20 January 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP MPKI DI KEM MANJUNG 1987

Berposing di hadapan pondok kumpulan kami. Relaks sementara menunggu bunyi siren untuk berkumpul di 'base camp'.

 Persembahan lagu secara berkumpulan di malam akhir.


 Memasang khemah mengikut kumpulan. Kena pasang baik-baik lengkap ngan gadjet dan jaga kebersihan kawasan sebab ada markah nie...

Berbaris di hadapan khemah untuk pemeriksaan...Kenapa Darullaid 'masam' jer tu? Sakit perut ker?


 Eh, tukul ada tak? Rasanya tiang ni tak kuat lagi ni...kalau ikat tali khemah nanti tumbang plak....


 Pegang kuat-kuat, aku nak balun tiang ni ngan kayu...nanti kena tangan lak...

Eh...mana lagi ahli kumpulan kite nie? Dok kat pondok lagi ker?

 
 Hai...posing sakan nampak? Nasik dah masak ker? Lauk tengahari nie camne?

 
Perkemahan Manikayu 2, kalau tak silap di Kem Manjung, Perak. Gambar -gambar di atas adalah kumpulan kami. Semua pelatih di bahagikan kepada beberapa kumpulan di mana semua aktiviti mestilah secara berkumpulan dan kami di beri satu pondok setiap kumpulan untuk menginap.

Selama berkhemah di sini, pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi seperti berjalan di dalam hutan, melawat kampung orang asli, menyelesaikan tugasan berkumpulan, mencari 'harta karun', pertandingan kawad, pertandingan memasak, jungle-trekking dan slot 'burung hantu' di mana kami ditinggalkan bersendirian di tempat tertentu secara bersendirian (hutan) di tengah malam. Takutttt woooo...

Pengalaman yang paling melucukan ialah menghambat monyet-monyet yang menyelongkar pondok kami untuk mencari makanan. Habis beras kami ditabur merata-rata, biskut dan kuih dilarikan mereka ke atas pokok. Kami terpaksa meminta belas daripada kem komandan untuk mendapatkan beras untuk ditanak. Rupanya di sini ramai sekali monyet-monyet yang berkeliaran.

Satu pengalaman menarik lagi ialah persembahan pada malam terakhir di mana kami mempersembahkan sebuah lagu secara berkumpulan serta tarian 'rodat'. Takut tengok penari-penari tu cucuk lengan mereka dengan besi tajam tuu...tapi sayang tak ada gambar, sebab saya sendiri menyertai mereka menari bersama!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

Juragan

My photo
insan kerdil di bumi Allah swt. email: adizack66@gmail.com

Komuniti MPKI

Pengunjung

Berita Terkini

Hiburkan Hatimu

Kadang2 Allah Hilangkan Mentari. Puas Kita Menangis Mencari Mentari. Rupanya Allah Datangkan Kita Pelangi Yang Indah. Hargailah Orang Yang Sentiasa Berada Disisimu Ketika Senang Dan Susah...



  © MemoriMPKI 'Isfahan' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP