Tuesday 6 March 2012

NIK AZIZ SETUJU SERAH TUGAS MB KELANTAN KPD. MUSTAPHA MOHAMAD!!?


"Tok Pa & Dato Nik Aziz Sign MoU Serah Tugas MB Kelantan"
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu terus bekerja bagi memastikan kejayaan Barisan Nasional (BN) Kelantan pada PRU13 akan datang.

Bagi beliau soal jadi Menteri Besar tidak berbangkit kerana tugas yang dipikul sekarang adalah menjadi pemimpin BN Kelantan bagi membawa perubahan.

“Saya jadi calon pun tak tahu lagi, saya buat kerja saja...saya ikut arahan,” tambahnya.


Mustapa yang selesa dipanggil Tok Pa mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan melihat pendapat berbagai pihak dan menganggapnya tidak susah sekiranya Tok Pa sendiri berkesanggupan (jadi MB Kelantan) BN dapat menawan negeri pada PRU13 nanti.

Bercakap di Kota Bharu petang Jumaat, Najib juga berkata bila sampai masanya beliau akan membariskan pemimpin BN yang berwibawa untuk memimpin negeri itu.

Tok Pa berkata demikian pada sidang media selepas bersarapan pagi dengan pemandu dan kakitangan Bas City Liner di perkarangan Perhentian Bas Kota Bharu pagi Sabtu.

Program awal pagi itu disusun khas bagi membolehkan beliau menyampaikan berita baik tentang kelulusan pembiayaan kerajaan pada syarikat bas tersebut berjumlah RM16.1 juta bagi membolehkan syarikat pengangkutan itu meneruskan perkhidmatannya dan bantuan tambahan RM1.2 juta lagi untuk penyediaan kemudahan bagi golongan OKU, ibu tunggal, anak yatim dan orang susah.

“Jumlah bantuan keseluruhan setahun ialah RM17.3 juta kepada syarikat bas ini dari kerajaan pusat dan ianya merupakan satu angka yang cukup besar,” tambahnya.

Majlis itu juga memberi peluang pada Tok Pa bertemu dengan pemandu-pemandu bas yang bergerak seluruh negeri Kelantan disamping bertemu dan bertanya khabar penumpang-penumpang di perhentian utama itu.

Mengulas tentang kehadiran dan sambutan rakyat pada program bersama Perdana Menteri ke Kelantan, Tok Pa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menganggap ianya telah memberi semangat kepada jentera parti.



 

“Saya berasa bangga dan menampakkan mereka inginkan perubahan, ianya juga cukup bermakna bagi saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO/BN Negeri Kelantan.

Tok Pa juga memberitahu beliau telah mencadangkan agar Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melawat Kelantan sekurang-kurangnya sekali sebulan bagi menyuntik semangat kepada jentera parti untuk menghadapi PRU13
 
 
MENGKABANG ;-
 
MENGKABANG suspek la dgn Tok Pa yg berusaha keras untuk memastikan PRU 13 nanti, Kelantan milik BN. Walaupun sibuk dgn tugas hakiki Menteri MITI, Tok Pa sering kali turun padang menjayakan Jom Tukar oleh rakyat Kelantan. Memperjuangkan 22 Tuntutan rakyat Kelantan kpd MB Nik Aziz. MENGKABANG harap, segala usaha, perit jenuh Tok Pa membuahkan hasilnya pada PRU nanti. Semoga Allah memberkati usaha Tok Pa untuk membawa pembaharuan pd Negeri Kelantan.
 
Amin Ya Rabbal Alamin

No comments:

Post a Comment