Monday 4 August 2014

AIDILFITRI 2014


SEBAIK tenggelamnya senja terakhir bulan Ramadan, maka muncullah Syawal mulia. Saat yang memang dinanti-nantikan segenap individu Muslim. Kehadirannya pasti disambut dengan penuh rindu dan diraikan dengan rasa kegembiraan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Sesungguhnya lebaran rahmat Allah SWT dan anugerah-Nya yang sangat bermakna dan istimewa kepada orang yang berjaya melaksanakan ibadah puasa sepanjang Ramadan dengan tekun dan penuh keimanan. 

BACAAN KHUTBAH AIDILFITRI DARI IMAM 1

UCAPAN ALU ALUAN DARI TUAN NAZIR SEMPENA BULAN SYAWAL

Hal ini pernah diceritakan Anas RA bahawa selepas Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda mendapati bahawa penduduk Madinah mempunyai dua hari yang mereka raikan pada zaman Jahiliah. Lalu Baginda bersabda: Aku sampai kepada kamu semua dan aku dapati ada dua hari yang kamu semua raikan pada zaman Jahiliah, dan sesungguhnya Allah SWT menggantikannya bagi kamu dengan dua hari yang lebih baik daripadanya: Aidiladha dan Idil fitri (HR Ahmad, Abu Daud dan An-Nasaie) 

Syeikh Ahmad Abd al-Rahman al-Banna berkata: Aidilfitri dan Aidiladha ini adalah syariat Allah, dipilih Allah untuk makhluk ciptaan-Nya, dan kedua-duanya juga datang selepas daripada pelaksanaan dua rukun besar daripada Rukun Islam, iaitu haji dan puasa. Pada kedua-dua rukun ini, Allah akan mengampunkan dosa mereka yang menunaikan haji dan mereka yang berpuasa, dan Dia mencurahkan rahmat-Nya ke atas makhluk ciptaan-Nya yang taat.

Dalam keseronokan menyambut Aidilfitri, jangan pula sampai melanggar batasan yang ditetapkan dalam Islam, sehingga menyamai orang bukan Islam menyambut hari perayaan mereka. Biarlah sambutan lebaran menjadi satu ibadah yang disukai Allah dan tetap mendapat ganjaran pahala. Sebagai seorang Islam yang bertakwa, lebaran haruslah disambut mengikut apa yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah. 

l Dalam hal berbelanja untuk menyambut hari raya. Dalam menyambut kehadiran hari lebaran, sudah tentu seseorang itu perlu kepada kelengkapan sewajarnya, makanan, pakaian dan perhiasan rumah. Ini semua tidak lebih sebagai pernyataan rasa kesyukuran yang terhingga kepada Allah kerana telah berjaya melaksanakan ibadah puasa, dan menegakkan perjuangan menentang hawa nafsu yang merosakkan selama sebulan berpuasa Ramadan. 

SELAMAT HARI RAA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI 
JAWATANKUASA MASJID KARIAH BATU 4 SAPINTAS