Sunday 5 March 2017

AGENDA DIAN (DAULATKAN ISLAM AGAMA NEGARA) Bahagian 01





Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM)

IKSIM adalah sebuah institusi pemikiran startegik Islam yang ditubuhkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu demi mendaulatkan Islam sebagai Agama Negara. Selaras dengan perintah Allah swt dalam ayat ke 13, Surah al-Asyura, IKSIM dengan penuh keazaman dan keyakinan, menyusun strategi dan mengorak langkah bagi mencapai matlamatnya yang suci. Matlamat yang luhur yang mahu dicapai itu adalah untuk berperanan sebagai peneraju pemikiran strategik yang utama dan berwibawa dalam menjayakan agenda mendaulatkan Islam.

" Daulatkan agama (Islam) dan janganlah kamu bertelingkah padanya.. " (Surah al-Asyura 42: 13)

10 Perkara Asas Tentang Islam Di Malaysia

IKSIM telah mengenal pasti 10 perkara asas tentang Islam dalam konteks kenegaraan Malaysia. Sepuluh perkara tersebut mesti difahami oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam.


1. MALAYSIA MERUPAKAN NEGARA ISLAM YANG MENTAUHIDKAN ALLAH.
Penganut agama-agama lain tidak boleh menyalahgunakan nama suci Allah untuk apa jua bentuk sembahan.
2. ISLAM ADALAH AGAMA, IDEOLOGI DAN TERAS UNDANG-UNDANG NEGARA.
Islam bukan sekadar agama rasmi yang hanya berfungsi sebagai hiasan untuk upacara-upacara rasmi sahaja.
3. SUMPAH NEGARA DILAFAZKAN ATAS NAMA ALLAH UNTUK MEMELIHARA ISLAM. Agama dan doktrin lain tidak boleh disebarkan kepada umat Islam.
4. MENDAULATKAN ISLAM MERUPAKAN KEWAJIPAN BERPERLEMBAGAAN (Constitutional Obligation).
Perlembagaan mewajibkan pemerintah, penjawat awam serta pasukan keselamatan (tentera) dan keamanan (polis).
5. HAL EHWAL ISLAM DILETAKKAN DI BAWAH NAUNGAN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN AGONG.
Sultan dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama, mempunyai kuasa mutlak atas pengurusan hal ehwal Islam dan ia bukan di bawah pengaruh atau telunjuk politik.
6. MAJLIS AGAMA ISLAM BERHAK MEMUTUSKAN POLISI DAN DASAR AGAMA. Kerajaan Persekutuan dan Negeri mesti akur akan polisi dan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam dengan perkenan Sultan.
7. KEDAULATAN ISLAM BERMULA SEJAK KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU.
Kedaulatan Islam merupakan kesinambungan kedaulatan Kerajaan Kesultanan Negeri-Negeri Melayu Islam dan bukan hanya bermula sejak negara mencapai kemerdekaan.
8. ISLAM TIDAK BOLEH DIPOLITIKKAN.
Mendaulatkan Islam merupakan kewajipan kenegaraan berteraskan Perlembagaan; dan bukannya untuk kepentingan politik kepartian.
9. ISLAM MERUPAKAN AGAMA YANG ADIL DAN BERTOLERANSI.
Keharmonian, keamanan dan kemewahan yang dikecapi seluruh rakyat Malaysia merupakanhasil toleransi kemanusiaan yang berteraskan prinsip ajaran Islam.
10. KEDAULATAN ISLAM DIASAK DAN DIANCAM.
Kedaulatan Islam sering diserang dengan hebat oleh golongan yang benci akan kedudukan Islam sebagai Agama Negara.

No comments:

Post a Comment