Jumaat, 10 November 2017

MAJLIS HAFIZ AL-QURAN PELAJAR MTDIM

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT dengan limpah kurnia-NYA kerana Mahaad Tahfiz Darul Itqan Al Muhammadi(MTDIM)sekali lagi berjaya melahirkan seorang lagi hafiz bernama Ahmad Adzim Naqib Bin Ahmad Shaufie pada 7 November 2017 hari Selasa.Majlis telah di adakan di dewan besar MTDIM pada jam 3:00 petang yang dihadiri oleh semua pelajar MTDIM dan guru-guru MTDIM.Ahmad Adzim Naqib telah menghantar hafalan sabak terakhir beliau kepada Maulana Muhammad Sharif mudir MTDIM.Lebih manis kejayaan ini dikongsi dengan kehadiran ke dua ibu bapa Ahmad Adzim dari Teluk Intan Perak.JazakallahuKhairanKatseera kepada guru yang tidak jemu dan  membimbing beliau iaitu Ustaz Saed-ur-rahman dari Pakistan.Besarlah harapan pihak MTDIM supaya beliau dapat mengekalkan hafalan Al-Quran dalam dirinya seterusnya mengamalkan keseluruhan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan beliau.

Sekian.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan