"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Tuesday, August 20, 2013

Luahan hati

Assalammualaikum..

          Pernahkan anda rasa sangat berat untuk meluahkan sesuatu yang terpendam di hati..apatah lagi sesuatu itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya diketahui umum..Justeru, terbukulah ia di dalam hati..dengan Allah sahaja tempat kita mengadu dan meminta..walaupun apa yang dirasai adalah amat berat untuk ditanggung..hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang ku lalui dan mungkin itu adalah yang terbaik untukku..mungkin juga apa yang berlaku selama ini adalah balasan daripada dosa-dosa yang ku lakukan dahulu..di mana aku telah lalai kepada Allah..menyakiti hati orang tanpa kusedari dan mungkin juga aku terlalu taksub dengan duniawi hingga aku lupa bahawa semua yang dimiliki adalah pijaman dari Allah semata-mata..Aku redha..mungkin kebahagiaan didunia bukan milikku..siapalah aku untuk menidakkan apa yang telah ditakdirkan kerana aku sedar aku adalah hamba yang lemah lagi hina..

               Kekuatan yang aku miliki sekarang ini adalah disebabkan oleh  dua orang buah hatiku yang dipijamkan oleh Allah s.w.t..insyaAllah akan ku jaga amanah Allah itu dengan sebaiknya agar menjadi anak yang soleh dan berguna untuk agama dan bangsa samada di dunia dan akhirat kelak..mungkin ramai yang beranggapan bahawa bukan senang untuk mendidik anak yang sedang membesar seorang diri lebih lebih lagi mereka adalah lelaki..tapi itu semua tidak akan melemahkan aku kerana anak-anak adalah harta yang sebenar yang dianugerahkan oleh Allah kepada ku dan insyaAllah dengan pertolongan Allah akan kubuktikan bahawa aku mampu melakukannya. InsyaAllah..

                   Alhamdulillah..dengan berkat doa keluarga dan orang-orang tersayang, semalam adalah keputusan hak jagaan sementara untuk dua orang permata hatiku telah pun diluluskan oleh mahkamah tinggi syahriah shah alam..hakim telah memutuskan hak jagaan sementara telah diberikan kepadaku..Alhamdulillah sungguh besar kuasaMu ya Allah..walaupun begitu teruk aku dan keluarga difitnah, akhirnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui sesuatu yang berlaku..aku bersyukur padaMu ya Allah..Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment