Friday, June 10, 2011

8 CARA MEMBANTU PEMBELAJARAN ANAK ANDA DI RUMAH


1. Biar anak anda tahu anda berminat dalam pelajaran

Apabila anak anda mula menceritakan mengenai sesuatu yang berlaku di sekolah, ataupun menunjukkan sesuatu kerja yang telah dibuatnya dengan baik, dia mahu anda berminat dengannya dan mahu perhatian anda. Ketika itu juga! Jika anda menjawab dengan tidak menghiraukannya, “Saya sangat sibuk, saya akan melihatnya kemudian,” anda mungkin MEMBUNUH minatnya terhadap kerja sekolah.

Sikap anda terhadap kerja anak anda, kesanggupan anda untuk menolongnya, perhatian anda dan minat anda; kesemuanya ini memainkan peranan yang paling penting dalam kejayaan anak anda. Ibu bapa yang mengendalikan kerja sekolah anak mereka dengan sikap tidak menghirau mengambil risiko menyalurkan sikap ini kepada anak-anak mereka.

Setengah-setengah ibu bapa cuba menyelesaikan masalah sekolah anak-anak mereka yang dikumpulkan bagi tempoh beberapa minggu dalam satu sidang apabila mereka menerima kad laporan di sekolah ini. Ini sebenarnya tidak mencukupi dan bukanlah amalan yang baik. Sebaliknya adalah lebih sesuai jika beberapa minit pada setiap hari dikhususkan oleh kedua-dua pihak, ibu dan bapa terhadap aktiviti anak-anak mereka. Dengan cara begini, anda boleh mengelakkan keadaan masalah bertimbun-timbun dam anak dimarahi sekali gus untuk beberapa perkara. Ini boleh mengakibatkan keadaan frustrasi serta jaki di kalangan anak-anak. Sebaliknya pujian, kritikan yang membina, pertolongan yang ikhlas serta sikap ambil tahu akan membawa banyak kesan yang positif.

2. Semaikan semangat mencintai buku di kalangan anak-anak anda.

Pendidikan anak anda boleh bermula awal sekiranya ia belajar untuk mencintai, menghormati dan menggunakan alat pendidikan yang paling penting iaitu buku. Anak-anak yang tinggal bersama keluarga di mana buku diberi tempat yang penting dan di mana ia selalu melihat buku dan membelinya, meminjam, membaca, membincangkan, dibawa daripada perpustakaan, dipulangkan ke perpustakaan semula dan seterusnya, memberi inpirasi yang besar kepada anak-anak.

Cuba galakkan membaca untuk keseronokan sendiri. Sekiranya anda menggunakan perpustakaan awam, bawa anak anda bersama anda. Ia akan cepat mencontohi anda dan mula menggunakan perpustakaan dengan sendiri.

3. Rapatkan hubungan dengan sekolah.

Gunakan peluang yang diberikan kepada anda untuk melawat sekolah anak anda. Anda akan menyedari bahawa perbincangan dengan guru akan membawa anda memahami anak anda dengan lebih baik. Terdapat banyak peluang untuk perhubungan tidak rasmi sekiranya anda perlu ke hari sukan tahunan sekolah, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah, Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan sebagainya kerana anda menemui ibu bapa lain yang ada anak di peringkat umur yang sama. Sebagai ahli PIBG anda boleh memberi pertolongan kepada pihak sekolah. Kesanggupan untuk membantu sekolah dan penyertaan dalam aktivitinya adalah bukti yang nyata mengenai kepercayaan anda terhadap anak anda.

4. Beri anak anda kehidupan keluarga yang selamat

Sikap keluarga, khususnya sikap ibu bapa sangat mempengaruhi dalam kehidupan sesorang anak. Di dalam sesebuah keluarga di mana wujud perhubungan yang berbentuk tolenrasi, seorang anak mula belajar bagaimana hidup dengan orang lain dan juga menyedari bahawa ia tidak boleh dapat semua yang ia hendak. Anak yang memahami bahawa ada peraturan-peraturan yang patut dipatuhi akan merasai lebih selamat berbanding dengan anak yang diberikan segalan-segalanya mengikut kemahuannya. Tetapi pada ketika yang sama, anak kita juga patut dihormati sebagai seorang individu yang berasingan yang ada hak mempunyai selera dan perasaan yang sendiri. Adalah penting mendengar pandangan sendiri yang dikemukakan oleh anak anda sungguhpun pandangan itu ganjil atau bukanlah sesuatu yang patut dikemukakan berbanding dengan memberinya hadiah yang mahal-mahal atau wang saku yang banyak. Sekiranya seorang anak dilayani dan dihormati ia akan menghormati ibubapanya.

Bukanlah perbuatan arif mencela seorang anak sebaik sahaja ia mula membuat kerja rumahnya atau semasa ia sedang membuatnya. Ia patut mendekati kerja rumahnya dengan rangka pemikiran yang riang di mana pemikirannya sudah direhatkan, tenang serta mempunyai keinginan. Keadaan marah, dendam dan kecemasan menggangu proses pembelajaran malah kadang-kadang menghentikan sama sekali.

5. Rangsangkan minat anak anda terhadap alam sekelilingnya

Kanak-kanak mungkin lebih berminat terhadap pantai berpasir atau tempat lapang yang lain berbanding dengan orang dewasa yang menemaninya. Kanak-kanak mempunyai kecenderungan semulajadi untuk meneroka benda-benda di sekeliling mereka. Mereka suka permainan, mengetahui bagaimana sesuatu berfungsi dan sepanjang masa menguji reaksi orang dewasa.

Galakan anak anda menyoal mengenai benda-benda yang dilihat dan ditemuinya. Berilah jawapan-jawapan yang tepat kepada soalannya tetapi sekiranya anda tidak tahu atau kurang pasti, sama-samalah berusaha untuk mendapat jawapannya. Tabiat mencari jawapan akan memandu anak ke arah yang stabil seumur hidupnya.

Hujung minggu dan cuti sekolah memberi peluang untuk peristiwa-peristiwa yang seronok yang boleh memperluaskan pengetahun anak anda serta memperkenalkannya pengalaman-pengalaman yang baru. Kanak-kanak benci duduk sahaja begitu lama dalam kereta atau semata-mata berjalan bersiar-siar. Mereka suka membuat sesuatu yang mereka dapat hasilkan. Menerbangkan layang-layang, membina sesuatu atau mengutip sesuatu sebagai hobi. Lapangan terbang atau stesen keretapi adalah tempat-tempat yang menyeronokkan setengah-setengah kanak-kanak. Susunlah lawatan ke balai bomba tempatan, sebuah kilang atau sebuah sawah/ladang. Apabila anak anda sudah besar sedikit bawalah mereka ke muzium, zoo serta tempat-tempat yang menarik atau bersejarah. Sebelum pergi ke tempat-tempat seperti ini, carilah sedikit maklumat mengenainya, tetapi ingat, kanak-kanak suka membantu penemuan mereka sendiri dan menceritakan kepada anda setengah-setengahnya.

Galakan anak anda melaksanakan hobinya sendiri dan mendapatkan keseronakan semasa membuat sesuatu. Mungkin anda mahu anak anda menceburi bidang muzik jika anda nampak kecenderugannya ke arah itu, yang amat penting ialah membantu anak anda menemui lebih banyak mengenai benda yang menarik baginya dan memberinya asas pengetahuan am yang luas mengenai dunia ini.

6. Biar televisyen membantu anak anda

Adakah televisyen menjadikan anak anda malas? Mungkinkah mereka menghilangkan atau tidak memperolehi tabiat membaca jika mereka menonton rancangan televisyen dengan melampau? Jika dibenarkan mereka menonton rancangan televisyen yang begitu banyak semasa kecil, mungkinkah mereka tidak dapat dipisahkan darinya untuk membuat kerja sekolah?.

Ini soalan yang selalu ditanya oleh ibu bapa. Sebenarnya tidak ada suatu jawapan yang jitu kerana banyak bergantung kepada seseorang anak itu sendiri. Bahawa TV dan kebaikan TV kini lebih jelas kepada kita. Kanak-kanak menonton TV untuk hiburan, ini merupakan satu jenis rehat bagi mereka. Bahayanya muncul apabila TV ditonton dengan mengenepikan perkara-perkara yang lain. Memang dengan peraturan keluarga amalan seperti ini boleh dihentikan, tetapi yang lebih penting ialah pilihan lain yang menarik yang ada di rumah. Kalau tidak, takkan mereka mahu menghabiskan semua masa lapang mereka di depan peti TV.

Kanak-kanak belajar banyak melalui TV. Rancangan mengenai sejarah, Sains, Alam Semulajadi atau perhubungan manusia yang dihasilkan dengan baik boleh mencungkil minat seorang anak dalam sesuatu mata pelajaran. Galakkan anak anda menceritakan kepada anda mengenai apa yang ia baru ditontonnya. Anda akan terperanjat apabila mengetahui bahawa ia telah meredap begitu banyak jika anda sedang menonton sesuatu rancangan bersama anak anda. Komen-komen anda boleh menjelaskan keadaan kabur dan dengan itu perhubungannya dengan anda menjadi rapat. Berikan perhatian kepada rancangan-rancangan yang paling disukai untuk ditonton dan belikannya buku-buku yang berkaitan dengan siri-siri televisyen (malangnya kurang dalam bahasa Melayu) dan mungkin boleh memandu anak anda ke arah tabiat membaca. Jadikan TV teman anda bukan ‘penjahat’ keluar

7. Bantu anak anda memiliki ciri yakin diri

Ramai ibu bapa bukan sahaja mahu anak mereka belajar dengan baik di sekolah tetapi juga mahu anak mereka belajar lebih baik daripada mereka ketika di sekolah dulu. Adalah penting disedari bahawa cita-cita yang sangat tinggi seperti ini adalah bahaya sekiranya akibat cita-cita seperti itu anda menjadi sangat kritis terhadap kerja sekolah anak-anak. Jika seorang anak menyedari bahawa ibu bapanya mempunyai harapan yang tinggi dan ia tidak boleh memenuhinya, perasaan kegagalan akan mula muncul padanya. Bakat sebenar seorang anak anda mungkin dihalang oleh sesuatu keadaan. Jadi anda patut sanggup membiarkan anak anda melanjutkan minatnya dalam bidang-bidangnya sendiri dan juga mengembangkannya dalam kadarnya sendiri. Yang penting sekali lebih baik memberi pujian terhadap usahanya daripada pencapaianya.

Sekolah biasanya mengharapkan banyak kejayaan daripada anak-anak anda. Anda pasti boleh ingat sedikit sebanyak frustasi yang anda alami ketika di sekolah dulu. Jadi apabila anak anda menceritakan mengenai kesulitannya cuba fahami dan memberi keyakinan kepadanya. Keadaan kuatir, cemas serta tidak pasti mengakibatkan kesan-kesan yang negatif di kalangan anak-anak, mereka kehilangan dorongan dan seterusnya secara beransur-ansur menjauhi pelajaran mereka.

Apakah yang boleh menjadikan seorang anak ciri yakin diri? Pakar-pakar bidang psikologi mengatakan bahawa jika ibu bapa mempunyai kepercayaan terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa yang merasakan anak mereka kurang berbakat dan mengutamakan kekurangan-kekurangan mereka biasanya meletakkan batu asas untuk beberapa sifat yang tidak baik seperti perasaan rendah diri, cemas, takut dan seterusnya kegagalan. Pencapaian anak-anak anda biasanya mencerminkan harapan guru dan ibu bapa. Ibu bapa harus mempunyai aspirasi yang positif tanpa meletakkan tekanan pada anak-anak mereka.

8. Beri anak anda tempat belajar yang kondusif

Anak-anak biasanya tidak boleh belajar di sekiling yang tidak selesa seperti bising dan yang penuh aktiviti. Anda anda tidak boleh diharapkan memberi tumpuan terhadap pelajaran di sesebuah bilik di mana radio atau televisyen disuarakan dengan kuat.

Jika anda boleh menyediakan anak anda sebuah tempat yang kondusif di mana tiada gangguan anda sebenarnya membantunya dalam pelajaran. Berusahalah menyediakan anak anda sebuah meja dan kerusi yang selesa di sebuah bilik yang cukup sistem cahaya (lampu) yang baik dan peredaran udara yang cukup. Di bilik itu sewajarnya juga ada pen, pensil, kertas dan alat-alat tulis yang lain dan kesemua ini patut mula didapati apabila diperlukan. Bilik seperti ini wajarlah juga ada buku-buku rujukan, kamus dan ensiklopedia. Menyediakan sebuah tempat yang baik untuk anak anda belajar adalah satu lagi cara menunjukan bahawa anda berminat dalam pelajaran anak anda.

Sumber : 11 Ways To Help Your Chlid Do Better at School - Encyolopedia Britanica International Lt

No comments:

Post a Comment