Friday 21 October 2011

Contoh Soalan Latihan Kata hubung

Selamat Mencuba
1Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti, ............................ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.


dan


lantas


manakala


bagaimanapun

2Roslan sangat aktif dalam persatuan belia di kampungnya. ........................... , dia telah dilantik menjadi pengerusi persatuan itu.


Di samping itu


Namun begitu


Kalau begitu


Oleh kerana itu

3Haji Midon bukan sahaja pemurah .................... baik hati.


dan


tetapi


manakala


malahan

4Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya ............................. mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk tempatan.


jika


hingga


ketika


sementara

5Mora masih belum pulang ...................... hari sudah lewat senja.


walau bagaimanapun


meskipun


setelah pun


jikalaupun

6Sesuatu kejayaan itu tidak akan datang sendiri. ................ kita mestilah berusaha bersungguh-sungguh.


Demikian


Oleh itu


Sungguh


Daripada

7Kawasan hutan ini sangat merbahaya, ............ kamu hendak pergi juga kenalah berhati-hati.


bila


sungguhlah


kerana


jikalau

8Perkhidmatan pergigian telah lama wujud di sekolah. ................ ada segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka diberi rawatan.


Jadi


Oleh itu


Dengan demikian


Walau bagaimanapun

9Penggunaan komputer dalam kemajuan teknologi amat penting. .....................murid-murid digalakkan mempelajari cara menggunakannya.


Lagi pun


Di samping itu


Oleh sebab itu


Lebih-lebih lagi

10Fail-fail pendaftaran murid semuanya telah diserahkan ................ Cikgu Ahmad Kamil semalam.


ke


kepada


kerana


untuk

11Semua guru sentiasa mengharapkan .....................murid-muridnya berjaya di dalam pelajaran.


sentiasa


agar


kerana


doa

12Sampai .............. awak hendak jadi ............. ?


bilakah, begitu


hatikah, begini


bilakah, begini


begini, begitukah

13Bukan ................... caranya membuat buku skrap yang baik dan menarik.


itu


begitu


ini


begini

14Beritahu saya ............... kah yang telah mengugut kamu ?


apa


bagaimana


siapa


bila

15Buatlah sesuatu kerja itu dengan berhati-hati ...................... hasilnya memuaskan.


kerana


dan


supaya


setelah

16Pameran buku itu akan diadakan ............. 6 Januari ................ 8 Januari.


dari , hingga


daripada , hingga


pada , dengan


dari , dengan

17Ayah dan ibu Ani akan .................. Mekah untuk menunaikan haji ............. tahun ini.


dari , pada


hingga , ke


beberapa , pada


ke , pada

18Buah durian mahal harganya .............. sedap rasanya.


tapi


tetapi


dan


malah

19Azmi akan didenda kerana ponteng sekolah. .......... dia dapat membuktikan bahawa dia sakit.     


melain


malahan


melainkan


kalau

20Pak Usop bukan sahaja menderma kepada anak-anak yatim .................. sentiasa pula membawa mereka makan angin dengan vannya.


melainkan


malahan


dan


tetapi

21Raju tidak makan daging ................. emaknya telah memasakkannya sayur-sayuran sahaja untuk dimakan.


oleh itu


oleh kerana


sebab


kerana

22Julia membelikan hadiah ............ gurunya.


bagi


untuk


kepada


khas

23Kebanyakan para remaja mudah dipengaruhi .............. budaya barat.


untuk


oleh


seperti


oleh itu

24Semua anak kucing Zaharah bulunya berwarna coklat ........... seekor berwarna putih.


melainkan


kecuali


bahkan


hanya

25Kesemua murid hadir di sekolah pada hari ini .................. Nazri.


kerana


kecuali


melainkan


selain

26Pilih ayat yang menggunakan kata penghubung yang salah.


Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang.


Awak hendak beli baju itu atau baju ini ?


Ibu berbual-bual selagi menunggu ayah membuat kerjanya.


Emak terkejut apabila mendengar cerita dari saya.

27Pilih ayat yang menggunakan kata penghubung yang salah.


Dia seorang peramah serta adiknya pula pendiam.


Semenjak kematian orang tuanya, kehidupannya bertambah susah.


Siew Lan tidak hadir ke sekolah kerana demam.


Ismi seorang budak yang cerdik tetapi berat tulang.

28Pilih ayat yang menggunakan kata penghubung yang salah.


Selepas mengucapkan terima kasih, saya minta diri untuk pulang.


Azhan akan bertolak di Kelantan pada petang ini juga.


Apalah yang hendak dikatakan memang sudah nasib saya begini.


Ibu suka memasak sambil bercerita dengan pembantu rumah kami.

29Pilih ayat yang menggunakan kata penghubung yang salah.


Ketika kejadian, saya sedang memasang pukat di pantai.


Walaupun Ali seorang yang pemalas tetapi dia baik hati.


Fauziah masakkan lauk kepada anak-anaknya.


Sebahagian besar daripada penduduk kampung itu adalah orang-orang Asli.

30Pilih ayat yang menggunakan kata penghubung yang salah.


Seniwati Saloma adalah seorang seniwati yang pandai menyanyi dan berlakon.


Sri Devi menyanyi dari menari untuk mengelakkan rasa bosan penonton.


Norman sedang mengarang sajak sambil membacanya.


Kanak-kanak perempuan itu sedang bermain masak-masak.

31Lumpur-lumpur yang terdapat .................. badannya menjadikan ia licin macam ................. .


di , kerbau


pada , belot


pada , belut


di , selut

32Kejayaan anak sulungnya melanjutkan pelajaran ke luar negeri menjadi pendorong ............. Puan Norsiah untuk bekerja keras bagi menyekolahkan anaknya yang lain.


daripada


dengan


kepada


dari

33Lebih baik kita tinggal di kampung ................... tinggal di bandar.


dari


di


pada


daripada

34Tun Dr. Ismail ialah seorang pemimpin yang tegas, rajin .............. gigih.


dan


sambil


lalu


kerana

35Pertandingan melukis yang diadakan di Dataran Merdeka itu adalah ...................... Hari Kanak-kanak Sedunia.


sebab


sempena


untuk


sebagai

36Faridah bertekad meneruskan program itu ......................... mendapat tentangan daripada rakan-rakannya.


meskipun


andai


lalu


lantas

37Ramai pemandu ditahan polis. .................. kerana pelbagai kesalahan lalu lintas yang telah dilakukan.


Meskipun


Hal ini demikian


Oleh sebab


Namun begitu

38................. dia yang bijak pun tidak dapat membuat kerja itu, ................ aku yang baru belajar.


Walaupun, bagaimana


Bukan sahaja, manakala


Biarpun, tetapi


Sedangkan, inikan pula

39Pelumba dari Selangor itu mencuba upaya menamatkan lariannya ........... kakinya sakit.


apabila


sungguhpun


jikalau


melainkan

40Siram pokok-pokok bunga itu pada setiap hari ................. tidak layu.


lalu


serta


agar


kerana

41Anida mendesak emaknya supaya memberitahu ........... . bapa yang dia ingin berhijrah ke kota.


kepada


tentang


akan


terhadap

42Deraman dan Fatul ................ keluarga mereka akan pergi bercuti ke London.


lalu


serta


atau


dan

43Dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres dan van itu, ramai yang cedera ............ ada yang terbunuh ....................... pemandu bas tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.


dan, apabila


bahkan, sungguhpun


dan, manakala


tetapi, manakah

44Kehidupan keluarga Jaafar sungguh mewah ............. mereka lupa daratan.


justeru


sehinggakan


kalau begitu


namun begitu

45.............     taufan Greg melanda, bander Keningau menjadi huru-hara.


Kerana


Apabila


Meskipun


Terdahulu

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.