Sunday, March 27, 2011

ConVoCatIon....


Konvo?...hmm..gembira ada...sedih pun ada...
Gembira sebab akhirnya dapat juga aku memegang segulung ijazah untuk mak, abah dan keluarga....sebagai membalas segala penat lelah mak dan abah menyekolahkan aku dan didik aku dari kecil hingga dewasa.....
Walaupun aku dari keluarga sederhana..api aku bangga jadi anak mak dan abah.......
di hari konvokesyen...aku melihat titisan airmata syukur dan gembira di wajah mak.....alhamdulillah aku dapat habiskan belajar dan membawa mak melangkah ke dewan utama untuk aku mengambil ijazah...

Sedih...bila terkenangkan hajat arwah abah yang tak kesampaian untuk lihat aku dan menjejak kaki bersama aku di dewan untuk semasa hari konvokesyen...terngiang2 di telinga aku akan hajat abah...tapi apakan daya....kite hanya mampu merancang...Allah lebih menyayangi abah....semoga dengan adanya kejayaan ini, aku akan terus kuat dan tabah melalui hari2 mendatang dengan mencuba sedaya upaya aku untuk beri yang terbaik pada mak dan keluarga...Insyallah....

Sunday, March 20, 2011

Kehilangan...

Sehari sebelum arwah pergi, aku dapat berita dari kakak yang arwah masuh hospital lagi. Aku telefon mak........
"Mak... abah camana?".....airmata mengalir dengan sendiri tiba2.....
"Abah sakit teruk tadi...dah bawa p klinik tapi doktor tu macam tak layan pulak......uda terus bawa abah p hospital..jangan risau la, belajar rajin2 ya...."
"Adik nak balik mak...nak tengok abah"........
"Tak payah la...minggu depan kan nak periksa..nanti dah abis periksa baru balik tengok abah.".........
Aku gelisah tak tentu hala......kenapa mak tak bagi aku balik?...aku ak tengok abah....aku risau kan abah........Ya Allah sembuhkanlah ayahku....panjangkanlah usianya Ya Allah.......aku menangis sendiri..apa lagi yang mampu aku lakukan pada waktu itu selain berdoa dan menunggu berita dari kampung...study pun dah tak masuk dalam kepala otak aku ni....

Keesokannya, lepas solat zuhur aku call mak..."Mak, adik nak cakap dengan abah..." Mak terus pass telefon tu kat abah..masa tu semua ada kat hospital, aku seorang jer yang takde..sedihkan?
"Abah....abah camana?.....kenapa sampai macam ni?...." Aku terus tanya bila dengar jer suara abah.
"Nak buat camana, dah nak sakit...jangan risau la abah ok jer"........
"Adik nak balik tengok abah...tapi mak tak bagi balik kenapa?..adik nak jumpa abah....." aku menangis dan terus menangis...airmata mengalir semakin deras bila dengar suara abah termengah-mengah nak cakap.
"Okeylah adik, abah tak larat nak cakap banyak..jangan sedih2 ya.." Abah yakinkan aku supaya aku tak risau lagi, tapi aku dapat rasa abah tenat sekarang...Ya Allah selamatkanlah abah.........

Aku tak senang duduk dan menagis berterusan...risau...takut...semua bercampur..hanya tuhan saje yang tahu perasaan aku waktu tu...Tiba malam, aku macam biasa tido awal dalam pukul 11mlm......tengah lena tido tiba2 aku tersedar bunyi panggilan telefon aku..entah macamana aku boleh tersedar..selalunya aku tido memang lena giler....aku tengok kat skrin nama "Uda"......aku tersentak dan terus jawab...masa tu jam 1.00pg....
"Dik, abah dah takde....." Kak yati bagitahu aku dengan suara yang sangat sayu.
Aku tergamam seketika dan airmata terus mengalir.....
"Bila kak?...tanya aku dengan lemah...tak terkeluar rasanya suara ni bagaikan mahu rebah aku rasa tapi aku kuatkan juga.
"Baru je dik...sabar ya.."
"Macamana adik nak balik kak?...." Aku hilang punca, tak tahu macamana aku nak balik kampung pagi2 buta ni...sempat ke aku sampai rumah sebelum jenazah di kebumikan?.....Ya Allah bantu lah hamba-Mu ini.....
Lepas terima berita tu aku memang menangis sekuat hati terlalu sdih hati ni....roomate aku Norry terjaga dan terkejut tengok aku..aku pun bagitahu dia dan dia pun menangis sama dengan aku...dia tenangkan aku...sambil tu aku bagitahu uyun, muliani, dan abg angkat aku.....masa tu uyun tak serumah dengan aku...diorang semua duduk jauh dengan aku.....

Tak lama kemudian, Uda call lagi bagitau abg long abg ipar kepada uda akan datang ambil aku kat unisel..rumah dia kat klang..so dia tolong ambil aku dan bawa aku sampai Nilai..Uda tunggu aku kat sana, so jimat masa perjalanan an boleh cepat sampai...tepat jam 6.00pg abg long sampai kat unisel dan memulakan perjalanan kami ke Nilai, Abg long drive laju giler......sampai je Nilai, Uda dah ada kat sana tunggu kami....tanpa berlengah kami teruskan perjalanan dan sampai kat rumah lebih kurang jam 10.00pg....alhamdulillah aku sempat sampai rumah.....semakin hampir ke rumah, hatiku berdebar-debar, sedih dan teramat sedih...aku tak toleh kiri kanan terus meluru masuk rumah cari mak.....aku terus lari kat mak dan menangis.....sedihnya tak terkata masa tu...insan yang amat aku sayangi telah pergi selamanya meninggalkan kami. Aku pergi ambil wuduk dan sedekahkan surah Yasiin pada arwah....sayu ku rasakan, kehilangan yang amat besar dalam hidup aku dan dugaan yang sukar untuk aku terima...tidak dapat aku luahkan dan gambarkan perasaan sedih dan terkilan aku pada waktu itu kepada kalian semua...masa arwah tengah dimandikan, aku ternampak Fiza, kawan 1 sekolah aku...terharu aku tengok dia datang melawat...aku pergi kepada dia dan peluk dia sambil menangis dan ucap terima kasih kerana sudi datang....Fiza kata Uyun yang bagitahu dia........

Waktu jenazah di kapan, kami adik sekeluarga duduk di tepi menunggu jenazah siap, airmata aku pulak tak henti2 mengalir....berulang kali aku tanya mak dan kakak.."Kenapa tak bagi adik balik?...Adik nak tengok abah....Adik tak dapat tengok abah masa dia nazak...." Kakak dan mak terus tenangkan aku.....waktu balutan terakhir wajah jenazah nak di tutup, kami tatap untuk kali terakhir, waktu ni aku cuba tahan airmata dari mengalir dan mengucup lembut dahi arwah yang sejuk tu..Ya Allah, hebat ujian-Mu.......waktu itu, aku dapat melihat airmata semua orang termasuk uda dan along...kami sangat sayangkan abah dan aku ingin sekali memberi kebahagiaan pada arwah...tapi Allah dah ambil abah dulu.......

Selesai majlis pengkebumian, Fiza tak balik lagi dan keluarga angkat aku pun masih ada lagi.....Suasana hening jer....dan aku pula hanya termenung dan menitis airmata....Tepat jam 12.25 tgh mlm bertarikh 31-10-2007, insan yang amat aku sayangi telah pergi menemui Yang Esa..pada waktu ini juga la aku didalam minggu menjelang final exam di kampus......dugaan yang hebat bagi aku di kala aku nak ambil final exam dua minggu lagi...masa ni aku tahun 2 di unisel.....memang sedih, tapi apakan daya Allah lebih menyayangi abah.

Masih terngiang2 di telinga aku abah kata "Abah tak larat nak anta adik...nanti la masa adik konvo nanti abah pergi tengok adik kat sana ya,"......itu la kata2 abah yang tak tertunai. setahun kemudian masa majlis konvo, aku rasa sedih sangat...semua orang gembira, tapi aku seolah2 mencari sesuatu yang akan hadir sama di majlis ini. walaupun mak ada di sisi, tapi aku masih tercari-cari apabila kenangkan kata2 abah dulu.....hajatnya tak kesampaian untuk lihat aku menerima segulung ijazah...tapi aku dapat rasakan abah ada waktu tu......masa nama aku di panggil dan menyusun langkah untuk terima ijazah, lirik mataku seolah-olah ternampak bayangan abah dengan senyuman yang indah......tamat majlis aku cari mak dan terus peluk mak, sedih dan gembira bercampur....mak pun menangis gembira......"Kalau abah masih ada mesti abah suka kan mak...." aku hanya menagis dan terus menagis dibahu mak.....Namun, aku bersyukur sangat pada Allah di atas kejayaan ini.....walaupun abah tiada disisi lagi, aku berjaya tamatkan pengajian di sini dan membawa pulang segulung ijazah untuk mak, abah dan keluarga dan aku telah buktikan bahawa anak mak dan abah boleh berjaya.......ini la hadia yang paling istimewa untuk mak dan abah di atas segalan penat lelah dan pengorbanan mereka pada aku sejak aku lahir hingga la ke saat ini....

Aku sentiasa merindui abah............

Wednesday, March 16, 2011

LoVe my FreinDs...


Pokdin & Poklan yang sengal...haha..Jangan marah ha..

Kak Syifa & Nani
Kak Ida & Kak Zetty

Kak Ju, Kak Ani, Liyana, Nur


Kak Ani, Me & Kak Ju


Me & Kak Ani

Me, Echa, Uyun & Nani

Me & Echa

Echa Near The Lake


Poklan, Siti, Uyun, Nani & Me
Uyun, Me, Khairin, Ada, Sharifah, Nani & Siti


Uyun, My Mom & Me

Uyun, Nani & Siti
Nani, Poklan & Uyun

Uyun & ME

Sharifah

Siti & Khuz

Imran, Din, Fazar,+++++....sorry lupa nama
Nani, Echa, Bb, Me, Kakak Aini, Uyun
Uyun & Kakak Aini









Tuesday, March 15, 2011

Kasihan Kawan-kawan Saya...


Kasihan dorang....tapi tu la nak sangat duduk kat umah sewa kan....suh duduk kat hostel tak mau..kan dah susah sendiri...hmmm.....

Tahun dua di Unis
el kami tak duduk serumah lagi...masing-masing dah duduk berasingan...Khuz, Siti, Uyun, Nani dan Zah duduk kat umah sewa agak jauh juga la dari kampus.....Kakak Aini dan Echa pulak duduk kat kampung belakang...so kami semua dah berjauhan tapi waktu kuliah kami tetapbersama tak terpisah....hehe.....semester 4 tahun 2 aku setia kat hostel sebabnya aku takde kenderaan nak bergerak sana sini dan faktor kesihatan..lagipun senang nak p kuliah atau urusan lain dalam kampus.....biarpun kena bayar mahal untuk hostel, tapi berbaloi bagi aku...huhu....dorang pulak start mengeluh masing-masing letih, jauh, takut....macam-macam....tapi nak buat macamana korang yang pilih sendiri kan?.....hok2...aku kesian tau kat korang semua....masa final exam pun dorang selalu sampai lewat....lagipun rumah jauh kan so agak susah la nak sampai pada waktunya.....tu la korang tak mau dengar cakap aku...huhu Jangan marah ha......hehe..lepas dah serik duduk kat umah sewa yang jauh tu baru la doang semua masuk dok kat hostel balik...baru la masing-masing lega.....tapi kami still tak duduk sama macam dulu....cuma aku, Uyun dan nani duduk serumah masa final year...memang haru- biru rumah pasal tau je la aku dan uyun camana...hari-hari memekak...nani pulak pening tengok kitorang....Echa pun rajin mai umah kami...masak, makan semua sama-sama seperti kembali ke zaman mula-mula masuk kampus dulu....rindu semua kenangan tu tau...tak pernah lupa sampai sekarang dan tak akan dilupakan sampai bila-bila...miss u all.......harap-harap dapat la kami buat reunion untuk mengukuhkan lagi silaturrahim antara kami......

Monday, March 14, 2011

Unisel......




Hohoho......si uyun lagi bersama aku kali ni....study sama-sama kat unisel....bukan aku yang apply...dia yang tolong aku apply sebabnya nanti dia takde kawan...haha......last2 duduk serumah, sebilik, sekelas.....mana-mana pun dengan makcik sorang ni...dah rezeki kami bersama di alam kampus....apa pun thanks ya yun sudi susah senang bersama dengan aku sepanjang di Unisel....hujung bulan 7 kami daftar diri kat Unisel 29-07-2006......aku dan uyun tinggal kat hostel blok E3-2F-01....kami serumah dengan housemate lain they is Siti, Kakak Aini, Bb dan Khuz....happening jer umah kami....cuma Echa jer tercampak kat blok lain...tapi dia selalu datang umah kitorang...macam-macam ragam sepanjang semester 1 ni....muka pun skema jer sume..maklum la freshee la katakan...yang sedihnya masa pendaftaran tu parents semua kan nak balik...huaaaa......aku dengan uyun melalak sedih kena tinggal dengan parents.....almaklum la first time tinggal jauh dari parents...nasib baik waktu ni kat kampus...kalau macam sekolah teknik tu confirm aku balik lagi...hahaha......hmm..masa ni gak la first time aku tengok uyun melalak...haha...cengeng jugak minah ni...hehe...sorry ya yun...susah senang kami bersama sepanjang tahun pertama di rumah yang sama dan kelas yang sama.....Hanani, Kak Pah, Kak Ida...kenal la semua dan rapat la juga....hehe...aku dengan uyun pulak macam biasa la hari-hari memekak tak boleh jumpa ada jer isunya.....suka cari gaduh...tapi best..happening jer....takde kitorang sunyi umah tu......tapi biasa la kan...dalam keakraban kadang-kadang ada juga perselisihan...tapi alhamdulillah kami semua bagaikan satu keluarga....kuliah, assingment, test dan final exam berjalan lancar sepanjang tahun pertama.......yang aku tak dapat lupa jasa dan pengorbanan kawan-kawan waktu ni....teringat lagi dan masih segar dalam ingatan masa aku jatuh dalam toilet, kepala aku terhantuk kuat kat sink toilet sampai bengkak juga la kepala aku....mula-mula tak sakit sangat...tapi lama-lama mak ai sakitnya tuhan saje yang tahu..nasib baik tak mengong.....housemate la yang jaga aku, khuz tuam kepala aku dengan tuala hangat, semua la jaga aku...masa tu terasa semua sayang kat aku....terharunya...huhu....p kelas pun menahan sakit sampai menangis kat kelas marketing pasal sakit sangat2.........Then, tahun 1 ni aku agak aktif sikit la dengan Kelab Pembimbing Rakan Siswa tapi low profile jer.....huhu......masa nak buat program kursus fasilitator aku sakit kat kulit doktor kata kena hama.....tapi dah macam kayap dah aku tengok kat tengkok dan bahu..makin lama makin merebak...memang sakit.....uyun la susah payah jaga aku,sapukan ubat.....huhu...sayang uyun......lama juga la nak sembuh....alhamdulillah hidup lagi aku sampai sekarang....mak aku punya la risau takut jadi apa-apa kat aku....
Yang paling best aku jadi giler dengan ayam goreng kat kafe...pehh! memang sodap giler.........sekali rasa nak selalu makan......kat tempat lain takde tau....







atas permintaan aku edit balik...jemput2 la baca.....ForM 4 - FoRm 6....Banyak kenangan....

Form 4.....emmm......tak banyak kisah...cuma ada seorang guru yang mengajar kami subjek Prinsip Akaun yang menggerunkan para pelajar...haha...bila dia masuk kelas je semua senyap macam malaikat lalu...aku tak tau la kenapa semua student takut dengan cikgu ni...nama dia Cikgu Marziah...dan yang menambah gosip pasal dia ni setiap tahun dia pregnant wei......express betul cikgu aku sorang ni...aku memang tak faham hormon cikgu ni tapi even dia garang sangat-sangat aku tetap sayang dia dan sebab dia la aku dapat result terbaik subjek ni..bagus jugak dia garang kalau tidak mesti aku belajar main2 je subjek ni...terima kasih cikgu...dua tahun dia mengajar kami di kelas 4 Cendikiawan dan 5 Cendikiawan...masa ni jugak la aku sekelas dengan Nurul Muliani, Siti Nadia, Siti Subaidah, Suhada dan seorang makcik bernama Nurunnadiah Rosli...huhu...tapi masa ni aku rapat dengan Siti Nadia dan Nurul Muliani je la....Uyun aku tak rapat pun...kenal macam tu jer....haha....pendiam kononnya si uyun ni......masa berlalu begitu pantas hingga kami semua tamat pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seth...

Lepas SPM aku keje sementara ikut kakak aku...Lepas tu aku sambung Form 6 kat sekolah yang sama dengan si uyun, eheeee setia betul aku kat sekolah ni......Muliani, Siti Nadia dan Bed tak sambung Form 6....ada yang dok umah saje, ada yang keje......Suhada pulak sambung Form 6 kat Tongkang Pecah...so tinggal aku dan uyun jer...masa ni la baru rapat dengan si uyun ni..entah camana la leh kamcing dengan dia ni padahal lain kelas......haha....Anyway, banyak kenangan dengan kawan-kawan baru....tapi maklum la aku ni low profile so budak2 kelas semua pandang aku sebelah mata je wei...takpe2 korang tak kenal aku lagi..huhu...


Masa ni juga la aku jadi pengawas sekolah a.k.a pengganas dalam diam..ada pulak admire comot2 aku ni...tapi pangkat adik la...Nur Amira Aidura sedap kan nama dia..setiap hari mesti teserempak dengan budak ni..cantik redup je tengok dia..untung sape yang memiliknya dan sekarang still contact lagi la pasal ada facebook la kononnya kan...memang la hari2 nampak pasal keje aku asyik kena jaga pagar sekolah je pagi2 dengan si Gunaselan mana tah dia ni sekarang...dah lost contact dengan machaa ni....

Aku masih ingat lagi masa fairuz sakit, masa ni juga la aku mengenali Norizan, Siti Suraya dan adik Siti Munawarah dan kak Saba....Ustaz Ridzauddin dan Ustaz Ayub banyak memabantu kami untuk pulihkan mereka..fairuz kena gangguan...aku banyak juga la tolong dia dan dari sini juga la aku dapat lihat bagaimana keadaan orang kena rasuk, di ganggu makhluk halus yang suka ganggu orang tu....dan masa ni juga la aku kenal dengan suasana penghuni Kersani Training Centre kat segamat...ish macam-macam la.....dah jadi macam ghost buster  la pulak aku ni...terlalu banyak kenangan bila memberi khidmat bantuan pada mereka bertiga ni macam2 ada sampai aku sendiri diganggu tapi alhamdulillah dengan pertolongan dan kuasa Allah mereka dah pulih sebelum kami menduduki STPM 2005..bukan mudah nak jaga dan pulihkan mangsa yang kena gangguan macam ni, diri kite sendiri kena kuat dan jangan mudah mengalah........



Tahun 2006 .....jeng..jeng..jeng...

Thursday, March 10, 2011

MelALak.....

"Huaaa.....kena marah kaw2 dengan Along...semua orang marah aku.....tu la nak p sangat masuk sekolah teknik...sekarang menyusahkan orang pulak...

Beberapa hari aku kat rumah...mak tanya
"Adik tak nak sekolah sana lagi ker?"...Aku geleng jer tak nak balik sana...tak suka..tak suka....tak nak jauh dengan mak....lagi pulak anak manja, minta apa pun mesti dapat..huhu...Seminggu berlalu, Along dan mak hantar aku ke Melaka lagi...Tapi bukan kerana aku nak belajar kat sana tau..kami ke sana atas urusan pertukaran semula aku ke sekolah lama. penat juga la berulang kan...kesian juga aku tengok mak dan along yang terpaksa turuti permintaan aku...manja kan?
Nasib aku baik sebab aku pindah sekolah belum cukup seminggu...so proses tukar sekolah mudah dan tak melibatkan urusan dengan kementerian....kalu tidak tak dapat la aku tukar sekolah...selepas selesai segala urusan, maka kembalilah aku ke sekolah lama SMK Dato' Seth.....kali ni aku tak jumpa Apis dan Farid lagi sebabnya mereka masih kat sekolah teknik....cikgu-cikgu semua pelik tengok aku belajar kat sini balik...semua nasihat kenapa balik sini?...kat sana kan bagus...awak tak rasa rugi ker?.....Tapi penat mulut diorang ker....kalau dah namanya aku....aku tak kisah semua tu....yang penting aku yakin dengan jalan yang aku pilih....Pasti ada hikmahnya di sebalik semua ni....Mak dan abah pulak tak kisah...asalkan aku belajar betul2.....so the moral values is "Jangan sesekali kite menyesali di setiap keputusan yang kite lakukan, pasti ada sesuatu yang istimewa di setiap keputusan itu"........

Friday, March 4, 2011

PMR 2001

PMR?....oh no.....aku jadi pemalas balik masa nak dekat PMR...aduhai..result aku cukup-cukup makan jer. Aku tak tahu la kenapa...apa daaa.....

Masa form 1, oleh kerana aku antara pelajar terbaik..chewaahhh!...aku masuk kelas 2A3 masa form 2 dan kawan baik aku Siti Nadia dan Apis kelas 2A4...alamak biasa la...kalau dah lain-lain kelas ni jadi boring dan ada la perselisihan sikit. Biasa la budak-budak kan. Apis kata, "Yela dia budak pandai, aku biasa-biasa jer."....Tapi Nadia selalu back-up aku..dia yakinkan apis yang aku tak berubah pun. Masih macam dulu. Aku pun terus yakinkan dia. Tapi apis masih menyut. Takde banyak sangat hal la masa form 2....


Form 3 pun sama aku kat kelas 3A3...masa ni aku dah ramai sikit kawan la dan bercampur dengan budak-budak yang pandai tu tapi tak la too close with them. Yang aku tak leh lupa ialah "Ustazah Norita" yang comel dan memang comel la...sejuk jer mata bila pandang dia...hehehe....Form 3 memang sangat membosankan bagi aku sebab banyak nak study dari form 1 - form 3 punya silibus....tu yang jadi malas tu. Kat rumah aku tido jer...hahaha...so at the end.....result aku biasa jer tapi takde la yang failed....Alhamdulillah........

Hmm...masa ni abah masih keje dan masih kuat la juga. Aku macam biasa la...Kit Kat..Kit Kat....Lepas PMR, mesti masuk form 4 kan....aku pun isi la borang untuk sekolah teknik......aku minta kat Batu Pahat, Muar dan Melaka....sebab kat situ jer yang ada course yang aku nak......then hasilnya aku dapat tawaran ke Sekolah Menegah Teknik Dato' Sri Mohd Zain atau SMT Alor Gajah pasai sekolah ni kat Alor Gajah, Melaka. Jauh gak la....mula-mula excited ni, beli barang-barang, baju baru...semua baru la....aku sorang jer yang tercampak kat Melaka...kawan-kawan yang lain semua dapat yang dekat-dekat jer kat BAtu Pahat......Apis dan Farid pun kat Batu Pahat......

So aku p la Melaka...family hantar...sampai sana dah siap daftar apa semua...family nak balik...meraung aku tak nak kena tinggal. Tiba-tiba sedih plak..maklum la tak pernah berpisah dengan family...mak pun nangis tinggal aku sorang-sorang....lepas tu macam biasa semua tempat ada sesi orentasi pelajar baru. Akak-akak senior pulak garang-garang dalam dom aku tu. Ish tak suka betul...hati pulak meronta nak balik tak nak sekolah kat sini...nak balik...nak balik.....

Kat sekolah ni aku ada kawan baru nama dia Nisa...tapi dah lost contact..aku tak tau dia kat mana sekarang. Nisa dok 1 dom dgn aku...sebelah katil aku jer...aku dok kat atas senior aku akak apa entah nama dia lupa dah...huhu....tapi akak ni baik la...nisa pun baik gak...mana-mana p Nisa teman aku selalu...cuma bezanya course kami lain...aku pun dah lupa dia amik course apa.....hari pertama jer dah cukup buat aku meronta giler-giler nak balik.....tak nak dok sini...petang tu aku call mak nangis-nangis nak balik...mak pun nangis gak....tapi mak suruh sabar....malam tu ada solat jemaah, aku dan Nisa nangis lagi..masing-masing nak balik...aduhai...macam-macam karenah...anak manja la katakan.....wink2.........

Lepas solat....aku call mak lagi nangis-nangis nak balik...mak kata nanti tunggu tanya along...aku pun letak la dan masuk dom..memang takde mood langsung, macam-macam aku fikir.....malam tu tido awal tapi tiba-tiba kena kejut kul 1.00pg kot kalu taksilap aku la....tahu tak?......mak dan along datang amik aku kat sekolah..tapi along muka dia merah padam pasal marah kat aku...huhu...nasib-nasib.....

***********nanti sambung lagi ya************



Don't Leave Me....


"Why you leave me my dear?". Sentiasa bermain di fikiran mengapa Allah menjemputnya dahulu di usia yang terlalu awal. Macam-macam dugaan aku lalui sepanjang tahun 1999. Yang paling menyedihkan aku kehilangan anak saudara yang amat aku sayang "Siti Nor Sakinah". Baru berusia 3 bulan dan pemergiannya amat menusuk di jiwa. Anak kecil yang tidak tahu apa-apa dan kehadirannya amat di nanti....tapi apakan daya, Allah lebih menyayangi Sakinah. Walau sudah sekian lama Sakinah meninggalkan kami, kasih sayang dan rasa rindu masih segar hingga saat ini tak pernah luntur malah sentiasa terkenang wajahnya. Sesuatu yang pelik aku rasakan, aku tidak tak tahu kenapa aku terlalu sayang pada bayi comel ini sampai tak boleh berpisah. Sakinah terlalu istimewa bagi aku. Tak tahu lagi nak ungkap macamana rasa sayang aku ni pada Sakinah. Dia bayi yang pelik, tidak merengek macam bayi-bayi lain, tak banyak karenah, senang sangat jaga Sakinah.

Masa Sakinah meninggal, hari sekolah macam biasa la aku balik petang. Sakinah meninggal tepat jam 3ptg. Tapi tiada seorang pun ahli keluarga yang jemput aku dari sekolah. Pada hari yang sama juga aku terlalu mengantuk kat sekolah dan terlalu sukar buka mata, Allah jer yang tahu macamana ngantuknya aku masa tu. Bila balik sekolah petang tu aku balik macam biasa, sampai kat rumah aku rasa pelik...."Kenapa ramai orang kat rumah ni?".....Aku nampak kakak tengah cuci periuk besar kt luar rumah....Bila kakak ternampak aku, dia terdiam tanpa kata....aku tanya dia...
"Ada apa kat rumah kak?"
"Kau tak tahu ke?"....kakak tanya aku balik..
"Tahu apa?"
"Sakinah dah takde.."...
Aku terus diam tergamam, sesuatu perasaan yang amat pilu serta-merta menusuk dijiwa dan airmata aku terus berlinang deras. Semua orang pelik tengok aku balik sekolah dan muka masing-masing macam takut jer. Aku apa lagi terus masuk rumah dan marah semua orang.
"Kenapa tak bagitahu?...Kenapa tak amik adik kat sekolah?...Semua tak ingat kan?"....Aku menangis dan terus menangis..Aku rasa terkilan yang amat sangat tak dapat menatap wajah Sakinah untuk kali terakhir. Hanya Allah saje yang tahu bagaimana perasaan aku waktu tu. Sampai hati mereka tak ingat aku. tak jemput aku. Aku ni sape?

Mak, Kak Zai dan semua terus pujuk aku dan minta maaf. Tapi aku takde bagi apa-apa respon pun masa tu. Aku hanya menangis dan terus menangis.......Sejak hari tu dan beberapa hari selepasnya aku diam tanpa kata, selera makan pun takde....aku cuma menatap buaian Sakinah, baju-baju Sakinah dan selimut Sakinah.....Aku masih tak boleh terima kenyataan. Masa tolong kakak simpan baju Sakinah, aku terkenang keadaan sehari sebelum Sakinah meninggal. Sebelum aku pergi sekolah aku makan sambil buaikan Sakinah dalam buaian dia. Tapi masa tu aku tak tahu kenapa aku tak pandang pun muka dia..selalunya aku mesti tengok muka dia. Malam tu pulak aku tido sebelah Sakinah, aku tengok wajah Sakinah nampak berkilat dan cerah tapi dia diam jer. Sakinah memang tak menangis macam baby lain yang selalu melalak tu..

Ya Allah tak tahu la nak kata macamana lagi, memang terkilan sangat-sangat. Sepanjang aku sakit, aku memang terbayang Sakinah jer, makan tak nak, menangis jer keje aku sampai mak carikan ubat untuk aku supaya lupa sikit pasal Sakinah...aku hilang semangat bila Sakinah takde sebab terlalu sayang..Kat sekolah pun aku diam jer...lama juga la aku macam tu sampai semua orang susah hati tengok aku.

Tapi walaubagaimanapun, aku bersyukur sangat pada Allah....pemergian Sakinah di ganti dengan kehadiran adik Sakinah iaitu "Siti Norain" yang suka bercakap sampai letih aku nak melayan. 7 tahun penantian dan akhirnya Ain muncul dalam hidup kami...masa Ain lahir kami jaga dia betul-betul sebab kami tak mahu kehilangan lagi seperti Sakinah dan alhamdulillah Ain sihat sentiasa. Tapi walau apapun, Sakinah tetap ada dalam hati kami sampai bila-bila.

*****************************************

Tuesday, March 1, 2011

Basikal oh Basikal....

Banyak kisah pasal basikal dari masa kecik sampai la dah besau tapi tak panjang ni...basikal pertama aku dapat masa umur 5 tahun, abah belikan basikal kecil warna biru ala basikal budak-budak tu basikal roda tiga. Dah lama pakai kononnya dah expert la naik basikal, abang pulak buka roda basikal tu suh aku bawa tanpa roda. Mula-mula takut juga sampai termasuk bawa rumah, jatuh tergolek...hahaha....
masa masuk sekolah rendah naik basikal dengan kak ani, masa pagi tu nak pergi sekolah macam biasa la bawa bekal air mak sediakan. Boleh pulak botol air tu terlepas dari tangan jatuh dan pecah. Aku nangis tapi kak ani terus kayuh basikal tak nak berhenti pun ambil botol air aku tu...Huaa......

Masuk darjah 3, aku bawa basikal sendiri pergi sekolah, tapi kadang-kadang je la sebab abah rajin hantar dan ambil aku dari sekolah. Suatu hari tu aku bawa basikal, masa nak belok kat jambatan simpang nak masuk sekolah aku terjatuh, baju pun dah comot....orang semua tengok aku..aku apa lagi nangis la sorang-sorang bangunkan basikal dan terus balik rumah...sampai rumah pulak nasib tak baik betul, mak marah kenapa balik lagi. Aku pun cakap la jatuh tapi mak suruh pergi sekolah jugak abah hantar. Tapi tau je la budak malas macam aku, menangis tak nak pergi sekolah......ish3..
Dah tu mak aku mengalah ler tak paksa aku pergi sekolah....teruk kan aku....Hmm...

Darjah 4 aku dapat basikal baru lagi sebab basikal kecik aku yang aku sayang tu sepupu aku ambil. Menangis masa tu bila sepupu aku nak basikal aku tu, tapi nak buat macamana mak kata "Takpela, nak buat macamana, tak bagi tak patut pulak..nati abah beli yang baru ya." Mak pujuk aku.
Basikal baru aku ni pun warna biru juga, sayang kat basikal tu hari-hari aku cuci...hehe..basikal ni guna untuk sekolah jer pasai sayang....tapi basikal lama kakak aku tu aku balun cukup-cukup. Basikal kak ani la yang aku guna untuk lumba dengan kawan-kawan lelaki, pergi curi durian...hohoho....pancing ikan dan macam-macam...

Ingat lagi masa lumba basikal kat masjid dengan sepupu lelaki, dia naik basikal besar tu memang la dia boleh menang pasal basikal tu tayar besar....Tapi nasib aku juga yang tak baik tengah sedap berlumba boleh plak terlajak lau kat batu-batu tanah merah yang terkumpul..apa lagi jatuh la dan calar dua-dua belah lutut dan siku tangan. Balik rumah kena marah lagi dengan mak....mak jer yang marah aku, abah tak pernah marah pun. Lepas jatuh tu balik rumah menyorok tak nak mak tahu..nak masuk rumah pun senyap-senyap ak nak mak nampak kaki aku ni. Tapi, tengah dok belek luka kat kaki ni mak muncul kat depan aku.....
"Jatuh lagi? Pergi la lumba lagi..perempuan tapi perangai macam lelaki!"
Aduh!..kena marah lagi...mak tak pasal-pasal kena cubit kat peha dengan mak....sakit.....Lepas tu mak terus tarik aku p dapur nak cuci luka...marah punya pasal mak letak minyak kayu kat luka aku...apa lagi meraung la pedih..minyak tu memang cukup pedih kalau letak kat luka......
"Ha rasakan la..lumba basikal lagi la sana!"
Aku cuma nangis jer sambil tiup luka tu nak bagi kurang pedih....3 hari tak boleh jalan sebab kaki bengkak.
"Cuba duduk kat rumah jer, ini tak berjalan ikut budak lelaki...adik tu perempuan bukan lelaki..biar nanti potong je kaki tu."
Aku buat tak tau jer masuk telinga kanan keluar telinga kiri, maklum je la budak degil kan. Parut pun kekal sampai sekarang tak hilang pun...

********************************************



Ayam dan Basikal.....

"Mak!!!!!.." Bugggggrrhh...
"Kan dah jatuh, kejar lagi ayam tu" Mak dah membebel pot pet pot pet...
Aku nangis, padan muka aku sape suruh kejar ayam..sekarang terima padahnya.

Macam ni ceritanya, masa balik sekolah agama petang tu, budak degil kan tau aje la agendanya dah takde koje lain..Masa sampai rumah aku nampak ada ibu ayam dengan anak-anaknya yang comel-comel tu..apa lagi aku parking basikal kat tepi rumah pastu apa lagi aku kejar ayam tu dengan baju sekolah yang tak salin lagi. Tengah sedap-sedap kejar tiba-tiba ayam tu kejar aku balik. Apa lagi berlari tak cukup tanah dibuatnya. Dan akhirnya terjatuh pasal kaki tersangkut kain sekolah. Tersungkur aku nasib muka tak calar. Tapi.....Mak!!!!....lutut luka dalam sampai tak boleh jalan. Ish3.....ni la akibatnya kalau degil sangat. Sampai sekarang parut tu masih ada dan muka ayam tu pun aku tak lupa sampai sekarang. Dan sejak dari hari tu aku alergy dengan ayam yang bersia-siar dengan anak-anaknya. Nampak jer ibu ayam, aku mesti ketakutan sebab takut kena kejar....huhhu.....

1A8........

1A8...kelas kedua hujung kat sekolah aku masa form 1. Mesti orang semua fikir kelas hujung ni untuk budak2 bodoh jer. Yela, aku UPSR result teruk tak macam budak-budak pandai lain..So tercampak la aku kat kelas 1A8 ni. Tapi aku tak kisah kelas mana pun, yang penting azam aku akan tercapai.
"Hai nama awak sape?" eh ada orang nak kawan la dengan aku..hehe
"Emm..nama saya mas, awak?"
"Saya '****'....?" nama rahsia tau.
Hmm...masa ni aku tak banyak kawan. Kawan aku masa form 1 cuma ada Apis, Farid, Fairuz, Siti Nadia...tu jer yang aku rapat masa form 1..Yang lain mana nak kawan dengan aku sebab aku pendiam masa kat sekolah....chewahh!.....So bermula la zaman sekolah menengah aku tahun 1999.

******************************

Macam-macam dugaan aku tempuh sepanjang form 1 di SMKDS. Sejak form 1 aku mula sakit, migrain dan gastrik yang kronik...tak tau macamana leh teruk macam ni sedangkan masa sekolah rendah aku sihat walafiat dan aktif. Tapi alhamdulillah aku kuat menghadapinya. Di sini aku mulakan azam baru untuk belajar rajin-rajin sebab aku tak nak hampakan harapan mak dan abah kerana mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap aku.

Sememangnya aku cukup gembira kat kelas 1A8 ni dan paling gembira bila setiap keputusan exam dan ujian aku dapat markah tertinggi dalam kelas. Ini la berkat azam aku untuk jadi pelajar yang pandai dan menebus kegagalan aku masa UPSR dulu. Exam akhir tahun plak aku dapat markah tertinggi dalam semua tingkatan untuk subjek "Pendidikan Islam" dan "Geografi" kedua tertinggi.Ini bukan bermakna aku ingin riak dengan kejayaan aku, tapi aku sekadar ingin berkongsi dan tegaskan di sini bahawa "Gagal Sekali Bukan Bermakna
Kite Akan Gagal Selamanya".......

******************************