Monday, April 5, 2010

CANGGIHNYA KERUSI !!!


CANGGIHNYE KERUSI NIE BETUL TAK.....

Pakar sejarah mendapati perabot digunakan manusia lebih 2000 tahun lalu. Ketika itu, perabot yang digunakan diperbuat daripada batu batan dan kayu berukir. Seterusnya, perkembangan pesat perabot dipercayai bermula pada zaman renaissance atau era pembaharuan yang turut menampilkan pengeluaran tekstil mahal sebagai simbol status dan kuasa.

Kerusi adalah antara perabot yang penting dalam melengkapkan reka bentuk dalaman sesebuah bangunan, termsuklah rumah. kegunaannya adalah sebagai tempat duduk. Kamus bahasa melayu Dewan bahasa dan pustaka serta ensiklopedia bebas, Wikipedia mentaksirkan kerusi sebagai tempat duduk yang ada kaki, penyandar dan lazimnya juga tempat meletak tangan.

Dari manakah asal-usul perkataan kerusi ye? Ensiklopedia wiktionary menjelaskan, etiomolgi kerusi ialah daripada perkataan kursi dalam bahasa arab yang apabila diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris memberi pengertian chair. Perbendaharaan kata bahasa melayu yang berasal dari bahasa arab cukup banyak dinggarkan sekitar 2000 hingga 3000 perkataan. banyakkan!. Kursi adalah salah satu perkataan arab yang ejaannya diubah, tetapi membawa maksud sama dalam bahasa melayu, iaitu kerusi. Perkataan kursi turut digunakan oleh masyarakat indonesia manakala dalam bahasa minang, perkataan kursi dieja karosi...gitu la plak ye! hehehe. kedua-dua perkataan-kursi dan karosi ini memberi makna yang sama iaitu KERUSI....

Dalam buku kisah-kisah Nabi pulak, Nabi Sulaiman a.s dikatakan salah seorang Nabi terkaya di dunia yang mempunyai tentera daripada kalangan manusia, haiwan dan jin. Nabi Sulaiman a.s memiliki istana terbesar di dunia yang diperbuat daripada kayu gaharu, emas dan kristal serta memiliki kerusi besar daripada emas dan permata. Kewafatan Nabi Sulaiman a.s juga dikatakan berbeza daipada manusia biasa, iaitu wafat dalam keadaan duduk di kerusi dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhati jin bekerja.

Menurut buku Interior Design ideas dalam siri Creating A Home, penghasilan kerusi berkembang sejak kurun ke -18 apabila bermulanya era kegemilangan seni bina, pada waktu itu kerusi direka bukan sahaja untuk diguna, tetapi juga melambangkan kedudukan seseorang dalam masyarakat. Kerusi bersarung juga dikatakan lambang kuasa kerana hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan untuk menggunakannya manakala penghuni lain termasuk isteri, hanya duduk di bangku beralas kusyen...

Rekaan kerusi bersayap berlapik kusyen bersekali bangku kaki dikatan bermula pada zaman Georgain yang menampilkan rekaan perabot seperti Sheraton, Hepplewhite dan Chippendale. Era Victoria, iaitu dari 1837 hingga 1901 dan zaman Edwardian yang bermula pada tahun 1880, perabot daripada kayu mahogany, birch, walnut dan oak banyak dihasilkan, sesetengahnya berbalut kulit serta bersarung fabrik.

Kerusi tanpa penyandar dan alas tangan dipanggil bangku, sama ada bangku satu tempat duduk, bangku panjang atau otoman yang juga disebut puf..

Pada abad ke-19, Sekolah seni Nouveau menghasilkan kerusi bergaya ringkas namun dibuat penuh teliti dan mampu menampung berat serta berbentuk lurus dengan tambahan hiasan minimal. Paling terkenal ilah kerusi Thonet Bendwood atau kerusi bistro yang dicipta pada tahun 1859 dan masih dihasilkan sehingga sekarang...

Hari ini, rekaan kerusi moden bukan sahaja sebagai temapat duduk malah dinggap satu arca atau karya seni untuk dihayati....Canggihkan kerusi nie...terima kasih kat orang yang merekanya...rekaanya yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan masnusia......kalau tak dicipta alamatnya duduk kat lantai lagi la kita ye :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...