Pages

Sunday, February 13, 2011

bed time story ~ Awak curi hati saya - PART 2

Nak tahu apa yg Athirah minta pada Imran? Hehe. Dia minta Imran membiayai rawatan kulit utk seluruh badannya.

Sebenarnya Athirah telah lama mengumpul duit untuk merawat kulitnya bagi mendapatkn kulit yg cantik dan bersih. Dia merasakan kekurangan yang ada padanya itu menyebabkn dia tidak berumahtangga sehingga sekarang. Bimbang jika bakal suaminya akan meninggalkannya setelah melihat keadaan kulitnya yg tidak cantik itu, jadi dia nekad untuk mencantikkan dirinya utk siapapun bakal suaminya nanti. Dia mengidamkan kulit yg cantik sebelum umurnya mencecah 30 tahun. Kini usianya sudah menjangkau 29 tahun. Dia semakin risau meniti usia 30-an. Susah tentu dia bakal bergelar ANDALUSIA anak dara lanjut usia. Bagi dirinya mungkin itu tidak menjadi masalah utama tp bg masyarakat sekeliling itulah yg menjadi bahan umpatan terutama saudara mara.

"Hello, boleh cakap dengan Athirah", soal lelaki didalam talian. "Yer Athirah bercakap, sapa di sana yer?" soal Athirah. Imran memperkenalkan dirinya. Mereka berbincang mengenai perjanjian yg telah termetrai di antara mereka. "Ok, macam inilah, saya dah bincang dengan pusat rawatan tu. Saya boleh bayar secara ansuran atau sekaligus", kata Athirah. "Oklah kalau macam tu, pembayaran dibuat macamana?", soal Imran. "Ianya boleh dibayar setiap kali selepas rawatan atau di bayar separauh sebgai deposit dan separuh bila semua selesai", balas Athirah. "Ermm kalau mcm tuh saya akan bayar setiap kali selesai rawatan, boleh?", soal Imran. Athiran bersetuju apapun cadangan Imran. Oleh kerana Imran lah yg akan bertanggungjawab menlangsaikan segala pembayaran perawatan itu nanti.

Hari perawatan Athirah adalah 4 kali seminggu dan ianya jatuh pada setiap khamis malam. Jadi setiap khamis malam Athirah akan menghadirkn diri ke pusat rawatan itu sambil ditemani Imran. Rawatan itu mengambil masa sejam setengah untuk selesai. Sementara mengunggu Athirah selesai Imran akan lepak di mana-mana kedai yg berdekatan. "Hello, awak dekat mana? saya dah nk abis ni" soal Athirah. "Ok saya datang sekarang", balas Imran. Setelah selesai membuat pembayaran Imran mengajak Athirah utk makan malam. Mereka makan di restoran berhampiran.

"Ermmm awak tadi saya dah tanya dekat kaunter, dia kata pembayaran boleh dibuat melalui online sebelum atau selepas rawatan. Jadi awak tak payah lah susah nk datang sini lagi. Kesian kat awak nk tunggu saya selalu", kata Athiran memulakn perbicaraan. "Ermmm, takper sebenarnya saya memang bosan duduk rumah. Dari takde keje baik saya teman awak kat sini. Boleh jugak lepak-lepak sambil tunggu awak." balas Imran sambil tersenyum. Athirah membalas senyuman Imran dengan perasaan serba salah. Dia merasakan dirinya itu membebankan Imran. Menyesal dia membuat permintaan sebegitu pada Imran. "Macamana rawatan tadi? ok tak?", soal Imran sekaligus mematikan lamunan Athirah. "ha. ok-ok, sangat bagus. Lyanan mereka pun high-class. Sangat berpuas hati", jawab Athirah. Imran tersenyum sambil mengangguk kepala. Perbualan mereka diteruskan mengenai kerjaya masing-masing.

Imran merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat terkemuka di ibukota manakala Athirah hanya seorang senior executive disalah sebuah syrikat yg kecil. Imran merupakan anak tunggal dan tidak mempunyai keluarga. Orang tuanya telah lama meninggal dunia kemalangan. Kini die hanya mempunyai pakcik-pakciknya, namun begitu dia jarang bertemu pakciknya dan mereka tidaklah rapat. cuma diwaktu raya di melawat pakcik-pakciknya itu. Athirah pula sekdar mempunyai keluarga yg sederhana besar. Hidupnya yg sederhana membuatkan dirinya tampil sederhana.

Pertemuan seterusnya, seperti biasa Athirah menghabiskan masanya di pusat rawatan manakala Imran manghabiskn waktunya melayari internet di sebuah cafe. Setelah selesai rawatan mereka akan meluangkan masa bersama di cafe berdekatan. Begitulah rutin setiap minggu yg mereka akan lakukan bersama. Lama-kelamaan hubungan mereka semakin akrab. Kini hampir empat bulan mereka bertemu. Mereka tidak lagi merasa kekok untuk bergurau senda dan mengenakan satu sama lain. Pertemuan mereka hanya sekali seminggu itupun mengikut hari perawatan Athirah. Mereka tidak pernah keluar bersama selain daripada waktu perawatan itu. Perjumpaan mereka juga terbatas sehingga makan malam sahaja.


FYI :
Awak tiba-tiba buat saya rasa bersalah
Awak tiba-tiba buat saya rasa dihargai
Awak tiba-tiba buat saya rasa pemurah
Awak tiba-tiba buat saya rasa baik hati
Awak tiba-tiba buat saya rasa suka kat awak!

No comments:

Post a Comment