat Kuantan ni.
selain Air Terjun Sg Pandan, apa lagi tempat best kat Kuantan eyh?
kat Kuantan ni, ada tak tempat cam uptown tu?kalo ada, kat mana eyh?? nak jalan-jalan cuci mata, ye lah,gaji lagi 2,3 hari. poket dah kering.hehe
kalo banyak duit, boleh gak shopping kat East Coast Mall kan. happening sikit.tapi, itu kalo banyak duit lah. kalo takde duit, mana yg best nak jalan-jalan??




love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Rindu-rinduan jadi kenangan

another 5days to go!!!
moga hati ni kuat hadapi 5hari lagi.hukhuk :(
amat rindukan anak-anak di kala ni.
time maghrib jek, hati dah mula goyah.rindu sangat-sangat kat anak-anak...

kat papa nya rindu gak, tapi takde lah rindu cam mama rindu kat anak-anak.
rindu kat cium n peluk anak-anak...bau masyam derang yg buat mama rindu sesangat tu..huhu

jom, layan gambar anak-anak mama yg tersayang....

Muhammad Dayyan Zharif yang amat dirindui...

senyum dia ni lah yg buat airmata ni asek mengalir bila menjelang malam...
sorry lah, gambar ni blurr sikit. tapi mama suka sangat gambar ni :)
ensem sungguh anak bujang mama neh...

pipi bambam n pewot boroinya yg mama rindu nak gomol-gomol...

hidung kembangnya yg masyam...windu nak cium!!!

matanya yg boolattt...idung n pipi pun boolatt gak.hikhik!!!windu!!!



mama rindu gak kat anak dara mama yang makin keletah bercakap...
cakap non-stop cam mama dia gak.hikhik
Nur Dhia Zahra yang mama rindukan...

my adorable n notty dotter!!!


notty eyh!!!

kakak jaga adik baik2 tau bile mama takde!!!

esok Hari Sukan Sekolah kakak Zahra, kakak lari laju-laju tau!!!
mama sokong kakak dari jauh jek...papa teman kakak sok!!
kalo ikutkan hati mama, mama nak terbang balik Klang dan temankan kakak sok. itu pun kalo mama ada sayap sayang...mama doakan kakak dari jauh eyh!!!

selain anak2, mama rindu gak kat papa. mana bleh tak rindu wehh...papa kan separuh jiwa mama.
seksa hati ni menanggung rindu...

mish u so much,B!!!i lap u lah...

baru lepas videocall papa n Zahra.Zharif cambese, tidur dah. lepas sikit windu kat papa n zahra.lepas letak jek, terus nanges-nanges cam hape.ekekke

dan..nak tayang muka apon..hikhik

semalam, masa sorang-sorang dok dalam bilik hotel.mama conteng-conteng muka.belajar make up kat youtube. hah!hambek ko, dah macam pondan mama tengok muka sendiri.hahaha

ok, mau layan Maharaja Lawak kat youtube. de Rhu ni takde astro, so mama dah missed Maharaja lawak last week.

babai!!!wa chalo dulu..


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Selamat Hari Guru





16 May adalah hari kita meraikan guru-guru seluruh dunia, kerana sepanjang tahun merekalah yang berkorban tuk mendidik anak bangsa.
tanpa guru, tiada arkitek..
tanpa guru, tiada doktor..
tanpa guru, tiada tentera...
tanpa guru, tiada akauntan...
malah....tanpa guru juga, tiada guru...
bukan itu saje, tanpa guru juga, tiadalah petani...
tanpa guru juga, tiadalah penternak...
tanpa guru juga, tiadalah nelayan...
tanpa guru, tiadalah kita sebagai kita hari ni...
kalau anda hari ni hanya sebagai auditor [mama lah tu!!!], anda jadi auditor, hanya kerana adanya guru...
Terima kasih cikgu.. atas ilmu yang dicurahkan buat anak didikmu ini...
Terima kasih tak terhingga buat guru-guru mama dari kecik sampai lah ke peringkat ijazah...

Pertama...guru yg mengajar mama mengenal huruf dan nombor, mak mama...Hajah Siti Fatimah Mansor.walopon mak bukan seorang guru, tapi mak mengajar mama dari tidak mengenal huruf dan nombor, sehinggalah mengenal erti hidup. Mak tak berpeluang menghantar mama ke tadika tuk mengenal huruf dan nombor kerana kesempitan wang, makanya mak telah melantik diri sendiri tuk mengajar mama mengenal nombor & huruf.Terima kasih mak.Maklah CIKGU yang paling berjasa dalam hidup mama.

Terima Kasih jugak kepada cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (SKRP) dari tahun 1989-1994, Cikgu/Ustaz/Ustazah Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sg. Bertih (SAMHSB), Klang dari tahun 1995-1999, Lecturer-Lecturer dia Kolej Matrikulasi Perlis dari tahun 2000-2001 dan Lecturer-Lecturer Fakulti Perakaunan(BACC), UiTM Shah Alam dari tahun 2002-2006.
Tanpa cikgu-cikgu semua, siapalah saya...

Selamat Hari Guru, Cikgu!!!


p/s: plan aineh nak bawakkan hadiah tuk cikgu-cikgu sekolah Zahra, tapi dah mama ada kat Kuantan ni kan, postpone ke next week lah. Terima Kasih pada Cikgu Rohani & Cikgu Laili sebab ikhlas mengajar Nur Dhia Zahra dari tidak reti memegang pensil sehingga pandai menulis ABC, 123, Alif Ba Ta. Terima Kasih Cikgu!!!


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Sunday 15 May 2011

Rindukan anak-anak so much

Bangun pagi ni,teringat kat anak-anak mama.
Cemana lah papa handle zharif malam tadi.bangun bape kali zharif agaknya...
Mama dah sms papa,lom ada reply.kalo x bz layan anak,bz sambung tido lagi la tu.hehe
Pepagi camni,selalunya zharif dah bangun.tergolek-golek sampai tertiarap.windunyaaa!!!

Mama harap sangat,semuanya baik
belaka.

Mish them so much!mmmuuuaaahhh!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 14 May 2011

Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Muhammad Dayyan Zharif - Part 4

mesti korang dah bosan kan, aseklah mama update pasal Majlis Zharif yg dah basi tu...hehe
nak gak tepek segala gambo, rugi woo...bayaw official photog memahal tapi tak tunjuk hasil kerja dia kan.hehe
layankan jek la eyh..kasi chance kan mama.hikhik :P

kali ni, mama nak share gambar Our Lil Sweet Family lak...
tak banyak gambar yang kami amik sebab mama & papa busy layan tetamu, zahra lak takmo bergambar sebab syok sangat main ngan kazen2 dia, zharif jek yg siap sedia.hehe

okeh..layyyannnnn!!!!

take 1...mama jek yg ready :)

take 2: Zahra jek yg ready.hahaha

take 3: Zharif jek yg pandang kamera.hikhik

take 4: baru semua ready.but Zharif dah start buat muka.kihkih

nice shot, Izzat!!!

mama dan anak bujang...

kami lagi :)

mama & papa

kami lagi <3 <3

love: mamaDZ ^__^

Majlis Cukur Jambul & Aqiqah Muhammad Dayyan Zharif - Part 3

gambar-gambar masa bacaan berzanji & selawat..
Zharif behave jek sepanjang bacaan berzanji.very good boy lah anak bujang mama.hehe
mama jemput kumpulan marhaban Souturrijal, Surau Hj Musran.
terima kasih ustaz Salleh & kumpulannya sudi meng'imarah'kan majlis kami yang tak seberapa ni...


Hj Mad Shah memulakan bacaan berzanji...

Hj yusuf lak sambung...

Paman Harun & Andak Awie

kumpulan Marhaban...

anak bujang mama yg very the good boy :)

dok diam jek atas riba papa

Hj Salleh a.k.a bapak kepada finalis Akademi Al-Quran 5

jangan salam paham eyh...papa cuma mengaminkan doa jek, yang baca doa HJ Salleh.hehe

gelak2 dengar bacaan berzanji

sengih-sengih jek dengar papa baca berzanji

anak bujang mama yg mama rindui :))

love: mamaDZ ^__^

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!