Thursday 17 November 2011

Kehancuran Negara Islam Di Tangan Yahudi Dan Amerika


Dunia kini sedang berada di kemuncak kehancuran dan sedang menuju ke arah sistem pemerintahan yang baru, kuasa besar terus menunjukan taring dengan menekan Negara dunia ketiga dari segi ekonomi sehingga menyebabkan kemunduran dan kebuluran seperti yang berlaku  di Somalia dan Negara-negara Afrika lain.

Krisis ekonomi 2007 menambahkan lagi tekanan masyarakat dunia dengan  ketidakstabilan ekonomi sehingga beberpa buah Negara terpaksa meminjam wang kepada pihak IMF (Bank Dunia) yang menawarkan pinjaman bagi menyelesaikan krisis keberhutangan Negara seperti yang berlaku di Greece.

Kini Negara-negara Arab  diambang kemusnahan dengan jatuhnya kerajaan Iraq dan serangan terhadap Afghanistan oleh  Amerika Syarikat. Bumi Arab terus digoncang dengan beberapa Revolusi yang mahukan Pemimpin mereka meletakkan jawatan. Antara Negara yang dilanda Tsunami Revolusi ini seperti Libya, Mesir dan Tunisia.

Peristiwa 9/11 yang mana telah mengorbankan sebanyak 2,986 nyawa telah menjadi titik tolak dalam merubah suasana politik Dunia. Dunia terus mengecam islam sebagai agama pengganas dan harus ditentang habis-habisan.


Masyarakat barat terus memandang  islam sebagai pengganas, dan ia terus menular di seluruh dunia. Sementara di Eropah pula, Britain berhadapan dengan konflik Islamofobia selepas tragedi pengeboman di Kota London pada Julai 2005. 

Undang-undang keganasan yang telah digunapakai ini menyebabkan kepincangan dalam kepimpinannya terutama terhadap kaum Muslimin yang bermastautin di sana.

Apakah perkara ini sesuatu yang dirancang dalam menjatuhkan Negara Islam dan memburukan lagi pandangan masyarakat barat terhadap Islam. Yang jelas, Negara negara Arab tidak pernah bersatu dalam menyelesaikan isu ini baik di Persidangan Dunia mahupun di dalam Mesyuarat Kesatuan Liga Arab itu sendiri, masing masing hanya ingin mempertahankan kuasa pemerintahan dan kekayaan hasil bumi untuk kepentingan Negara mereka sendiri dan bukan memperjuangkan Agama islam ……

Siapakah yang menjadi dalang kepada semua ini?

Sejarah terus dicorak dengan pelbagai rupa, namun sejarah yang dimaksudkan ini bukanlah sejarah yang biasa tetapi ia telah dirancang dalam membentuk sebuah dunia baru dibawah system dajjal……Dajjal telah menggunakan pemodal-pemodal elit ini untuk terus mencorak sejarah dunia yang mana pemodal elit ini akan terus menabur wang dan menguasai 


Negara-negara di dunia dengan menjadikan Amerika dan Israel sebagai pelaksana bagi dasar-dasar dajjal ini. Terdapat 2 pandangan berkaitan dengan peristiwa bersejarah khasnya daripada abad ke 18

i.                     Sejarah berlaku secara kebetulan dengan tidak ada sebab-sebab khas

ii.                   Sejarah berlaku disebakan adanya sesuatu rancangn sulit.



Presiden Rooservelt memerintah Amerika dari       1933 - 1945

 “Dalam Politik,tidak ada yang berlaku secara kebetulan. Jika terjadi, ianya dirancang menjadi demikian”

                                            ( Presiden Franklin D.Rooservelt )



Menerusi kata-kata tersebut, kita dapat sedikit gambaran bahawa semua yang berlaku ini telah dirancang oleh pakatan rahsia supaya mangsanya tidak mengetahui rancangan itu bahkan bukan itu sahaja, mereka yang terlibat hendaklah meyakinkan semua bahawa tidak ada pakatan yang wujud.

                                                                                                       
                                                        
“Pakatan sedemikian memang wujud,sangat besar, berjaya dan sedang berkuasa. Ia bekerja untuk menguasai dunia dengan cara menggunakan peperangan, inflasi dan kemerosotan ekonomi serta revolusi bagi mencapai tujuan mereka. Tujuan tetap mereka adalah untuk menghapuskan semua agama, kerajaan yang sah dengan “Satu Orde Baru” atas kemusnahan agama dan kedaulatan Negara-negara lain.
                                                                               
( Ralph Epperson dalam buku The Unseen Hand 1985 )


Apa yang berlaku diatas muka bumi ini adalah sebuah drama semata-mata, namun tidak ramai yang menyedari bahawa kita hanya ditakut-takutkan dengan segala isu  dalam memburukkan Agama Islam itu sendiri dan mewujudkan perpecahan dikalangan orang islam agar tidak bersatu dan bangun untuk menentang mereka seperti yang dilaporkan baik di media asing dan tempatan baik di seluruh dunia.
                                               
Ramai yang masih lagi leka dan tidak mengendahkan hal-hal yang berlaku di dunia kini. Hiburan telah digunakan sebagai medium utama bagi melekakan manusia, mereka lebih suka menjadikan artis sebagai idola Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, lahirnya pula generasi yang tidak mempedulikan Islam di sisi mereka. 

 Namun ini semua sebenarnya adalah acuan yang telah direka oleh tangan-tangan jahat Amerika dan Israel. Makin hari, dunia makin penuh dengan hiburan yang melalaikan. Konsert terus diadakan sana sini yang terus dipenuhi remaja,kanak-kanak mahu pun orang tua. Kita negara Islam tetapi melahirkan golongan belia yang semakin tidak mengenal  Allah. 

Subhanallah.......

No comments:

Post a Comment