TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG - SALAM PERJUANGAN


JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, July 17, 2009

wang palsu Malaysia di Thailand ???


Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menyiasat kes rampasan 13,000 keping wang palsu RM50 di luar wilayah Bangkok kelmarin.

Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, kerjasama tersebut bagi mengesan jika kegiatan itu didalangi oleh satu sindiket pemalsuan wang antarabangsa.

Katanya, ini termasuk memastikan wang palsu itu adalah Ringgit Malaysia.

"Kita juga akan membantu mengesan jika siasatan menunjukkan terdapat ahli-ahli sindiket kumpulan itu di negara ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bernama hari ini melaporkan, polis Thailand merampas lebih 13,000 keping wang RM50 yang bernilai antara RM650,000 dan RM750,000 apabila menyerbu rumah seorang bekas pegawai kanan tentera di wilayah di luar Bangkok dua hari lalu.

Wang-wang tersebut ditemui ketika polis menyerbu rumah seorang bekas pegawai kanan tentera di wilayah di luar Bangkok itu yang turut menemui senjata api.

Ketua pencegah jenayah dua divisyen, Kol Akradej Pimolsri memberitahu pihak media, serbuan dilakukan hasil maklumat awam bahawa bekas pegawai tentera itu menyimpan senjata api di rumahnya.

Rampasan wang itu yang dicetak di Thailand dipercayai yang terbesar sejak beberapa tahun lalu.

"Sebelum ini ada maklumat bahawa ringgit palsu dicetak di Kemboja. Tetapi kini kami ada maklumat ia mungkin dicetak di luar Bangkok," kata seorang pegawai polis.

utusan


KUALA LUMPUR 15 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan wang kertas RM50 reka bentuk baru yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan moden dan inovatif dengan tujuan utama untuk menghalang cubaan pemalsuan.

"Reka bentuk baru wang kertas RM50 ini merupakan denominasi pertama dalam Siri Keempat mata wang kertas Malaysia yang akan menggantikan siri sedia ada secara berperingkat-peringkat," kata BNM dalam kenyataannya di sini, hari ini.

Siri reka bentuk wang kertas RM50 sedia ada akan terus sah diperlakukan dan diedarkan bersama-sama wang kertas baru RM50 ini sehingga ia dikeluarkan daripada edaran secara berperingkat.

Had masa bagi tempoh edaran bersama ini tidak ditetapkan, kata Bank Pusat.

Wang kertas RM50 bentuk baharu ini sebelum ini dikeluarkan pada Disember 2007 sempena Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia. Siri baru ini tidak mempunyai logo sambutan jubli emas kemerdekaan negara.

Ciri keselamatan dipertingkat bagi reka bentuk baru wang kertas RM50 termasuklah benang keselamatan dengan warna berubah-ubah yang menggantikan benang keselamatan sedia ada dan tertanam di dalam kertas.

Benang ini kelihatan seperti garis putus-putus yang berwarna pada bahagian belakang wang kertas. Apabila diletakkan pada cahaya, benang ini akan kelihatan seperti garis lurus kehitam-hitaman dan teks BNM RM50 yang berulang-ulang jelas kelihatan.

Apabila wang kertas ini disengetkan, warna benang keselamatan ini akan bertukar daripada merah kepada hijau, dan sebaliknya. - Bernama

No comments: