Monday 20 October 2014

PERANAN MASJID UNTUK MASYARAKAT


PERANAN MASJID UNTUK MASYARAKAT  

              Masjid memainkan peranan dalam mengukuhkan demensi social dan masyarakat. Justeru masjid menjadi pusat komuniti Islam dengan strukturnya yang kukuh. Ia merupakan satu keperluan penting dalam bidang social dan Masyarakat. Penglibatan komuniti dalam program masjid bukan sahaja masyarakat Islam, agensi-agensi , NGO malah juga melibatkan orang bukan Islam dalam kawaasan masjid. Oleh itu masjid boleh di lihat sebagai satu usaha ke arah perpaduan ummah.
              Bagi memperkukuhkan kesatuan ummah menerusi institusi masjid perlaksanaan “ Program  Ziarah Masjid “ membawa mesej jelas bagaimana mengimarahkan masjid. Ziarah sebigini akan lebih mencapai maksudnya, apabila para pemimpin turut mengambil peluang untuk mengenal pasti apa-apa keperluan yang ada dalam menguruskan sesuatu masjid.
             Memakmurkan masjid bukan sahaja eklusif kepada barisan jawatankuasa masjid , tetapi turut merangkumi seluruh warga kariah. Gulongan belia, wanita, warga emas dan kanak-kanak perlu dilibatkan secara akif dalam agenda ini. Masing-masing  dengan kesesuian sendiri. Kita perlu menjadikan masjid  sebagai medan  transformasi diri yang terbaik. Masjid akan jadi medan pembangunan dan pengislahan diri, apabila suasana dan amalan di dalamnya benar-benar berfungsi.
 
Perbagai program boleh diadakan dimasjid termasuklah ceramah umum
 
 
Gulungan muda menjadi tonggak kekuatan ummah satu hari nanti
 
          Bagi mewujudkan hubungan mesra institusi masjid dengan semua lapisan masyarakat,kita semestinya memberi focus kepada pembangunan modal insan khususnya golongan belia atau remaja. Berdasarkan kitu, menyusuri sirah terdahulu, pada awal kemunculan Islam kita menyaksikan bagaimana gulongan belia menjadi tonggak dakwah dan ejen pembangunan dalam membina kekuatan ummah.
Aktiviti riadah pun boleh diadakan diperkarangan masjid
 
DAKWAH
         Dimasjid , laungan azan yang dikumandangkan merupakan salah satu medium dakwah terpenting. Ia merupakan saluran dakwah yang sering kali kedengaran pada masuknya waktu solat yang menyeru dan memanggil orang Islam ke Masjid.
         Di Malaysia, amalan berdakwah menerusi medium masjid lama diamalkan seperti kelas-kelas agama, bimbingan haji, jamaah tabligh, sekolah agama kafa yang menggunakan premis masjid dan lain-lain. Namun aktiviti yang sedia ada pada hari ini harus dipertingkat dan diperkemaskan agar masyarakat awam tidak melihat masjid  bukan sahaja tempat beribadah semata-mata  bahkan juga  one stop centre bagi semua aktiviti harian manusia sehingga lahirnya masyarakat Islam yang berjiwa masjid.
      Program masjid yang dilaksanakan perlu berpaksikan kepada beberapa aspek. Pertama berkaitan perlaksanaan program dakwah yang merangkumi penjanaan ilmu  Islam untuk diterapkan kepada jamaah. Kedua  aktiviti dakwah yang merangkumi fungsi masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat. Aspek ketiga ialah program pembangunan motivasi dan jati diri masyarat.
Kesedaran untuk berzakat juga boleh terapkan melalui program seperti ini.
 
EKONOMI
Masjid yang mempunyai kawasan yang luas dapat mempertingkatkan ekonomi melalui pembukaan tapak perniagaan menjual pelbagai produk keperluan masyarakat. Masjid dapat menjana pendapatan melalui sewaan tersebut. Malah pihak masjid boleh mengatur aktiviti perniagaan mengikut takwim Islam seperti pada hari jumaat, Ramadhan , hijrah ,haji dan mauled.
          Selain itu, masjid boleh menyediakan perkhidmatan bank dengan membuka cawanga bank tertentu atau menyediakan mesin ATM sebagai bentuk kemudahan kepada masyarakat. Disamping itu, masjid boleh menyediakan pejabat pos bagi membekalkan pelbagai perkhidmatan bagi masyarakat setempat. Konsep ini boleh diterapkan mengikut pendekatan UTC yang menawarkan pelbagai kmkemudahan pada suatu tempat untiik masyarakat setempat.
Mesin ATM seperti ini boleh boleh memberi kemudahan kepada jemaah.
 
         Kesimpulan , masjid merupakan institusi Rabbani yang unggul bagi umat Islam. Peranan yang dimainkannya bukan sahaja dalam perkara  yang bersifat kerohanian, malah turut mancakupi pelbagai aspek kehidupan manusia sama ada berbentuk social, budaya, ilmu, politik dan sebagainya.
 
Nota:
Artikal ini adalah rumusan dari ceramah bertajuk “ Institusi Masjid Memperkukuh Satu Ummah” oleh Dr Lokman Abd Rahman JAKIM sempena majlis Anugrah Masjid Malaysia 2014 Di Cyberjaya.
 

No comments: