Sunday, November 24, 2013

JODOH ITU RAHSIA ALLAH..

Teringin nak makan nasi lemak kat SMK Raja Muda Musa..sedap..Untuk anda yang tinggal kat T.Intan boleh cuba,,memang sedap tapi kena pergi awal kalau tak memang tak dapat macam aku,,dah berapa kali pergi baru sekali je aku berjaya membeli nasi lemak tu..Hari ni aku pergi lagi tapi dah habis..Frust dan kecewanya aku..terus gi kedai Pak *****,,ramainya orang..

Terasa malu pulak tatkala aku melangkah masuk banyak mata memandang,,aku melangkah dengan laju terus ke dapur,,terserempak dengan Eyfa tengah mengelap meja..Terus pergi jumpa dia bersalam sambil bertanya khabar.."Hey Farah,,bila kau dengan Pian nak bertunang hah ??."Soalan yang tetiba keluar dari mulutnya..Malunya aku,,dah lah cakap kuat,,orang pulak ramai kat kedai tu..Agak-agaklah kalau nak bercakap atau bertanya tu..Ni yang buat aku malas nak datang sini..Tak jumpa dia kang katanya aku ni sombong tapi bila nampak batang hidung jer ada je lah soalannya..

Ini bukan kali pertama dia bertanyakan soalan yang sama,,hari tu depan parents dia lepas tu tanya pulak kat depan adik beradik dia..Soalannya dah bertukar nada tapi tentang orang yang sama..Hai,,pening kepala aku..ni yang malas nak jumpa makcik ni..Dia ajak aku keluar,,aku menganggukkan kepala je sambil tersenyum..Nak menyiasat le tu dan nak tau cerita selanjutnya..

Boringnya tak tau nak buat apa..Astro tak boleh nak pasang cos Nabila tengah SPM,, kang pakat dok  MELANGUT tengok tv..Hmm,,tak tau nak buat apa..Hujan turun pulak tu,,jadi tak boleh nak melepak kat buaian..Akhirnya landing kat atas katil je sambil main game..

Fon berbunyi..Eyfa whatsapp aku..sembang punya sembang,,akhirnya keluar soalan wajib yang aku dah agak dah..Bertanyakan tentang bila aku nak bertunang dah kahwin..dengan siapa lagi kalau bukan dengan Pian..Kali ni aku buat keputusan untuk jawab semua persoalannya tu..Persoalan tentang BERTUNANG dan KAHWIN..Aku tak tau kenapa sampai ke situ dia berfikir dan kenapa dia berfikir begitu..

Jawapan yang aku beri kat Eyfa.."aku tak tau bila aku akan BERTUNANG dan dgn siapa dan aku jugak tak tau bila aku akan BERKAHWIN begitu jugak aku tak tahu dengan siapa aku akan BERKAHWIN sebab jodoh pertemuan Allah yang tentukan..Tak semestinya aku akan berkahwin dengan DIA yang kau maksudkan tu dan kalau di takdirkan Allah JODOH aku dengan DIA yang kau maksudkan tu aku terima..jika itu ketentuan Illahi,,dan itu yang TERBAIK untuk aku yang dah ditentukanNYA aku REDHA..tapi JODOH TU RAHSIA ALLAH..Bagi aku biarlah Allah yang tentukan segalanya..cuma sekarang aku nak fokus pada study"..aku jawap dengan panjang lebar dengan harapan dia faham dan tak akan bertanya lagi soalan yang sama..Tapi aku yakin dia akan terus bertanya dan terus menyoal aku dengan persoalan yang sama..

Aku cuba ubah topik perbualan..Akhirnya berjaya..Mak cik ni ajak aku keluar,,aku cakap kat dia nanti aku call..Tapi syarat makcik ni buat aku tersenyum sendiri,, **jangan bawa Pian sekali**,,aku tanya dia kenapa.. katanya dia MALU,,Sejak bila la pulak jadi pemalu ni,,atau pun ada sebab lain..Aku dah boleh agak persoalan yang bakal di tanya dan tentang apa yang akan di bualkan jika aku keluar dengan mak cik ni..Susah jugak nak puaskan hati orang ni walaupun dah di beri jawapan yang boleh memuaskan hati..

Usai buat kerja rumah Ana ajak keluar,,Uda pun ada..Aku on je..nak keluar naik motor tapi abah suruh naik kereta..Tak sabar nak jumpa dia orang dah lama tak jumpa RINDUnya kat dia orang..Tapi kesudahannya aku cuma keluar dengan Uda je..begitu la kebiasaannya apa yang di plan semua tak menjadi..Ana adahal,,Syaza jugak adahal,,Bella pulak..SETIA dengan Iwannya..Untung le orang ada BF..

Macam-macam cerita dan topik di bualkan sampai bab JODOH,,BERTUNANG dan KAHWIN..Hishh tak de cerita lain ke..Ada kalanya seronok jugak bila tengok kawan -kawan bahagia..terutama sekali Ana yang tengah menghitung hari bergelar seorang ISTERI..Yang bestnya Uda jugak bakal menyusul..nampaknya aku yang TERAKHIR itulah yang aku cakap kat Uda..

Uda marah aku..katanya tengok Ana,,dulu dia yang beriyea kata dia yang terakhir..tapi sekarang dia yang terawal dapat jodohnya,, "haah..betulkan..yang pasti aku tak de calon lagi lah.." jawab aku sambil tersengih memandang Uda..Alamak marah pulak dia kat aku ,,katanya dia kenal sangat dengan sengihan dan senyuman nakal aku tu.. Apa pun aku doakan semua kawan -kawan aku bahagia..Aku hanya tumpang gembira..

Bercerita tentang aku bakal jadi pengapit Ana..Uda gelakkan aku..sempat mengusik aku..Mama aku pun gelak kat aku katanya "jangan pengapit terlebih malu dari pengantin sudah,,hmm kelemahan aku,,GANGSTER tapi jadi pemalu bila berdepan dengan orang yang aku tak kenal.."Aku cakap dengan mama yang aku ni kan suka mencabar diri buat sesuatu yang baru dan aku tak pernah buat..so aku kena sahut le cabaran sebagai pengapit di hari persandingan member baik aku nanti,,tapi Ana siap warning jangan bergaya melebihi pengantin,,apa salahnya kut-kut dapat jodoh pulakkan..hihihi..Member aku kata kalau jadi pengapit ni,,orang tu cepat dapat jodoh..Haa,,fakta ni betul atau tidak..ni yang buat aku EXCITED nak mencuba ni..Opah aku jugak cakap macam tu..Hahaha tak sabar la pulak aku,,bukan apa nak tengok betul tak fakta yang selalu orang perkatakan selama ni..Bukan di sebabkan gatal nak kahwin yea..

Untuk semua member-member baik aku tika zaman persekolahan dulu terutama sekali Ana,,Bella,,Syaza jugak Uda..Aku doakan yang terbaik untuk korang..Moga bahagia dan jangan lupa kat aku..tapi aku sedih..nampaknya hajat dan impian aku untuk berjumpa dengan korang cuti sem ni tak tercapai..Seriously aku RINDU korang,,aku RINDU ketika zaman persekolahan dulu..Aku teringin sangat nak kembali ke zaman tu..

Buat Uda.. buat lah pilihan yang terbaik,,fikir semasak-masaknya dan minta petunjuk dari Allah..Jika itu yang telah di tentukan Allah dan jika itu yang terbaik,,terima lah  seadanya segala kekurangan juga kelemahan yang ada padanya jugak terima lah segala kelebihan yang ada pada dirinya dengan hati yang terbuka..Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik begitu jugak perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik..In Sha Allah segalanya akan di permudah kan..

Tentang aku kau jangan risau,,In Sha Allah sampai masanya adalah jodoh aku..Aku ada 3 tahun lagi nak habiskan study aku so fokus pada study dulu.."kau tu ada orang nak,,kau tak nak"..Uda bersuara..terkebil- kebil aku memandang Uda.."apa pulak dah ni..Kau jangan nak lari topik boleh..persoalannya sekarang bukan aku tapi kau tu.."jawab aku sambil tersenyum dan ketawa,,terlintas di fikiran aku tentang novel yang MR S bagi tempohari..lalu aku terus tersenyum lebar sampai Uda bengang dengan aku..Mana tak nya cerita yang dah hampir sama dengan novel tu..Berkahwin tika masih belajar..

Sesungguhnya tanggungjawab sebagai seorang isteri tu berat di tambah lagi tika masih belajar..Kesibukan sebagai pelajar juga adakalanya buat pening kepala,,dengan macam-macam masalah,,cabaran jugak dugaan..Jadi fikir semasak-masaknya dalam membuat keputusan..kerana ianya melibatkan masa depan..Perjalanan hidup kita masih panjang..Cita-cita dan impian masih jauh untuk di capai,,apa yang pasti kita bakal menempuhi berbagai-bagai cabaran dan rintangan demi untuk mengapai cita-cita dan impian jugak di dalam mencari kebahagiaan hidup di dunia jugak di akhirat..

Apa yang pasti,,selepas ni setiap cuti sem..aku dah tak de kawan untuk melepak dan berbual..Masing -masing punya tanggung jawab..Moga kalian bahagia bersama insan tersayang..Satu yang aku pinta..JANGAN LUPAKAN AKU..Sejujurnya aku gembira bila tengok korang bahagia..Walaupun aku tau jarak dan masa jugak tanggung jawab akan memisahkan kita..

Aku nak korang tau yang AKU SAYANG KORANG SANGAT-SANGAT..Doakan kebahagiaan aku jugak..






No comments:

Post a Comment