Ikut

Monday, February 16, 2009

Tatahias Dan Hemah Diri Dalam Urusan Rasmi

Salam kepada semua yang melayari blog ini. Tatahias bermaksud satu aspek pengurusan diri yang menitikberatkan tentang kekemasan, kesempurnaan dan kesesuaian berpakaian dalam penampilan diri semasa urusan rasmi atau majlis. Disamping itu, aspek tatahias mementingkan juga tentang hemah diri.


Tatahias adalah sangat penting. Penampilan seseorang individu dalam sesuatu urusan rasmi sentiasa diiringi oleh dua bentu imej iaitu:

  • Imej organisasi di mana ia berkhidmat
  • Imej peribadi

Bagi saya berpakaian yang sesuai seta serba kemas memberi keselesaan sesuatu pertempuan dan dari situ, tanggapan yang negatif dapat di atasi.

Dalam slot kali ini saya ingin berkongsi tentang aspek kesihatan, kebersihan dan kekemasan. Aspek ini amat penting kerana ia menggambarkan sejauh mana seseorang itu memberi keutamaan kepada pengurusan dirinya. Di antara perkara-perkara yang saya maksudkan ialah:

Bahagian Kepala:
  • Rambut perlu diurus kemas dan kelihatan terjaga
  • Misai dan janggut diurus dengan baik
  • Bulu hidung tidak kelihatan liar
  • Gigi sentiasa bersih
  • Pernafasan tidak berbau

Bahagian Badan dan Tangan:
  • Badan tidak berbau
  • Baju tidak ada tanda tercarik
  • Baju tidak kelihatan berdaki di bahagian lengan, poket dan kolar
  • Baju perlu kelihatan bergosok (iron)
  • Kuku jari dipotong dan tidak kelihatan panjang atau tanda digigit-gigit
  • Kulit dilengan, siku, muka dan leher tidak terdapat tanda-tanda berpenyakit

Bahagian Punggung dan Kaki:
  • Seluar tidak kelihatan tidak bergosok (iron)
  • Seluar tidak kelihatan tercarik
  • Perlu memakai berstokin ketika menggunakan kasut
  • Memakai stokin lebih daripada had harinya
  • Kasut hitam jangan biarkan kelihatan kelabu

Kenyataan atau panduan yang saya cuba sampaikan di atas diharapkan dapat mengingatkan kita tentang pentingnya aspek pengurusan dan pengemasan diri. Tiada siapa yang boleh mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Namun demikian, sebagai pemberi khidmat, kita perlu berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik supaya perkhidmatan yang diberi tidak sahaja berkualiti malahan orangnya juga turut berkualiti.


"HANYA ORANG YANG BERKUALITI SAHAJA YANG DAPAT MENGHASILKAN KERJA ATAU PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI."



No comments: