"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Sunday, June 8, 2014

Kursus di Taman Negara

         Aku sangat teruja bila mendapat tahu perlu menghadiri kursus di Taman Negara.  Masa dan tempat yang sesuai. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tambahan pula, semua aktiviti yang telah diaturkan memang aktiviti lasak yang aku minati. Pada masa itu juga aku dapat melapangkan minda dengan segala masalah duniawi yang aku hadapi pada ketika ini.    

Hati menari-nari keseronokan.  Tidak sabar rasanya nak sampai

Ini adalah tempat kami beradu. Resort Kuala Tahan
Kami baru sampai. Jadi isi perut dahulu. 

Singgah temerloh makan ikan patin.  Puas rasanya. Aku memang suka..
Pokok pakis ini sangat cantik dan unik. Ada tiga warna
Kami didedahkan dengan beberapa jenis binatang di sini. 

Inilah hasil yang kami jumpa ketika 'night walk' ..lupa la apa nama dia..
Semua sedang bersemangat nak mendaki bukit..
Pagi-pagi kami sudah keluar untuk menguji stamina..
Mereka menghalang aku yang kecil itu..
Menaiki bot menyeberangi sungai..


Alhamdulillah aku tidak gayat..Rasa macam nak naik lagi..
 
Posing sebentar di stop point jambatan gantung

Yeah..akhirnya aku sampai di puncak Bukit Terisek. Tidaklah tinggi sangat. 

Bersama rakanku Faizah yang sangat comel..


Ini geng yang sama-sama menguji ketahanan diri menawan puncak Bukit Terisek. Jangan terkejut, kami sudah beranak 2 tau..nampak muda tak?
Gambar kenangan di jambatan gantung. Selamat tak kena sengat oleh penyengat sebab aku pakai sarung tangan. hehe
Mereka dibelakang adalah ahli dari kumpulan 3. Semuanya  sangat 'sporting'. Sakit perut aku dibuatnya dengan lawak sengal mereka. hehe

Comel tak kami? hehe

Meredah hutan bersama kasut kesayanganku. Tak perasan urusetia 'snap' gambar ni masa tengah 'warm up'


Mengapakah aku begitu teruja sehingga membuat aksi muka sebegitu.  Kami sedang menunggu 'turn' sebenarnya sambil melihat ketinggian bukit.

Ahli kumpulan kami berjaya menghidupkan api secara manual.  Hebat tak? Aku tengok saja.  hehe


Selesai melawat perkampungan orang asli. 
Seronoknya aku.  Macam budak-budak pun ada.  Malu lah

Kami pulang dulu ye..

Berendam sebentar di dalam sungai.  Air sedang pasang.  Seronok..


Kumpulan kami sedang bergerak menuju untuk aktiviti 'rapid shooting'



Kami basah kuyup.  semua orang enjoy dengan semua aktiviti yang dijalankan. Rasa macam nak pergi lagi..