Tuesday 29 May 2012

Zharif infected HFMD

Subhanallah, betapa risau hati mama.
Ingat Zharif demam panas biasa, rupanya HFMD. Ni semua gara-gara mandi swimmping pool sabtu lepas kt Felda Residence Tekam. Sumpah, hati ni rasa sangat menyesal. If tahu benda ni nak jadi, memang tak nak jejak swimming pool tu.

Ni first time, anak-anak mama kena penyakit yg serius macam ni. Besar sungguh dugaan Allah. Harap mama sabar hadapi dugaan ni dan moga Zharif cepat sembuh.

Serius mama sedih bila Zharif kena HFMD ni, mulut dia penuh dengan ulser. Dia tak nak makan, tak nak hisap botol. Yang paling sedih, dia langsung taknak breastfeed. Sedih ya amat.. Selalunya, dia suka mengunyah. Sebijik cam mama, makan non-stop. Mulut asek makan. Sampai kadang tu mama pulak marah dia sebab makan je, tapi bile dia taknak makan since semalam sedih pulak hati ni..

Ya Allah, sembuhkan lah Zharif. Dia terlalu kecil tuk hadapi sakit ni. Rasa pedih hati ni bile dia merengek nak makan dan minum tapi terpaksa muntahkan balik sebab pedih mulut dia....

Zharif sayang, mama lagi rela mama yg sakit dari tengok Zharif derita macam ni...
Kawan-kawan semua, mintak tolong doakan Zharif sihat semula ye... Mama sangat2 risaukan keadaan dia...

If kawan-kawan ada experience, please share. Mama buntu nak buat cemana. Hanya mampu paksa dia makan ubat yg Doktor bagi. Selain tu, bagi dia makan aiskrim bagi ulser dia kebas. Tapi, dia tetap tak selera nak makan... Mama sedih sgt2...




Sent from mama's SweetBerry®

Wednesday 16 May 2012

Terima Kasih Cikgu

Selamat Hari Guru kepada semua guru, cikgu, ustazah, ustaz & pensyarah mama yg banyak menurunkan ilmu mereka pada mama.
tanpa mereka, tak mungkin mama berada di tahap ini.
tak lupa, tuk guru pertama mama Pn. Hajjah Siti Fatimah Mansor yg paling banyak berjasa dari guru-guru mama yg lain. selain mengajar mama mengenal huruf & angka, beliau jugak yg melahirkan & mendidik mama. beliau lah mak mama. mak bukanlah seorang guru, tapi beliau mampu mendidik mama. Alhamdulillah. Hanya Allah dapat membalas setiap jasa semua guru-guru mama.

lamanya tak update belog direct dari blogger.com sekarang ni, manjang update via phone atau email. tak syok, feel dia kurang. hehe. tapi, nak buat cemana kan, terpaksa. itu je yg mampu. kalau tak, memang blog ni sunyi sepi tanpa entry. ini pun, banyak sangat entry tertangguh.punyalah lama peram, sampai hilang mood nak buat entry. sedih.

okeh, itu jek kot nak story. sekarang tengah busy lah. weekdays busy dengan keje, balik umah busy melayan anak-anak. weekend pulak busy attend kenduri & abeskan masa melayan anak&suami.

kalau dapat update once a week pun dah syukur :)



love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

Warisan bonda

Selamat hari ibu kepada semua bonda,ibu,mama,mak,mummy,ummi, dan apa pun yg korang panggil :)
Sorry,agak terlambat entry hari ibu ni. Tapi itu tak bermakna mama tak hargai jasa mak mama tau.

Bagi mama, setiap hari adalah hari ibu. Setiap hari mama terkenang setiap jasa yg mak dah korbankan tuk mama. Lebih-lebih lagi bila mama dah berjauhan dgn mak. Jauh?terpisah? Bukan mama dok ngn mak ke?yes, itu dulu. But sekarang ni, sejak 11 april 2012 (masa cuti pertabalan agong) hari tu, mak tak lagi dok ngan mama mahupun kakak-abang mama. Mak sekarng dok kat Madrasah Pusat Pengajian Taqwa, Jeram. Itu permintaan mak mama, nak menambalkan amal,ilmu agama &mendekatkan diri pada-Nya. Sebagai anak, andai itu adalah kebahagiaan bagi mak, haruslah turutkan.

Buat masa ni, kak ngah mama yg paling kerap jenguk mak.tuk tengok apa keperluan mak. Sejak mak dok sana, baru 2kali mama jumpa mak. Rindu memanglah rindu, tapi taknak lah mak terganggu. Mak pun kalau balik, taknak tidur umah atau umah anak2 lain. Balik sekejap je melepas rindu.
So, sabtu lepas kami sambut hari ibu secara sederhana je kat Pantai Remis, Jeram. Tak lebih 2jam pun. Kak ngah jemput mak lepas asar, dan nak masuk maghrib tu mak dah nak balik takut terlepas jemaah maghrib.

Apa yg penting, mama doakan mak sihat je kt sana dan bahagia sbb dpt buat lebih byk ibadah kt sana. InsyaAllah...

Okeh, berbalik pada tajuk entry. Mama nak story tentang "warisan bonda". Apa yg mak wariskan kepada kami?bukan harta pusaka yg kami harapkan, bukan juga wang ringgit tuk dihabiskan 7 keturunan. Tapi ilmu, didikan yg mak turunkan buat kami adik-beradik tuk kami jadikan panduan hidup dan teladan dalam mendidik anak-anak kami pulak. Betul tak?

Tapi kan, mama nak tanya. Dalam banyak2 sikap/kepakaran/habit mak korang, apa yg korang warisi dari mak? Macam mama sendiri, bila renung/muhasabah diri sendiri ada sesuatu yg mama warisi dari mak. Apa?

Mama rasa ada yg baik dan ada gak yg buruk. Yg buruk tu, mama over sikitlah dari mak. Hehe. Apa dia?
Okeh, kalo yg baik tu mama warisi air tangan mak. Bukan mama sorang je, tapi semua kakak dan abang mama. Boleh kata, semua ada kepakaran memasak. Tapi, mama paling kuranglah sbb mama paling akhir kan tak sempat nak belajar lagi. Haha, alasan. Tapi, semua abang-kakak mama pun pandai memasak malah derang ada extra warisan mak,iaitu berniaga hasil memasak. 1 dari 3 abang mama ni, berniaga makanan kt pasar malam dan katering. Dan 2lg boleh masak tuk anak-bini je. 3kakak dari 5 pulak, berniaga &masak katering jugak. Dulu, kak ngah siap bukak kedai makan kt sementa. Tapi sekarang masak tuk family dan sesekali amik tempahan je. Setakat hari ni, mama & 2kakak lagi taklah berniaga makanan tapi ada sejenis dua kuih yg kadang ada jugak org tempah. Mama belum lagi sampai tahap tu, setakat nak masak tuk family dan tuk kawan2 boleh la. Tapi tuk ambil tempahan, tak sampai tahap tu lagi.hehe
Bagi mama, asal dapat masak tuk suami dan anak2 cukup lah kan... Yg penting pandai masak. Hehe. Tapi, minat mama dalam masak & baking ni warisan dari mak.

Sejak kecik lagi, mama &adik-beradik tolong mak buat kuih&masak tuk jualan. Masa kecik dulu, mak ada warung. Lepas arwah bapak meninggal, warung tutup dan mak berniaga pasar malam pulak. Tak lama lepas tu, mak supply kuih ke kantin-kantin pulak. Dan pernah gak mak masak&supply kuih kt kantin sekolah dan kilang. Dan mak amik gak tempahan dari orang. Setakat nak buat karipap&kuih-muih melayu ni memang kami adik-beradik insyaAllah boleh buat. Mana taknya, dari sekolah rendah darjah 2-3 camtu mama dah start tolong mak buat kuih. Kadang tu, mak cuma bancuh je kuih tapi mama&kakak2 yg buat kuih tu sampai siap. Kakak2 mama mmg terror lah kan, mama setakat masak tuk buka puasa boleh la. Selalunya, time puasa lah kami praktik ilmu dari mak. Mama akan tukar-tukar juadah dgn 2kakak mama, Andak&Endek.

Apa pulak yg buruk? Suka berbelanja &boros. Mama perasan, mama ni sama je ngan mak. Pantang ada duit, ada je nak beli. Walopon kekadang benda tu akhirnya terbiar. Kan dah kira boros tu kan... Memula tu tak perasan yg mama warisi sikap mak, bila perhati sekeliling rumah baru perasan. Haha. Ada benda yg kami (mak&mama) beli, tapi tak diguna pun.

Apapun yg mama warisi dari mak, mama tetap bangga sebab ada sesuatu yg mama boleh kenang tentang mak. Kan....

Sangat berterima kasih dengan mak sebab membesarkan mama dgn susah-payah hasil air tangan mak. Penngorbanan mak tak dapat nak berbalas sebab terlalu besar buat mama.

Mama sangat sayang mak walaupun sukar nak terucap kata-kata tu. Doa mama, moga mak sihat dan senantiasa dilindungi-Nya. Amin.

Selamat hari ibu mak!!!!

Sent from mama's SweetBerry®

Thursday 10 May 2012

Hari Keenam - Super hero/heroin kesukaan dan kenapa kamu suka

p/s: taktahu ni cubaan kali keberapa ntah. dah byk kali update via email, masih tak lepas. ni kira cuba nasib, kalau lepas, lepaslah. kalau tak, amma dah give up!!!

Assalamualaikum semua :-)
Selamat Hari Pekerja kpd semua pekerja. yang suri rumah pun hari ni cuti gak ke?hehe
hari ni mama cuti keje but kat umah masih bekerja. anak dan suami perlu dilayan. pagi-pagi masak nasi lemak ikan bilis yg simple tuk mengisi perut anak2 dan suami. Alhamdulillah, semua kenyang :-)
okeh.... cabaran hari ke-6: super hero/heroin kesukaan dan kenapa kamu suka?
actually, mama takde lah taksub sangat dengan super hero/heroin ni. honestly memang takde spesifik hero yg mama suka. hehe. tapi itu tidak bermakna mama tak tengok kartun tau.
kalau zaman kanak-kanak riang, doraemon lah hero pujaan mama. kira, selalu berangan nak ada poket ajaib macam doraemon lah. mama suka karektor doraemon yang suka menolong orang dalam kesusahan, walopon hakikatnya dia lebih banyak tolong nobita. hahaha. tapi kan, dah namanya budak-budak kan harus lah mudah tertipu. tapi kan, dalam cerita doraemon tu mama serius tak suka watak nobita, sinyu dan giant. serius benci sebab derang tak hebat langsung. kihkih. dalam cerita tu, punyalah mama ni suka sangat doraemon dan sizuka. sizuka tu comel kan???? oleh kerana sangat suka doraemon dan sizuka ni, sampai request kat mak nak beli bantal peluk doraemon yg sama saiz ngan mama. comel kan. doraemon punya pengaruh ni terbawak-bawak sampai zaman remaja tau. mama punyalah excited nak ambil bahasa jepun sebagai bahasa ketiga masa kat UiTM sebab doraemon dan sizuka ni lah.hehehe
zaman bila dah matang ni, superhero mama dah berubah. tak suka dah doraemon sebab rasa cam dia diperbodohkan oleh nobita&konco-konconya. mama jatuh cinta dengan watak iron man. cam berkarisma sangat kot Tony Stark tu. hehe. korang suka tak iron man??? walopon dia tak sekacak superhero yang lain, macam clark kent atau james bond tapi dia kelakar dan berkarisma sama macam superhero mama, my superman a.k.a my hubby shayang mucuk. hahaha...
bila dah kawen ni, superhero mama adalah papa!!!! love u very stronglah papa!!! mmmuuuaaahhh
okeh! sok nak keje dah, rasa tak puas lak cuti. kan best kalau mama ada poket ajaib, bleh lah panjangkan masa tuk 1mei ni. hehe. tak pun, kalo mama ada empayar yg besar macam Stark dah bleh cuti sepanjang tahun. hehe
 
Best regards,
 
Norly Saliana

Wednesday 9 May 2012

Selamat Malam kesayangans

Mata sangat mengantuk, badan pulak letih. Kaki cramp malam semalam, masih terasa sengalnya.

So, esok je mama update eh :)

Good night kesayangans. Moga mimpi indah!!!


Babai :P

Sent from mama's SweetBerry®

Tuesday 8 May 2012

Hari Kesepuluh - Lagu yg kamu dengar bila kamu gembira, sedih, bosan,gila dll

kalau korang nak tahu, salah satu hobi mama adalah menyanyi.kenapa? tak percaya ke? ekeke
tapi, takde lah sampai tahap gi pertandingan menyanyi ke apa. gila kau! mama ni pemalu tau. paling tak malu pun, mama pernah nyanyi kat Majlis Kawen abang mama. tu paling tak malu, kalau paling sopan pun, mama nyanyi kat karaoke dengan kawan-kawan dan family. yang paling mama suka, nyanyi dalam kereta, atau sambil mandi atau sambil masak. yup, itu favorite. walaupun suara mama kurang sedap dari Dato' Siti, but hobi menyanyi tu tak pernah menghalang mama. hahaha

so, mama dan lagu tak dapat dipisahkan. ibarat aur dengan tebing gitu. hahaha.
tak kiralah, apa pun emosi mama saat tu, mendengar lagu dan menyanyi adalah sesuatu yg mama buat kebiasaannya.
yang bestnya, kalau mama happy ada lagu mama suka dengar, kalo sedih pulak, ada lagu special tuk layan perasaan, kalo bosan pun ada dan kalau tengah tension pun ada lagu favourite mama. apa lagunya???? cekidautt!!!

1.Lagu gembira

kalau mama tengah happy kan, mama suka sangat dengar lagu yg catchy muziknya, ataupun rancak. but, bukan lagu ROCK. mama serius takleh dengar lagu rock yang nak kena head banging time dengar. kalo dengar jugak, confirm mama terus sakit kepala. sekarang ni, lagu time happy yg jadi fovourite mama ialah Mr Saxobeat. suka sangat lagu ni. rasa cam nak menari sama dengan Alexandra Stan tu. sexy habis dia kan???
kalau tak pun, lagu cintan-cintun. memang suka. tapi, bukanlah lagu cinta yg sedih sebab putus cinta. mama suka dengar lagu Yuna "Terukir di bintang". rasa cam terus rasa happy je bila dengar. rasa macam "cinta sedang berputik gitu". terus teringat papa. haha. jiwang kan? tak salah kan jiwang dgn suami sediri, kalo jiwang dgn laki orang cam aaron ajis tu lain lah kan, dosa!haha
mama jugak suka lagu2 malique too phat. rasa best je bila dengar, walopon lirik dia cam ulang2 banyak kali.hehe

2.Lagu Sedih

lagu febret mama time sedih adalah lagu-lagu band indonesia. macam dadali, ungu dll. kalo lagu mesia suka lagu sixth sense. bila sedih,  terus capai galaxy tab dan pasang lagu2 ni kt youtube takpun dengar lagu kt mysweetberry. mama mmg save lagu2 ni. kalo sedih terus dengar ulang2 sampai 24kali atau sampai hilang sedih sambil nangis-nangis. bila dah hilang sedih, tukar lak ke lagu2 happy.heee :-)

3.Lagu bosan

kalo bosan pulak, mama suka dengar lagu2 terkini. macam lagu najwa latif- kosong, lagu liyana jasmay-cinta bersatu, lagu2 cover by sheila amzah. pastu nyanyi sesama bajet cam berduet gitu sambil berangan jadik artis ngetop. hahaha

4.Lagu tension

kalau tension je, lagu kesukaan mama adalah lagu2 maher zain dan Opick. bile dengar suara dia je, terus hilang tension. sejuk je hati :-)

pendek kata, setiap rasa ada lagu... gembira, sedih, bosan atau tension pasti ada lagu :-)

tak salah kan dengar lagu, yang penting jgn sampai melalaikan dan jgn sampai tinggal solat dan buat perkara yg dilarang.. tak kesah lah, lagu tu ada lirik yg tak baik ke asalkan kita tak terpengaruh no hal kot nak dengar. mama suka gak lagu zizan dan kaka tu...eh?

--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Re:Hari Keenam - Super hero/heroin kesukaan dan kenapa kamu suka

terpaksa re-update. email failure rupanya....

norlymamadz, sent from my Mr Samsung Tablet 10.1

On May 1, 2012 11:06 PM, "saliana norly" <norly.mamazahra@gmail.com> wrote:


Assalamualaikum semua :-)
Selamat Hari Pekerja kpd semua pekerja. yang suri rumah pun hari ni cuti gak ke?hehe
hari ni mama cuti keje but kat umah masih bekerja. anak dan suami perlu dilayan. pagi-pagi masak nasi lemak ikan bilis yg simple tuk mengisi perut anak2 dan suami. Alhamdulillah, semua kenyang :-)

okeh.... cabaran hari ke-6: super hero/heroin kesukaan dan kenapa kamu suka?
actually, mama takde lah taksub sangat dengan super hero/heroin ni. honestly memang takde spesifik hero yg mama suka. hehe. tapi itu tidak bermakna mama tak tengok kartun tau.

kalau zaman kanak-kanak riang, doraemon lah hero pujaan mama. kira, selalu berangan nak ada poket ajaib macam doraemon lah. mama suka karektor doraemon yang suka menolong orang dalam kesusahan, walopon hakikatnya dia lebih banyak tolong nobita. hahaha. tapi kan, dah namanya budak-budak kan harus lah mudah tertipu. tapi kan, dalam cerita doraemon tu mama serius tak suka watak nobita, sinyu dan giant. serius benci sebab derang tak hebat langsung. kihkih. dalam cerita tu, punyalah mama ni suka sangat doraemon dan sizuka. sizuka tu comel kan???? oleh kerana sangat suka doraemon dan sizuka ni, sampai request kat mak nak beli bantal peluk doraemon yg sama saiz ngan mama. comel kan. doraemon punya pengaruh ni terbawak-bawak sampai zaman remaja tau. mama punyalah excited nak ambil bahasa jepun sebagai bahasa ketiga masa kat UiTM sebab doraemon dan sizuka ni lah.hehehe

zaman bila dah matang ni, superhero mama dah berubah. tak suka dah doraemon sebab rasa cam dia diperbodohkan oleh nobita&konco-konconya. mama jatuh cinta dengan watak iron man. cam berkarisma sangat kot Tony Stark tu. hehe. korang suka tak iron man??? walopon dia tak sekacak superhero yang lain, macam clark kent atau james bond tapi dia kelakar dan berkarisma sama macam superhero mama, my superman a.k.a my hubby shayang mucuk. hahaha...

bila dah kawen ni, superhero mama adalah papa!!!! love u very stronglah papa!!! mmmuuuaaahhh

okeh! sok nak keje dah, rasa tak puas lak cuti. kan best kalau mama ada poket ajaib, bleh lah panjangkan masa tuk 1mei ni. hehe. tak pun, kalo mama ada empayar yg besar macam Stark dah bleh cuti sepanjang tahun. hehe

--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Hari Kesembilan - Sesuatu yg kamu banggakn dalam beberapa hari lepas

Salam Selasa semua :-)

sekali lagi, mama miss meng-apdet belog. bukan saja-saja eh, mama busy yg teramat.

start Jumaat tu, mama keluar gi audit kt Summit pastu ke PJ. mujur lah tak payah jemput Zharif, kalau tak mahu budak tu marah sebab lambat kan. langsung tak menyempat nak buat entry pun. sabtu pulak busy dengan Majlis Akad Nikah anak sedara mama a.k.a anak Along mama, si Noraini Kamsani. Ahad pulak, mama busy melayan DZs sebab papa ada kelas sampai kul 1. melayan 2 org budak yg tengah lasak adalah sangat azab eh. berpeluh-peluh mama melayan karenah budak 2 orang tu, berlari ke dapur pulak masak lunch sebab papa dah whatsapp cakap lapar tahap menggeletar lutut. sebagai isteri yg solehah tak ke kelam-kabut nak masakkan sebab takut suami pitam sebab kebulur. bila papa balik je, terus pengsan sampai ke petang. bangun-bangun pulak, papa ajak keluar gi repair laptop. punyalah penat sangat sampai bergaduh taknak balik umah mak mertua. dah jadi isteri tak solehah pulak. hahaha. isnin pulak, mama apply cuti kononnya nak gi klinik pakar buat full check up gara-gara papa dok takutkan pasal sakit jantung lah apa lah gara-gara mama semput non-stop last week, sudahnya apa pun tak buat sebab nak buat full check up kena buat appointment dulu bukan main redah kasi pecah jek. padan muka! terpaksalah gi klinik biasa je. dah alang-alang cuti, ajak papa gi jumpa Dentist yg comel lawa dan klinik yg cantik dekonya kat Klinik Pergigian Siti Fauzian kat S.7 Shah Alam sebab gigi mama dah rongak. huhu. makcik pembantu klinik tu punyalah gigih tunjuk majalah yg featured klinik pergigian derang. hahaha. tak sangka pulak Dentist tu pun penyanyi jugak suatu masa dulu. heee :D

okeh, alasan sangat kukuh kan?? so, boleh mama teruskan dengan cabaran??? boleh, tak boleh mama nak bolehkan jugak. boleh?? hikhik

Jom kita mulakan dengan Cabaran Hari ke-9 : sesuatu yg kamu banggakan dalam beberapa hari lepas. cekidauttt!

apa eh yang mama banggakan??? satu ke banyak eh??? yg positif ke negatif eh?? bantailah kan...belog mama, sukati mama lah kan..egegege

"Berjaya menghabiskan duit sebanyak RM1500 dalam masa seminggu tanpa mama sedari apa yg mama beli."(baca sekali nafas je)

wahhh!hebak tak hebak lah kan. korang penah???

ya, tak tipu.... papa bagi mama RM1,500 end of April. ekceli, mama plan nak simpan RM1,000 tuk jalan-jalan July nanti tapi mama dah TERHABISkan semua sekali. TER tu... tak sengaja kan. apa yang mama beli???? NTAH. mama sendiri tak sedar. eh, bukan sebab mama kena pukau lah. takde sesiapa pukau mama, mama sendiri yg terpukau dengan duit. hahaha. yang mama ingat, mama habiskan RM200 tuk beli baju mama & DZs, RM150 tuk accessories(rantai & brooches) yg mama nak pakai masa Majlis Nikah anak sedara mama dan rantai tu putus sejurus selepas Majlis (lebih kurang dalam gambar tu), amik baju yg mama tempah RM100, gi buat hair treatment RM240, beli brg make up RM100, bagi mak sikit dan yg selebihnya mama tak tahu gi mana duit tu. rasanya, last week mama tak beli barang secara online. tapi ntah ke manalah duit tu semua. macam air kan duit ni, tanpa sedar boleh habis gitu je. aduhaiii....

mama bukanlah bangga sebenarnya, tapi sebaliknya. which is sangat kecewa sebab cabaran Hari ke-8 mama hancusss. matlamat tu hilang ntah ke mana. hampeh kan???? serius, mama tak tahu nak control diri bila bab duit ni. ada sesiapa nak tolong mama tak???? tuk atasi masalah mama ni.huhuhu

kalaulah ada pertandingan... "habiskan duit selama sehari atau beberapa jam sebanyak yg boleh" , CONFIRM! mama boleh menang tau. tapi, mana lah ada pertandingan macam tu kan. gila! tapi, hakikatnya, itu lah mama. bab duit memang laju je. orang kata "mata duitan" kan. memang mama mata duitan, pantang ada duit, laju jek nak belanjakan. mama ni macam ada satu penyakit tak boleh ada banyak duit dalam wallet, cepat je nak tipiskan wallet tu. kadang tu, beli barang yg merapu dan membazir. 

Okeh, mama dah merapu ni. actually takde sesuatu pun yg membanggakan mama dalam beberapa hari lepas tapi sesuatu yg menjengkelkan ada lah. apa dia??? yg mama story kat atas tu. sekarang ni, saat menaip entry ni mama berasa sangat kesal sebab duit dah takde dalam wallet dan mama tak boleh nak belanjakan. uuwwwwaaaaaaa!!!!!!(sambil nyanyi lagu kesal sixth sense enam ratus kali)

okeh, mama try tuk settlekan semua cabaran esok eh!!!

now, kepala otak sakit sebab keje banyak tertangguh sbb docs banyak pending dan sakit otak sebab pikir wallet dah nak kering dan gaji lambat lagi. hukhuk :'(



--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Thursday 3 May 2012

Cabaran Hari Kelapan - Matlamat jangka pendek (goal/wishlist) tuk bulan ini dan kenapa

Salam khamis semua :)
Mama MC hari ni, semput teruk since malam tadi. Langsung takleh tidur sebab susah nak bernafas. Pagi ni gi klinik panel papa tuk amik nebulizer. Dr suh datang lagi ptg ni if masih semput, dan kalo nafas berbunyi berkemungkinan tuk mama di refer ke hospital adalah tinggi. Doakan mama sihat dan tak perlu refer ke spital eh..

Okeh, sementara berbaring atas katil merehatkan badan ni. Molek lah mama teruskan cabaran 30hari mama ni kan.hehe

Cabaran tuk hari ke-8: matlamat jangka pendek tuk bulan ni. Kiranya sesuai sgtlah cabaran ni dibuat awal bulan kan, kalo dah hujung bulan lain dah ceritanya.

Okeh, matlamat jangka pendek mama tuk bulan May ni adalah nak STOP shopping dan simpan duit tuk percutian kami sekeluarga July nanti. Skang ni, simpanan baru sikit. Macam xcukup je nak shopping kat sana kan. Dah 2,3bulan ni mama spent banyak sgt tuk shopping. Lebih RM1,000 tau. Bagi korang, maybe RM1k tu sikit but bagi mama memang banyak dan membazir. Walaupun mama beli barang yg bleh guna tuk jangkamasa yg lama, but tetap rasa membazir.

So, mulai bln May sampai hujung tahun mama takmo shopping dan nak saving tuk travel and teratak kami yg bakal siap next year. Mama ni gaji kecil, payah lah nak simpan banyak kan. Tapi, kalo sebulan mama bleh spent RM1k tuk shopping kan lagi baik kalo mama simpan duit tu kan???

Harap sangat, mama dapat capai matlamat mama ni. Kali ni serius kena kuatkan hati. So, kepada blogshop-blogshop febret mama kt blog/FB janganlah relaese new collection ehh. Kesian lah kat mama, kang melopong sambil telan air liur je tgk koleksi korang sold out. Uuwwwaaaa!!!

So, chaiyokk tuk mama!!!


P/s: nak sambung rehat. Supaya tak payah gi klinik lagi petang ni :)

Sent from mama's SweetBerry®

Wednesday 2 May 2012

Hari Ketujuh - Gambar seseorang/ sesuatu yang bagi impak besar pada kamu


Salam semua :)
mama semput pagi ni, terpaksa gi neb dulu before masuk office. kalo tak, ada yg tercungap-cungap tahan nafas. huhu
tu lah, since weekend hari tu dok bantai minum sejuk, makan icecream & tak makan ubat langsung.
padahnya, pagi ni semput lah. uuwwwaaaa!

Berbalik pada Cabaran 30hari kita. Hari ni,hari ketujuh: Gambar seseorang/sesuatu yg memberi impak besar pada kamu. dan...

merekalah yang memberi impak besar dalam hidup mama, papa, Zahra dan Zharif. sejak kehadiran mereka, hidup mama berubah. banyak perubahan ketara yg berlaku, antaranya...

Status Bertukar
sejak kehadiran mereka dalam hidup mama. status mama berubah, dari single ke married. dari isteri ke mama. wahhh! bangga sangat dapat menjadi mama dalam usia yg sangat muda, 25tahun. sempurna rasa bile dapat melahirkan zuriat dari rahim sendiri. paling menggembirakan, dapat lihat perut membesar masa mengandung. cute! haha

Mematangkan
kerana kehadiran mereka jugalah mama belajar mematangkan diri. belajar mengurus rumahtangga dan anak-anak. masa tu, baru lah tahu apa perasaan mak mama. penat cari rezeki, terpaksa pula melayan kerenah anak-anak. walaupun letih, tapi nikmat. hanya seorang ibu, faham perasaan seorang mama. betul tak?? siapa sangka, kita yg dulunya anak yg manja dan keanakan, boleh berubah sekelip mata dengan hanya kehadiran mereka menjadi seorang yg dewasa! serius macam tak sangaka. haha

Penawar segala penyakit
dengan kehadiran mereka jugalah, menjadi penawar dikala duka, menjadi penyembuh ketika sakit. tak percaya???? tunggu korang ada anak, korang akan mengaku akan kebenaran ini. macam sekarang ni, walaupun semput tetap melayan anak-anak tanpa jemu. walopon kadang-kadang, mengamuk gak macam tarzan. hahaha. tapi, bila pandang muka mereka hati terus senang, hilang semua penyakit. seronok bergelak ketawa dengan mereka...

merekalah buah hati pengarang jantung mama... tanpa mereka, hidup mama bisa pincang! (wah! pengaruh sinetron ni.hehe)

okeh... sambung sok!!! cabaran hari ke-8!!!








--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!