Monday 29 August 2011

Selamat Menyambut Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum semua :)
Salam Ramadhan 29....Alhamdulillah, dapat gak kita laksanakan ibadah puasa lagi hari ni.harapnya dapatlah kita ketemu Ramadhan tahun depan.Insya Allah.amin.

Lamanya mama tak bersiaran dari ~Our Lil Sweet Home~ neh.bukan per, busy memanjang. start dari weekend lepas sibuk dok siapkan keperluan raya anak-anak dan sempat jugaklah buat biskut raya.Dalam sibuk-sibuk melayan Zharif  demam panas minggu ke-3 ramadhan hari tu, dapat lah 7jenis biskut.hehe.kalo Zharif tak demam, mahu sampai 10 jenis.haha.tapi, mama buat sikit-sikit jek.ada yang mama buat 1 adunan jek, dan ada yg 2 adunan.harapnya cukuplah nak menjamu tetamu yang datang beraya.

Cemana persiapan raya korang?mesti meriah kan? mama dan family biasa-biasa jek tahun n.walopon excited sikit sebab ahli dah bertambah kan.ye lah, tahun lepas, Zharif masih dalam tummy mama kan.hehe. tapi takde lah serba-serbi baru. kalau boleh taknak sampai membazir. baju raya anak-anak pun beli 2-3pasang jek, selebihnya pakai baju yg dah lama mama beli tapi masih belum pakai. baju tradisional lak, sorang sepasang jek.cukup lah kot kan. apa warna tema raya tahun ni korang? mama?surpriseeee!!! [buat gaya cam Man RL5 buat.haha]

tapi kan, tahun ni mencabar sikit nak buat persiapan raya. selain askar dah bertambah pening pun bertambah melayan kerenah anak-anak shopping , baru mama tahu susahnya nak cari baju tuk anak lelaki. serius tak tahu nak pilih. kalo baju gegel tu mmg byk pilihan, tapi baju boboy lagi pening nak pilih sebab mama tak tahu cemana nak pilih.boleh gitu???so, mama hantam sajalah...hehe. baju melayu tuk Zharif baru semalam jumpa kat PKNS.punya lah seksa nak cari baju melayu saiz kecik. ape dahhh!!kalo jumpa size, warna lak tak berkenan.kalo kaler dah berkenan, size pulak takde. adoi!!!
Alhamdulillah, segala persiapan raya dah 100% siap.

sekarang ni, mama tengah pening cemana nak kemas rumah dengan 2 askar membantu. papa masih kerja hari ni.peningggg!!!!kemas ala kadar dulu lah, nanti petang papa balik, biar papa tolong kemas.hehe

Dikesempatan ini, mama sekeluarga dengan rendah hati nak memohon ampun dan maaf andai hasil tulisan mama mengguris hati korang yang membaca, andai komen mama kat entry korang menyakitkan hati.
Kami sekeluarga gak nak mengucapkan, Selamat Menyambut Aidilfitri 1432H.Semoga lebaran tahun ni akan lebih bermakna buat kita semua.Dalam kita bergembira, ingatlah yang dah tiada....

terimalah kad raya yang tak seberapa dari mama...


jemput datang beraya ke rumah lebaran nanti :)








love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Thursday 18 August 2011

Cabaran Shopping di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan 18 semua :)
Amacam puasa?ok x?dah ponteng puasa lom?mama,papa lom lagi.tapi zahra dan zharif langsung tak puasa.hehe
Semalam korang keje ke?mama ngan papa cuti semalam.so,mengambil kesempatanlah tuk setelkan checklist persiapan raya kami 4beranak.
Mencabar sungguhlah shopping di bulan Ramadhan ni...antara cabarannya bagi mama adalah..
1. Cabaran menangani nafsu membeli
Yg ni,serius payah.walopon badan letih,nafsu membeli punyalah dahsyat.tak pasal-pasal abes lebih dari rm500,dekat rm1k gak kot.tp,Alhamdulillah persiapan raya tuk zahra n zharif dah setel.tapi kan,semalam tak pasal-pasal mama rembat kasut clarks tuk zahra.walopon mama tak berapa berkenan dgn design kasut tu,oleh kerana letih mama rembat gak even kasut tu almost cecah RM200sepasang.giler kan???ni lah dia,puasa penat jek namanya.nafsu tetap tak dapat kawal.huuuu
2.Cabaran kedua,cabaran menahan api kemarahan dari merebak akibat perangai anak-anak yg mencabar kewibawaan mama dan papa.serius tak tahan derr...anak-anak buat perangai sungguh.tak pasal-pasal anak-anak kena cubit ngan mama dan papa.especially kakak zahra lah,mmg menguji kesabaran sungguh.kejap-kejap dia nak duduk dlm stroller zharif,kejap nak turun,kejap nak air,kejap nak beli itu-ini pantang nampak.kalo dah berjalan,kejap lari sana-kejap lari sini.bile mama dan papa dah jadi tarzan pun dia boleh buat tak dengar,walopon suara mama dan papa slow sikit jek dari halilintar,memang tangan mama dan papa laju jek la piat telinga atau cubit lengan kakak.tapi,kakak mmg menguji sungguh.dah cubit dan marah pun,dia boleh buat perangai lagi.siap merajuk,menangis,bergulinglah...dasat kan???si adik lain pulak kesahnya,pantang nampak batang hidung mama,nenen jek tahu.sempatlah mama breastfeed budak bertuah tu kat celah kain-baju kat Padini Concept Store.mengada kan,sampai takleh tunggu mama bawa gi baby's room.haih.macam-macam perangai anak-anak ni....rasa tercabar kewibawaan mama sbg mama mithali.wakakaka
3.Cabaran nak bukak puasa kat luar.ni 1st time sepanjang ramadhan kami berbuka kat luar.kul 7baru sedar tak cari tempat berbuka.gi satu-satu restaurant,semuanya full house.dari sebesar-besar restoren sampailah restoren kecik-kecik.fast food toksah cakaplah, Q panjang berjela.kalo mama dan papa join sekaki,belum tentu bleh makan time azan maghrib.ntah-ntah,time isyak baru dpt mkn.hikhik.sudahnya,jejak kaki kt kedai yg tak pernah terpikir nak jejak pun.tak termasuk dlm wishlist tempat wajib lawat tuk jjcm pun,Nyonya Delights.serius sgt tak puas ati,cendol RM3 cuma ada ais+cendol+santan+gula melaka yg extra manis. Kacang ke apa,nan ado.hampesss!!!mencabar tak???dgn perut lapor,kedai makan semua full house.ada rasa cam nak telan orang tak???haha
4. Cabaran nak memilih saiz yg sesuai.maybe sebab dah masuk minggu ke-3 puasa,so pilihan saiz dah tak byk.kompomlah sbb korang dh borong abes kan.hikhik.kalo mama berkenan design,saiz takde.yang saiz ada,design plak hampeh.memang mencabar!!!
5. Cabaran nak berebut-rebut dgn mak-mak yg lain.xkiralah brand apa sekalipun,memang ramai org shopping.dari brand yg mahal,sampailah yg jusmate sekalipun.sampai niat nak belikan zahra dan zharif sepender jusmate terpaksa dibatalkan.cari lah brand yg mahal sikit.kopak mama kamu wahai anak-anak.sepender korang nak sama harga ngan sepender mama dah.haih.sungguh mencabar kan?kalo korang,mesti sanggup masuk baby GAP atau GUESS kid kan!??janji tak rebut-rebut.ekekke
6. Cabaran nak melayan kerenah papa anak-anak.papa pun sebok nak shopping raya gak,tak sabar nak tunggu next week dah.nak gak shopping sekali ngan anak-anak.ampunnnn!!!jap-jap nak gi fitting seluar,pastu baju plak,pastu kasut.dah pilih design ni,letak balik lepas tengok rege.pastu belek lain pulak.rege OK,tp design plak kaput.papa ni jenis nak murah tapi nak barang yg baeeekkkk punya.mana nak dapat ye tak???mama lah yg tercabar.terpaksa cari size n design n rege yg menepati citarasa papa.huhuhulayankan aje :P
Itu lah antara cabaran-cabarannya....macam tak sanggup jek nak hadapi.lenkali,nak shopping sebulan sebelum puasa lah..puas hati!!!!tapayah rebut-rebut.hikhik
Ok,yg penting checklist dah setel.tinggal mama,mak dan mertua punya jek belum.minggu terakhir sebelum raya lah....
Ok,babai!!!sambung next entry.entry makan-makan :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday 14 August 2011

Ramadhan 14

Alhamdulillah...
Berjaya selesaikan ibadah puasa yg ke-14.semoga Allah terima ibadah kita.insyaAllah...

Apa juadah berbuka korang aineh?masak sepesel ke masak simple jek?ke korang berbuka kat luar.
Sepanjang berpuasa dah 14hari ni,mama belum lagi berbuka kat luar selain berbuka umah mertua dan kak lang mama.belum lagi berbuka kat hotel atau mana-mana restoren.
Bukanlah mama ni rajin bebenor masak,tapi belum berkesempatan lagi.ikutkan hati memang nak sangat berbuka kt luar,tapi papa taknak.huhuhu.sedih kan...heee :D
Tapi,sepanjang 14hari puasa dah 3hari gantung periuk.start khamis lepas,berbuka umah mertua.mama cuma buat tuna pastry,pastu beli lauk kt bazar ramadhan bawak gi umah mertua.jumaat lak,takde mood nak masak.so,papa tapau KFC.dan semalam pulak,berbuka umah kak lang mama.mama cuma buat puding triffle.tak masak pun sebab semalam keluar gi shopping raya kat jusco bkt raja.sebelum gi umah kak lang,singgah spital tgk kak ngah mama yg warded sbb menjalani pembedahan lutut.Alhamdulillah,kak dah beransur sihat.harap kak ngah cepat discharge.doakan ya korang!!!!

Okeh,tuk juadah berbuka hari ni mama masak lemak cili api ikan pari,sawi masak oyster dan kek batik jek.malas bebetul nak masak.kalo ikutkan tekak neh,mmg nak makan sedap jek.tapi,penyakit M datang menyerang.so,apa yg sempat jek la...
Alhamdulillah,kami anak-beranak makan kenyang.hehe :)

Korang mesti makan sedap kan...tekak mama skang ni,terasa-rasa nak mkn lemang.nak beli kat bazar,takut tak sedap plak.tunggu raya la gamaknya.kalo tak sabar sgt,beli lemang segera Nona jek la.hehe

K la, nak continue makan...

Pic 1:masak lemak cili api ikan pari
Pic 2:sawi masak oyster
Pic 3:kek batik
Pic 4:mixed fruits
Pic 5: puding triffle*bawak gi umah kak lang*
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Milkadeal Coupon : U-Print Photobook

Salam semua :)
selamat berhujung minggu...
kami anak-beranak melepak-lepak atas katil jek pagi ni.malas nak keluar.
malam tadi, balik dari berbuka umah kak lang, kul 12tengah malam baru sampai rumah.
so, pagi ni sambung tidur sampai kul 9lebih.teruk kan perangai???ekekek

okeh, entry ni bukan nak cerita pasal juadah berbuka semalam sbb juadah tak terkira banyaknya.macam-macam ada....hehehe
 tapi entry ni nak cerita pasal kupon milkadeal yg mama beli...serius dah berkurun beli kupon ni, tapi sampai ke hari ni tak redeem lagi.
sampai hampir terlupa mama pasal kupon ni.tapi, bila nampak a few bloggers update pasal photobook terus teringat.hikhik

inilah kupon yg mama beli...mujur tak expired lagi.hikhik


okeh, bukan saja-saja nak tayang kupon ni.
ada tujuan sebenarnya...
ada tak korang-korang yang beli kupon yg sama?tak kesahlah diecut hardcover atau yg mana sekali pun.
mama cuma nak tanya, korang dah redeem ke kupon ni?atau dalam progress?
kalo korang dah redeem atau in-progress, bleh tak ajar mama cemana nak buat photobook guna u-print neh?
serius amma ni bangang sikit bab edit-edit gambar ni...sedih kan???
tolong lah.... share ngn mama sikit cara-caranya.
sayang lah plak nak burnt jek kupon ni kan...

share pls!!!!! TQ in advance eyh...





love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Wednesday 10 August 2011

Tips untuk menyusukan anak di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan semua :)
kejap jek dah masuk 10 Ramadhan kan.bermakna ada lebih kurang 20hari lagi kita berpuasa.sedih kan?
cemana Ramadhan korang?puas hati?
moga setiap amalan baik yg kita lakukan sepanjang Ramadhan akan berterusan ke bulan-bulan seterusnya.amin. *ini peringatan tuk diri mama*

apa juadah korang nak masak hari ni?
wah!baru sahur dah start pikir.hahaha
mama cambiasa, takde idea nak masak hari-hari.al-maklumlah kalo bukan bulan Ramadhan, memang tak berasap dapur tu.hikhik
Semalam, mama masak yg simple jek tuk berbuka.Ikan goreng dan masak lemak kobis.pastu papa buat sambal belacan. maklumlah mama ni bukan pakar sambal belacan walopon penggemar sambal belacan tegar.hikhik

lamanya tak update blog guna PC/lappy. baru hari ni berkesempatan.hehe

okeh, berbalik pada tajuk entry..nak citer pasal tips untuk menyusukan anak dibulan Ramadhan. tapi, mama ni bukanlah orang yang layak nak bagi tips. mama bukan pakar, jauh sekali berpengalaman kan.
macam mama share dalam entry INI, mama mintak korang share. thanks pada yg share eyh :)

mama banyak google sana-sini, mana yg share tips tu..laju jek mama copy-paste masuk Msword dan save dlm pendrive.bile ada masa mama baca.hahaha.so, kiranya tips yg mama guna pakai ni adalah combination of beberapa tips yg dikongsi..antaranya di susuibu.com dan banyak blog-blog lain...TQ so much pada yg share.amat berguna bagi mama yg cetek ilmu cam mama ni.ilmu belum penuh di dada dah ada hati nak share kan..apedah!! tapi apa salahnya kan...ilmu yg ada dipanjangkan, insyaAllah tuan punya ilmu dapat barakahnya...amin.

so, inilah dia....


Tips untuk menyusukan anak di bulan Ramadhan...

DOs and DONTs...
1.Perbetulkan niat untuk menyusukan anak kerana Allah. Yakinlah bahawa Allah yang beri susu. tapi, serasa mama memang semua ibu pun menyusukan anak kerana Allah kan...ada ke yg nak glamer?atau ada ke yg saje suka-suki? takde lah kot rasanya....

2.Selalu Berdoa, kita ni insan yg lemah.selalulah meminta kepada-Nya : “Ya Allah, aku ingin menyusukan anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku.Limpahkanlah rezeki susu anakku Ya Allah”. Walaupun...kita sebagai ibu yg menyusukan anak diberi sedikit kelonggaran, tapi janganlah sampai ambil kesempatan.ye tak???ini, tak larat sikit, terus buka.itu bukan tak larat, lebih kepada ngada-ngada. asal bulan puasa jek terus gastrik, padahal hari biasa siap diet-diet segala.hehehe

Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak


•Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.

•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

•Firman Allah: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]

3.Segerakan berbuka puasa (rasanya ini semua orang suka kan???kalo tak menyusukan anak pun laju jek follow.hahaha) dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”.ini memang amalan mama. selagi boleh, nak makan sahur selambat yg boleh. nak dekat imsak tu baru berhenti makan.hehehe

4.Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukosa dan cecair. biasanya, mama pun terbabas makan benda mengarut. sepanjang Ramadhan ni mama suka buat dessert, puding lah, triffle lah, mousse lah.so memang extra glukosa lah mama amik.tu belum air manis lagi tu.jangan kencing manis nanti,udah ler.huhu. tapi, sayur dan ikan memang mama perbanyakkan.nak bagi tenaga...plus mama amik CCPP(cocoa collagen power plus) masa bersahur.Alhamdulillah, masih bertenaga nak masak berbuka even missed sahur.heeee :D

5.Makan banyak kurma.for info, kalo bukan bulan Ramadhan tekak mama ni memang tak leh terima kurma.but, Ramadhan jek otomatik jek tekak leh terima kurma.hehehe.pelik kan???lagi bagus kalo dapat makan kurma sebagai snack lepas berbuka tu.insyaAllah banyaklah susu tu.

7.Minum cukup air. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan ni mama cuba elakkan amik nescafe or minuman bergas.walopon banyak jek resepi air soda dalam kongsiresepi yang memanggil-manggil amma tuk cuba.hikhik

8.Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.ni memang wajib mama amik, kalo tak penghasilan susu bleh terganggu. nasi janganlah tak makan, takde selera cemana sekalipun, mesti kena makan nasi.kecuali, korang termiss sahur kan, so redha jek la...hehehe.sepanjang 10 hari ni, mama termiss sahur gak.hari Sabtu lepas.hikhik.tapi, Alhamdulillah sempat minum CCPP dan kurma 3biji.bertenaga sampai petang tuk masak juadah berbuka.

9.Makan buah-buahan dan sayur-sayuran. ini WAJIB!! jangan miss kalo bleh.baru lah seimbang makanan yg kita amik tu. tapi, janganlah pulak korang amalkan buah DURIAN.adoiii!!!!ulam-ulam lagi bagus.tapi, mama tak makan pun lagi ulam sbb juadah yg mama masak tak berapa nak sesuai makan ulam.hikhik

10.Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerap menyusukan anak. walopon tak larat, susukan jugak.Zharif kalo mama ada, memang pantang nampak mama, nak nenen jek keje dia.hehehe

11.Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul. mama kan cuma ada manual pump MAM dan battery pump Pureen, tapi sepanjang Ramadhan ni tak berapa berfungsi betul.so, mama pilih tuk gunakan kaedah marmet.TQ to Ayu ibu setot sbb kenalkan mama kaedah ni.ekceli, tukang urut mama pun ajar kaedah ni masa dalam pantang, dia mmg tak galakkan guna pump ni.hehehe.cuma mama tak tahu kaedah ni berkesan sbb mama tak cuba. sekali cuba, terus jatuh cinta.mama boleh dapat 5oz satu sesi.sama jek kalo guna pump.tapi yg bagusnya, susu cepat proses baru. sekejap jek dah rasa bengkak. Alhamdulillah, dapat 10-12oz sehari. walopon tak banyak, syukurlah ada. kalo tak, 8-10oz jek dapat time Ramadhan ni.huhu

12.Lebihkan sesi direct feed dan pump selepas direct feed. lepas direct feed, insyaAlah susu banyak.ini pengalaman mama sepanjang puasa ni.lepas directfeed Zharif, terus pump.walopon baru lepas dihisap, susu tetap bleh dapat 3-4oz.try lah!!!
13.Pam susu sebelum sahur.tapi, ini mama tak dapat nak praktik sbb Zharif banyak menyusu malam.so, mama pump seawal 9am.time ni dah start bengkak.laju-laju pump.hikhik

14.Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. weh, bukan amma suruh makan time puasa lah. Mungkin korang akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa dalam kereta. Sampai jek rumah, pastikan korang berbuka puasa dulu sebelum menyusukan anak korang (jika keadaan mengizinkan).tapi, ini insyaAllah takkan berlaku sebab sekarang ni mama audit kat Northport, kul 5.30pm memang dah sampai rumah.tu yg sempat masak. biasanya, mama akan pump tuk sesi 3 sebelum gi dapur masak juadah berbuka.time ni, dapatlah 3-4oz. kalo Zharif dah nangis-nangis nak nenen, mama nenenkan jugak.pastu pump jugak.dapatlah 1-2oz jek.OK la kan...dari takde..hehe

15.Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.yang ni nan ado sbb stok EBM mama ilek pocik.memang sekarang ni "kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang". Alhamdulillah, stok perah hari ni, Zharif minum tuk esoknya..

16.Ambil milk booster jika perlu. ni dah lama mama tak makan. cuba kaedah natural dulu.tapi kalo korang nak gak amik, SHaklee OK kot..dia ada gak minuman tambahan soy protien.try lah!!!

17.Elakkan terlalu penat. ni tipulah kan, kalo dah puasa tu, kompom lah penat.janganlah pulak kerana tips ni, korang ponteng masak pulak kan.hikhik

18.Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria. ni memang susah nak elakkan bagi ibu bekerjaya kan.stress keje tu normal lah kot.tapi jgn terbawak-bawak lak.kang susu takleh perah, sendiri nangis meraung..huhu

19.Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah. mama teringin sebenarnya nak jumpa pakar, tapi belum ada peluang.hukhuk

20. Amalkan ayat60:surah Al-Baqarah tu jangan putus.InsyaAllah....


sharing is caring :)



love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Monday 8 August 2011

Ramadhan 6-7

Pehhh!lamanya tak update.
Bkn tak masak juadah berbuka,tapi tak sempat nak snap dan tak sempat nak update.
Korang buka apa wiken lepas?
Sabtu,ada majlis buka puasa secara berjemaah dgn kakak2 mama. Majlis pot luck.semua bawak makanan memaseng.
Best!!!macam-macam ada...
Mama buat pastry buah &tuna dan buat puding triffle.
Tapi,mama tak sempat nak snap triffle tu.tapi rasa dia mmg terbaeeekkkk!!!hehe
Wiken ni nak repeat lg.weeee :D
Apa jek menu yg ada???memacam.sampai cramp perut makan memacam.hikhik

Kak ngah bawak nasi putih+asam pedas kembung+ikan masak taucu+sayur beremi tumis air.terbaeeekkk ar kak ngah.sedih,arini kak ngah warded.turn nak operate lutut dah sampai.patutnya September baru operate,ntah cemana spital call suh dtg aineh.hope kak ngah sehat cepat!!!!

Kak lang lak bawak bihun goreng+air sunquick+apam polka dot.sedapppp!!!berbiji-biji mama bedal.hehe

Kak Anjang lak bawak nasi putih+rebung masak gulai+air tebu fresh+bubur gandum durian yg sgt mabeles.abes 2 mangkuk mama makan.hahaha

Andak buat nasi lemak sambal ikan bilis.sedapppp!!!!

Endek bawak karipap paling sedap.rangup dan pedas!!!!

Ateh pulak bawak ikan cencaru masak pedas+sayur campur+roti john beli kt bazar.bkn ateh yg masak,kak the Eila lah yg masak.serius sedap.mama siap ratah ikan cencaru pedas tu.yummehhh!!!

Makanan memang serius banyak.masa belum buka puasa,mama cakap ni mesti tak habis neh.sbb byk gila makanan.tapi,bile bukak puasa jek habis semua makanan.ada lah tinggal sikit-sikit kan.seronok adik-beradik,ipar-duai dan anak2 sedara makan ramai-ramai.sepanjang puasa,ini lah kali pertama mama makan siap bertambah.kalo tak,mkn nasi+kuih dah kenyang.bestttt!!!! So,mmg kena repeat lagi acara bukak puasa reramai neh...rumah sape plak next????

P/s:gambar mmg ilek.xdan nak snap sbb mama kena jaga zharif yg merengek sbb cherry-berry.cian dak bambam tuh...

P/s:pastry yg comel-lote tu,mama buat guna instant pastry jek...

Hari ni korang masak apa tuk bukak puasa???mama lom ada idea.beli jek atau buka puasa umah in-law OK gak kan???hikhik

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday 6 August 2011

Ramadhan 5

Salam Ramadhan 6 semua :)
Sahur apa tadi?
Mama cuma sempat niat,minum CCPP dan makan kurma 3biji.sedih kan???
Harap Allah beri kekuatan tuk berpuasa dan BF dak Zharif hari ni.amin.
Mama terjaga kul 4pagi sbb zharif nanges nak nenen,ingat 4.30lah baru nak gi dapur.nenenkan Zharif dulu,tahu-tahu jek terus terlelap.kul 5.30pg baru tersedar.huhuhu :'(
Nangis tak berlagu lah jawabnya kan...

Takpe lah...bukan tak pernah alami benda ni kan.hehehe

Okeh,berbalik kpd tajuk dan gambar[tak suke lah update pake cik Bedah Bendul ni,tak saspen.gambar tayang dulu.mama ni jakun sket,tak reti nak bubuh gambar last ke kt celah lain.hukhuk]...mama nak cerita ttg Ramadhan 5,ekceli lebih kepada menu IFTAR 5 kami sekeluarga...

Semalam,extra rajin sikit.sebenarnya,mama dah jemu makan nasi putih.so semalam,masak nasi hujan panas lah.masak simple jek, guna basmathi,tumis bwg merah+bwg putih+kulit kayu manis+pelaga+bunga lawang+minyak sapi+minyak masak+kiub ayam terus tanak cam biasa.bile nasi dah masak,titikkan pewarna dan gaul perlahan.senang kan???bleh lah korang cuba.hehehe.mana tau,korang pun cam mama,baru 5 Ramadhan dah tak lalu makan nasi putih.mama tak bubuh susu cair ke apa,takut muak lak.hehe
Patutnya kalo ada nasi hujan panas,pasangan sepadan adalah ayam merah dan acar timun.tapi,mama padankan dengan yg lain.kasi kelainan sikit.mama buat sambal udang dan dalca sayur.okeh lah kan..kadang-kadang kita nak kelainan sikit dalam hidup kita ni kan.hikhik.padahal,itu jek bahan yg ada dlm peti.alasan baeeekkkk punyeeee.ekekek

Semalam,time hour gigih gi giant nak beli instant pastry.gara-gara mama khatam blog masak Cik Mat Gebu tu.punyalah terliur tgk pastry dia yg macam2 jenis tu.sudahnya,lunch drive gi Giant,Setia Alam.xpasal-pasal Kak Siti join sekaki.hehe

Ekceli,tujuan nak ke setia alam tu nak gi Maybank wat cash deposit.tp machine out of service lak.tu yg meraban ke Giant.bleh la jugak cari bahan wat pastry kan.tak pasal-pasal terbang rm50.dengan laici fresh dll.tu la dia,puasa cuma tahan lapar dahaga,tak mampu nak tahan nafsu membeli.hehe

Tapi kan,lepas penat masak nasi hujan panas,sambal udang dan dalca sayur.sudahnya,pastry ntah kemana.simpan dlm peti ais jek.mama buat strawberry mousse jek.Zharif dah nanges-nanges,papa tak balik lagi.so,buat simple dessert jek.kebetulan whipped cream ada dlm peti.dan mama ada beli stoberi fresh sikit nak buat pastry.so,jadilah strawberry mousse.tapi mama derhaka sikit,ubah kpd bhn2 yg ada dlm peti.resepi ni mama cilok kat kongsiresepi.com korang google jek la..tapi,resepi mama lain sikit.hikhik.resepi hantam sajalah labu.ekeke

Strwberry mousse mama,100ml whipped cream(patutnya 200ml,tp sbb dah abes,mama hentam 100ml je),100ml yogurt plain(ni mama suka hati tambah.patutnya bleh gak ganti ngn 100ml whipping cream.tp yogurt jek yg ada,so hantam sajalah),stoberi 5bj(patutnya 200g.tp mama xbeli byk.so,cukuplah),fresh stoberi cordial secukup rasa-jgn plak gi rasa secawan eyh...(patutnya gula 70g.oleh kerana kordial tu dah manis mama bubuh sikit jek,3sb jek.kalo korang guna fresh stoberi 200g,tambah gula 70g jek).mama blend semua sekali,pastu masukkan bancuhan gelatin(10g gelatin+100ml air panas) dan blend lagi.pastu tuang dlm gelas yg comel.mama dpt 4gelas.kasi dia keras sikit,baru hias dgn hirisan stoberi.
Wah!!!kalah blogger masak tau!!!hikhik

Okeh,itu jek nak share!!!!

Apa menu IFTAR 6 korang???mama ada jamuan berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga besar kami.so,mama nak buat pastry dan trifle.masak tatau lagi nak masak apa,yang simple aje.spaggeti aglio olio kot..tengoklah nanti cemana.dengan tak sahur ni,ntah larat nak masak ke tak neh.ekeke

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 6 semua :)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 5 August 2011

Menu Ramadhan 4

Semalam,mama cam tade idea nak masak.senarnya,dah 2,3 hari ni cam tade mood mau masak.sbb tekak rasa tak sedap nak makan.huhu

Punyalah gigih google resepi n tanya opismet menu berbuka,sudahnya dalam kereta terliur ikan masak sambal mak.ikan sambal mak mmg terbaik!!!

Sampai umah,mak cam xlarat.so,takpe lah.masak sendiri.mujur rasa sesedap mak masak.ecehh!masuk bakul angkat seniri nampaknya..hehe

Semalam,sbb kemalasan yg melanda mama tak masak sayur pun.mak tumis tauhu dan tomato,mama cuma goreng papadom.

Menu yg sgt simple!!!

Apa juadah berbuka korang???mesti meriah kan... Mama mmg teringin nak masak yg happening sikit tapi dak Zharif tu terjerit2 kalo mama kt dapur.so,lupakan jek...masak yg simple janji bleh makan.hehehe

Mama tak buat dessert pun,dah dua hari ni.mujur andak n endek hantar kuih.kalo tak,kurma jek la jd dessert.hikhik

Hari ni plan nak masak meriah sikit..nasi hujan panas,sambal udang n dessert puding.okeh x???harapnya sepanjang jalan balik keje nanti takde aral melintang yg menyebabkan mood masak hilang...fuhhhh!!!

P/s:Ramadhan 4,kakak tak puasa.bangun sahur pun taknak,sudahnya kul 7.30pg kakak dah bedal kuih tart jem

P/s:hasil pump makin merundum.8oz jek mampu dipump.selera mkn takde :'(

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 4 August 2011

Ramadhan 3

Salam semua :)
Da sahur?makan pe?kami makan lauk berbuka semalam jek.sengaja mama masak lebih sbb malas nak masak tuk sahur. Panaskan jek baki lauk berbuka,lagipun papa yg cadangkan dari hari pertama puasa lg.dia ckp,lg senang dan tak membazir. Tak macam tahun-tahun sebelum ni,gigih mama masak sahur lauk baru,sudahnya waktu buka tak termakan pun sbb dah masak lauk lain.membazir jek..membazirkan amalan syaitonnirrojim,so baik dielakkan bln ramadhan ni,ye tak??

Apa menu berbuka iftar 3??mama masak simple jek.padahal papa tak bagi mama masak sbb mama tak sihat lagi,masih semput.hehe.tapi mama takmo beli kt bazar,takut tak sedap,kang membazir pulak.tapi senarnya mama takde idea nak masak apa.kepala otak ni takleh nak pikir lauk apa yg sedap.sekali borak2 ngan opismet mama,dia cadangkan "sotong masak kicap pedas".ok gak la sbb selalunya kalo lauk sotong,mama tak abes2 masak sambal atau kari atau kunyit.itu jek,bosan...
So,seperti saranan Kak Pah mama masak "sotong kicap pedas" dan kailan ikan masin yg kurang masin.hahaha.sebabnya,mama guna ikan gelama belah.ikan masin tu tak bape nak masin sgt.lebih sesuai tuk makan gitu jek kot..
Hantam sajalah labuuu...
Menu tuk ramadhan 3 takde pun dessert,takde hati nak buat.mujur andak hantar kuih ketayap/dadar dan endek hantar kuih wadeh.pastu papa gi beli murtabak ayam masa otw balik dari umah PIL(read as Parent inlaw).membazir jek,sudahnya sampai sahur ni,kuih dadar tinggal sebiji,wadeh 2bj,murtabak sekeping.sape pulak nak makan kan...pembaziran.
Kalo ikutkan nafsu serakah mama,mama sumbat semua dlm perut.tapi selera takde lah.nasi pun makan sbb terpaksa makan.takut nanti takde pulak susu tuk zharif.selera serius ilek.makan semua rasa kurang sedap jek.huhuhu
Tatau makan apa yang bleh bangkitkan selera.jeles gak baca status FB org lain.."Nasi 2 pot tak cukup makan time sahur".umakkaiihhh,mama masak 3pot time buka dan bakinya mkn time sahur pun tetap ada balance.mgkin sebab cik zahra tak makan sahur kot..dia gigih makan cornflakes+susu jek..tu pasal,bertahan smp kul 11lebih jek..huhu.takpe kak,belajar pelan2 eyh....

Gambar menu berbuka Ramadhan 3 takde,dah kata takde mood kan.nak amik gambar pun malas.lepas masak semalam,terus lepak ngan andak n endek kt laman...takdemaknanya nak snap gambar segala.heheheh

Apa menu nak masak tuk iftar 4 eyh????idea plizzzzz!!!!heeee :D

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 4 korang!!!!!"Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi puasa eyh...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday 3 August 2011

Ramadhan 2:Menu Berbuka

Salam semua :)
Da sahur?mujur tak terlepas sahur.alarm bunyi tak sedor,endek called termiss.hekhek
Mujur papa terjaga kul 5pagi tadi.sempatlah panaskan lauk-pauk berbuka.kalo x,miss lah sahur ramadhan 3.hukhuk
Ni semua gara2 dak bambam ni lah,ntah bape puluh kali bangun nenen.ngantuk mama.huhu :'(
Gi terawih ke mlm td?lamanya mama tak dpt gi terawih..rasanya last mama gi terawih masa peknenkan kakak zahra,tahun 2007.sejak tu,buat terawih kt umah jek..ngn mak mama sbb mak pun tak bape sehat kan..
Tapi,sejak ada zharif yg manja sesgt ni nak solat fardhu pun xkhusyuk.dia punye menjerit kalo xnmpk batang hidung mama macam apa ntah.solat maghrib pun letak dia kt sebelah.huhu.kalo wat terawih mahu dia nanges non-stop selama sejam.hukhuk

Apa menu berbuka korang ramadhan 2??mama kan MC smlm,Dr Khosy suruh rehat sbb asthma menyerang lagi gara-gara panjat tangga 3tingkat kat opis auditee.huhu.so,sempatlah mama buat roti jala+kari ayam.masak kari ayam lebih tuk makan ngn nasi dan sayur bendi masak pedas.pastu papa request nak minum carrot sus,so gigihkan jugak buat.papa pun MC gak smalam,demam panas.
Semalam serius mama flat gilak.dgn ulang-alik masuk toilet 3kali lepas sahur,pump susu tuk zharif 2sesi,layan papa yg demam,macam nak pengsan.kepala pening+nak termuntah.mujur tak pitam.
Walopon MC,tapi tak rehat pun.sempat gi Bank + bandar saujana country resort.uruskan hal Our Lil Sweet Home.alhamdulillah setel semua :)

Okeh,mama tepek sket gambar roti jala mama semalam.agak tak berapa senonoh sikit.maklumlah,mama ni tak expert menjala.so,roti jala tu dah macam lempeng jek.ekekeke.jugak gambar anak dara mama yg bertudung sambil nonton DVD "adab dan doa harian" dan tak ketinggalan anak bujang mama yg manja asek nak melekat doplohpatjam kat mama,tunjuk 2 batang gigi dia tuh...hehe

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan 3 peeps!!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday 1 August 2011

Ramadhan 1

Cemana puasa hari ni?berjaya abeskan puasa?
Alhamdulillah,mama berjaya habiskan gak puasa walopon asthma menyerang lagi gara-gara memanjat tangga 3tingkat sbb attend meeting dgn auditee.
tambah plak mengepam susu tuk Zharif,sudahnya kul 5 terus flat.huhu
Nak guna inhaler sayang plak puasa,tggal bape jam je kan.sudahnya gagahkan gak diri ni menghabiskan puasa yg pertama tahun ni.Alhamdulillah...
Hari ni,mama n papa plan nak ajar Zahra berpuasa.tapi nampaknya tak berjaya sbb zahra langsung taknak bangun sahur.gerak pun tak weh,lena sgt.
Ahad tu bersemangat nak puasa,sudahnya kul 10tadi dah selamat zahra makan biskut dan minum susu sebotol.aduhaiii,dugaan sungguh nak mengajar anak berpuasa.huhu
Hari ni 1 Ramadhan,perut dan badan masih belum biasa berpuasa.semuanya gara-gara tak berlatih puasa masa Syaaban.huhu
Sudahnya,sepanjang hari kat opis mood mau buat kerja merundum.cuma prepare tuk meeting n next audit assignment.selebihnya ngadap blog resepi cari idea nak masak sahur dan berbuka.hehehe.hampeh kan???hari ni pun tak sempat habiskan 1juzuk Quran.baru separuh,takpe pelan-pelan kayuh.hehehe
Okeh,jom citer puasa hari ni...
Mama bangun sahur kul 4.30pg,sempat goreng ayam,tumis air kangkung dan masak nasi.selera tumpul.mujur ada cocoa collagen power plus ngan kurma.ada gak tenaga nak berpuasa kan.heee :D
Kul 5.30am dah setel sahur,Sementara tunggu nak gi kerja,Alhamdulillah sempat baca Quran walopon dpt 10muka jek sbb Zharif dah bangun.huhu
Menu berbuka mama hari ni...
Nasi putih+udang lipan masam manis+sayur campur + homemade tiramisu cake.tiramisu mama buat mlm semalam,sementara tunggu papa balik tarawih.zharif lak da tdo.setel tiramisu kek.
Tak bape best tiramisu mama kali ni sbb guna kek span yg mama beli kt carrefour.ada offer kan,tp kek span tu kering sgt..but,ok la...walopon tak sesedap belui kt SR kan.hikhik :P
Alhamdulillah,hari ni dapat bertukar-tukar juadah berbuka dgn Andak n Endek.dari satu jenis kuih,bertambah jadi 3jenis kan.Andak bagi cempedak goreng n Endek bagi popia goreng.sedappp!!!
Seronok dpt bertukar-tukar juadah,byk pilihan nak berbuka.hehe
Apa menu berbuka korang hari ni??
Selamat menjalani ibadah puasa yg ke-2 korang!!!!
P/s:layan gambar makanan eyh...menu berbuka kami 1Ramadhan :)
P/s:susu tuk zharif hari ni,cuma dpt 9-10oz jek :'( but,tetap bersyukur :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Salam Ramadhan Kareem

Salam Ramadhan Kareem kepada semua kawan-kawan,ahli keluarga yg sgt2 mama kasihi,sedara-mara,sahabat2 yg mama kenal dialam maya...especially kengkawan blogger yg mama kenal di ~Our Lil Sweet Home~

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa yg telah diwajibkan kpd kita semua...

Semoga kita diberi kesenangan,kemudahan dah kesihatan yg cukup tuk menjalaninya selama sebulan...

Inilah masanya kita,sbg muslim cuba tuk melipat-gandakan amal soleh kita n tingkatkan iman...

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

Maaf...andai ada baris ayat mama dlm setiap entry mengguris hati kwn2 eyh...tiada niat tuk menyakiti apatah lagi sengaja menyakitkan hati semua...

Sama-sama kita menikmati kemanisan ramadhan kareem....selamat berpuasa!!!!bkn takat tahan lapar dahaga jek,harap dpt menahan diri dari melakukan dosa dan maksiat.tak kira dosa melihat,mendengar atau berkata2...juga menahan hawa nafsu.nafsu membeli di bazaar ramadhan atau secara online,nafsu nak sediakan makanan enak2 hgga membazir [gara2 khatam resepi kt blog2 n web2 memasak.hikhik]

Ini ingatan tuk mama sebenarnya,yg banyak leka mencari harta dunia hgga kekadang lupa akan harta akhirat...

Selamat berpuasa semua!!! Moga kita semua sentiasa dirahmati Allah,Insya Allah....ikhlas dari kami sekeluarga...Papa Zahari,Mama Norly,Dhia Zahra n Dayyan Zharif

P/s:gambar hanya selingan!!!zahra bg 'thumb up'...sebab kawan2 blogger sbb sgt behave sepanjang Ramadhan.heee :D

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!