Wednesday, June 22, 2011

Dalam masa terdekat ni aku TIDAK BERKESEMPATAN bersama korang kat conference sbb kesihatan tidak begitu mengizinkan. kalau aku dah sihat aku akan kembali join so jaga diri korang, chat & gurau leklok & kalau ada ruang di fikiran & hati korang ingat2lah kat aku yer...chow!

p/s : shawn i xdpt hubungi u i tak tahu what hpn 2 ur nset that's why i ltk note kat sini (i tahu u pengikut setia blog i) supaya u dpt kasitau the rest, send my regards to them & 1 lagi kasitau amir don't wry i "dah" pun tolong dia :)

"hope" 2 c u all again!

Friday, June 17, 2011

Jom kongsi nilai murni di sebalik cerita

*****

Mungkin ada di antara kita yang masih ingat, sewaktu kecil dulu, sebelum kita melelapkan mata, pasti ibu kita akan bercerita. Tidak kisahlah apa jenis cerita yang akan diutarakan. Mungkin cerita kisah para Nabi, kisah para sahabat Rasulullah, cerita dongeng dan sebagainya.

Mungkin anda juga pernah mendengar atau terbaca cerita mengenai kucing dan tikus ?
Kisahnya berkisar mengenai sang kucing penjaga rumah yang sangat dipercayai oleh majikannya dan seekor tikus pencuri makanan yang cukup cerdik.

Setelah siap menyediakan hidangan makan malam, belum pun sempat sang majikan menjamah hidangannya, dia terpaksa keluar atas urusan yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu dia telah mengamanahkan kepada sang kucing untuk menjaga makanan dari sang tikus.

Kucing itu pun berjanji pada dirinya sendiri bahwa dia akan menjaga amanah tuannya dengan rasa begitu bangga kerana tuannya memasrahkan keamanan makanan tersebut sepenuhnya kepadanya.

Ternyata, di saat yang sama, si tikus pencuri yang cerdik mengetahui hal itu. Tentunya, si tikus tak mahu membuang waktu dengan kesempatan yang ada di depan mata begitu saja. ia pun mengatur strategi untuk melahap makanan yang ada di atas meja.

Dengan penuh keberanian dan perancangan, si tikus melancarkan misinya. Di saat si kucing lengah itulah si tikus mencuri satu-persatu makanan yang ada di atas meja dan membawanya ke tempat persenbunyiannya.

Belum sempat sang tikus menyudahkan misinya, perkara tersebut telah disedari oleh sang kucing. Dengan wajah penuh geram sang kucing mengejar si tikus. Tidak mahu mati dimakan sang kucing, tikus itu berlari sepantas yang mampu untuk menyelamatkan dirinya.

Sayangnya, langkah si tikus tidaklah stangkas langkah sang kucing. Sehingga adegan kejar-mengejar itu pun berakhir dengan tertangkapnya si tikus.

Akan tetapi, walaupun si tikus telah ditawan, dia masih berusaha untuk memboloskan dirinya. Pada hemat si tikus yang cerdik itu, kalau berlawan dari segi fizikal, tidak mungkin dia akan menang, si tikus pun mencari helah. Dan dia berkata kepada sang kucing. “Tolong lepaskan saya. Saya tidak akan mengulanginya lagi.” Sang kucing menjawab. “Apa jaminannya? ” Si tikus tidak mau menyerah begitu saja. ia menjawab. “Bagaimana kalau saya beri tuan sebahagian dari makanan itu. Bukankah tuan juga belum pernah makan makanan itu.?”

Mendengar saja tawaran yang diberikan, dia tidak ingat lagi akan janjinya kepada majikannya. Sang kucing pun menerima tawaran si tikus. Dia melepaskan si tikus hanya kerana si tikus memberinya sepotong ikan masin/kering saja. padahal yang dicuri si tikus lebih dari itu.
Maka terlepaslah si tikus dari tawanan sang kucing, si tikus tertawa terbahak-bahak merasa menang kepada si kucing. Sedang si kucing hanya mendapat sepotong ikan masin/kering dan akan menerima omelan dan hukuman dari sang majikan.

Dari cerita di atas memanglah sebuah cerita yang biasa saja, namun apa yang boleh kita simpulkan kadangkala kerakusan akan harta dan kesenangan duniawi boleh membuat kita lupa akan amanah dan tanggungjawab. Memang betul wang atau duit sememangnya tidak bernyawa tetapi wang / duit sangat berkuasa.”

Abad ini, saya merasakan kehadiran kisah sang kucing dengan si tikus. Namun bukan di dalam sebuah cerita dongeng. Melainkan di dunia nyata. Dunia di mana masih banyak tikus-tikus pencuri dan professional juga cerdik pula, dunia di mana tidak sedikit pula kucing-kucing yang loyalitnya rendah dan juga rakus.

Lihatlah disekeliling kita, mungkin anda juga akan menyedari dengan apa yang saya utarakan. Pun begitu, perkongsian ini tidak bermakna untuk menyentuh sesiapa jauh sekali untuk mengwujudkan sentimen memandang serong kepada orang lain, Cuma dalam apa jua yang kita lakukan, dalam keghairahan kita mengejar kebahagian dan kegembiraan duniawi janganlah pulak kita merendahkan nilai yang ada dalam diri kita.

Akhir sekali saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini. Jangan sedih kerana kita tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu, tetapi apa yang kita dapat lakukan, lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya. dan jangan sombong jika kita merasa banyak melakukan beberapa hal berbanding orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan, dan orang yang rendah hati pasti akan ditinggikan.

oleh : Ima Harlina


taraaaaaaaa..!!! ini dia char koay teow buatan sendiri. Al-kisahnya bila difikir2kan memang menggelikan hati.

Malam tadi selepas kelas "minat baruku" cikgu yang aku panggil abang Anuar telah belanja aku makan ditempat peberet dia selalu lepak2 dengan kekawan dia. Banyak kali dia asyik cite tentang keenakan & kesedapan makanan kat situ terutamanya char koay teow yang katanya memang mabeles. Aku pun teruja nak rasa macam mana nyer sedap koay teow goreng kat situ.

Aku baru jer suap semulut abang anuar dah tanya sedap tak? Aku tanya dia balik "nak jawapan jujur ker atau nak jawapan ambik hati?" Ofkos ler dia kata nak jawapan jujur. Sebelum aku jawab aku minta maaf dulu kalau jawapan aku adalah "char koay teow buatan aku lebih sedap lagi" hehehe Dia leh terima dengan alasan selera setiap orang mana nak sama.

Petang tadi sebelum singgah kelas dia bawa aku ke rumah emak dia. Aku terpinga pinga tanya kenapa bawa aku kesitu. Akhirnya baru aku tahu tujuan dia bawa aku ke rumah emaknyanya nak suruh aku goreng koay teow. Gelak aku, macam ni punya orang pun ada. Macam biasa aku pantang dicabar jadi akhirnya berbuka puasa petang tadi kita orang makan char koay teow buatan aku. Akhirnya dia sendiri mengaku memang buatan aku lebih sedap dari tempat pilihan dia hehehe baru tauuuu!!!

Thursday, June 16, 2011


tajuk lagu : starlight tears (i will be waiting for you)
penyanyi : kim yoo kyung
ost : boys over flowers

layan cite korea ni terasa diri bagai berada di tempat Jandi (nama heroin cite ni). dalam scene ni diatas jambatan batu yang begitu indah CINTA DIA, PERASAAN DIA, HATI DIA MALAH DIRI DIA TELAH DICAMPAK KETEPI SEOLAH OLAH SEMUANYA TIDAK MENINGGALKAN SEBARANG KESAN kepada Junpyo (nama hero dalam cite ni) betapa sebak dia menerima kenyataan yang dirinya tidak diperlukan lagi...

aku sedih nengok part ni, aku MENANGIS nengok part ni tapi aku masih nak juga tengok part ni sebab part ni lah yang terlalu "menyentuh" perasaanku..kenapa??? hanya Allah saja yang tahu..

...sesungguhnya aku tidak bisa lagi memikirkan yang lelain selain dari kekosongan hati..hati makin tegar pasrah dengan segala yang terjadi...telah ku susuri perasaan halus hati tapi tidak ku temui apa-apa lagi...hanya mampu mengusung kedukaan hati bila kisah janji dimungkiri lagi...



...sebak dadaku, retak hatiku, luka jiwaku dihiris pilu...

Tuesday, June 14, 2011






Kisah Hati ~ Alyah

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya


Sunday, June 12, 2011


merenung jauh layan lagu ni...
tidak begitu perasan akan kuwujudannya sehingga seorang rakan (sid nick dia & dia juga seorang dj di salah satu online radio) di facebook yang juga pernah jengah ke blogku ini membuat permintaan sewaktu aku hilangkan windu berdj sekejap. Sah ler lagu ini tidak pernah ku dengar sebab sewaktu mendapat requestnya aku mencari di dalam koleksi mp3ku tapi tak ader jadi aku muat turunkan lagu ni.

Sewaktu lagu ni di mainkan hanyut aku seketika menghayati melodi,lirik dan suara penyanyinya yang memang ngam dan sejak hari tu lagu ni sering aku dengar di mana-mana dan yang pasti kini aku makin "mencintai" lagu ini...adakah liriknya berkaitan dengan perjalanan kehidupanku..hurmmmmm..!!!



Lirik yang meruntun jiwa ragaku..tersiat siat rasanya..

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

*
Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Reff:
Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Back to *, Reff:

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi.. (2x)

Assalammualaikum petang hari Ahad 12 June 2011

Untuk sekian kalinya setelah agak lama tidak ku jengah yahoo email tetiba petang ni sedang merehatkan diri yang tidak begitu sihat (demam) terpanggil untuk melihat samada ada lagu2 baru yang "DIA" ingin berkongsi denganku. Selalunya lagu2 yang di kongsi memang menyentuh perasaan.

Seperti yang di jangka memang ada beberapa lagu indonesia (DIA memang minat lagu2 indonesia yang katanya selalu menyentuh jiwa halusnya) yang di hantar untuk aku. Terima kasih yer di atas kesudian berkongsi dengan Cella.

Dalam 4 buah lagu yang di hantar lagu Wali Band yang berjudul "Doaku Untukmu Sayang" amat ku gemari dan tak tahu kenapa for the 1st time dengar berderaian airmata di pipi..

**

Doakau Untukmu Sayang ~ Wali Band

Kau mau apa, pasti kan ku beri
Kau minta apa, akan aku turuti
Walau harus aku terlelah dan letih
Ini demi kamu sayang

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti

Taukah kamu apa yang ku pinta
Di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti

(Tuhan tolong aku juga jaga dia, Tuhan ku pun sayang dia)

Aku tak akan berhenti
Menemani dan menyayangimu
Hingga matahari tak terbit lagi
Bahkan bila aku mati
Ku kan berdoa pada Ilahi
Tuk satukan kami disurga nanti...


Thursday, June 2, 2011

"bagai retak menanti belah" membawa maksud ada saja yang serba tak kena dan dalam "keadaan sekarang" apa saja tindakan untuk memulihkan keadaan seolah-olah menemui jalan buntu.


Semalam dan separuh hari ini aku cuba control perasaan dan tindakan aku supaya dapat baiki perhubungan yang baru nak "baik". Bila aku bersikap begini seolah olah dia mengambil kesempatan "TETAP" bertindak dan melakukan perkara2 yang dah pernah banyak kali dia buat dan kesemua perkara2 itu yang merupakan punca pergaduhan.

Kejadian petang tadi membuatkan aku merasa begitu bodoh entah untuk kali yang keberapa mempercayainya. Bagi aku dan manusia normal yang lain kalau dah tak dapat menunaikan kata atau janji sebaiknya perkara2 berikut perlu di lakukan dengan secepat mungkin:-

1) minta maaf
2) jelaskan kenapa tak dapat nak tunaikan kata2@janji
3) baru kemukakan persoalan yang lain

ni tidak dah ler tak menepati kata2 perkara pertama yang di lakukan nak cite yang dia dah sampai umah dan siap tanya aku dah dinner ke belum? huhhhh.... birai betul kepala aku memikirkannya, apa tak ingat ker yang dia membuat orang tertunggu-tunggu. Bila dia merasa dia telah bersalah macam biasa akan cover line dan tukar topic siap dia tanya aku selama ini aku faham tak pekerjaan dia? Apa kena mengena tak tunai kata-kata dengan pemahaman aku tentang kerja dia??? Keadaan SIKAP diri dia sendiri yang membuat orang susah nak faham dia dah lah selalu bila kita sms A dia jawab B dan kekadang tak jawab langsung terus tukar topic dan suka suki hati dia nak ghaib camtu jer. Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... luka hati aku bukan setakat dah bengkak malah dah bernanah dan sket hari lagi dah nak berulatttt layan orang camni arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...!!!!!!!!!!!!!!!!


Assalammualaikum..

merenung jauh ke dasar segala yang terjadi tidak juga membuat aku berjumpa dengan jawapan pada "permasalahan" yang melanda diriku sekarang. Sudah lama aku membiarkan persoalan berlalu tanpa jawapan dan rasanya aku dah TERLALU PENAT untuk mengulangi memikirkannya. Sekarang ini sebaiknya aku mengikut rentak agar aku tidak lagi terlalu bergantung kepada harapan yang kini hanya tinggal harapan...aku kena terima hakikat bahawa sudah tiba masanya diriku tidak lagi berhak mendapat layanan seperti dulu dan aku juga mesti sematkan dalam minda bahawa tanpa aku keadaan dia akan baik2 saja tidak lagi seperti dulu. Aku yang bersalah terlalu berpegang pada kata-kata dan janji sehingga aku leka bahawa suatu waktu aku tidak lagi bererti untuk dia...keciannya aku!

Terlalu percaya dan berpegang pada kata2 dulu membuat fikiran ku makin kelam kabut dan nampaknya aku mesti menkaji perbuatannya yang telah pinggirkan aku selama 10 hari dengan alasan untuk menguji. Demi untuk kepuasan hatinya untuk menguji samada aku terlalu berharap kepada dia sanggup dia ketepikan perasaan aku. Perkara telah berlalu dan sepatutnya aku lebih meneliti apa yang sebenarnya di sebalik kejadian "10 hari" itu. Meskipun dia puas dan berjaya serta happy dengan tindakan dia tapi aku....
seharusnya aku kena lebih matang dengan segala perbuatan yang dia lakukan kepada aku dan sebaiknya segala apa yang ku rasa kini ku simpan saja dalam hatiku yang paling dalam kerana untuk bertindak dan berkata lebih dari sekarang sudah tidak bermakna lagi...Apa yang telah dia lakukan selama 10 hari ini mungkin tiada kesan apa2 di hatinya sebab itu dia tidak kisah untuk meminta maaf sebab alah bisa tegal biasa.. dah "terlalu selalu" dia buat begitu dan "sudah selalu" aku masih berlembut hati walaupun yang sebenarnya hatiku cukup terluka, bagiku kemaafan bukanlah penawar segala duka KERANA YANG TERLUKA AKAN TETAP LUKA!



;;