_______________________________________________________________________________________________
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Ahad, 1 Mei 2016

Dua tiga bulan sempena El Nino ni banyak juga kami perasan hal hal berkaitan dengan ular.


Jadi,kami rasa terpanggil untuk kongsi tips tentang bagaimana mencegah sang ular dari masuk menerusi lubang paling penting dalam kehidupan kita iaitu lubang tandas.


Baiklah,kebiasaan rumah yang dimasuki ular ni ialah rumah jenis bawah.Pasal,lubang tandas dia connect terus ke kelubong tahi.Rumah jenis atas pula sangat payah berlaku kes macamni atas faktor ketinggian.

Hal ini berlaku kerana 2 sebab yang paling kami rasa releven :

1.Ular mengejar tikus yang melarikan diri dan masuk ke saluran tahi lalu menuju ke lubang tandas terbabit.( Tikus Longkang ).

2.Mencari sumber air akibat cuaca panas.

Hangpa jangan sangka air yang bertakung dekat lengkok lubang tandas tu penuh hingga ke kelubong ya.Sebenarnya sikit je air tu.Sebab tu binatang boleh masuk dengan mudah tanpa perlu menahan nafas panjang. ( rujuk gambar ).


Ok,apa hang nak kena buat?

• Beli Clorox.
• Setiap kali lepas mengebom dan flush,tuang Clorox tadi ke air bertakung tu.Buh lebih pun takpe.
• Pastikan tak ada bom.Kalau tak nanti tak mujarab.
• Clorox ni tujuan dia nak kasi mata benda benda yang masuk tu pedih.Bila dah pedih,confirm dia buat U - turn.
• Kalau hang nak tahu pedih dia macamana,hang try duduk dalam bilik air lepas tu tuang Clorox ke lantai banyak banyak.Confrim hang akan bertaubat.
• Tutup cover balik dan hiduplah seperti biasa.

Maklumat Tambahan.

• Bagi yang mendiami rumah atas tanah,pastikan penutup Kelubong Tahi / Najis, Manhole tertutup rapi atau tidak terbuka.
• Lenyapkan kehadiran tikus disekeliling luar dan dalam kediaman anda bagi memutuskan ikatan makanan piramid ular.
• Ular yang biasa memasuki rumah adalah dalam jenis Sawa dan Tedung Selar.

P/s : Bagi sebarang hal berkenaan Reptilia,jangan pernah call kami.Call lah RELA.

Credit:
FB The Pest Hell
#ThePestHell
Pergh&Mantap

Tiada ulasan:

Catat Ulasan