Sunday, August 3, 2008

Renungan Bersama - Siri 1

Assalamaualaikum warahmatullah..

Syukur kita panjatkan kepada Allah kerana masih lagi dikurniakan subsidi nyawa untuk meneruskan kehidupan ini bagi tujuan mengabdikan diri kepadaNya.. Selawat dan salam kita titipkan ke atas junjungan kekasih Allah iaitu Muhammad Pesuruh Allah..Sahabat-sahabat yang dimuliakan..Di kesempatan ini saya ambil peluang untuk mencoret sesuiatu yang mungkin Insya Allah kita mendapat manfaat daripadanya.. Secara jujurnya kita cuba ambil satu masa untuk sama-sama kita koreksi diri tentang tahap TAQWA kita kepada Allah SWT.

bersikap jujur terhadap diri dari dasar hati yang dalam dengan menginsafi segala pengkhianatan yang pernah kita lakukan terhadap lautan nikmat Allah sedangkan betapa sedikit pula ketaatan kita kepadaNya. Dalam keadaan begini, amat wajar untuk kita mengajukan persoalan kepada diri kenapa hati kita menjadi begitu keras sekali, seakan-akan kerlipan kebenaran tidak pernah bertapak di lubuk hati kita.Inilah akibatnya jika hati tidak sudah mengenal TAQWA!!Rasanya tidak layak diri ini mengharapkan keindahan dan kebaikan, di mana pada masa yang sama kita sering menghadirkan kejelekan dan kemaksiatan!Rasanya tak layak kita memohon keampunan ketika mana di waktu lain kita hadirkan kederhakaan!Rasanya tak layak kita disebut hamba pilihan kerana perintha dan larangan tidak jua kita agungkan!

"Wajah-wajah orang kafir ketika itu (hari kiamat) muram(24) Mereka yakin bahawa mereka akan dikenakan malapetaka siksaan yang maha dahsyat(25) Tidak! apabila nyawa sudah berada di kerongkong(26) Dan katakanlah kepada manusia, "siapa yang dapat menyembuhkan kamu?"(27) Dan ketika itulah mereka yakin bahawa itulah waktu penamat kehidupan(28) Maka bertaut betis kiri dan kanan (lantaran kesakitan sakratulmaut) (29)"—Surah Al-Qiaymah
Ayat ini cukup menggoncang jiwa..Ayat ini amat besar makna dan mesejnya..Ayat ini juga adalah ancaman bagi mereka yang tidak pernah memikirkan persoalan TAQWA ketika mana nyawa masih dikandung badan!!

No comments: