Tuesday 16 July 2013

Program Ihya Ramadhan

Tarikh : 16 Julai 2013
Tempat : Madrasah Abd. Ghani Kg. Pulai Barat
Penceramah : Ustaz Hj Sulaiman Bin Hj Daud
Anjuran : Bahagian Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka

Alhamdulillah, selesai sudah kita menunaikan ibadah solat terawih dan witir untuk malam yang ke-8 Ramadhan 1434H. Program yang dijalankan dengan ringkasnya, berjalan dengan lancar dan penuh barakah. Penceramah jemputan sedikit sebanyak memberikan input-input yang berguna berkaitan dengan tanggungjawab berumah tangga di dalam bulan Ramadhan. Salah satu daripadanya, ditekankan bahawa setiap amalan sunat yang di lakukan di dalam bulan Ramadhan pahalanya akan diangkat seperti melakukan perkara wajib. Wallhualam, semoga program-program keagamaan seperti ini dapat memupuk dan membimbing para belia agar terus menjalani ibadah puasa dengan tenangnya. InsyaAllah.






No comments:

Post a Comment