Thursday, February 25, 2010

DOA SEMPENA MAULIDUR RASUL

Aku mendoakan semuga anak Rosli Che Ros yang sedang kritikal di Hospital Selayang semakin pulih kesihatannya dan sentiasa dilindungi Allah Taala. Pada Rosli aku harap beliau tabah menghadapi ujian dari Allah ini mudah-mudahan disebaliknya ada hikmah yang tersembunyi. Aku bagi pihak kawan-kawan SMJ CLASS OF 76-80 akan sentiasa mendoakan supaya anakandamu yang dikasihi pulih seperti sediakala.


Pada Presiden kita Mohsin SELAMAT HARI JADI yang jatuh pada hari sambutan Maulidur Rasul pada 26/2/2010. Semuga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan di berkati dalam kehidupan seharian.


Begitu juga doa pada kawan-kawan ALUMNI yang lain semuga kehidupan kita diberkati, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan ditetapkan iman. Amin.

No comments:

Post a Comment